October 12, 2009

Ibu Mertua ku.......





mula2 aku dgr cerita ni menyirap gak darah aku. Walaupun ianya berlaku kat MIL but still, aku rasa suma org pun marah kalau dgr cerita aku nih. Meh ler aku story dari mula supaya korang paham.



Adik beradik SP ada ramai. Dalam ramai2 tu ada sorang kakak dia and adik bongsu lelaki dia duduk berdekatan. Adik bongsu dia dok sekali dgn MIL. Manakala akak dia dok nearby. Masa mula nak bina umah di tanah pusaka tu, suami akak SP yg aku namakan abg T yg buat keje2 construction sbb dia mmg kontraktor kecil2 kat kg. Entah mcmana masa tu lah, terjadi selisih paham antara adik bongsu SP (H) dgn abg T. Semuanya pasal duit. Sbb setakat yg aku tau, workmanship umah tu masa baru2 siap mmg tak berapa bagus. Bocor sana, bocor sini..taksiap sana tak siap sini. Dan sbb adik SP tu cikgu sekolah, jadik senanglah dia nak buat loan. Abg T adalah amik loan melalui H pnye nama dgn bank rakyat. Kalau tak silap aku dalam RM10 ribu kot. Lepas kecoh2 pasal umah tu, H mengamuk sakan. Sampai aku dgr meludah abg T dan isteri abg T -Kak rose jadi naik angin dan melempang ler si H ni. Sejak tu hubungan diaorang x baik. Umah tu tak siap sepenuhnya. Yg aku tau, H dah panggil org lain untuk sambung keje2 tu termasuk suami kakak dia yg lagi sorang. Finally umah tu siap dan bagi aku mmg cantik sungguh. Ala2 banglo berbanding umah lama MIL dulu betul superb.

Dah kecoh2 gaduh siap baling kerusi meja (aku dgr, tp dari mulut isteri H dan anak2 abg T) lgsung abg T stop bayar pinjaman tu. Jadiknya selama bbrapa tahun mmg naya la si H bayar pinjaman tu melalui potongan gaji dia. Dan sejak tu dorang bermusuh. Yg kesian tersepit ialah MIL dgn Kak Rose. Cuma Kak Rose tebalkan muka jer dtg. Yer lah umah tu mak dia ada..so dia terpaksa.

Rumah cantik tersergam mmg mcm banglo jer ..tapi hati org tua ..hanya Allah jer yg tau..adik bongsu SP ni ada 4 anak yg kesumanya lelaki. Dua org dah sekolah, sorang baru setahun 2 bulan..dan sorang lagi baby umur 3 bulan. Since MIL dah tinggal dgn dorang, nak tak nak dia kenalah jaga.

Sebenarnya aku rasa, dia pun tak larat-berdasarkan cerita2 aku dgr dari adik beradik SP yg lain. Ye lah umur dah 70 lebih, dgn penyakit darah tinggi kederat pun dah x berapa. Anak ke 3 dorang tu baru dpt kaki. So bole bayangkan bznya MIL menjga dua org bdak kecik dalam satu masa.

Mmglah mak bdak2 tu cikgu. Separuh hari dah balik tapi nak nunggu kul 2 tu kira masak gak tu. Mana dia nak masak, mana nak kasik bdak2 tu makan, menidurkan. Aku pun dah tak sanggup beranak kecik inikan pulak org tua.

Jadik lepas kes gaduh2 tu langsung hubungan dorang mmg x baik sejak mula2 umah tu dibina. Kalau tak silap aku dah masuk 4 tahun gak lah dorang tak bertegur sapa. Ada takde kakak SP je lah dtg kejap2 menjengok MIL. Since dorang pun dok dkat kan. Raya pun kalau kak rose nak dtg kena tunggu si adik ipar aku ni balik kg isteri dia. Si H lak tak pernah jejak kaki ke umah kak rose. Padahal masa H bujang belajar kat maktab dulu Kak Rose dgn abg T lah yg bersusah payah antar, tolong bg duit. Masa tu aku pun baru2 kawin dgn SP bberapa kali gak aku bank in duit ke akaun H..

Jadik hari Jumaat lepas, pepagi aku tgh busy sket, ttba HP aku berbunyi anak buah SP (anak kpd kakak dia tu yg belajar kat KB). Since aku tgh berdiskas dgn JLO pasal keje so aku kata, Nanti kol balik. Rupanya......anak buah SP tu ( si Ina) tepon aku nak mintak no adik SP yg bongsu tu sbb anak no 3 dia yg MIL jga tu terkena air panas. Kelam kabut MIL dibuatnya. Dari cerita yg aku dgr, MIL berlari bwk bdak tu (yg berat tak henggat tu sbb bdn besar) kat umah jiran2 mintak tolong telefon kan anak dia si cikgu H tu. Malangnya suma jiran2 takde no tepon dia. MIL aku ni typical org tua mcm mak aku mana ler reti nak nelepon2 ni ha...3-4 umah dia pi suma taktau no tel si H ni maupun bininya..dalam kelam kabut tu, MIL tinggal jer baby sensorang kat umah..sbb nak mintak bantuan. So happen jiran dpn umah MIL tu kakak kepada abg T, begitu juga jiran kanan sepupu abang T. Nak tak nak dorang tepon abang T dgn Kak Rose dtg. Abg T ada bengkel nearby umah MIL jd cepat je dah sampai.

Masa kak rose dan suaminya sampai, bdak tu dah menangis. MIL menggigil2 panik, sampai tak pakai kasut pun. So rush pi kelinik, baby tinggal kat cik Mi, jiran seblah MIL. MIL masih terkejut..panik.itulah Kak Rose called Ina tnye suh tnye no tepon H dari aku atau SP. Tel Kak ros rosak, jadi tel baru takde no hp aku atau SP. nak tak nak dia kol ina suh kol kami. Pnyelah kelam kabut hari tu. dari Johor -KB- KL..baru lah dapat no si H ni td. Kak Rose nak tel dia nak bgtau anak dia kat klinik.

Finally dorang sampai kat klinik. MIL masih terkejut. Abg T belikan air bg dia minum baru lah dia tersedar. Bdak tu pun dah di beri rawatan. Melecur dari dada sampai ke pusat. Sebenarnya kata SP MIL dah mandikan dia.Dah berpampers pun. Cuma MIL nak siapkan air panas untuk mandikan baby. Air tu belum campur air sejuk. Bdak tu pulak dok tuang air tu kat perut dia..naaaya..

Taklama lepas tu, Si adik ipar aku si H ni pun sampai dgn bininya...Bininya pnye terkejut hampir terduduk. Panik ler gamaknya. Yg aku paling tak suka dgr, lepas amik anak jer dorang blah cam tu jer. Tak ckp terima kasih ke apa. Cuma MIL jer pi kat K.Rose dgn abg T ucap terima kasih..lepas tu terus blaah..

Kak rose sedih, aku dgr dia menangis gak lepas tu. Sampai hati adik dia tu. Keras betul hati dia. Ptg tu kak rose pi melawat MIL. Dgrnya MIL masih terkejut dan seharian tak lalu makan. Lepas kak rose buat kan air panas kasik ubat baru lah dia kata lega sket.
Aku dgr cerita2 cam ni mula aku naik angin. Sbbnya adik bradik SP yg lelain tu bising jugak pasal jaga bdak tu. Mmg dah kata MIL tu x larat lg nak jaga baby tapi adik ipar aku tu degil, tak nak carik org jaga..bahkan nak raya hari tu bkan main lagi tukar kereta ke Toyota wish dgn RM1200 monthly mampu nak bayar. Takkan org gj RM400 sebulan pun susah sgt.??? bini dia pun sama je bg aku. Kalau laki x kasi ikut jer. Sampai menyusahkan MIL. Aku dgn mak aku sendiri pun x tergamak suh jaga bdak2 ini kan pulak MIL.

Lepas dari tu, aku sms kat SP direct jer suh dia ckp kat adik dia carik lah org jaga bdak2 tu..kesian kat mak tu. Buatnya ttba colapse jer org tua tu nanti sapa yg susah. Tapi SP cam biasalah..dia x jwp pun sms aku tu..memang taaaaaaau.

Semlm masa aku pi beraya ke Puncak Alam (umah abg SP no 2) aku amik chance, aku citer suma2. Lantaklah org kata nak masuk cmpur ke apa, bg aku dorang berhak tau pasal mak dorang. Lepas aku citer tu Abg Mid geram. Dia pun kata MIL tu dah tak kuat, tak sihat. Jadi dia tepon MIL immediately lepas aku citer tu tnye khabar. Pastu aku dgr dia ckp dgn H, suruh carik org jaga anak2 dia.
Jgn menyusahkan mak dorang tu. Maklum dah tua, kalau jd apa2 kat anak2 kat mak dia kan susah.........

Lega hati aku dgr. Lepas ni aku harap dia betul2 carik org jg anak2 dia tu. Tu lah, nak beranak tak agak2..tak plan. Kok ye pun nak beranak reramai amik ler indon sorang. Umah tu dah ler besar giler, MIL pulak jenis pembersih dan pengemas. Mana dia tahan kalau tak kemas umah. Umah tu aku pun rasa tak sanggup nikan pulak org tua kan.

Kita ni sebgai anak or menantu, patut jgnlah menyusahkan org2 tua kita. Kita patut bg dorang peluang berehat, takyah penat2..ni tak umur sebegitu nak menjga bayi lagi.. dah ramai dah dia jaga cukup2 lah...

Tapi tu lah...manusia ni rambut sama hitam..hati jer lain2..Aku bersyukur sgt2 yg SP tak macm tu. Dia takkan bg mak dia susah2 hati ataupun pening2 kepala...sedangkan adik beradik lain pun dah bising..tapi tuan pnye diri buat taktau..

Harap2 nasib aku esok tak cam tu. Bila dah tua aku nak masa beribadat, berehat takde masa aku nak layan bdak2 kecik2..........sendiri beranak sendiri pk camne nak jaga ye dak??


AMIN

No comments: