January 29, 2013

Kesibukan Melanda

Duh!!, lama sungguh tak berpeluang nak menghapdate kat belog ku ini. Kekangan masa sentiasa mencemburui aku nampaknya sejak2 keje kat tmpat baru ni.  Sungguh, takde masa nak bersosiyal kat FB apatah lagi nak memblog bagai.  Walaupun kat umah ada masa pulak yg takde. Mana nak settle keje umah yg never ending..mana nak setel laundy yg never ending story tu. Ada masa balik sampai umah aku melepek kepenatan.  Gitulah adanya. Umur bukan muda lagi kan, justeru keletihan tu mmg takdapat nak dielak2 kan.

Over all, aku happy jer dgn keje baru aku ni. Walaupun dah bebrapa kali bos aku yg muda tu asik tnya, hows work...bla bla..aku rasa senang di sini, despite ramai senior2 yg kerek merek tu. Like i said to boss kan aku tak kisah pun org lain kat dept lain yg nak menyombong tu sbb yg penting org2 kat deparment aku tak begitu..regardless kecuali sekor..bdak pempuan kecik sorang ni..kalau tnya apa2 manjang jer tatau..salou moody, hentak mouse sana sini. So aku elakkan tnya dia benda2. Tnya jer kat org lain..abis cerita.

Insya Allah, kalau takde apa aral melintang 4hb February nnti konpem lah.  On line training yg berlambak2 tu semua aku dah setelkan. Tu salah satu syarat utama nak confirm jadik kena setelkan jugak nak ke taknak.
Office aku ni rajin organise safety and health meeting, so every few months pasti dorang organise macam2 termasuk la the biggerst looser.  Musim pertama dah setel bila si Italian Roberto menang dgn berjaya mengurangkan 11 kgs dalam masa 2 bulan. Hadiahnya? tak la byk mana cuma RM200 tapi keazaman untuk mengekalkan kesihatan tu lagi penting kan. Roberto usaha gigih betul sampai engaged Personal trainer, jaga makan. Pi gym hehari tu w/o fail.

Inspired by Roberto, aku pun mula berjinak2 dgn gym.  Dah hampir sebulan aku ke gym seminggu 3 x.  Selain bersenam selama 30 minit berjalan kat threadmill ke or ber ski aku juga join kawan2 bersauna. Tak pernah2 bersauna kan, since ada kemudahan percuma layan jer. Cuma aku terkilan sampai skg sbb tak dapat lagi nak terjun ke poolnya.  Maklumlah, takde pakaian yg sesuai dan aku rasa sungguh tak sesuai nak terjun dgn dilihat oleh mata2..issh..hehe.

Cabaran biggerst loser kedua akan bermula February nanti. Bahkan aku lah yg pertama register nanti..tgklah.haha.  Dah hampir sebulan aku makan acai berry dan pi bersenam secara konsisten (takpernah aku begini rajin senam u olls), aku dah berjaya reduce 3kgs..malangnya, masa weekend lepas aku balik sg besar, abis jahanam .  Selama hampir sebulan aku berjaya mengurangkan pengambilan nasik sesenduk jer...tpi balik kg dgn asam pedas ikan baung, kari bawal special akak, bersama sambal pecal aku tak berjaya menahan diri dari makan bersenduk2..arrrgh, aku sungguh rasa bersalah tau..

Kalu pg gym tu beria2 berlari pun baru berapa jer kalori terbakar. Kena balik kg sekali beribu2 kalori aku gained..sedih betul!!!.  Tapi at least ada perubahan..perut pun menurun dah ..kena juga cari fellina cam Puan Halia yg berjaya mengurangkan lemak2 perut tu..Jelesss sungguh ai baca lia oii.

Dan bila nak mengawal makan bukan senang u olls, terpaksa aku drag seisi rumah sekali.  Jarang2 dah aku amik benda2 bergoreng. Paling tak singgang, bakar, grill or stim jer...cuma tang sambal tu mmg tak leh nak elak lah kan, terpaksa guna minyak bunga matahari tu...yg penting, aku makan nasik sekali sehari jer..malam mmg aku jarang amik berat2..paling2 minum nestum or milo..jer..disiplin ke tak tu..tak pernah2 u olls


Jadi aku mengharapkan dapat la turun lagi dan lagi dan lagi...supaya berasa sihat dan berasa kurang berisi sikit, baru senang nak sarung baju kebaya..(wakakkaaka)...baru senang dapat mengawal stress, permakanan dan semuanya.  Believed me sejak ber senam ni , stamina naik tangga dah ok..idak lagi termengah2. Dan berjalan jauh2 pun kaki dah tak sakit lagi. Yg best, malam senang je nak tido. Kalau dulu susah nak lelap, now letak kepala atas bantal gerenti terus lelap u olls..best!.

Cerita2 lain pulak ialah perihal si kakak  yg baru dpat PMR result hari tu. Keputusan dia pada aku amat cemerlang .. ye lah dgn gangguan dua bdak nakal kat umah tu dia masih bole study dan dapat keputusan begitu..mmg sungguh bangga lah lagi2 bila subjek yg dia tak gemar Maths dia bole score A pulak..

Sbb dia beria2 nak apply for kolej vokasional, lepas dapat result percubaan tu dia adalah apply on line, tpi masa tu percubaan dia cuma berjaya dapat 1 A jer, yg lain B dan C. So dia tak berjaya dapat masuk.  Tp kesian nak sangat kami buatlah rayuan.  Dapat tu mmg dapat lah kat Gombak tetapi kursus pentadbiran yg dia nak tu tak dapat..dorang offer course marketing.  Furthermore, rupanya kat kolej vokasional SPM dah takde!!.  Sesuatu yg mengejutkan sbb masa SP amik surat offer kat sekolah tu pun ramai parents menyerbu pengetua dan bertanya kenapa SPM tak de!!.

Benarnya aku suka kalau kakak nak masuk sekolah teknik. Cuma dia tak berminat dgn bidang2 kat teknik tu. Tapi lepas kat vokasional takde SPM dan kena stay for 4 years for diploma, aku dgn SP kena buat mesyuarat tergempar dgn kakak pasal ni. Sbb dia tak tau lagi hala tuju dia kemana kan..jadi sebagai ibu bapa kena buat penerangan betul2 kat dia.

Siap tampal paper dan terangkan satu persatu . Tu la yg SP buat.  4 tahun kat kolej vokasinal tanpa ada apa kecuali SKM (Sijil Kemahiran Malaysia) bahkan bukan MLVK pun.  Dan suma berdasarkan 70% praktikal dan 30% exam. Means dia kena pass thru setiap tahap sampai tahun ke 4 sebelum melayakkan dapat diploma. Buatnya boring or terkantoi??. SPM Pun takda camne? apa hala tuju masa depan?.

Jadi kami beri kakak pilihan, sama ada nak stay sekolah yg sama or pindah sekolah lain yg ada asrama tetapi tetap teruskan sampai SPM abis.  Pada aku lepas SPM byk peluang yg dia bole pilih. Lagpun skg ni dia dah menunjukkan ciri2 suka kepada perakaunan (dia pun di kelas perakaunan) jadi aku rasa dia bole pegi lebih jauh. Katalah tak dapat masuk U byk kolej mara or kolej komuniti dia bole pegi..yg penting kami nak dia abiskan sampai SPM.

Dan kakak buat keputusan untk stay kat sekolah lama dia sampai abis SPM.  Lepas setuju suma tu dia beri satu syarat..iaitu : To make over bilik tidor dia as a teenager pnye room!.  Sbb bilik dia skg ni lebih kepada zaman kanak2 pnye, dgn katil double decker kale pun tak memebrangsakang..dan paling penting get rid of the double decker tu..well, SP kan tukang kayu, tukang cat segala..so takde masalah..so its deal.  Jadi barulah kami bawak dia pi beli barang2 sekolah, baju sekolah baru kasut baru dan beg baru..kerana seblum ni teragak2 nak beli takut2 dpat sekolah lain kena beli set baju lain pulak nanti.

Overall, aku pun puashati sbb dia menyuarakan apa keinginan dia. Apa yg dia nak dan apa yg dia mahu buat untuk masa depan dia. Kami ni mengikut jer. Mana yg baik ok..yg tak tu kami tolong nasihatkan dan bagi panduan mana yg perlu.

Gitulah adanya...byk lagi kisah2 yg tertangguh tak tercerita, tpi like i said masa takde nak menghupdate selalu...byk sgt kerjaan nak di setelkan...sibuk tak sibuk baru nak masuk 3bulan email aku yg berkait pasal keje jer dah 3642 emails u olls...bayangkan pitam dan nak muntah hehari masuk keje nak baca email satu persatu..satu hari cuti mean seratus lebih email..kalau cuti seminggu taktau lah aku pitaaam..

Yg pasti aku x sabar nak dapat surat confirm..sbb dah 3 bulan keja aku tak cuti langsung kat sini ...so aku ingat nak amik strecth satu minggu masa raya cina tu..itu pun kalau dah confirm or bos bagi kan...harap2nya dapat lah insya Allah...


2 comments:

Irfa said...

salam kak anna ;)
seronok baca akak happy di tempat baru itu
dan saya merasa sgt jeles bila kompeni sediakan tmpt bersenam siap dgn sauna.free lagi.best giler

kepada si kakak..semoga sukses ye

Anna said...

Irfa,
Alhamdulillah, Allah beri yg lebih baik dari yg seblumnya..happy gak kat sini walaupun keje byk giler....yg free tu lagi best....layaaan..hehe