March 11, 2011

Mari Mengenal Malaikat

Serius aku bukan tak ingat, cuma dah tak hafal sgt nama2 malaikat. Teruk betul kan?. Padahal nya dulu on my finger tips jer.  Cumanya bak kata org kalau ilmu tu tak diamalkan ibarat pokok tanpa dahannya. 

Sejak Amal masuk darjah satu sekolah Kebangsaan dan Agama Kafa ni nampak gayanya aku kena bersungguh2 untuk mempolish kembali pelajaran2 lama dulu. Salah satunya bahasa arab.  Malu la kalau ttba Amal tanya soklan karang tak bole jawap kan?. Mama super mesti tau semua. Itu katanya kalau aku bagik alasan tatau.

Baru2 ni masa santai2 depan Tv lepas dinner (yg ditapau dari katering kat off gitu) amal mula start soklan perangkap.  Sebelum tu dia dah menghafal2 nama malaikat dah.  Jibrail, mikail... Aku, kalau dah start dgr dia menghafal gitu, aku harus cepat2 bersedia. Mana ler tau ttba dia tanya soklan nanti tak rock la kalau mama dia yg hebat ni x bole jawap gitu.

Fair enuff.  Sat tu dia tanya : Ma, malaikat ada berapa org yek?. Sbb amal tak ingat lah semua. Yg amal ingat, Malik , Ridzuan, Mungkar dan Nangkir jer..Cuba Mama sebut satu2 dari mula...Tu dia!!!. Tgk betul tak instict aku.  Owh, aku dgn berlagaknya la mula jawap :
Izrail, Jibrail, Israfil, Mikail, Malik, Ridzuan, Mungkar, Nangkir, Ratip dan Atid.  Wah dgn lancar jer kuar dari mulut gitu. Wah gembiranya dia sambil kata ooh, mama mmg pandai. Betul la tu Ustazah ada ckp nama2 tu tapi Amal lupa katanya..See?.  Senang tak nak impress depa2 nih suma.

Lalu aku terangkan tugas2 malaikat tu suma. Syukran, dgn adanya Amal bersekolah KAFA tu banyak sgt ilmu2 agama yg dia dapat. Tauhid, Fekah, Tajwid dan macam2 lagi. Regardlah Bahasa Arab kan tu mmg dah mesti.  Sejak dia sekolah KAFA ni memacam yg dia hafal.  Mulut dia tu tak henti kadang2 nyanyi2kan nama2 malaikat macam yg ustazah ajar kat rumah.

Satu hari, bila balik sekolah dia terus nyanyi lagu negeri Selangor tuh.  Duli Yang Maha mulia..selamat di atas takhta. Dan dia suruh aku sambung. Well, I am purely Selangorian kan gitu. Harus hafal lah.  Wah gembiranya dia. Tiap kali dia lupa lirik guess who yg jadik talian hayat dia gitu.  Ada satu masa tu, aku tgh mandi. Aku dgr dia dok nanyi2 lagu negeri selangor tu. Dan macam biasa lah, lupa lirik lagi. Cuma bezanya talian hayat dia kali ni ialah Ayah.  Ada ka disuruhnya Ayah sambung lirik tu. Mana tak terkebil2 org tu.

Sambil tak puashati dia mengomel2.  Apa lah, tanya ayah ni suma tatau. Bahasa arab tatau (SP aku bukan sek agama, tu sbb dia taktau langsung ok. Baca jawi pun dia bole katakan lemah gitu..hahaha) ni lirik lagu negeri Selangor pun taktau. Org kena nanyi lagu tu hari2 tau kat sekolah. Well sek dorang kat Selangor bahkan kami pun dok bumi Selangor kan.  Too bad lah Amal ooi.  Ayah awak tu Johorian mari, mana la dia tau lagu negeri Selangor.  Mama pun x tau lagi negeri Johor ok?.  Ayah cuma senyum2 kambing jer.

Tu lah Ayah, dulu masa sekolah takmau belajar nanyi lagu tu kan dah tak tau..Kah kah kah. Betuah pnye anak.  Dorang pnye minda ni very the straight to the ampang point tau. Tak reti betul konar2 baring gitu.

Aku selalu jer tanya dia nama2 rasul dah belajar belom?  Terus jer dia kata belom.  Ada tak korang rasa, aku kena bersedia gitu? Harus beb. Sat lagi dia suruh aku dok list down 25 org nama rasul tu kalau kantoi tak syiok lah kan.  Apalah mama ni? Kata HEBAT??? malu...
Till saat tu sampai, believed me aku dah start2 menghapal ni dek non.  Supaya bila2 dia tanya nanti aku dah tau jawapan.  Untuk nampak hebat di mata dia kan?. Harus.  Dan asmaul Husna pun semestinya jugak. Insya Allah aku masih hafal lagi. Dulu masa aku sek men agama, tiap2 pagi seblum mula belajar ustad pasang nasyid asmaul husna dan kami beramai2 ikut dari tingkatan satu-tingkatan lima.  Sungguhpun sesekali jer dgr, still masih leh ingat lagi.  Kena get ready suma tu kan.

Amal juga dah start nak menghafal azan gitu.  Tiap2 pagi masa on the way ke umah baby sitter yg tak berapa jauh tu sempat gak aku dgn dia praktis azan.  Ustazah suh hafal katanya. Adalah tu nak suruh jadik bilal agaknya.  Alhamdulillah, syukur lah dgn ada nya sekolah agama dapat gak membantu kan. Nak harap kita mak bapak ni entahlah. Dgn tuntutan keje, belum lagi citer kepenatan gitu.  Sedikit sebanyak bila amal dah mula menghafal tu Addeelyn turut rasa tercabar dan nak join sama.  Aku x bole nak antar delin ke sek kafa sbb aku takut dia tak terbawak satu, takut dia letih.  Dia tu kalau letih dan x cukup tido, mula lah dia akan buat hal dan mengamuk. Maklumlah keadaan diri dia yg mmg sedia maklum cepat letih tu kan.  Ada juga dia ckp nak sek agama macam adik, tapi aku pujuk dia baik takut nanti dia  penat. Sebb dia sek sessi petang, salunya kul 8 atau 9 pagi baru kakak antar ke baby sitter. Kalau aku kejut awal2 karang kat sekolah dia letih nanti tido.  Bukan tak biasa cikgu salu kata dia ngantuk dan tido kat kelas.  Cikgu pun mcm sgt paham, dorang biarkan jer.  Aku tak mo bebankan dia sgt.  Since sejak tahun ni takde lagi cikgu komplen byk pasal dia tido kat kelas, aku assumed tido dia start 8mlm - 8 pagi tu cukup.  Bdak mcm dia Dr kata needs almost 12jam waktu tido. Kalau tak cukup tido tu yg hyper dia menjadi2.  Tau2 jer lah kalau hyper means mengganas la dia karang.

Dua2 org tu suka sgat menyanyi lagu Maher ElZain Insya Allah tu. Masa mandi pun sempat lagu2 kan sambil bersabun.  Ulang kali aku bgtau, jgn sebut nama Allah kat lam tandas tak elok, kerana tempat tu tempat kotor. Always dia akan come out dgn bermacam soklan yg kadang2 buat aku pening nak jwp dan explain. Sbb delin tend to ask repeated question until dia puashati. Selagi  tak, selagi tu dia akan tnya dan tanya dan tanya.  Lagu maher aku download kat hp tu dorang dah dgar berkali2.  Jemu lagu versi melayu tukar versi omputih pulak pendek kata 2-3 hari ni tiap malam seblum dorang tido kalau tak roll 10x maher nanyi tak sah. Mujur lah bukan life. Lau tak sure penat si Maher kan?.

Aku perlu nampak hebat depan dorang dua tu.  Kalau tak Rock la kan?.. Aku cukup suka bila delin kata : Mama saya mmg hebat selalu, mama saya jugak masak enak2....Terimakasih mama. Sungguhpun Delin suka zahirkan perasaan dia melalui perkataan dan perbuatan spt hugging atau kissing dgn Amal? hmm susah sikit. Klau nak suh hug or kiss tu kena paksa.  Kadang2 kena majuk dulu baru lah buat. I guess being lelaki..EGO terlebih tak gitu???

 

No comments: