March 2, 2011

Kureng shelesa...

Aku tatau la pasal org lain pnye perasaan perihal pi lunch dgn kengkwn pempuan, tapi laki ikut sekali.  For me, honestly aku kureng shelesa, pendek kata kurang gemar aka tak suker.

Antara geng2 rapat perempuan yg kaki mengeteh mmg kami salu put rules, kalau nak befoya2 sambil gospen, gospan TOLONG JANGAN BAWAK LAKI SEKALI!.  Harus lah gitu, sbb boring aah kalau ada lelaki time2 nak buat ketupat, makan2 sambil gelak ketawa yg kadang2 mcm lupa diri gitu kan?.

Smlm, one of good friend ajak pi lunch.  Kisahnya dia baru jer dapat bonbon dua bulan gitu. Jadik nak tunaikan janji dia belanja lunch ler kiranya.  Since dia break dalam kul 1 tghari, aku terpaksa menahan lapo sbbnya aku ni salu rehat kul 12 gitu.

Dalam 10 minit dkat2 kul 1 gitu, dia kol. Suh aku pi kat kedai mamak tersohor kat area2 Jalan Ampang ni. NZ Cafe Garden.  Kedai tu mmg glamer aah. Sbb manjang jer penuh dgn maknusia2 yg samada makan, entertain client hatta tuk lepak2 gebang2 sambil pekena teh tarik gitu.

Harga kat kedai tu mmg mahal berantu. Dan harga2 makanan yg kita makan akan direkod kat dalam kad ala2 kad kredit gitu. Once kita nak byar, hulur je kad tu kuarlah bape RM ko kena bayar hasil mende2 yg kita makan gitu.

Sesampai aku kat situ, alamak member bawak laki pulak.  Aku ni, knowing mcm agak kureng sikit bab tu. Tapi terpaksa lah kan.  Nape le dia x ckp laki dia ada sama. Kalau aku tau nescaya aku carik seribu alasan nak mengelak gitu.  Sbbnya?.  Since aku rapat dgn kawan aku tu, aku tau segalamala perihal kehidupan sehari2 dorang terutama pasal suaminya itu.  Brader tu dah ler panas baran, kat umah selalu jer menyumpah seranah anak2 depa, pastu salu jer hilang2 lari dari umah sbb majuk.  Brader tu bukan muda lagi. Umur dah lebih 50 gitu, tapi tak pernah nak insaf yg hidup ni hanya sementara.  Kerana apa? kerana aku tau brader tu x leh nak meninggalkan tabiat dia dari berjudi dari muda dulu.  Taktaulah skg ni, tapi aku dgr kawan aku tu kata dah tak berjudi lagi but duit gaji manjang jer abis tatau kemana pi nya.  Brader ni pulak dari muda sampai ke tua ni tak abis2 bertukar2 keje.  Salu je tukar keje sbb dia tu panas baran.  Gaduh sikit berenti2..

Kwn aku yg aku panggil akak tu mmg dari dulu aku kenal sgt sabar.  Bila mana berbulan laki dia tu tak keje, lepak kat umah makan tido dia lah yg bertungkus lumus carik duit lebih dgn buat part time kat mana2.  Sampai sabtu ahad pun kadang keje tak henti2.  Sbb apa? sbb nak tanggung kuarga dek kerana perangai laki nan ado tuh.  Kakak tu dah pangkat Asst Manager kat cleaning services company.  Dia tu ya Allah, sesabar2 manusia, sebaik2 kawan.  Tak pernah menyakiti hati kawan, tak pernah marah2 hatta kat cleaner2 bawahan yg mostly indon dan bangla.  Bahkan kadang2 dia tolong relief cleaner dorang cuci toilet, sapu sampah kalau cleaner sakit or tak datang.

Berbalik pada makan tgh tadi, aku ni nak taknak terpaksa duk sekali sambil makan nasik.  Mcm tercekik pulak rasanya bila brader tu mula bersembang2.  Yg tak syiok dia tu kalau bersembang macam bagus sgt. Mcm dia tu tip top sgt dan dok komplen itu ni pasal org laen.  Aku join gak sket2 the conversation tpi mcm tak syiok sgt tau.

La ni brader tu keje dgn cleaning company yg bini dia keje tu. Tpi jadik org bawahan bini dia lah cuma kat lokasi lain. Tapi pun aku salu dgr akak tu komplen brader tu kalu majuk, tak mo datang keje. Lari pi umah adik dia.  Anak2 akak tu pun mmg bermasaalah. Aku x salahkan sapa aku salahkan brader tu yg manjang jer menyumpah seranah anak sebagai sundal lah...sial lah..sementelah lagi brader tu x pernah puasa apatah lagi solat.

Aku ingat tahun lepas akak tu citer sepanjang bulan puasa brader tu x keje tak pa, dok umah tak puasa pulak tu.  Bila akak tu balik keje penat2..dgn pinggan mangkuk menimbun. Mana dia penat lagi nak masak utk berbuka lagi. Alahai.

Jadik, aku mmg tak suka nak pi berfoya2, makan or mengeteh kalau kawan2 bawak laki. Lebih2 lagi kalau aku mmg menyampah dgn laki dorang dek kerana perangai buruk depa tuh.  Aku mmg salu draw line jer tak mo bawak SP join kalau aku nak beraktiviti dgn kawan2 perempuan. Di samping aku rasa tak selesa nak berborak, gitulah aku rasa kawan2 perempuan aku yg lain tu. Kalau nk hangkut laki bole jer, tpi time2 datang open house umah aku ke, time kenduri ke..sbb tu dah kira excuse kan..tak gitu??

No comments: