March 11, 2011

Adab Tetamu bila bertandang ke rumah org

Hari ini mari kita bicarakan perihal adab yg kawan2.  Iaitu Adab bg tetamu dan juga Adab bagi Tuan Rumah yg menerima tetamu.  Ok, memula letakkan diri kita dilevel sebagai tetamu.

Antara adab2 nya ialah :

  1. Hormatilah tuan rumah : Hormat dalam ertikata sebenar. Iaitu kalau nak datang bertamu kat rumah org tak kira la sedara mara ke adik beradik ke, kawan2 ke , boss ke..tak kira sapa kita kena lah beritahu dulu ya. Sebaik2 in advance, lagi awal lagi bagus sbb kita tak tau tuan rumah tu dah ada plan ke, tgh sesak tgh bulan ke atau apa jer lah kan.  Laenlah kalau mmg kita dijemput datang ke rumah mereka.
  2. Hormati harta2 tuan rumah : terutama kepada yg ada anak2 tu. Tolong lah sikit kawal anak2 tu supaya berbudi bahasa dan bersopan di rumah org. Jangan pulak dibiar jer anak tu sebelah mata buat apa dorang suka. Bab menggeledah tok sah ckap lah kan, bab menyepah hatta buat harta org laen cam harta sendiri sampai sanggup bergaduh. Kan tak baik tu.  Kok ye pun tegur2 lah anak2 tu. Ataupun ingatkan mereka tentang adab2 kat rumah org walaupun rumah tu rumah adik beradik kita.  Kita kena biasakan dorang tu beradab dirumah KITA dulu barulah dorang beradab kat rumah org. Tak gitu?
  3. Hormati hak2 tuan rumah : di sampaing harta2 tuan rumah berbentuk barang2 tak kira le peribadi ke, tak peribadi ke WAJIB kita hormati dan suka2 jer nak balun ya.  Kok ye pun nak makan apa2 barang makan kat lam fridge tu, agak2 lah.  Takkan ler maen belasah sampai abis licin gitu. Tuan rumah mesti dah budget utk isi rumah kan segala mala aiskerim, kentang, nugget atau sewaktu dgnnya sampai abis licin gitu. Ibarat piranha tak makan sebulan.
  4. Bersopan bila berkata-kata : ni semua mak dan bapak kena amik peranan.  Maklumlah bdak2 ni kadang2 bukan tau. Maen hentam jer cakap. Mak bapak kena tegur atau perlu kena tampor jer mulut dorang bila ckp mende2 tak elok gitu. Contoh lah, dok kata anak org bangang bodoh dan sebagainya.  Kalau anak2 aku kuar perkataan tu lama dah aku cili. TAPI ada mak bapak buat dek jer buat2 tak dgr. Maklum anak2 mereka tu pandai. Mgkin bagi mereka tu lesen utk dorang kata sesuka hati ye dak?.
  5. Bijak mengatur masa : Ni tak kurang peri pentingnya tau.  Kok ye nak datang rumah org pulak tu nak tumpang tido 2-3 hari, tolong lah bagitau tuan rumah awal2.  Tolong juga agak2 waktu nak datang tu.  Bgtau awal2 tu contohnya sebelum ko datang tu kalau bole seminggu sblum tu dah ckp siang2.  Supaya tuan rumah dapat lah planning bersiap sedia. Mana lah tau tuan rumah ada rancangan lain nak balik kg ke, nak bercuti ke.  Kok nye tuan umah dah siap book and bayar hotel, takkan semata2 org nak datang nak memburn 3 empat ratus tu ye dak.  Dan kalau kebetulan masa nak datang tu tuan rumah mmg dah ada plan lain, harus hormati dorang.  Ya lah, tuan rumah dah plan lama nak balik kg belah suami/isteri korang ttba tel malam tu nak datang, nasib la kan. Jgn pulak jadik isu berbangkit.  Contoh : Mak nak datang kami berjalan ke tempat lain pulak. Macam tak bagi jer mak datang..Tgk??..ni contoh dialog ibu mertuaku lah kan.  Sendiri mau ingatlah, kalau nak dtg tak reti2 nak ckp awal2 dulu. Mentang2lah laki dia anak ko ko ingat suka2 hati jer nak redah?.  Pulak tu jgn lah nak datang umah org tu time lewat2 malam2 gitu.  Pukul 2 pagi nak dtg umah org. Pe ke jadahnya kan?. Kok tuan rumah nak tido, nak berehat nak projek ke.. tk ke menyusahkan gitu.  Terutama tuan rumah yg laki bini bekerja, anak2 bersekolah kan.
  6. Jaga diri dan kebersihan di rumah org : Bab ni paling aku suka dan paling aku pantang.  Kalau dah datang umah org tu, kalau anak2 buat sepah ke hape, toloong la sapu or kemas2 sikit Jangan lah maen taram biar kan jer. Dgn baju basah, tuala lembap campak kat bilik sesuka hati. Pastu berak tak pam, kencing tak flush. Sakit hati tuan rumah tau.  Sbbnya tuan rumah pun salau pegi ke rumah korang tapi idak ler berpeel demikian.  Kain2 baju tuan rumah yg korang pinjam pakai tu, tolong masuk kat mesin. Bukan susah sgt pun kan. Org dah kasi pinjam tu buat cara pulang yg baek. Ni tak, sangkut kt sana sini, sangkut belakang pintu bilik air..eeissh pantang keturunan aku tau.
  7. Simpati lah dgn tuan rumah : Dalam hal ni pun sama. Dah korang datang masa tuan rumah laki bini bekerja kan. Tuan rumah pulak jenis rajin masak gitu, seblum g keje dah siapkan masak bagai (sebenarnya tuan rumah masak untuk anak2 dia jer) tolong lah sikit. Kalau anak2 dan laki korang dah sebat abiskan makanan tu, bawak2 lah masak2 apa yg patut.  Ye la tuan rumah balik keje mesti penat, jgn pulak ko mengangkang layan astro jer. Bole pulak tunggu bini tuan rumah balik keje masak, pastu dgn tak malunya mentedarah ye dak? takde perasaan ke apa?.  Laenla kalau mak tuan rumah sendiri ke MIL ke.  Dorang tu org tua, tak pe lah. Ko yg muda tu bawak2 la masak apa yg patut. Ni tak sanggup mentedarah maggie, tunggu gak tuan rumah balik keje dan masak tuk ko..ape ke hal???.Kok ye malas benar nak masak, masak je nasik beli lauk apa2 kat luar tuh. Dasar pemalas lak tu kedekut cam hj bakhil, mana ada jalan kan.  Last but no least ialah
  8. Agak2 lah : dalam apa jua benda tu agak2 lah kan.  Fikir sendiri.  Kalau nak tumpang umah org tu setakat semlm dua  ok lagi kot. Jgnlah sampai bermalam2. Jadik dosa pulak tuan rumah merungut sbb bosan nak melayan tetamu yg tak reti bahasa nak balik ni kan. Kok ye pun kat umah org tu sedap makan, senang berlengkar2..pikir lah sikit perasaan tuan rumah tu. Kita sendiri kalau org berlama2 rasa tak selesa dan tak privacy apatah lagi org. Sama je kan perasaannya.  Oleh itu, kalau rasa nak bermalas2 nak santai2 tu senang jer, spend duit dok kat hotel.  Tak menyusahkan org satu, tak menambah dosa tuan rumah mengutuk mengata di belakang hari satu. Tak gitu?. Kok ye pun nak abiskan masa cuti sekolah kat KL kan, sendiri mau ingat lah.  Kedekut nak kuar $$$ tpi sanggup pulak buat perkara2 tersebut di atas tu..hissh tak malu ke? tak malu ke dgn tuan rumah yg tak pernah berperangai gitu. Hatta tuan rumah kalau pi ke rumah korang, korang rilek jer goyang kaki, simpan poket.  Tetamu yg dok sbok2 pi pasar beli bahan2 beli mende, bahkan tetamu jugak yg memasak utk seisi rumah makan.  Dari BF, lunch sampai lah dinner.  Cuba korang pikir eh, tetamu yg datang tu dok sbok tgh goreng cokodok kat dapur dgn belengas peluh2 giler, bole pulak antar anak untuk amik makanan tu then antar kat depan hidung korang laki bini dan anak2 mengangkang kat depan TV. Ce citer, ce korang citer patut kah tu?
Yang pasti situasi di atas adalah me refer kepada tetamu yg bertandang ke rumah tuan rumah, dan tuan rumah yg bertandang ke rumah tetamu tu..(korang leh paham ke maksud aku ni? cam ber belit2 gitu).  Tuan rumah sudah fed up tahap gaban selama 15 tahun ni di perlakukan sedemikian rupa, jadik tuan rumah sekadar bersuara meluah muram durja yg berbuku dalam hatinya.  Tuan rumah yg lelaki tak bole nak berkata2 apa2 maklum lah sedara mara rapat pulak tu dari belah dia . Jadi tuan rumah perempuan macam biasa terpaksa makan hati berulam jantung gitu setiap kali occasion begini berlaku...

Sebenarnya entry ni lebih kepada entry lepas perasaan jer, kerana penulis tgh bersusah hati dan bermuram durja kerana bakal menerima tetamu yg tak berapa diwelcome dek kerana perkara2 di atas gitu.  Udah la hampir ujung minggu ni, haram nak bgtau jadik datang ke tak.  Mmg dah biasa resmi datang umah org ikut suka hati dia kan.  Tak fikir langsung org laen ada plan nak pi tgk Hikayat merong ke, mandi manda kat pool ke atau nak bersantai di rumah waktu hujung minggu gitu.  Ada tuan rumah pulak terhegeh2 tanya kat org yg nak datang sama ada jadi ke tak?.  Mana ada jalan. Dasar selfish gitu kan kan kan..well harap2nya tak jadik datang gitu..hahaha

No comments: