September 20, 2007

Ramadan Datang Lagi...............

Alhamdulillah, dapat juga aku mengupdatekan blog aku nih. Malam tadi lepas terawikh aku sms adi suh dia bawak booster wireless tu, sbb minggu ni aku cam tak bz sgt, nak nak lagi bos nak pi mengolfkan dirinya kat Miri hari nih..
Masuk hari ni dah 8 hari kita berpuasa, Syukur aku rasa puasa kali ni penuh keberkatan, penuh dgn keinsafan dan penuh kesyahduaan mengenangkan bapak yg dah tak der..mengenangkan mak yang berpuasa sendirian dan hanya ditemani akak sekeluarga.
Macam tahun2 yang sudah bulan puasa mmg bulan paling jem sekali time nak balik gamaknya sume rushing nak balik masak espescially untuk ibu2 dan isteri2 mithali ...macam aku :). Kalau tahun lepas aku kat Shah Alam balik 4.30ptg dan drive sensorang sampai umah kul 5, skg ni dah lain. Aku dah tak drive, sbb ada driver maa...tapi kami naik moto jer pi keje. Lebih cepat, senang dan jimat. Aku balik pukul 4.30pm maklumlah bos aku baik hati, tu pun ada dia kata bole balik kul 3 ptg. Bukan aku tak nak dan tak suka..aku suka tapi apa kau nak buat balik awai2 cam tu sdgkan SP pun balik kul 5..so aku mintak kat dia balik 4.30 ptg pun dah cukup baik..aku solat dulu kat opis dan pukul 4.45pm baru aku turun. Kadang SP awal kadang lewat.
Bulan2 posa ni time management penting sgt. Ye lah, kakak berpuasa (alhamdulilah dia stat pose penuh sejak umur 7 thn lagi) jadi aku kena la jaga hati dia. Masak makan kegemaran dia sebagai galakan dia untuk bepuasa dan harus diingat menjelang raya RM50 akan dibagi kat dia kerana berpuasa penuh..takpelah galakan jer tu. Kalau arwah bapak ada pun time2 raya cucu2 yang berpose penuh bapak akan bagi gak....elaun berpuasa.
Lepas sahur aku akan turunkan apa lauk yg aku rasa nak masak petangnya. Bibik mmg la ada tapi keje2 umah pun byk dia nak buat..layan kain baju yg menimbun2 hari2 pulak tu...apa tak 2 kenit kat umah tu sehari tukar baju 4-5 kali...jadik aku pun tak nak la menyusahkan dia..diapun bukan kuat sgt dah nak buat sume keje..aku pun paham. Ada tak de kalau aku terlambat aku mintak dia tolong masakkan nasik..tapi sume keje jadi mudah kalau kita dah plan apa nak buat. Walaupun sampai umah kul 6.30 sekali pun aku masih sempat masak 2 main dish, kadang siap dgn sambal sekali. Rezeki bulan Ramadan gak pokok mangga depan umah berbuah dgn lebat sekali..mangga muda dikerabu mmg sedap, hampir tiap hari jugak dapat order kerabu mangga. Smpai dorang jemu tukang masak ni akan buat lah tiap hari.
Puasa kali ni benar2 kami berjimat cermat. Sungguh. Kalau taun lepas balik keje je aku singgah mana2 bazar tak kira kt kg melayu subang ke, Sg buloh ke atau kat Kundang akan adalah lah memacam yang aku beli. Kuih, itu ini...sudahnya lepas buka tak termakan terbuang jer. Jadi tahun ni aku nak elak pi bzar ramadan, nak elak lalu kg baru. Betul le kata orang kalau tak nampak takde le nafsu nak mmbeli mmbuak2..aku pun ckp kat kakak tahun ni mmg kita tak pi bazar ramadan kalau kakak pi sume air kakak nak bli, suma kuih kakak nak, sbb masa tu tgh lapar tgh haus..tapi bile berbuka dah makan nasik, kenyang satu hape pun tak termakan..buang jer kan ke membazir tu. Syukur dia pun paham.
Well perut kat rumah tu btul2 prut melayu kan, buka nak makan nasik..aku pun senang tak payah nak pikir buat macam2 2-3 lauk dah cukup..sampai sahur..bole dipanaskan.
Citer bab terawikh aku rasa tahun ni Amal lah yg paling excited, tahun lepas dia ada gak ikut tapi tak bape paham kot. Tahun ni dia dah 3 tahun lebih dan dah tau semayang camner. Kadang aku baru balik keje pun sibuk dah kata nak pi masjid, betul2 kemaruk.
Tapi yg senangnya bawak dia, dia tak merayau macam deelyn..dia dok diam jer kat belakang. Siap bawak bekal biskut bagai...bila aku bagi salam jer dia datang..bila aku solat dgn kakak dia tunggu kat belakang..ada gak sekali tu, aku baru siap isyak, dia sebuk nak berak..lepas dari tu aku ugut dia..nak ikut mama jgn nak kencing berak..yerk..dia punya la pandai...tak pa, amal pakai pampers..deelyn tinggal kat umah dgn bibik jer..bibik pun buat terawikh kat umah.
Bagi aku itulah kelebihan ada bibik, disamping bole tolong jaga anak2, jaga umah kita nak beribadat pun senang. Aku paham akan kawan2 yg tak berpeluang nak terawikh sbb aku dulu pun bertahun2 tak de peluang..seblum bibik ada..skg ni mudah sikit. Pun ada banyak masa nak solat jemaah, kejar terawikh yg hanya datang setahun sekali tu. Syukur. Rasa sayang dan rugi nak tinggalkan terawikh walau semalam..kakak pun sama, dia bersungguh2 nak bersemayang kat mesjid..tapi sbb mgkin masih kanak2 kan..tiap kali 4 rakaat dia akan tanya..empat lagi kan maaa....mgkin ari cuti aku nak cuba buat sampai abis 23 rakaat. Imam yg baca pun best sgt, mendayu2 dia baca surah..terutama kalau surah Al Waqiah tu...
Sb nak balik terawikh awal, aku buat lapan rakaat jer...lagipun kakak sekolah the next day kang dia ngantuk gak..subuh baru aku buat witir..kami pi masjid dari pi surau kat taman tmpat tinggal kami tu sbb masjid lebih luas dan meriah manakala kat surau lak sempit tak cukup tempat..
Kalau minggu pertama tu pi keje rasa ngantuk giler, masuk minggu ke2 ni dah ok..dah adjust kot. Mana tak kat moto pun aku sempat tidor2 ayam sbb ngantuk sgt..skg ni tidor kul 11 malam bangung kul 430 pagi lepas tu tak tido lagi pun aku masih maintain..tak ngantuk pun..cuma dah masuk 2nd week ni selera aku time sahur hampes...langsung tak bole masuk nasik lagi..ada tak de aku makan ler roti 2-3 keping atau pun makan sup2 jer...bagus gak..gamaknya bole le kurus kalau cam ni salu..ehem...:}
Apapun syukur dapat berpuasa, bersolat jemaah anak beranak dan dapat bertarawikh...baju raya blom sempat nak carik lagi..mgkin last2 besok..
Tak sabar nak tunggu 10 malam terakhir...nak merebut Lailatul Qadar, Insya Allah...kepada semua Selamat Berpuasa....

No comments: