March 9, 2011

Kegagalan Merancang adalah Punca Segala Perancangan itu Gagal

Aku teringat akan ucapan tu by Dato Suhaimi  Pengerusi Polytech Mara masa hari perasmian mesyuarat PIBG sek anak2 sabtu lepas.  Dan pagi tadi bila baca blog syuk Syuk perihal wang langsung aku setuju sgt2 dgn apa yg Syuk buat tu. Walaupun kadang2 mcm dia kata ada kala makan maggier jer yg penting apa yang patut di selesaikan harus di dulukan. Buatnya sewa bilik tak berbayar or tertunggak kena halau mana nak pi ye dak...  Aku setuju sgt2 dgn apa yg Syuk tulis walaupun dalam suasana merempit takut bos nampak, and aku ni walau pun tak merempit sbb tgh tea break ni kena gak taip laju2 gitu ..  Perancangan kewangan tu sangat penting. Kalau kita bole merancang untuk diri sendiri, pasti kita bole gak merancang untuk keluarga di masa depan kan. Practice made perfect maa...

Teringat buku yang aku baca : "Kemana Perginya Wang Anda-Karya Hajah Rohani Datuk Shahir. Mmg insaf sungguh bila aku baca. Honestly, aku menjadi agak kedekut dan bekira lepas aku baca buku tu. Ala2 insaf gitu.  Dalam buku tu ada cerita dgn detail macamana kita nak merancang segala kewangan kita.  Iaitu, mengasingkan 30% dari pendapatan untuk simpanan. Dan selebihnya barulah kita agihkan untuk bayar apa yg patut segala mala bil dan segala hantu hutang piutang.

Cuma aku buat the other way round. Maklumlah, dgn adanya tiga anak2 yg bersekolah harus merancang segala dgn betul. Termasuk membayar tambang bas sekolah, yuran bulanan, baby sitter, belanja sekolah dan segala mala adhoc RM yg ttiba datang berserta surat dari sekolah.  Lepas tu, baru lah agihkan untuk bayar installment keta, rumah dan segala datok nenek bil dan segala mala.  Pendek kata almost beribu gak jugak tu.  Lepas tu barulah aku asingkan sikit untuk ASB,zakat,insurans, Kutu lah dan ntah hape2 lagi.  Belum lagi amik kira belanja dapur tu.

Walaupun sebenarnya maen kutu tu tak ada pulangan lebih macam kalau kita menyimpak ke ASB, tapi aku rasa lebih berdisiplin kalau join geng kutu. Sekurang2nya setiap bulan ada agihan untuk kutu. Dan bila giliran kita tiba esok dapatlah segedebuk of money gitu. Nak harap simpan banyak tu kat ASB? hmm ada masa bole disiplin, ada masa tak. Jadik dgn berkutu2 an aku dapat komited every month.  Skg ni aku bayar RM400 utk 2 x turn kutu berjumlah RM2400 kalau sekali dapat.  Banyak gak guna tu kutu.  Mcm masa aku bayar downpayment keta baru ari tu, dgn duit kutu lah aku top up.  Sekali lagi for the last turn aku akan dapat lagi bulan May nanti.

Kadang2 kalau tak buat begitu, aku sendiri taktau mana peginya duit tu karang.  Kadang2 aku tak beli apa2 pun untuk diri sendiri tau.  Tau2 duit aku gone cam tu jer. Mostly pi kat anak2 and family lah.  Terutama bila balik kg gitu.  Aku ni ada sikap terlampau pemurah dan kadang2 boros.  Mana taknya kalau balik kg tu, anak2 buah ajak makan situ sini, bersedia jer aku melayannya.  Which salu people take it for granted. Tau2 jer karang beratus melayang.

Sekarang ni slowly, aku kurang2kan kemurahan  hati aku tu. Nak belanja bole tapi ala2 berkira2 gak sikit. Nak2 lagi kalau ada org yg kedekut ala2 Hj Bakhil kan. Harus aku pun jadik kedekut gak. Padanlah org kedekut leh simpan duit banyak ye dak?.

Belanja dapur salah satu kritikal pada aku. Sbb tu bila time gajian tu, aku cepat2 beli barang2 kering dan stock kalau bole untuk sebulan gitu.  Beras,telur, sadin, gula, minyak, sos dan ntah hape2 lagi. Ni suma termasuk makanan anak2 macam nugget, kentang lah wedges lah.  Yg pasti stok barang basah gak aku akan stock up jugak.

Sbbnya, kadang2 tengah2 bulan tu bila mana ada duit yg tinggal untuk sampai the next gaji gitu kan.  Skg ni pun aku kena masak pagi2. Jadik aku bawak bekal sama.  Belanja makan aku kat off pun takat breakfast, surat khabar cuma kadang2 jer makan tengahari.  No wonder mmg ada species suka ngendeng org belanja makan sbb boleh jimat banyak gitu. Buatnya sehari spend RM10 utk lunch kalau 3-4 hari dapat makan free bukankah jimat gitu.  Tp takkanlah kan nak mengendeng org sentiasa. Tak baek amik kesempatan gitu.

Sejak 2009 gak, aku amik insuran tambahan.  Walaupun company ada insurans yg covers the whole family, Company SP pun gitu, tp still aku nak ada extra. Sbb mana lah tau kan. Dahler aku ni ulang alik g keje naek moto mana tau kot2 ada kemalangan ke.  Jadik ada insurans bole lah cover2 kan.  Jumlah pun aku amik tak besar. Semampun monthly dalam seratus gitu. Jadiklah kan.

Sebenarnya, kalau dulu2 aku sedar pasal insurans ni sure by this time dah berkepuk tau duit.  Insurans kalau beli masa muda2 dulu by 10-15th years kita dah bole draw semuanya.  Tapi dulu2 mana ada kesedaran ni suma, dah tua2 baru tau kan. But at least...

ASB pun sama. Dulu2 aku ada amik ASB Loan tu 10k. Tapi by the time nak kawin masa tu suma abis used up pun. Then bila dah kawin start new life duit tu gak digunakan.  Cuma kalau skg ni nak amik loan ASB aku rasa kurang wajar kerana hanya menguntungkan bank jer.  Loan 10k endup for 10 years kita bayar berbelas2 ribu gitu. Monthly kena bayar seratus lebih gak. Kalau seratus lebih tu kita bole disipliinkan diri simpan ke ASB by 10 tahun pasti jumlahnya  berlipat kali ganda betul tak?. Tapi tu lah kan, org2 mcm aku ni kalau ada duit tu ada jer kegunaannya. Mula la nak korek.

Tabung haji pun is a good way to save money. Pulangan 14% setahun dan urusniaga yg Halalan toyibban (insya Allah) akan memberi pulangan yg agak lumayan. Provided ko simpan jer lah bukan buat kuar masuk cam bank tu kan?.  Aku pun ada gak sikit2 simpan kat sana. Utk anak2 pun akaun dorang ada kat situ. Duit2 raya dorang tu selalunya aku simpankan kat situ. Kot2 ada duit2 lebihan bonus ke hapa aku top up kat dorang sikit sorang.

Zakat pendapatan, dulu aku cuma bayar zakat time2 dapat bonus jer.  La ni aku tukar style lak. Aku bayar setiap bulan.  Pengiraan yg menjumlahkan sekian2 RM tu aku transfer jer via Maybank2u tiap bulan. Lebih sikit dari amaun sepatutnya dgn harapan pendapatan ku berkat adanya Insya Allah.  Syukurlah sejak buat ni suma tak pernah lagi keputusan duit walaupun tgh bulan. Sungguh kat tangan tak banyak still survive sampai the next gaji.

Cuma masalah aku ni selalunya pinjaman dari adik beradik nih. Ni salu buat aku pening dan sakit hati sometimes.  Sbbnya manjang jer nak meminjam.  Ada yg bayar, ada yg tak. Mana yg bayar tu Alhamdulillah. Yg tak tu aku kira sedekah jer.  Apalagi nak dikata kan. Aku ingat beribu2 (tak terkira, lost counts) jugak yg entah aku sendiri pun malas nak mintak balik.  Yg ada dah beranak pinak pun salu jer ada masalah kewangan and guess who dorang carik. Macamlah aku ni ada simpan mesin cap duit bawah katil tu kan.  Kadang yg buat sakit hati tu, kalau kita kata tak ada (ada,tp malas nak buat dorang jadik habit) akan paksa2 merayu2 sampai aku naek rimas dgn kol, dgn sms...ala2 tak paham base gitu. Bila aku dah rimas dan bosan diganggu end up aku bagi gak.  Seratus dua kadang2 tiga empat ratus... Bayar tu mmg bayar, cuma ada masa bayar sikit2. Ada masa bayar sekali gus selepas sebulan dua. Tpi hassle aku nak pi kuar duit simpanan tu salu jer buat aku sakit ati tau...

Alhamdulilah gak SP sekarang pun dah agak stabil. Jadik kami saling bantu membantu.  Cuma selalu dia bagi kebebasan untuk duit aku sendiri.  Tpi still hal anak2 punya perbelanjaan mmg tak ada kompromi kan. Aku pun tak kisah. Mcm yg wonder pets kata, apa yg penting KERJASAMA.

Mulai tahun ni pulak, aku nak kurang2kan aktiviti bercuti2 mesia mcm selalu tu.  Mulai tahun ni cuma akan pegi bercuti setahun 2x jer. Idak mcm selalu . Jalan jer. Jauh berjalan, duit2 pun berterbangan gitu.  Aku mula merancang aktiviti coti dorang dgn pegi tempat2 less expenses. Mcm taman ke, tasik ke, memancing ke. Tak pun  pi berkelah kat air terjun. Masak makanan siap2 yet dorang still leh enjoy. Maklumlah bdak2 kan, kalau bercuti haruslah demand untk hotel yg ada kolam gitu.  Well, hotel berkolam kalau seratus lebih ke atas harus dah kan?. Belum kira minyak, tol dan segalamala tok nenek expenses gitu.

Tu sbb aku salu nasihatkan anak2 buah yg baru stat2 keje tu untuk menabung kat ASB dan beli insuran. Sementelah belum kawin dan komitment ni bole jer walau sebulan RM50.  Dulu2 aku masa bujang pun gaji tersangatlah keciknya tapi still bole ketepikan 20-50rm sebulan utk simpanan. Masa tu ada potongan for ASB dan tabung hj. So senang sekali.  Sekarang ni pun since maybank2u bole buat online transaction tak  yah nak que pepjg kat sbb nak deposit. Apa yg aku buat ialah transfer jer everymonth. Lepas 3-4 bulan sekali pi sana updates buku.

Kad kredit, aku masih simpan lagi. Tu pun dua kad jer.  Kad tu penting jugak terutama kalau kecemasan.  Sementara aku dgn SP masing2 masih ada mak yg dah tua, harus bersiap sedia segala kemungkinan. Buatnya kena balik kg rushing tgh2 malam, ada CC bole gak wat isi minyak gitu kan.

Shoping2 no way nak CC lagi la ni. Aku prefer beli cash jer semua pun. Ada duit beli. Takde dok jer dendiam. Aku rasa kalau hidup takde belenggu hutang cam best jer. Freedom gitu kan.  Buktinya aku tgk SP rilek jer. Sbb dia takde CC pun. Yg dia ada cuma kad ATM, kad insurans dan Kad keje jer...lelain takde. heheh.  Hutang takde, ujung bulan tak yah sbok2 nak bayar CC ke hapa kan. Senang gitu.

Aku teringat cerita sorang teman rapat pasal somi dia  yg dibelenggu hutang sampai kena blacklist for brankrap gitu. Mana taknya hutang kredit kad menimbun satu hal tapi tak pernah bayar pun!. Sudahnya nak pi oversea tertahan2. Mujur kawan aku tu pandai berniaga. Keje tetap pun ada tp bisness kain dia pun not bad boom.  Laki? selain dari menghabiskan duit tak kententuan, ada juga bini lagi satu yg perlu di support.  Jadik salahke bini dia marah selalu kalau dia salu cilok2 duit hasil bisness dari handbang??? ce citer, ce jawap sikit?.  Dah la gitu, bila ditanya sapa yg ambik bole pulak naek hangin naik darah. Dasar ego gitu kan??? Ni lah namanya gagal merancang kewangan langsung gagal merancang kehidupan sendiri. Satu bini pun semput napas, lagi tambah satu bini. Mmg carik nahas. Padanla muka. Hidupla dgn ego awak tu kan.

Pendek kata, dalam hidup ni kita kena merancang. Selalu merancang. Bukan merancang keluarga jer. Eh, tu pun penting gak tau. Buatnya tiap tahun beranak, laki pulak jenis pemalas tahap dewa pe jadahnya kan. Jgn kata duit tak penting OK?. Duit tu mmg penting. Kalau takde duit camne nak beli susu anak, nak makan nak bayar bil segalamala. Takkan nya cinta, kasih sayang dan rindu bole bayar tu semua ye dak?.

To org2 muda yg belum kawin tu, bersiap sedialah. Mental, fizikal, spiritual. Dunia rumahtangga ni macam2 godaan dan cabarannya. Pada isteri2 tak kira berkerja ke tak tu, harus ada back up plan. Siap sedia dgn sedikit wang sendiri ya.  Bukan bergantung semata2 kepada suami. Kita tak tau bila masa dorang bole pergi atau berubah hati. Hingga saat tu tiba, kita mesti ada perancangan ada persediaan.

Oleh itu janganlah kita gagal merancang. Kalau merancang pun kita gagal..maknya mmg kita merancang untuk gagal kan?..renung2kan lah..selamat beramal

2 comments:

SyuQ said...

wah2 kak. panjang berjela drpd sy. hehehe. pucuk pangkalnya diri sendiri kak. mahu ke tak mahu kita merancang dan bertindak sebegitu.

tiada siapa yg mengajar sy. tp pengalaman lalu memang mematangkan. Alhamdulillah perbelanjaan kewangan sy dpt dikawal. walaupun kadang2 terlajak. kebiasannya terlajak ni disebabkan makan. tetiba plak tekak meroyan nak kek secret recepies. kenalah bagi tekak ni upah dah seharian badan ni penat buat kerja

dulu klu kat opis lama, perbelanjaan makanan sy sehari mencecah lebih RM10. sekarang nak cecah RM5 pun susah. Alhamdulillah. mgkn ada keberkatannya disini. breakfast kat rumah jer. lunch kat opis x sampai RM3. dinner kat rumah tak lebih RM2. kat sini saya da jimat banyak dah.

sy org bujang yg tersgtlah malas nak memasak. malas bersebab kerana faktor persekitaran. bila time sy memasak (dulu) sy bersihkan dapur dan segala peralatan yg digunakan. bila time diorang, kulit telur buang dalam singki jer. sampai singki sumbat. sekali dua sy boleh tahan, kalau dah setiap kali? nasi yang x habis dimakan dibiarkan basi tanpa dikemas. kuali lepas menggoreng, dibiarkan sehingga nak diguna semula. cukup merensakan... Insyallah bln dpn, mmg sy angkut segala peralatan dapur especiallly periuk nasi bawak masuk bilik. bkn kedekut. tp nak berjimat. dan demi perancangan masa depan. hehehe

Anna said...

Syuk, mmg jimat kalau bole masak. Dulu masa bujang pun akak dgn kwn2 masak. Sometimes kita kena berkedekut terutama dgn species2 gitu. Rice cooker mcm2 function. Selain masak nasik leh gak buat sup or stew. Simple and jimat gitu..tak kisah apa org nak kata, bkan dorang nak kasik kita duit pun kan?. Once a while mmg kena layan and pampered diri sendiri syuk..akak pun sama gak. Once a month bila time2 gaji tu anak2 will take turn choose mana dorang nak pi makan. Menggembirakan hati dorang pasti menggembirakan hati kita gak..Bab makan mak pesan jgn kedekut. Sat lagi kalau sakit, air kosong pun x leh masuk kat tekak ..hehehe