December 28, 2012

Original atau tidak??

Tidak dinafikan mmg ramai org hendak mendapatkan sesuatu tu nak original je.  Ada org pulak teringin nak yg original tapi tak mampu.  Jadi buat syarat lepas hajat mereka tu, mereka dapatkan la yg ciplak dan cetak rompak.  Kalau ada org yg sanggup bersusah payah dan ikat perut semata2 nak mendapatkan yg ORI tahniah.korang mmg berkeazaman kuat..i salut u olls

Sebagai contoh, kalau ada org mampu nak beli handbag Tod's kat KLCC tu dgn rega RM5k sebijik maksudnya dia betul2 mampu, or duit bersepah2 atau mungkin jugak mmg dia gila jenama hingga sanggup beli semahal itu?.  Mak mak datins diva tentunya takde masalah nak beli yg ori sbb duit mereka tu berkepuk2.  Tapi org lain?? belum tentu mampu.  Tgk je artis2 tu, ada yg bergaya sakan tak hengat handbag jenama vas the vass tapi alih2 terkantoi sbb beli barang2 ciplak made in Thailand. Gitu, malu kan kalau terkantoi. Tapi meka tu artis..kita bukan. So takde org kesah deee kalau ko pakai ori ka, pasar malam ka..janji selesa..

Pendek kata, tak suma barang yg kita nak kita mampu beli yg original.  Ukur baju di badan sendiri org kata, kalau tak mampu buat cara tak mampu. Toksahlah nak berlagak diva la vivas, dgn handbag cetak rompak gitu. Kalau ko tak berlagak divas, bersederhana biasa jer..aku bet org tak heran or kesah ko pakai handbag jenama apa pung..tapi kalau kerek semacam, berlagak vogue tak hengat, jalan macam bagus sgt, baju ala2 divas...pakai beg cetak rompak mmg sahih la jadi bahan kutukan u olls.

Tapi kan bab CD or DVD aku mmg tak bole nak salahkan org. Adakalanya dvd citer2 melayu tu yg original reganya tak hengat mahal sekali tengok cerita cam hampess, rasa tak berbaloi nak melabur RM19.90 sekeping sedangkan bila dah tgk cerita...tak bleh blah..sakit hati.  So, beli jer la made in pasar malam 6 or 7 hengget sekeping, kalau citer tak sedap hati tak sakit kan?.

Ketika org2 sebok pasal IPAD galaxy tab dan segala, anak2 aku jugak tak terkecuali mendambakan gadjet2 tu semua.  Semuanya sbb terpengaruh, sbb tgk kazen2 lain main IPAD, main tablet.  Keterujaan mereka nak memiliki benda yg sama tu membuak2..sedangkan mak bapak mereka ni berkira dan kedekut sgt nak membli bebarang begitu. Bukan apa, takut2 beli mahal2 kena bantai dan dihumban tak sampai sebulan pakai jahanam.  Beribu2 tu. Bukan senang nak dapat duit. Well, duit kami bukan petik kat pokok mangga depan rumah kan.

Oleh kerana taknak menghampakan mereka dgn peredaran zaman IT skg ni, aku dgn SP decided nak dapatkan sebijik tablet lah kan.  Terfikir2 lah nak dapatkan galaxy tablet ke Ipad ke hape kan, tapi setelah meneliti butir2 pro and kontra nya kami decided not to beli yg ori.

Abis, kat umah tu apa yg tak rosak? laptop dah berapa bijik jahanam..PC toksah ckp.  Tangan2 bdak2 yg gtal mengodek jer manjang . Belum lagi campur kalu dibuatnya delin mengamuk dan bergaduh dgn amal kan, abislah melayang2 ibarat piring terbang nanti..sapa yg rugi??? kami gak!!.

Jadik dalam survey tu, kami terjumpa la satu kedai ni jual tablet for learning stage bdak2 dgn rega RM299.  Setelah interbiu salesman dgn features bagai, kami decided nak beli satu. Purposely for delin la kan, yg baru nak belajar google games barbie bagai tu kan.

I would say sgt berbaloi sbb harga didalam kawalan budget, keduanya benda tu dah berbulan masih berfungsi dgn baik.  Masih bole google facebook, internet, emails dan mcm2 lagi. Android market pun ada yg bole downlod segala jadah games secara percuma,  whass ap semua pun ada.  Dan kali ni somehow delin pandai pula nk jaga, tidak ada lagi acara terhempas atau baling membaling, ternyata sayang sgt dia dgn benda tu..tak pernah lepas.  Paling best bila nak travel dia bole dok dendiam kat belakang main segala jadah game yg dia dah download.  Crossword adalah salah satu game kegemaran dia dan aku kagum dgn kepantasan dia mencari silang kata!.

Justeru, tu suma sedikit sebanyak mengubah presepsi aku pasal gajet2 buat china ni. Walaupun segala macam kecaman terhadap produk mereka still ok aku rasa. Infact, Malaysia patut amik dorang jadi contoh keluarkan barangan buatan malaysia yg berkualiti!!. Ni tak, nak tiru buatan cina tapi pakai sehari dah kaput..apa cer??.

Aku tak nak la sentuh pasal benda2 yg lain tu kan.  Sbb mmg ada org tak suka yg beli brang2 imitation begini. Kalau dorang mampu, banyak duit no hal lah kan. Tapi untuk org yg tak berapa nak berduit or kedekut duit or sayang duit nak kuar bebyk pada barang tak perlu (mcm aku..hehe) pasti nak cari alternatif.

Pasal handbag tu, aku no further komen.  Kalau korang ada duit go a head. Tapi bg yg tak mmpu pulak usahlah nak berlagak diva kalau ko bawak beg Coach (tapi dieja dgn ejaan COOCH gitu kan).  Peduli org nak kata apa. Ko bawak beg PS boutique ka, made in Thailand ka..kalau dorang nak bagi duit beli yg ORI takpe lak kan..selain tu dendiam je.

Aku ada gak beg LV Ori se, Beg Cooch (hehehe) Gucci dan macam2 lagi yg jenama yg mmg bukan ori tapi Made in HongKong. Tapi aku tak kesah lah org nak ckp apa. Yg penting kalau aku tgk handbag tu aku suka shape dan design dia, apa kesah?.. Yg ori tu dapat se cukup lah, buat syarat org kata..tu pun tiap kali aku bawak beg tu ke pejabat, pasti ada mata2 menjeling2 manja...dalam hati mereka tu apa lah gaknya dorang kata.tapi ada aku kesaah?

Jadi, aku jarang2 sekali bawak beg tu ke office. Biarlah aku bawak beg cooch tu . Yg penting aku suka kale dia, design dia dan senang nak matching..gitu..

3 comments:

aNIe said...

Salam anna..akak ni takler kemaruk sgt nak yg berjenama..lagik pun tak mampu sampai ribu riban tu...cuma nasib baik lah cik abg ada pi oversea aritu..dptlah sebijik dua beg berjenama...cukip2lah tu..heheh

Irfa said...

berangan nak sebijik longchamp yg ori.boleh la beli cuma ikat perut so pk punya pk takpelah tak perlu pun.skrg belasah hbag kaler merah jenama murah MNG je.haha,rega x smpi rm100.

Anna said...

Kak Anie, ikut hati mmg nak suma yg ORI kan..tp tang nak kuar duit..addduuuuh....satu jer cukuplah...kalau duit terpijak dan tak guna bole la lenjan..ni duit byk nak guna tuk anak2 sekolah..tepaksa lupakan jer lah

Irfa,
aku tgh meng aim COACH yg ori tuh tp reganya RM890..tunggu duit jatuh dari langit baru leh beli..haha