September 21, 2007

Sedihnya......Mayat disahkan Nurin

Semalam tghari kita dikejutkan dgn berita bahawa mayat budak pmpuan yang ditemui kat dalam bag kat PJ hari tu adalah adik Nurin Jazlin Jazimin, ujian DNA telah mengesahkannnya. Setelah hampir sebulan hilang, mmg ini berita yg paling memilukan bukan je pada kita-kita tapi pada mak bapak Nurin sendiri. Dan mgkin kerana hakikat tu lah diaorang masih tak nak terima yang itu adalah Nurin. Mmg lah berbeza sekali bentuk rupa tapi kalau ujian DNA dah mengesahkan aku rasa mmg itulah hakikatnya..masa TV3 tayang gambar mayat tu dgn mayat Nurin malam tadi kat berita, pada pandangan aku mereka serupa, bentuk mata, bibir suma nampak sama cumanya mgkin gigi mayat tu agak terkedepan sedikit.
Berat mata mandang berat lagi bahu memikul kan?..tulah yg ditanggung oleh mak bapak Nurin skg ni. Kita sendiri rasa sedih apatah lagi mereka.
Masa2 cam ni aku harap sgt kalau kita ada teknologi secanggih CSI pnye citer tu. Yer lah dorang dapat gambarkan dan dapat carik bukti untuk mengaitkan mayat dgn pembunuhnya. Walaupun tu hanya citer, tapi kalaulah ada benda2 macam rambut atau DNA kat mayat tu yg bole diproses sampai dapat results yg sepatutnya...biarkan geng2 CSI Grissom atau CSI Horatio buat keje mereka sampai si keparat yg melakukannya dapat dijejaki.
Aku taktau kenapa En Jazimin tak nak terima hakikat tu anak dia..mengikut kata dia, itu bukan Nurin sbb muka tak sama rambut pun tak sama...gigi lagi x sama..tapi klau nak pikir lojik Nurin dah sebulan hilang, dalam masa tu mgkin SIGILA tu bole buat apa saja kat Nurin.bak kata doktor kalau Nurin dipukul berkemungkinan bentuk giginya akan berubah. Aku salute kat mak Nurin, sbb dia kta semalam kalaulah itu Nurin dia redha...dia nak terima hakikat dan qadha qadar yg tuhan dah bagi. "Ingatlah ada hikmat dari setiap kejadian yang berlaku"-aku salu pikir ni ajer..
Ada juga cakap2 sumbang kat belakang kata mgkin bapak dia ada hutang kat along jadi ni yg along buat sbb dia tak bayar utang...harap2nya benda ni omongan kosong jer. Kalaulah betul tak tau lah aku macamne nak gambarkan.
Sekarang nih macam2 kejadian tak diingini berlaku. Ingat tak kes Nurul Huda kat Johor dulu..sama juga kes macam ni..dah lepas dirogol dibunuh pulak, kisah Audrey, Diana dan ramai lagi budak2 perempuan yg menjadi mangsa serangan seksual binatang bertopengkan manusia. Yg menyedihkan pulak bole guna terung dan timun untuk masukkan kedalam kemaluan budak tu sampai rektumnya pecah...bbetul binatang la org yg buat nih. Kalau binatang tu lepas kat dunia ni, ingatlah diakhirat esok pasti akan dibalas Allah.
Dgn citer2 cam ni aku jadi takut, selamat ke anak2 kita nak ke sekolah nak keluar rumah. Selamat ke dorang ke tuisyen. Pasal suma nilah aku akan jadi risau tak menentu kalau kakak balik lwat dari sekolah. Dan aku sentiasa pesan kat dia jgn percaya kat orang yg nak antar atau beri apa2 kecuali orang tu mmg betul2 mama dan ayah kenal. Aku pun dah bagitau kakak perkara2 yg tak sepatutnya orang dewasa lelaki atau budak lelaki buat pada budak2 perempuan tak kira lah orang tu cikgu ke, jaga ke, kawan ke...kalau berlaku aku pesan kat dia cepat2 jerit kuat2 atau report kat cikgu perempuan. Dan semestinya nak pergi kemana2 aku tak bagi..hatta skg nih pegi kedai dkat umah pun aku tak benarkan...
Better feel sorry now rather sorry forever later..
Pagi tadi masa aku nak pegi keje , masa berenti kat traffic light aku rasa tersentuh..rasa touching sgt...ada sekumpulan budak2 sekolah menengah tgh melintas jalan, dalam kelompok tu aku nampak ada satu budak lelaki aku kira dalam tingkatan 3 cam tu pegang tangan adik perempuan dia dalam darjah 2 ke 3 cam tu lintas jalan..pas tu pimpin tgn adik dia sampai dia lepaskan kat pagar sekolah rendah . Sek men dgn sek ren bersebelahan...just to make sure adik dia selamat melintas dan selamat sampai ke pagar sekolah...bagusnya..dalam hati aku berdetik....bagusnya didikan parents budak ni...sbb selalu budak2 lelaki nih jarang nak amik peduli benda2 macam ni....
Hari ni dah 9 hari kita berpuasa..sekejap jer kan. Malam ni dah malam ke10 terawikh. Ckp pasal terawikh malam semalam aku pi masjid, tapi dorang ada buat kuliah agama sbb malam jumaat so malam tadi imam siap2 annouce malam ni solat lapan rakaat, pastu semayang witir. Kerana selesai tu akan ada kuliah agama. Agaknya sbb tu imam baca ayat Masya Allah panjang..macam nak habis berjuzuk2 quran. Bukan aku tak suka, tapi bila ayat dah panjang sgt kosentrasi kita dah lari sbb lama sgt. Lagipun ayat2 yg dia baca surah AlQuran yang aku ngaku aku tak hafal pun dari surah mana..panjaaaang sgt..aku tgk kakak diri kat sebelah aku pun dah goyang..aku cuba pejam mata mmg sedap alunan ngaji imam tu tapi panjang sgt..
Kalau selalu ayat2 lazim jer, yg aku rasa budak2 pun senang nak baca (ramai budak2 yg baru nak belajar terawikh join) org tua cam aku pun bole khusyuk...kalau dah panjang sgt cam musabah la pulak..tak kena tempat lah imam tu. Ramai budak2 sekolah yg solat patut bagi ler galakan dgn baca surah2 yg senang...
Masa on the way balik dalam keta, aku pun ckp kat SP..dia pun kata, ramai jemaah lelaki pun cam tak puas hati sbb seolah2 imam nak tunjuk dia ngaji sedap ayat2 pjng2..Wallahu A'alam..tak kira apapun niat imam tu aku rasa dia patut guna comman sense sekit.........
Well kalau semalam dah masak lemak nenas ikan masin, sayur bayam..sambal tempoyak..ari ni tak tau aku nak masak pe dah..Tukang masak dah buntu nih.....habis dah sume resepi kuar...sume dah dimasak...kering idea dah.........biarlah dulu...nanti lepas Zuhur baru pikir2 baru serve2 internet carik idea....
Selamat berpuasa..selamat berweekend..baju raya dah beli?..

No comments: