October 23, 2009

Cukup-Cukup lah...

Semalam aku terkejut ala2 beruk bila minah melayu sekor tu ttba je blah..pagi lagi masa tu, dalam kul 10 lebih..bila receptionst tnye dia kata aku dah berenti..so nak balik. Mula aku dgr terkejut gak. Apahal pulak ni?? then being friend org kata, aku sms dia. Ya lah walaupun dia buat aku memacam kat belakang, tapi still aku kesian gak.
Rupanya dia kena terminate. Sbb dia under probation lagi, lgpun department dia pun dah redundant. Mat2 salleh 2 ekor tu dah balik US balik. Yg tinggal 2 ekor engineer dan dia as admin. Aku dah bilang sama dia, disiplin jga. Punctuality kena jaga. Mc tu kalau bole jgn..EL tu kurang2 kan. Aku bgtau dgn niat yg ikhlas gitu. Tapi mana tau di salah tafsir. Di kata nya aku nih dengki. Tak cukup dgn itu dia bersekongkol pulak dgn Jlo dan kroni2 nya sampai aku kena warning. Bila dah jadi mcm ni sapa yg susah. Sapa yg malu. Menangis teresak2 dia masa aku ckp kat phone tu. Siap kata company tak appreciate keje dia. Excuse Me!!...ada ke sebelum ni ko appreciate the company, ada ke ko peduli disiplin ko datang lewat salu tu. Balik lunch lewat sesuka hati tu..adaker?? lu pikir la sendiri.
Lepas aku ckp dgn dia tu aku dgr kecoh2 kat belakang sana. Biasalah kroni2 mereka tu. Aku cam biasa jer buat dek buat tatau. Buat mcm takde apa2. Lagpun aku buzy tahap gaban semlam dgn Philippines pnye job takdak masa nak layan.
Bila petang Jenab panggil aku and explain kenapa. Well tau lah kan, kalau dept dah redundant for sure lah mesti ada yg kena tendang. Cuma dalam kes minah melayu tu, since dia degil attitude pun terok, jenab kata company tak mo absorb dia pi memana. Walhal engineer dua org tu di absorb pi deparment aku. Since bos besar tak nak..out you go. Jenab kata lagi, yg dia di bagi notice seminggu. Full payment on gaji and what ever cuti dia ada company suma bayar..fair enough la kan. Jenab cuma ckp kat aku supaya aku tak sok sek sok sek..dan jenab tak mau lagi ada kes2 sampai kena warning. Aku sound jenab sedas...seblum ni benda aku tak ckp pun org kata aku ckp, so better aku be lone ranger kat off ni. Buat keje aku, balik bila cukup masa. Takde masa nak campur around takde masa nak cerita hal peribodi org. And aku sound jenab kalau lpas ni ada lg fitnah2 cm tu mmg bkan dari aku..sbb aku tak bercampur dgn dorang bila masa aku bole bergossip pulak..hmmm
Org yg paling sedih pastilah si melayu jahat hati sekor lagi tu. Skg ni baru dia tau. Lepas ni dia akan sorang2 kat company nih. Aku???..takat hai hai bai bai boleh ler..more than that sori naik lori. Aku mmg tak bole tahan kalau org yg bermuka2. Kat belakang cerita mcm2. Tuduh macam2...kat depan pijak semut tak mati. Kalau bercakap tu mcm org alim jer. Hati busuk tuhan jer yg tau.
Aku masih tak paham apa benda dia tak puashati dgn aku. Nak kata aku ni cantik lg dari dia tak jugak...nk kata aku ni alim dari dia ..tak jugak.. aku biasaa2 jer. Cuma aku ni tak suka bermuka2. Aku tak suka hipokrit and too bad lah kalau suma org suka berkawan dgn aku. Takkan pasal tu dia jealous. Kdg2 aku pikir, mgkin dia jeles sbb bos aku baik, gaji aku byk (byk ke??) Alhamdulillah. Idak la pulak aku pernah memburukkan dia kat sapa2..Hatta dia cerita berbakul2 pasal bos dia pun (dia dept lain) idak ler pulak aku pi jaja cerita tu kat org kat sini..Yg paling aku tak tahan, dia bole ckp dgn orang kalau ada mkanan aku bwk tu berhati2..takut aku letak guna2..(excuse me!!) takde masa aku nak buat guna2..Daripda aku bodohkan org kat off baikler aku bodohkan bos aku ye dak?? ada takde sure naik pangkat, naik gaji byk bonus..bodoh betul. Mentaliti kg betul. Kok ye pun ckp kat belakang aku cam tu, bila aku offer makanan dgn tak malunya makan pulak. Ada kalanya tu, dia sendiri mintak makanan yg aku bawak..apa benda ler dia ni???...aku masih tak paham kenapa dia ni?..apa le untung dia buat mcm tu yek??
Yg si JLO pulak tak abis2. Ada jer benda dia nak mereport. Itu aku tak paham. Spa lagi dia nak jeles kat sini. Adi dah berjaya dia nyahkan. Maknanya dia dah takde saingan tapi still perangai dia dak berubah2 itu yg aku moskel sungguh.
Berbalik kepada 2 ekor melayu pempuan (selain aku) yg tinggal kat off ni, aku mcm biasa jer. Cuma aku perasan la melayu sekor yg tinggal terkontang kanting tu dek kerana kroni nye dah kena pecat semlm tu. Padan lah muka. Aniaya org lagi. Skg ko terima akibatnya kan. Selama ni aku dia aniaya aku diam jer, aku langsung tak balas. Cuma aku elakkan bertembung depa berdua. Sampai kalau bole nyorok bwh meja harus aku buat, sbb aku kalau bole tgk muka pun tak nak. Sampai tahap menyampah dah aku kat depa dek kerana perangai depa tu.
Company kecik dgn 2-3 ekor melayu pun jadik dengki pendengki. Apa barangnya pun aku tatau. Since then , aku biasa2 jer. Aku tak kesah pun apa org kata....mind my own bis org kata. Yg penting aku happy. Aku ada keluarga yg sentiasa back up aku..aku ada life partner yg begitu understanding dan jadik pendengar yg setia sejak 14 tahun yg lalu. Aku ada keja alhamdullillah dgn gaji yg cukup untuk kami sekeluarga..dan paling penting..aku ada kwan2 teman2 sahabat2 mcm korang yg cukup kenal siapa aku sebenarnya....mcmana aku sebenarnya. Aku bangga dgn itu suma sbb bkan suma org bole dpat suma sekali dalam satu masa....suma kerana niat kita ikhlas.. Insya Allah...
Doa aku pada melayu yg kena sacked tu, sabarlah. Rezeki ada di mana2. Cuma lenkali amik iktibar. Kain kita koyak di belakang, hanya org lain bole nampak. jgn lah kita cepat melenting bila org bgtau. Seharusnya kita bersyukur kerana kita tak perasan. Jgn lah kita rasa bangga diri sgt sampai org tegur kita ingat org cemburu..Ikutlah resmi padi makin tunduk makin berisi. Merendah diri tu org kata tak rugi..kerana kalau kita sentiasa memandang langit di atas, sesekali jgn lupa memandang rumput di bumi...Lu pikirlah sendiri...AMIN..

No comments: