March 30, 2011

Perfume Durian.

Hari minggu lepas, anak buah SP wina dan mila balik kg.  Skg kat kg SP tgh musim durian. Khabarnya banyak sgt durian sampai tak termakan. Mcm  biasalah tu.  Pokok2 durian kat sekeliling umah SP mmg bnyk. Masa balik coti raya cina ari tu baru berputik2 jer.  Bdak2 mmg teruja sgt nak makan tp malangnya masa tu lum masak lagi.



Baru putik kecik jer masa bulan dua tu. So skg mmg dah cantik sgt lah. Masak dan gugur pun bnyak sgt.  Rambutan katanya baru nak mula, tak lama lagi mesti rambutan ler pulak sampai kan.  Since Wina masih bujang gitu, byk masa dia salu nak balik kg. Alah org  bujang tak payah nak pikir pasal anak2 ke, nak kemas umah ke, gosok baju sekolah bagai kan. Bila dia rasa nak balik jer zup dia balik terus gitu.  Kebetulannya dia nak balik last weekend dgn sepupunya si mila walaupun mila ada 2 handbag bergayut maklum, mila kan surirumah sepenuh masa bole la dia ikut jer.

Mila kata byk sgt durian.  Lenguh dorang kutip dgn baldi dan besen.  Dan off course MIL mmg dah siap2  simpan yg dah kopek.  Ada jugak tempoyak yg dah dibuat gitu.  Aku bukanlah penggemar tegar durian macam SP macam Amal, aku bole makan seulas dua jer.  Dorang kalau makan 4-5 biji tak hengat dunia gitu. Aku mmg suka akan rambutan jer. Terutama rambutan gading tuh. Hah, yg tu aku bole makan sebnyk2 mana yg aku nak. Rasa mcm best gitu kaalu dapat petik dari pokok and duk bawah pokok sambil sembang2.

Jadik, malam semlam kami pi Keramat umah mila purposely nak amik durian2 itu lah kan.  Mmg banyak u olls, mana taknya satu bonet pesona penuh dgn durian jer. Wina masih kata kereta dia still berbau durian gitu.  Aku rasa kalau dikira2 ada hampir 20 bijik durian.  Tu belum campur lagi yg MIL dah siap kopek dalam tupperware.


Ni lah hasil yg kami kutip ehsan dari Wina.  Katanya MIL siap bagi pesanan penaja lagik.  Kirim2 durian tpi takmo balik kg.  Wah sungguh tajam gitu tau sindiran. Since aku dah ckp dgn Wina sabtu tu SP keje, aku pulak nak kena attend mesyuarat PIBG dan bukan time cuti sekolah, susah sikit nak balik kg gitu.  Bukan lah berkira akan kos ulang alik, tp aku mesti amik kira kan bberapa perkara lain.. .  Statement MIL yg kata bole jer balik sabtu petang and balik KL ahad petang gitu and amik banyak2 durian buat SP senyum.  Well, MIL (sama gak mcam mak aku) tak paham yg hari cuti aktiviti mengemas, membasuh, menyental dan segala2 me...Maklumlah kami berdua kan keje. Klau hari sekolah lagi lah busy. Dgn nak menggosok baju sekolah, baju keje aku. Tu suma kena buat time2 ptg ahad tu. Kalau dah balik dari kg kejap2 gitu, keje2 pulak tertangguh and the next day anak2 sekolah aku rasa kureng sesuai.  Sbb itu kalau nak balik ke sana, kurang2 kami akan cuti 3-4 hari.  Ye lah perjalanan jauh satu, nanti kena amik kira jugak anak2 kepenatan nak sekolah kan.  Laenla time cuti sekolah or cuti panjang. Then bole la kita adjust

Tapi aku tak peduli sbb bukan aku yg nak. Anak dia jugak kan.  Since SP anak feveret dia kan, byk gak dia kirimkan gitu walau dgn pesanan menikam kalbu. Huhu. Pendek kata, bukan senang2 nak amik tanpa mendengar segala mala MIL pesan kat Wina. Padehalnya SP selalu telefon MIL takde pulak aku dgr dia pesan2 gitu.  Alah, belakang2 jer MIL tu. Depan2 takde nya.

Sepanjang jalan dri keramat ke rawang kereta penuh bau durian belaka.  Bdak2 pengsan ketiduran.  By time kami reach umah pun dah dekat kul 11 cam tu.  Ye lah kami pun keje Isnin tu, kuar umah dalam kul 8 and reach keramat dalam kul 9 cam tu.  Punggah durian and terus letak kat dapur.  Mujur ler dapur kami tu blum completely siap sbb ada 2 pintu in between. Pintu yg lagi satu tu blum dipecah dan dia buang lagi.  Letak jer kat dapur and tutup pintu. So idakler bau2 an sampai ke dalam rumah kan.

Cumanya sampai ari ni keta masih berbau durian.  Dah letak arang seketul pun still ada lagi.  Dah letak berhelai2 daun pandan pun masih tak mau ilang seratus peratus.  Gamaknya kena bukak tingkap on aircond dan biar bau2 an tu kuar baru nak settle kot.

Dahler Sabtu ni ada appointment nak servis keta for 20k, kalaulah bau tu tak hilang nanti takut2 budak servis tu mabuk pulak.  Ye lah kan, bukan semua org suka akan durian. Mcm aku ler, durian tak berapa gemar. Kalau makan pun takat seulas dua. Tapi kalau tempoyak, aku sangat2 suka.  Buat sambal tempoyak.  Tak pun masak cili api pucuk ubi yg diracik halus2 dgn tempoyak boh petai sikit. Dapat makan dgn nasik panas dan ikan goreng...sungguh heaven gitu .








3 comments:

sahromnasrudin said...

wah!! nak durian..lama tak pekena durian nie huhuhhh

aNIe said...

Anna...durian kalau dah masuk dalam kereta mmglah bau dia dok situ seminggu pun tak ilang...hehe

Anna said...

Sahrom, tgh musim dorian ni..pe lagi leh amik kesempatan..

Kak Anie, ya betul sgt tu..tak mo ilang..