October 31, 2012

Things Happen for Reason

Alhamdulillah. Dapat gak bersiaran lagi.  Kali ni dari PC kat umah pulak.  Mmg betul murah rezeki sgat2 kami sekeluarga tahun ni. Bermacam perkara berlaku tapi suma ada hikmah yg sangat manis yg aku sendiri tak pernah tergambar.

Bermula dengan kisah sedih, tapi berakhir dgn kisah yg sangat menyenangkan dan menggembirakan. Bahkan Allah SWT gandakan dan makbulkan segala apa juga yang aku mintak selama ini. Syukur.

Beberapa hari lepas masa aku ada kat kg SP beraya qurban, aku saje2 check maybank 2u account aku tu. Tak ku sangka pada 28hb aku hampir terkejut beruk tgk jumlah begitu byk.  Ingatkan compensation dorang bayar pakai cek ke hapa kan, mana tau dia credit terus dalam akaun tu.  Alhamdulillah byak, banyak juga potongan2 yg ditolak. Tapi masih aku bersyukur, sapa nak beri bnyak gitu weh. Honestly, banyak juga aku dah gunakan untuk selesaikan hutang piutang yg patut. All i could say, aku bole menarik nafas lega sebb beban liabiliti dah bekurang walaupun tak habis terus kan..at least!.

Dua hari lepas aku dapat courier dari company lama aku tu pasal pembayaran dan surat tu kan.  Dasar kan, cuti aku ada balance 4 hari lagi kalau tak silap, by right bayar je lah..byk tak bnyak dekat seribu gak tu. Tapi apakan daya dorang kata aku tak layak nak dapat sbb kira prorated services cuti tu dah burn begitu saja..what ever lah kan, tak kuasa aku nak gaduh2 pasal duit..malas.

Since rezeki ni rezeki ahli keluarga jugak kan, so aku beri peluang tiap sorang ahli rumah untuk choose beli satu barang wish list dorang. Semua dah hampir dapat, cuma kakak nak samseng hp yg canggih manggih, aku suruh dia tunggu december for result pmr sekali.  

Urusan pendaftaran berkhatan amal gak dah siap. Since 5hb aku dah stat keje kan, tak bole lah nak cuti santai2 gitu.  Sp akan bercuti seminggu di awal cuti sekolah untuk jaga dia..hmmm ngeri aku nk memikir jaga anak jantan manja sorang ni..belum apa2 dah demand psp  bagai..

Urusan medical check up dgn company baru  pun dah selesai.  Surat offer pun dah ambik. Skg tinggal nak stat keje kan.  Aku usahakan beli baju keje baru juga untuk mendapat semangat baru. Baju2 lama yg aku salu pakai kat company lama tu ada yg aku dah pack dan ada juga yg aku dah beri kat orang. Malas nak imbau sejarah silam dgn company tu . Just move on jer lah..thats the better way.

Macam aku kata being surirumah mmg memerlukan dua perkara penting. Pertama lesen memandu dan kedua ongkos.  Sbb bila dah terperap kat umah aku jadi sangat bosan giler.  Ada masa aku nak keluar just tgk dunia luar jer bukan nak beli apa2 pun. Tetapi kalau ada duit tentu lebih menarik kan?.

Ada masa aku kol kawan2 suri rumah untuk lepak dan makan2.  Ada masa aku just jenjalan kat JJ ke kat pasar ke..byk masa aku kat umah je mengurus umah tangga. Penat  toksah nak citer. keje umah mana pernah habis weh. yg best umah kemas, kain baju terurus..cuma aku risau sbb aku ni sejak menganggur ada masalah nak tido malam..susah amat.  Jadi aku risau bila stat keje sok, mlm tak leh tido..dah ler masuk off  bermula kul 8am..aduhh

I am at the final stage nak settlekan baju keje. Adalah beli beberapa tapi rega kat JJ tu bukan lah murah sgt pun kan. Justeru sehari dua yg tinggal ni aku kena gak turun KL dan borong beberapa helai lagi seluar, baju tudung.  Kasut dah selesai pun..infact despite nak beli sepasang aku borong 3 pasang sekali..haaa kau.

Dan bila jadi surirumah yg takde pendapatan ni kan, rasa rendah diri sgt2.  Kwn2 yg bekerja yg selalu dok kol gayut dgn kita kat off time kita keje tu pun kan mcm menjauh diri..kita whassap pun mcm nak taknak je jwp. Tkut aku mintak duit ke hape ntah..pelisss.

Akan tetapi masa ni lah kita kenal sapa kawan sapa sahabat kan.  Jadi lepas ni aku dah keje, jgn lah harap ko nak kol aku ngadu kat aku pasal masalah ko..pasal masalah laki ko yg tak sudah2 tu..aku tak sudi hokay..

Since balik dari kg SP ari tu, aku rasa letih sgt2. Sampai ke hari ni, mana tak keja aku asik masak masak masak..pagi petang siang malam asik masak sampai aku dah bohsan.  Dah beberapa hari kat umah ni pun aku tak masak..takde mood, takde idea...pnya la ramai ahli kuarga sp yg nak di served makanan kan, belum amik kira lagi lepas adik sp kurban sekor lembu ari tu..suma tulang2...daging2..aku ni bukan sombong tak nak amik ke apa..MIL pulak mcm paksa2 suruh bawak balik kl suma..aku ni sdg menjaga diet..maklum ada hbp ni tak leh pulun daging bnyk2. aku masa kat sana pun makan semangkuk sup tulang jer, tak berani nak lebih2..takut pengsan.  kat umah ni pun aku jarang sekali beli daging, jadi aku pun tak nak amik bawak balik..balik pun dah hari isnin kan..tapi MIL tu biasalah org tua, mana paham..paksa gak...

Jadi ni minggu2 akhir aku santai kat umah. Bila dah start keje sok, aku tatau ada masa nak update blog ke tak..maybe ada masa kat umah malam or weekend je la kot..fb pun sama...maybe time malam or cuti baru la leh jenguk..tmpat baru, kena jaga kan.

Jadi , terima kasih atas doa korang, kata2 semangat korang buat aku bangkit semula.  Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui apa tersurat dan tersirat, moga semuanya baik2 saja..amin

3 comments:

NenetPenne (NP) said...

yay..akhirnya u dapat apa yang telah menjadi hak u

tak perlah u, orang mcm tu u tak kawan pun tak per... yelah kan, mentang2 u tak kerja terus menjauhkan diri...

Irfa said...

raya kali ni tak byk dapat daging
nak buat aqiqah pun tak jd sbb lembu terlepas..sampai sudah tak jumpa.duit tu tuan lembu bagi balik ;)

Anna said...

Net, betul tu..tak rugi lah tak berkawan dgn dia..sok2 aku tukar no hp lantak dia situ..meroyan la ko sorang2..hehe

Irfa,
kami mmg dah kurang2 sangat makan daging maklum blood goes upstairs katanya..so byk daging pun langsung x bawak balik..la camne leh lari lembunya tu...mcm cite kat tibi plak hehehe