March 12, 2011

Tsunami datang lagi

Hari Jumaat ptg, aku dgr di berita radio dari off ada tsunami berlaku. Di Jepun.  Malam tu aku tgk kat awani 7.45pm dan buletin TV3 mmg dashyat sekali.  Bayangkan dalam sekelip mata, semuanya di swipe off begitu sajar.  Air hitam mengalir laju menyapu segala mala yg ada di hadapan.  Kereta dihanyutkan macam mainan.  Segala kemusnahan dan keranapan berlaku dalam sekelip mata jer.  Sungguh insaf melihat ini semua. Teringat tsunami melanda Acheh di tahun 2004.


Ibarat pembuangan sampah dah jadiknya.  Tpi tak kelihatan kelibat mayat2 lagi?.


Kehancuran dan kebakaran akibat hentaman tsunami yg maha dahsyat.  Aku bole lihat arus hitam yg menyapu bersih semua yg menghalang di buletin Utama malam tadi. Sungguh menakutkan dan menyeramkan sekali. Terbayang aku tsunami di Acheh dulu tu. Begitulah keadaannya.  Bahkan di Acheh mgkin tak banyak bangunan tinggi jadi semua menjadi padang jarak padang tekukur jer.  Kat Jepun ni penuh dgn bangunan tinggi dan bangunan2 lain. Jadi semua mcm timbunan sampah jer. Kalau di Acheh nampak mayat2 jer begelimpangan. Kat Jepun ni tak berapa nampak mayat2 pun . Mungkin tercampur dgn segala mala benda yg di hanyutkan gaknya.


gempa bumi jepun 2011

Sungguh menakutkan melihat ni suma. Dalam kepala aku terbayang, hari Kiamat tau. Tak bole imagine gimana keadaanya. Kecut perut aku mengenangkan tu suma. Betapa ni suma macam yg Allah sebut dalam Al Quran, petanda2 Hari Kiamat..Masya Allah.



Kereta2 suma macam kotak2 mainan yg bersepah2.  Ada kat paper smlm aku tgk kereta dok kat atas bumbung.  Kapal Kargo masuk ke dalam bandar dan macam2 lagi. Sungguh mengerikan. Kalau lah kita berada disituasi gitu camne gaknya nak larikan diri?.

Teringat aku tsunami 24 Dec 2004. Masa tu kami ada plan nak ke PD.  Dan masa tu lepas beberapa hari jer aku dgn family balik dari Pulau Pangkor for company family day.  Kalau lah family day berlaku lepas tsunami tu, aku gerenti aku takkan berani naek bot ke Pangkor. Takut.  Masa tu kami on the way balik keje. Masa tsunami tu berlaku mmg org yg tinggal kat flat area umah aku kata ada gegaran.  Tp mgkin kami dok umah teres kami x rasa pun. Org2 kat flat masa tu dah lari turun bawah pun.Kehancuran akibat tsunami masa tu kat Msia pun teruk.  Bahkan Acheh jadi mcm padang jarak padang tekukur.

Aku x leh mengaku hakikat la ni mmg aku takut laut, naek bot ataupun yg sewaktu dgnnya. Kerana aku tak bole nak imagine kalau betul2 berlaku masa berada di lautan..aduh...terutama lepas tgk discovery channel tentang punca dan akibat dari kehancuran tsunami semlam. Ngeri sgt2..

Yg pasti, Jepun negara paling maju dalam dunia punya kemudahan segalanya tpi tak berjaya mengesan Tsunami lebih awal kan?. Hakikat Allah lebih mengetahui apa jugak yg berlaku dan kalau DIA nak sesuatu berlaku pasti akan berlaku. Petanda2 ikan2 suma timbul di permukaan di beberapa tmpat merupakan sign bahawa ada pergerakan di dasar laut.  Haiwan2 pasti sense lebih awal kerana mereka itu ciptaan Allah juga.  Terlihat di suratkhbar smlm di mexico, sehari seblum tsunami, ikan sardin timbul melompat2 di permukaan. Sama kejadian di PD seblum tsunami 2004 berlaku kan.

Juga suma binatang2 berlari2 ke tempat tinggi seblum tsunami Acheh berlaku.  Kesemuanya adalah petanda2 awal.  Sbb itu ramai pendudk di tepi laut sgt phobia kalau melihat benda2 pelik yg tak pernah berlaku terjadi didepan mata mereka. Terutama mereka2 yg telah mengalami sendiri Tsunami 2004 kan.

Hakikat dunia semakin tua. Bencana2 alam berlaku adalah satu pentanda kepada umat manusia utk sedar dah muhasabah diri, bahawa kiamat hampir tiba...tapi manusia bahkan semakin leka dan tersasar. Mgkin Allah mau bagi manusia sedar dan beringat.  Bahawa, yg bermula pasti akan berakhir.....

No comments: