October 28, 2009

Keluhan Hati Seorang Teman...

Aku ni ada byk kawan. Kawan keje, kwan setaman, kwn kenal kat kawasan off dan mcm2 kawan lagi lah. Dalam byk2 tu adalah sorang ni namanya Zura. Zura ni aku kenal masa kat hsptal selayang. Masa tu aku nak bersalin ekhmal, dia pulak kuar masuk hosptal sbb uri kat bwh masa tu dia baru mengandung 7 bulan..aku pulak tunggu masa nak operate. Sejak berkenalan kat situ kami jadi kawan. Skg ni umur ekhmal dan emmer (anak dia) dah 5 tahun maka selama tu lah usia persahabatan kami. Zura ni orgnya simple full time house wife jaga anak2 kat umah seramai 4 orang. Yg kecik umur 2 tahun.
Baru ni Zura ada menelefon aku, saja sekadar berkhabaran. Aku pun kdg2 sengaja kol2 dia. Kalau dulu Zura ni sorang yg lembik takde semangat, aku masih ingt bila suami dia mintak izin kawin lagi satu. Dia mcm org hilang arah. Hilang pertimbangan. Mujurlah masa tu aku tergerak nak telefon dia kalau tidak tak tau mana la dia lari. Aku byk nasihatkan dia supaya besabar. Bertenang. Akhirnya berkat doa kami, Saiful suaminya tu tak jadi nak kawin lagi terus insaf. Ni bukan kali pertama saiful buat hal. Dah 2 x dan Zura mcm dah serik tapi mengenangkan anak2 dia telan suma tu. Skg ni Zura dah berubah, berkat semangat aku berkat buku2 motivasi yg aku bagi dia baca, dia jadi kuat. Mentally and emotionally. Dia dah tak kesah dah kalu pun saiful buat hal lg. Alhamdulillah.
Tapi dugaan yg Zura alami kali ni mmg berat. Bkan masalah saiful tapi masalah pak mertua dia. Pak Mertua dia ni dok dgn Mak mertua kat area dorang tinggal tu jugak. Mak mertua zura antar bdak2 pi sekolah. Bapak dia pulak dh pencen lepak je kat umah. Dan dua2 orang tu ada kencing manis. Sekali sekala Zura dtg umah dorang menjenguk. Baru2 ni tergerak hati dia nak pi. Maklumlah dah 3-4 hari tak pi. Rupanya pak mertua dia demam. Dek kerana terpijak batu ke apa dan kerana kencing manis kaki org tua tu bernanah. Nanah tu pulak dah menjadik kuman so pak mertua dia demam panas. Membebel la si Zura ni kat mak mertua dia nape tak bawak klinik. Walhal adik ipar yg dah kawin tu dok atas flet parents dorang ni jer. Zura rush bwk pi klinik then refer to Hospital Selayang. Masa tu kadar gula org tua tu dah 18 (c0nsider tinggi giler tu)..dan akhirnya..jari kaki kanan org tua tu terpaksa dipotong :(. Bayangkanlah seminggu kat hospital Zura yg menjaga. Kencing, berak makan dan minum org tua tu. Mak mertua dia setakat datang melawat balik dan kebas suma duit2 yg sedara mara pak mertua dia bagi masa dorang datang melawat. Menurut Zura adalah dalam lima ratus lebih RM.
Lepas seminggu balik dari Hospital, pak mertua ni di bwk kat umah Zura. Zura lah yg jaga, mandikan, tukar pamper, kencing berak tak usah cerita. Zura yg buat suma. Sampaikan zura kata dah takde perasaan malu ke hape dah. Semua nya di bahu dia.
Dalam pada tu mak mertua dia ni dok ada lah tido 2-3 hari kat umah zura tapi setakat tido jer lah. Takle nak tnye org tua tu aka suami dia tu makan ke, kecing ke berak ke. It seems dia geli nak layan kencing berak org tua tu.
Perbelanjaan Zura pun dah makin meningkat. Yela dia tak keja. Nak harapkan saiful sorang, dgn anak 4 orang, makan pampers, susu bapak dia lagi mmg dorang agak tertekan jugak. Yg peliknya idakle adik2 saiful yg lain menghulur barang Rm50 atau setidaknya mak mertua dia yg dok angkut bdak2 sekolah tu dapat dalam 7-8 ratus haram nak bg duit pun. Sumanya dibahu saiful sumanya di bahu zura.
Mendgar citer zura aku jadi insaf. Aku salute dia. Sanggup dia menjaga mcm bapak dia sendiri sdgkan org lain yg rapat langsung tak ambik port pun..mana pergi tanggungjawab bini pak mertua dia tu.
Citer Zura, sejak dia jaga org tua tu paras gula dah turun jadi 9, makan di jaga. Nasik tak ambik. Zura cuma bagi oat dgn susu khas kencing manis jer. Baru tadi aku berckp dgn Zura, dia dah tak sihat. Selsema demam..mgkin sbb penat mgkin sbb kurang rehat.
Jauh disudut hati aku, berdoa moga ada hikmah sumanya pada Zura. Ujian dan dugaan zura lalui sepanjang tahun ni. Semoga dia sihat, semoga dia dapat berbakti kepada pak mertua dia tu selagi hayat. Pilu aku dgr bila Zura sendiri terpaksa sapu cream pada kemaluan org tua tu..ssdgkan bini dia sendiri tak sanggup apatah lagi nak cuci kencing beraknya.
Sabarlah Zura, semoga Allah membalas segala keikhlasan ko itu. Mesti ada hikmah di balik ni suma...semoga ko sentiasa tabah dan sabar...aku sentiasa berdoa semoga ko dirahmati...AMIN

No comments: