March 1, 2011

Things Happens for a reason.

Masa lunch tadi, sementara rilek2 lepas solat aku duk sendirian.  Berfikir, muhasabah balik atas apa jua yg berlaku hari ini. Terutama kes emo pasal kutus tu.  Lalu, aku ttba dapat ketenangan diri yg mmg aku tak terfikir langsung. Ye lah, pg tadi aku amat bengang sgt akan kes tu kan, ttba petang ni aku rasa mcm dapat satu kekuatan tu let the things flow the way it should be.  Walaupun aku x balas lagi dah email bdak kepala kutu tu yg menyatakan sori ye kak, bulan 5 nanti akak x yah transfer RM800 akak pnye portion tuh. Untuk apa kan. It doesnt make any difference pun. I still dapat duit tu bulan 5. Tak guna nak meroyan.  Aku berfikir2 balik atas suma yg terjadi sampai ke hari ni.

Masa dapat gaji ari tu adalah dapat lebihan bonus walaupun potongan untuk PCB tak hengat.  Lepas dapat je suma tu, aku berjaya menghabiskan beribu2 lemon duit tu untuk bayar segalamala yg patut dan dapat gak campak tak seberapa ke simpanan ASB dan tabung hj.  Yg lain2 tu selain dari bayar keta, bayar bil dan ntah hape2 utang piutang aku still ada lebihan lebih dari 1k. Yg aku fikirkan utk belanja ataupun untk leisure2 di cuti sekolah pertengahan bulan nanti.

Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa jua rencana.  Ini adalah kerana, aku memikir untuk membayar segalama dan menyimpan sedikit dari bonus tu jadik aku tak berfikir untuk beli apa2 lagi.  Aku cuma mengharap duit kutu yg sebnyk RM2400 tu jer utk beli barang  yg aku inginkan dan maybe sofa baru.  Aku pulak taktau kenapa aku rasa nak transfer portion aku tu dulu. Sedangkan pada ketika itu aku tau dan rasa yg aku akan dapat giliran.  Cuma niat aku nak dapat segedbuk kan.  Tapi Allah gerakkan hati aku nak transfer jumlah tu kat acc bdak tu. Kalaulah aku x transfer or gelap mata belanja duit tu dulu tak ke haru??.  Sesungguhnya, aku tak pernah terbayang yg aku x kan dapat bulan ni walaupun hati kecik aku ada gak berkata2..what if...duit kutu dapat lambat dari 7hb.  What if duit tu aku nak beli benda lain..dan segala mala kalau lagi. Rupanya Allah tau yg bulan ni bukan giliran aku. Sbb tu aku tak tamak untuk amik portion tu dulu or lenjan abis2san.  Alhamdulillah.

Aku jugak berjaya membayar zakat pendapatan dari semua yg aku dapat bulan ni. Sungguh aku cuma dapat menyimpan cuma 10% dari apa yg aku dapat bulan ni, sekurangnya aku bersyukur sbb duit2 tu suma dah pun ditransfer kan pada hari gaji keluar ari tu.

Kadang2 bila kita marah, kita akan emo. Kita tak bole nak berfikir dgn waras. Dgn bijaksana lantas terlupa untuk memuhasabah diri kita, kenapa suma benda ni terjadi. Mmg tu kelemahan aku. Selalu jer aku emosional akan sesuatu perkara yg pada hakikatnya memberikan seribu kebaikan pada diri aku sendiri.

Kalaulah duit kutu tu aku dapat bulan ni, nescaya abis jugak kan?. Nescaya di pertengahan tahun nanti aku dah tak ada apa additional income. Nescaya gak tak berapa syiok nak bercuti dari KL ke serata utara selama seminggu, dan tentunya aku akan terus leka membeli barang yg aku inginkan itu.  Sapa tahu by May nanti benda yg aku inginkan tu menjadi semakin murah?.  Wallahu A'lam.

Dan kalaulah aku dapat bonus lebih byk lagi, mesti potongan pun banyak juga kan? mesti aku jadi gelap mata dan  boros berbelanja sana sini.  Jadi Allah punya rencana untuk aku.  Untuk menyelesaikan dan membayar apa yg patut dahulu.  Biar aku susah skg kerana by mid nanti insya Allah kurang beban.  Sampai bulan June nanti, aku harus reserved bberapa ratus untuk duit kutu. Bberapa ratus untuk loan yg akan berakhir bulan lima nanti.  Kalau aku congak2 balik bulan 5 nanti aku dapat duit kutu dan aku dapat menjimatkan hampir 1k dari komitmen yg aku patut selesaikan. Takke Allah tu maha mengetahui?.

Ya Allah, aku bersyukur sgt2. Sbb benda ni berlaku. Supaya aku dapat berfikir secara bijak dan rasional.  Kerana benda yg aku nak beli tu takla sepenting mana. Idak ler sepenting membayar installment umah dan kereta setiap bulan apatah lagi membayar segalamala mak bapak pnye bill kan?.

Dan selepas kebengangan aku pasal kutu tu aku SMS pada SP. Menyatakan hasrat nak beli barang idaman tu terpaksa ditangguhkan dulu. Ringkas dan padat jawpan SMS dia : Sabar jer lah.  Which masa mula2 aku baca aku tak pikir mendalam apa maksud sebenar.

Sesungguhnya, kita sebagai manusia yg lemah selalu jer cepat emo, cepat gelabah kan. Kita, terutama aku ni jarang nak duduk sebentar dan bertafakur memikir balik apa jua yg berlaku, apa kesan dan akibatnya lantas apa hikmah suma yg terjadi ini.

Sbb itu org kata, pabila kita dilanda kesusahan jiwa dan rohani, kekalutan minda dan akal, kembali lah padanya.  Aku salu jer teralpa akan perkara ni. Untuk bermuhasabah.  Alhamdulillah, aku dah sedar skg.  Apa juga yg datang, yg pergi itu membawa seribu makna yg tersirat dan tersembunyi.  Sapa tau pintu rezki yg lain akan terbuka lebih luas untuk aku kan?. Sapa tau aku nak dapat benda yg aku nak tu secara percuma mungkin?? Sapa tau, dgn lebihan wang yg ada tu nanti akan berguna sgt2 pulak masa tu?.  Aku plak la ni rajin join peraduan kat harian metro tu..mana tau satu hari aku dpat adiah tu..sapa tau kan?.

Padanlah ketika merancang2 percutian masa cuti sekolah nanti, hati mcm berat jer nak membook hotel ke mana2.  Padanlah resort yg aku intend nak p dan duduk tu lambar reply. Mcm semut. Pulak tu kol haram jadah x hangkat.   Hati aku yg nak membook dan buat payment terus tawar.  Rupanya, cuti sekolah ni mmg tak kemana2 sbb Allah nak bagi aku dan keluarga berehat2 bersantai2 di rumah jer sambil layan vcd or HBO apa yg patut dan rupanya ada tetamu bakal menyinggah di rumah.  SP pulak baru hampir 70% nak siapkan tiling kat dapur baru kami yg dibuat sendiri. Sambil pasang dapur gas baru yg bertaun dibeli tapi tak pasang2..tak diguna2.  Dia pun dah stat mengadu penat sesgt.  Tapi dia harus siapkan juga secepat mgkin kerana tak banyak pun lagi. Lepas ni bole la aku memasak kat dapur yg selesa dan cantik gitu....AMIN

Sesungguhnya, Allah maha mengetahui akan apa yg tersurat dan tersirat. Wallahu A'lam

No comments: