August 6, 2012

Kehidupan Bermula di Usia 40?

Alhamdulillah, dgn limpah kurnianya kita masih dipanjangkan umur untuk meneruskan ramadhan buat kesekian kalinya.  Diam tak diam dah 17 Ramadhan ari ni kan.  Sekejap jer masa berlalu. Aku masih meneruskan kehidupan untuk makan gaji bute buat kesekian kalinya.  Apa susah, datang keje cam biasa. Cukup masa balik. Ada keje buat, takde dok dendiam. Buat apa yg patut.

Sebenarnya aku nak cerita perubahan diri tika usia menginjak 40 tahun ni, aku merasa banyak sgt perubahan ketara pada diri aku ni. Alhamdulillah, semuanya ke arah kebaikan. Ke arah positif dan kehidupan yg lebih org kata.

Sejak menginjak usia ni, benarnya aku rasa sangat tua dah.  40 tahun aku genap di bulan May lepas. Ketika itu hati aku berdetik, ish..rasa mcm tua sgt2.  Bila sudah merasa diri tua, automatiknya akan merubah persepsi kita tentang sesuatu perkara tu.  Dan aku bole kata bersyukur, atas ingatan itulah..aku berazam untuk menjadi seorang ibu, isteri seterusnya insan yg baik.

Apa yg aku cerita ni tidak ada kena mengena dgn org lain. Jadik jgnlah korang terasa pulak ye. Ini suma apa yg aku rasa, apa yg aku alami, ikhlas aku nak berkongsi sebagai pedoman dan renungan. 

Jujurnya, aku ni bukanlah kategori org yg sabar sgt. Salu aku ditegur SP, supaya lebih bersabar dan bertenang menghadapi sesuatu perkara.  Contohnya masa mula2 menghadapi masalah perkerjaan aku ni, hampir2 aku putus asa. Hampir aku nak wrapped up dan tinggalkan ni suma. Nak jer aku bungkus barang2 aku dan blah.  Tapi ramai kawan2 menyedarkan aku. SP terutamanya tak putus2 mengucapkan Sabar,  sabar.  Kekuatan aku bertahan ni pun hasil dorongan org2 yg aku sayang. Kalau aku ikutkan hati, agaknya dah lama aku berambus dari sini.  Bila aku bertenang, memikir kembali apa yg berlaku ni aku menyoal diri aku kembali.  Untuk apa kita mengalah? kalau itu bukan salah kita. Persetankan segala2 pandangan2 jahat mereka pada aku..aku tak buat apa salah pun...selagi aku termampu..aku bertahan insya Allah.  Cumanya, bila time2 tak bole solat tu aku rasa pendirian aku agak goyah sikit. Maklum takde dorongan spritual dari dalam org kata.

Selama ini aku bole tabah dan bersabar, menghadapi karenah delin tu.  Apalah sangat dugaan ini?.  Duduk dalam pejabat beraircond, selesa, kemudahan internet segala mala ada.  Datang aje keje macam biasa, takkan ada org yg berani buat apa2 kan?.. Benarnya aku pun tak lah sabar sgt maledeni karenah delin dirumah. Ada masa aku burst dan mengamuk sakan jugak. Terutama kalau dia buat sepah.  Abess pecah isi rumah aku bising. Abess ku bebel.  Tapi hakikatnya, kasih sayang aku padanya tak pernah berubah bukan?..itulah hakikatnya..

Dulu, tahun2 terdahulu kalau tiba bulan Ramdhan aku pergi gak teraweh. Tpi amat berbeza dgn tahun ni. Mana taknya, seblum2 ni kalau pi solat di masjid hati aku merungut2 marah bila imam baca surah2 panjang2.  Hati aku gusar dan tak suka kalau imam sengaja melambatkan solat taraweh semata2 nak beri tazkirah. Hati aku betul2 tak suka.  Ketika sampai di masjid, bila azan isyak dilaungkan, hampir kesuma org bangun dan bersolat sunat dua rakaat.Tapi aku tak pernah buat..Masya Allah, jahil sungguh hati aku ketika itu.  Kemudian bila selesai bersolat isyak, ada lagi dua rakaat solat sunat, pun aku tak pernah buat. Aku rela duduk dendiam dari bersolat sunat menambah pahala..Masya Allah. Dan bila sedang bersolat taraweh, lagi sekali imam membaca surah2 panjang2..aku taksuka. Hati aku merungut.  Hati aku mengatakan tak sabar2 bila la nak abis ni..bila nak abes ni?..jahil kan?.   Dan bila imam membaca surah2 panjang, syaitan mula masuk2 ke dalam hati ku..mula menerawang fikiran ku tidak khusyuk dan memberi tumpuan.  Aku mau segera abes taraweh. Aku mau segera pulang.  Tidak menunggu sehingga abes lapan rakaat dan witir pun!!.

Solat2 sunat tgh malam juga aku malas sgt nak buat, aku malas sgt nak bangun awal.  Pukul 5am baru aku  bangun panas2 apa yg patut kejut mereka for sahur, lepas tu tido balik semula.  Takda pun nak mengaji, membaca surah yassin, hatta melakukan perkara2 sunat. Masya Allah..jahilnya aku membiarkan ramadhan berlalu tanpa mengambil peluang melakukan ibadah2 sunat...Ya Allah, jahatnya hati aku..pasti syaitan2 bertepuk tangan gembira kerana berjaya mempengaruhi aku. Begitu juga ketika berpuasa, amalan membazir berlaku.  Makanan byk di beli di bazar byk tak abes dan terpaksa dibuang kerana basi. Bermacam2 lauk dibeli tpi berakhir ke tong sampah. Masya Allah..betul2 sahabat syaitan kerana membazir. 

Tapi, semenjak usia ku sudah 40 ini..sinar keinsafan ttba terbit dari hati aku.  Mcm aku kata tadi, aku merasa diri aku sudah tua. Dan entah berapa lama lagi waktu yg Allah akan beri.  Melihat Mak sakit dan menjaga nya, melihat dia pergi cukup menghambat keinsafan di hatiku ini.  Betapa berat nak merelakan mak pergi, tapi terpaksa juga.  Melihat Adikku Adi pergi dalam sekelip mata, tak merasa puas lagi nak beramah mesra, bergurau senda dan bergembira menikmati kehidupan, ttba dia pergi..Sungguh aku terkesan kerana pemergiannya umpama mimpi.  Satu jam sbelum dia pergi kami masih lagi bersembang di alam maya.  Bayangkan..

Tapi itulah janjinya. Bila maut itu datang, tak kira. Tidak lewat sesaat maupun cepat sesaat kerana itu sudah janjinya. Itu sudah tertulis.  Justeru aku membayangkan kalaulah aku yg dijemput Allah  begitu, apalah amalan yg aku ada?.  Begitu banyak dosa2 lalu, yg kita sendiri taktau atau tidak perasan?.  Sungguh membuat aku terkesan..amat amat sgt.

Alhamdulillah, aku merasa titik perubahan itu.  Di bulan Ramadhan kali ini, aku berusaha untuk memperbaiki diri sebaik mungkin. Jika dulu sampai ke masjid tat kala menunggu masuk waktu aku duduk berdiam sahaja kali ni aku gagahkan menunaikan solat sunat. Sungguh sukar pada mulanya, tp lepas 2-3 kali sudah menjadi tegal biasa.  Tidak ada masalah.

Ketika solat isyak, tatkala imam membaca surah panjang2..aku memejam mata menghayati setiap bait surah yg dibaca.  Ada kala imam membaca mendayu-dayu sehingga meninggalkan perasaan hiba dan sayu. Bahkan hati sgt tenang dan tidak merungut2 lagi macam dulu. Hati mengharap2 pulak agar imam membaca surah2 yg panjang.

Jika seblum ini aku tak suka dgr takzirah in between solat teraweh dan merungut2 dalam hati, kali ini sudah tidak lagi. Aku tabahkan hati untk mendengar tazkirah dgn penuh rasa khusyuk dan insaf .  Dan jika seblum ini, tak pernah menghabiskan teraweh dgn alasan nak bekerja pada keesokkan hari, dan melayan nafsu mata..sekarang tidak lagi. Alhamdulillah, aku bole menunggu sehingga witir. Hati tidak meronta2 lagi mau pulang. Sudah tidak peduli lagi apa jua rancangan di tv. Sudah tidak peduli samada LCW menang ataupun kalah.

Begitu juga malam2 ramadhan ku.  Ku cuba isikan sebanyak mungkin dgn amalan2 sunat.  Sukar ,mmg sukar pada mulanya tp lama2 ia menjadi biasa. Sampai tidak ada istilah mengantuk lagi dalam kamus hati. Sesudah sahur, hari2 berkerja tidak lagi melayan bantal melelap mata.  Ku isikan dgn benda2 berfaedah. Sama ada melakukan ibadah ataupun mengisi masa dgn membaca surah, buku2 ilmiah.  Alhamdulillah..sungguhpun tidak cukup tidur, tidak pulak tekanan darah ku naik. Semuanya normal belaka. Tidak pulak sakit kepala kerana kekurangan tido spt selalu.

Solat Dhuha, yg sbelum ini tak pernah aku tunaikan pun. Aku dah  mulakan sedikit demi sedikit. Terutama ketika cuti di rumah.  Di pejabat, susah sedikit dek kekangan masa dan tmpat, begitu juga apabila byk mata2 memandang sinis ketika terlihat aku bersolat pada pukul 10am!!.  Insya Allah, ada kelapangan dan izin Allah, aku akan cuba praktikkan lagi biarpun mgkin bukan di bulan Ramadhan nanti.

Amalan2 membazir juga telah kutinggalkan.  Jarang sekali membeli makanan di bazar, jika ada pun aku beli atas permintaan anak2.  Selebihnya aku memasak di rumah. Aku yg malas buat kueh sendiri, sudah mula pelahan2 buat untuk anak2.  Jadi tak perlu lagi pergi ke bazar untuk memborong segala mengikut nafsu tekak.  Cordial2 pun sama.  Bermacam2 perisa aku beli untuk anak2 bertukar2 selera akan minuman setiap kali berbuka. Jadi tak perlu memborong 5-6 jenis air semata2 memenuhi tuntutan nafsu dahaga.  Dan paling penting, Ramadhan kali ni mengajar aku menjadi org yg lebih tenang dan tabah serta sabar menghadapi apa juga dugaan..Terima kasih Ya Allah, kerana memberi ku keinsafan tak terhingga ni. Terima kasih kerana memberi aku kekuatan dan istiqamah dalam menghadapi apa jua dugaan..Kerana Allah itu maha berkuasa. Dia tahu apa yg tersurat dan tersirat, kerana yg baik itu dari nya...yg buruk dan hina tu dari aku sendiri..

Mudah2an, aku diberikan ketetapan hati dalam melaksanakan tanggung jawab yg ada, yg diamanahkan, yg perlu di laksanakan...Insya Allah, mudah2an semuanya akan baik2 sahaja.

2 comments:

Irfa said...

aku rasa tersentuh
ramadhan ni lgsung x gi solat teraweh
teruknya aku..

Anna said...

Irfa,
aku cuba untuk berubah ke arah kebaikan mostly sbb aku rasa makin tua.