March 10, 2011

Kesian kat Aku

Kadang2 kan sukar nak meneka hati org nih. Seringkali gak dorang ni tak paham. Ye. mentang2lah dorang tu surirumah tangga sepenuh masa, dorang ingat kita sama cam dorang ada bnyak masa sgt. Hakikatnya, Allah swt jer yg tahu. Tak dinafikan, aku ni ramai jugak kwn2 yg berstatus surirumah tangga nih. For all you know, baser lah kalau dah tak keje tu harus amik anak pi balik sekolah, masak dan sebgainya kan. Cuma aku kdang2 tak paham kenapa dorang tak bole faham org lain??. Well, aku takmo jadi hipokrit ok. Ada kala benarnya aku mmg tak de mood nak bersembang just to cerita ceriti menda2 yg tak berilmiah langsung. Sorry to say lah, as surirumah (bukan semua ya, ada) dorang pnye dunia tu mesti berkisar pasal, anak2, laki, jiran tetangga dan yg sewaktu dgnnya.



Maklum dan aku paham sgt2 sbb dunia dorang takat itu jer. Cuma yg aku tak paham kena ada kalangan mereka yg tak mau paham yg aku ni berkerja. Membanting tulang, jari jemari dan otak utk menyelesaikan segala tugasan diberi. Kerana aku makan gaji, harus gitu aku buat kerja dulu dari berpelesaran dan bersosial kan?.



Nampak jer aku aktif kat facebook, cepat jer buat telahan yg aku sgt2 free. If yes pun pehal?. Aku lebih suka bersembang benda2 yg berilmiah. Yg bole membuka sikit minda dari terbelenggu dgn perkara2 yg sama dan membosankan. Bukan aku lupa kawan2..tak, never pun. Hakikatnya aku ni seorang yg sgt menghargai persahabatan cuma aku memerlukan pengertian dari mereka yg aku ni again BEKERJA.



Sometimes, dalam berkerja mcm2 perkara harus di selesaikan. Mcm2 benda kena fikir. Nak nak lagi bidang kerja aku ni kadang memerlukan aku menyelesaikan bberapa perkara dalam satu masa. If aku on the phone dgn kawan2 yg berkerja lebih mudah. Sbbnya either dia atau aku akan cepat2 mengexcuse diri meletak phone kalau ada keje ataupun bos panggil.



Sorang kawan aku kat selatan tu. Aku rasa dia dah merajuk amat dgn aku nih. Dulu2 mmg aku salu kol dia, dan dia pun salu kol aku. Biasanya kalau kawan yg kol, aku kan suh dorang letak phone and aku kol balik. Sbb apa?? sbb aku prihatin yg dorang tu tak berkerja kan. Pendek kata hampir hari2 berkoling2. Sementelah masa tu aku free dan tidak terikat dgn tugas2 penting. Ttba, satu ketika, aku sgt sibok. Tak ada masa nak berleisure2 dan bersosial on the phone. Kerap kali dia kol aku, aku kata aku kol balik kerna bz. Tpi kekangan tugas mmg buat aku salu lupa mende2 tak penting. Langsung mcm tak berhubung langsung sampai kini.



Benda yg dia kerap adu kat aku pun perihal maid (surirumah tp ada maid ok?, ni set laki kaya pi over sea manjang), perihal anak2 dia, perihal jiran tetangga dia. Sampai satu ketika masa dia buat renovasi umah pun every single day ada problem dgn kontraktor dia kol aku for mengadu. Mmg aku akui umah dia superb!. Supa dupa dek kerana kemampuan dia kan. Lillah, sikit pun aku tak cemburu. Tu rezeki dia. Cuma kadang2 perbincangan kami tu lebih terjurus pada hal2 berkaitan dia dan anak2 jer. Which sometimes make me so boring..sgt2 boring. Dulu2 masa kat company lama pun minah tu salu kol2 org laen jugak. Tpi org laen daring bagitau dia direct yg dorang bz takde masa nak sembang2 benda2 kosong. Sudahnya dia turn to aku merajuk. Mengadu yg mereka2 tu sombong mentang2 lah keje, belagak bla bla bla..See?



Inilah yg aku cuba sampaikan. Tak semua org free and easy nak sembang 24/7. Mcm aku once balik umah jer aku bz sgt. Nak uruskan hal anak2, umah tangga dan sebagainya. Takkan aku nak bergayut dan bergospen gospan benda2 mengarut. Mau dipelangkung dek laki dek non!.



Pendek kata, aku tau suri rumah tu suma keboringan tahap melampau. Jadik since aku ni sometime melayan, dorang expect aku bole melayan dorang setiap masa dorang nak ajak sembang.



Contoh: katalah dia sms aku time2 kul 11 am gitu. Aku tgh bz dgn keje, aku kata..sorilah aku bz lah. Nanti lunch time dalam kul 1 aku kol. Bole pulak dia jawap gini : ko kol aku kul 4 ptg lah, aku time2 tu sbok nak layan anak2 balik sekolah..so nampak tak?. Masa aku free dia bz..so kalau masa dia free aku bz, takke menyakitkan hati aku? Nak2 pulak pukul dia nak aku kol dia tu aku bz teramats. Fesbuk pun tak jenguk tau. Ni pun tulis kat tempat laen dulu seblum paste kat blog. Tellme adil ke tu?? sakit ati ada. Tu yg kena luahkan gak tu.



Masa aku coti hari isnin tu. Adalah surirumah yg kol aku nak ajak sembang. Aku assumed mcm base lah nak ngadu pasal laki mcm selalu tu. Then aku kata, aku coti ada urusan disek. Esok aku keje aku kol. Read me, takkan aku nak buang kredit aku sembang dgn dia mende2 tak penting sedangkan tel aku tu bilnya di bayar oleh company. Ce korang citer?..



As a friend mmg aku tau, korang2 suma sgt selesa borak dgn aku. Sbb aku ni jalan bole borak apa saje. Bab2 menasihat pun korang bole terima kata2 aku. Sbb apa?..sbb aku byk baca buku2 motivasi. Camne nak menenangkan diri, camne nak tu camne nak ni. I dont mind at all to share tau. Sungguh aku sedia berkongsi ilmu provided aku x bz lah kan?. Fair tak?



Kadang2 time2 cuti nak bersantai2 dgn keluarga tu, dorang sempat jer nak kol aku citer ngadu itu ini. Aku honestly, time aku kat umah aku tak suka terima panggilan2 tak penting. Terutama panggilan nak bergosip bagai. Tolonglah. Biasanya panggilan perihal keje, perihal nak load out barang atau apa2 jer bersangkut paut dgn keje aku entertain. Other than that,..the answer is NO.



Sbb itu kenapa aku tak mau ada internet kat umah? pernah ada bukan tak. Tpi ia buat aku leka, leka bersembang mcm2 . Leka berfesbuk. Yg nyata partner aku tak suka. Dia akan ada satu pandangan dan gerak tubuh yg aku sendiri jer tau bahawasanya dia TAK SUKA. Jadi haruskah aku melayan segala mala craps? sedangkan aku ada byk benda yg mau di jaga kalau balik ke umah?, sdgkan aku pun curi2 fesbuk dari henpon sometimes terkantoi..ni kan pulak nak gebang sejam dua mcm kat off kalau tgh free and easy tu.





Jujurnya, aku tak pandai nak sound orang direct. Tak sampai hati gitu. Tpi dorang tolonglah paham. Yg aku ni bekerja di pejabat yg teringat dgn segala mala peraturan, tugas dan apa2 lagi lah. Kalau org yg benar2 kenal aku tau aku mcamana. Mmg aku salu amik pendekatan dendiam or malas nak layan. Namun nak sound direct tu idak lah. Tapi sebagai seorang manusia yg berakal dan bole memikir dgn matang tu, tolong lah fahami dan selami dalam2. Just put yourself on my shoes. Thats what i do when i am at home. Aku tak suka org kol2. Nak nyembang apa2 walhal keje dan tugas aku kat umah berlambak giler2 babun gitu.



Entah camne aku nak stop fenomena ni korang. Hint2 dah bberapa kali bz, byk tugasan..tpi meka still mengharap yg aku dapat mengkol dorang setiap kali dorang nak?. Mana ada jalan kan?.



Satu jer aku noticed. Surirumah2 ni kadang2 mmg pemikiran dorang ni terbelenggu dgn menda2 yg ada dgn dorang jer. Cubalah jadi suri rumah yg pro active sikit. Bukan tiap kali carik org bersembang tu tak memikir apakah org free nak melayan kita atau tidak?. Kalau dah berpuluh kali dok dgr citer ko ngadu perihal perangai laki ko yg tak berkesudahan tu pe halnya. Kepala aku ni dah cukup penuh dan serabut dgn segala tanggung jawab dan beban yg ada, so aku tak kose nak menambah beban lagi. Kalau aku free, ya..i dont mind. Tapi ko x paham2 yg AKU TGH BZ..jadik apa lagi yg harus aku kata?.



Sekian terima kasih. Tu lah bebelan aku hari ni..just because sorang surirumah tu dah kol aku berkali2 minggu ni. Dari hari aku cuti, sampai lah ke hari ni. Dia mengharap aku bole mendengar masalah dia or apa juga cerita dia. Walhal masa aku bgtau dia aku free sekian2 masa, bole pulak dia kata dia sebok..jadi janganlah salah kan aku meng ignored dia ye dak?


No comments: