December 12, 2012

Lama Gila...

Lama gila tak masuk ke blog. Smpai password leh lupa gitu..hish hish.  Dah sebulan lebih aku keje kat tmpat baru, gile kentang pnya bz tak sempat nak bersosial sgt mcm dulu2.  Balik umah dah penat, tak kuasa nk pegang hatta menatap komputer lagi walaupun kat sebelah katil je.  Kalau dah malas tu..Apaa pun tak bleh....

Bulan Nov 23 hb juga merupakan anniversary perkahwinan kami ke 16.  Tiada apa yg ku harapkan semoga rumahtangga kami akan diberkati dan berkekalan hingga akhir hayat mudah2an.  Hidup dalam harmoni dan sederhana dan sentiasa dirahmati..itu jer lah doa dan harapan aku.  Takde celebration apa2 setakat makan kat Secret Recipe jer la...

Dah sebulan lebih kat tmpat baru, Alhamdulillah aku dapat menyesuaikan diri.  Org yg sombong aku buat dhek dan taktau jer. Tapi yg ramah tamah tu semua menjadi kawan aku.  Skg ni aku tak yah nak risau kalu time lunch tu ada jer yg ngajak.  Tapi aku tetap bersama Lina -bdak baru juga yg sama2 masuk kat sini dgn aku ari tu. Most of the time mmg kami berdua jer, dan ramai jgak yg salu join kami makan sama.

Pendek kata aku dgn Lina get long dgn mudah. Mungkin sbb umur sebaya, mgkin sbb kami sama2 org baru..dan mungkin juga kami ikhlas. Tidak ada dengki dan busuk hati..Aku bole menerima dia seadanya begitu juga dgn dia. Sampai org sangka mmg kami kenal masa kat luar lagi. Padahal baru seblan setengah ni la aku dan dia kenal. Bezanya dia kat seblah west wing office under Asia Pacific Region Operation sedangkan aku kat belah east, Malaysia operation. 

Keje aku mcm biasa lah. Cuma aku kena terima hakikat dapat bos muda. Yg adrenalinnya cepat naik dan agak berkira dalam hal2 membabitkan kos..bear with it, typical cina man kan.  Biasalah org muda agak gelojoh and over excited sikit nak buat keje or kalau nak tanya benda2.  Other than that, ada engineer2 lain yg mmg sentiasa sedia membantu.  Sejak keje sini gak aku praktiskan diri untuk minum fresh milk setiap hari..alah, company dah sponsor kan hentam saja..aftrall bagus tuk kesihatan apa ..tak gitu?. Jadi instead of teh tarik susu manis hehari mcm dulu..now teh tarik with fresh milk..healthy gitu...

Kat sini aku terpaksa biasakan diri buat keje guna laptop sbb mmg takde desktop.  Memula tu terkial2 jgak lah..masuk mggu kedua ok dah..no hal.

Cuti sekolah ni jugaklah Amal bersunat.  Aku yg baru keje mmg takdapat nak bercuti, jadik ayahnnya lah yg terpaksa bercuti selama 2 minggu menjaga dia. Masa sunat mmg tak nangis langsung tapi masa cuci satu klinik dgr jeritan tangis dia..Masa berpantang bukan main lasak lagi.  Asik merengek ajak keluar ke JJ. Lepas 4-5 hari tak tahan sgt gaknya ajak jugak ke sana, pakai suar tapi terpksa letak tudung saji kecik comel kat dalam suar..kelakar je.

Masa SP cuti dua minggu tu gak aku terpaksa balik naek komuter. Sabar, Allah jer yg tau betapa siksanya. Aku tabik kat org yg sanggup berulang alik setiap hari bertahun tahun dgn komuter yg perkhidmatan mcm hampes..ada sekali tu aku terpaksa tunggu 3 jam sbb ada masalah train. Almost dua minggu tu gak aku sampai rumah lebih kul 9 mlm. Terpaksa sain kontrak kat kedai makan malam sbb tak dan.  Pepagi pulak aku terpaksa bangun awal sbb nak memasak dan tinggalkan lauk pauk kat mereka2 kat umah tu.  Ada sekali tu aku tak sempat masak, kesian anak2 mengadu kelaparan...tak smpai hati aku dgr.

Masa amal bersunat tu gak, akak aku datang dari kg dgn anknya lepak seminggu kat umah.  Sementelah cuti deepavali dan awal muharam berselang aku dgn dia pi jenjalan ke kl tinggalkan bdak yg bersunat tu kat umah. Sampai ke KWC kami merayap. Indah kabar dari rupa, idakla murah mana pun kat sana. Pulak tu nak tercabut kaki menapak dari stesen hang tuah ke sana,..tudung pun x berapa menarik pun..Aku langsung tak beli apa kat sana..kami pi bertiga dgn anak dara aku tu..alih2 si kakak yg borong beg dan baju.

Lepas KWC yg ntah hape2..lif pulak sgt menyeramkan tu..ish tak mau lagi la aku pi sana..nak solat kat level 17, pastu lif nya bergerak macam nak jatuh. Imagine kalau jatuh mati katak le kami bertiga u olls.. ssudahnya ke jalan TAR dan masjid india juga kami lepas tu..byk pulak aku borong tdung kat situ..at least..

Awal december gak kami balik ke Keluang, umah kakak SP untuk majlis pernikahan dan kenduri anaknya. Since takde cuti, kami bergerak dari kl pada jumaat malam. Imajin travel malam2 buta kat area kluang yg penuh berkabus tebal mcm cerita hantu omputih tu..hisshs ingat2 balik seram gile. Mana tak at satu lokasi mujur SP drive pelan sbb berkabus ttba melintas sekeluarga khinzi u olls, anak beranak..Mujur tak terlanggar...kalau tak satu keje menyamak ..padanlah ada tanda hati2 haiwan melintas, idak pulak dinyatakan apa haiwan rupanya......

Majlis berlangsung meriah tapi kami terpaksa balik kl ahad petang tu..MIL yg mmg menanti kat sana ikut kami sekali..sampai la hari ni masih ada kat umah.  Ada 3 org anak dia kat KL ni tapi dia tetap nak berlama2 kat rumah aku . Tu satu penghormatan mgkin sbb SP rajin melayan or aku ni tak banyak songeh dan byk ckp mcm yg lelain?..entahlah, kalu dia nak duduk berapa lama pun terpulang kepada dia..afterall umah anak dia juga kan..Aku malas nak memikirkan sgt kedatangan dia .  Yg bestnya sejak dia ada, balik umah jer makanan2 suma dah tersiap. Best apa ..hehe.

Dah lama sgt kami tak bercuti tahun ni..sbb kakak bz dgn periksa pastu aku dapat keje baru dan tak bole nak cuti. Jadi buat pertama kalinya weekend ni kami akan bercuti ke Cherating, of kos bersama MIL sekali kan.  Tak kisahlah terpaksa amik extra room janji dia rasa selesa, ada lah jugak kami bawak dia berjalan2 kan...mmg charge kat Ccard aku kan tapi SP bagi duit dia untuk bayar balik..ok pe...

Facebook pun aku jarang dapat online skg..kalau ada pun aku curi2 la tu.  Nk online selalu bz dan tak sesuai sgt..cubicle aku seblah boss dan aku share satu cubicle dgn sorang engineer..sbb tu nak gossip on the phone dan fb mmg jarang2 dapt peluang..ni pun sbb bos takde..hikhik..

Pejam celik dah nak abes taun kan..mereka2 kat sini excited menunggu bonus sbelulm xmas ni..aku? menempel bonus SP cukuplah..tahniah pada mereka..dan pada staff gomen jugak...enjoy wisely ya..





4 comments:

NenetPenne (NP) said...

lamaaaaaanyaaaa u tak update blog..

i suka baca entry u tapi bab font tulisan tu yg buat i pening sikit... he he... jangan kecik atii naaa... :)

SemuaTentangKita said...

3 tahun berpengalaman naik komuter kak..memang perlukan kesabaran yang tinggi..huhuhu

Btw, syukur la dpt bonus..masa ni gak la roadtax n insuran kete nk kena renew :')

SemuaTentangKita said...

3 tahun berpengalaman naik komuter kak..memang perlukan kesabaran yang tinggi..huhuhu

Btw, syukur la dpt bonus..masa ni gak la roadtax n insuran kete nk kena renew :')

Anna said...

Net, sempena tahun baru dan azam baru aku dah tukar ke arah reader friendly..sempoi..hahahah, tak kecik ati lah, no heart feeling pnyaaa...


Lia,
kalau beri pilihan mmg idak lah nak naek, tapi sesekali tu boleh lah..best dapat bonus kan. SP Pun dapat dah seblum xmas ari tu dan terus dia gi renew roadtax dan insurans walaupun matinya 23/1/2013!!.. tapi bersedia dulu katanya..karang tak buat cepat2 mana ntah duitnya tu pegi ye dak