April 11, 2011

Aktiviti Hari Sabtu..jalan2..carik Makan@ TTwangsa

Hari Sabtu anak2 suma sekolah ganti pulak. Kesahnya cuti ganti utk deepavali.  Ada lagi 2 x kena dorang pi sek on saturday.  Gamaknya sbb raya hindu sok sekolah cuti seminggu. Jadik dorang kena gantikan lah dulu kan.  SP cuba pujuk dorang tuk ponteng..(adakaaa?. tak baek pnye bapak ) sbb malam tu office dia ada buat dinner2 kat Restoran Nelayan Ttiwangsa sempena Executive and Manager bergumbira dapat bonus byk katanya. Dorang share2 belanja kwan2 dan families for dinner steam boat gitu. Katanya.

Tapi aku pun ada kuasa jugak kan. Hahaha. Since anak2 nak sekolah apelaks nak suh ponteng ye dak. Amal terutamanya mmg jgn harap dia nak memonteng sekolah kebangsaan. Lalu aku bagi suggesstion, datang lah lewat sikit pun. Nama nya dinner. Bdak2 balik sekolah 6.15pm. Masih sempat dorang nak balik mandi dan tukar baju then rush g ttwangsa kan. Bukan jauh sgt pun. Lgpun majlis stat kul 6.30pm knowing geng2 SP yg mmg salu 'janji melayu' tuh aku bet la, lepas maghrib jer baru dorang tunjuk muka..percayalah.

Pukul 6ptg SP dan siap2 mandi bagai. Aku pun dah siap semua baju bdak2 pun. Tinggal nak pakai. By time dia kuar amik bdak2 dari sekolah aku mandi dan bersiap2.  Sambil layan HBO sementara dorang balik. Mcm ribut bila sampai jer masing2 dah bekejar ke bilik air. One thing anak2 ni, kalau kata nak berjalan kena remind awal2. Kena pesan kata balik sek bla bla bla..kena cepat. Jadiknya gitulah dorang buat. Mujur ada 2 bilik air kalau tak mau terbalik terpekik berebut memasing.

Kami gerak pun dalam 6.40pm gitu.  Jalan pulak sendu2 ala jammed.  Tpi tak payah la terkejar2 kan. Rilek jer. Hujan masa tu dah stat turun pun.  By time kami sampai kat RNTT alah..baru le ada 2 family kat situ.  Masuk kami ada la 3 suma. Terus je kami pi kat meja yg dah siap di book. Total book ada 4 meja semua bersamaan dgn 40 headcounts gitu.

Mmg seperti yg kami agak kan.  Yg lelain tu dah kul 8pm masih tak nampak batang hidung.  Kat RNTT tu ada tmpat solat smua jadik senang nak bersolat maghrib. Pulak tu dekat jer. Sangat selesa adanya.  Abis solat baru sambung makan semula.  Buffet seafood steamboat yg mmg terbaek tau.   Byk giler seafood. Belum campur lagi makanan buffet lain. Aku rasa ada berpuluh maybe beratus jenis. Complete dgn nasik, meehun dan berbagai lagi.  Seafood tok sah cakap lah kan..mmg heaven gitu.  Steamboat dia mmg sedap sgt2.

Taklama pastu satu family lagi datang, followed by others sampai penuh lagi another 3 meja tu.  Yg sengal pulak ada yg SMS tnya, jadik ke mlam ni??. Padehal kata SP seminggu seblum tu suma dah diberitahu masa, tempat dan makan apa. Sengal betul sapa yg berjanji nak datang tapi tak muncul2. Pulak tu buat2 tanya soklan  bodoh jadik ke tak..ada kaa?. Mcm offmate SP komen lah, org dah nak belanja should be gratefull nak dtg kan. Ni dah la nak makan free  byk songeh dan byk cenkadak pulak.

Layan lah gambar 2 kat bawah ni. Yg pasti, kalau suka makan steamboat datanglah ke sini.  Dia punya cicah asam pun mmg terbaek cuma tak cukup pedas gitu. To our standard lah kan. Maklum lidah jawa yg kebal dgn cili gitu.

Sampai kul 9 lebih baru balik.  Perut pun dah kenyang sgt2.  Mana tak dgn buffetnya, dgn kek birthday salah sorang offmate SP..Seblum balik umah pi Keramat dulu sbb sorang anak buah SP nak ikut balik tido kat Rawang.  Sempat gak layan AF 9 yg ntah hape show dorang tuh.  Pas tu sampai umah layan citer hantu indon Pocong disekolah sampai kul satu lebih ...seram tpi nak tgk gak sampai abis.

Subuh ahad kot dalam kul 4 lebih delin kejutkan. Dia haus nak minum. Tapi suara dia tersekat2. Nafas dia semput2 gitu. Sudah, dia pulak kena serangan asthma cenggini.  Aku buatkan air teh dan bagi pil asthma yg mmg ada simpan spare kat peti. One thing good about delin, dia senang nak makan ubat pil. Mcm bapak dia gak. Telan pil cam makan gula2 gitu.

Ubat tu buat dia ketiduran sekejap..kalau seblum tu dia tido kat bilik sensorang, dia pindak kat Hall plak sbb kakak dgn anak buah SP ada tido kat luar tuh.  Takde aku dgr2 dah dia batuk2 aku sambung tido balik..Lepas aku dgn SP solat subuh, aku kejut kakak to solat sekali dan lepas tu berjemaah sambung tido sampai dkat kul 9.  Betul2 tak sedar diri suma isi rumah terbongkang.  Sampai silau matahari tu...ish ish..aku tak biasa bekelakuan gini, tp sbb layan pocong indon sampai kul satu lebih and day before pun ala2 tak cukup tido kiranya mengkadak lah.

Dah dkat2 kul 9 lebih aku gugah SP soh bangun. Kena bawak delin pi klinik sbb batuk dia stat balik gitu.  Kami off ke klinik and by time settle dah kul 10 lebih. Pegilah kami empat beranak. Kakak dgn cousin dia masih terbongkang tido lagi kat umah.  Late breakfast nasik lemak sbb kelaparan. Maklum buffet steamboat makan lauk je kan malam tu.  Sempat tapau roti canai for kakak n cousin dia gak.  Gambar Delin sedang mendapatkan bantuan oksigennya....







Hujan jer sepanjang hari semalam. Cuaca sejuk dan nyaman. Cuma tak best tak dapat tgk tv sbb reception Astro time ujan2 biasalah.  Jadik aku buat aktiviti lain iaitu menggosok baju keje dan sekolah.  Ujan reda sikit dalam kul 5 kami siap2 nak antar anak sedara SP balik. Sambil tu kutip anak sedara yg sorang lagi dan anak2nya nak berriadaah kat ttwangsa.  Layan jer gambar2 dorang ni berposing semlm ya.


Sekitar makan2 kat Restoran nelayan...








Posing2 boring petang semlam.







Lepas maghrib we off balik Rawang dalam hujan lebat sgt.  Dgn cuaca yg sejuk tu mmg selesa sesgt la nak tido kan. Amal dah nak baik batuk delin masih ada lagi sikit2.  So ari ni aku cutikan dia dari sekolah. Biar dia rehat betul2 dulu.....Tiap kali aku dan SP plan nak install aircond jer mesti cuaca jadik ujan2..ataupun bdak2 kena asthma. Dah few times gitu.  Few times gak ler hasrat nak beli tu tertangguh jer. Tunggu lah sikit hari lagi. Kalau masih tak tahan kepanasan gitu baru lah proceed beli kan..lau tak layan jer dgn kipas angin. Abis citer.

No comments: