August 1, 2012

Kat Kampung, where my heart is...

Fed up lah asik dok cite benda yg menyakitkan hati jer kans. Meh kita citer benda2 yg menyeronokkan dan menggembirakan..Sesungguhnya aku berasa sungguh nyaman dan tenang sekali bila berada di kampong. Tak kira kampong aku ke kampong SP. Dua suasana berbeza, kat kg aku dikelilingi sawah padi manakala kat kampong SP dikelilingi dusun buah2 durian, manggis, rambutan dan bermacam2 lagi. Ofkos, looking forward je nak balik kampong kan, apatah lagi kampong sendiri gitu. Anak2 pun begitu. Tiap kali kata nk balik kampong mesti mereka sgt teruja, lebih2 lagi kampong mama kan.

Dah berapa kali terpksa postponed sbb mcm2 hal. Dengan sukan sekolah, kenduri kawin bagai. 3minggu tertangguh. Jadi weekend pertama puasa kami sempatkan juga untuk balik kampong sambil shoping baju melayu lelaki2 terakhir ni. Duk KL berpuluh tahun, soping kompleks bersepah sana sini, tapi hampir tiap tahun tang nak beli baju melayu dgn baju bdk2 pempuan ni aku lebih selesa beli belah kat sg besar. Harga berpatutan, tak sesak sgt. Nk parking senang…leisure2 jer leh pegi soping.

Pepagi sabtu tu, kami pi pasar dulu. Beli apa2 yg patut utk santapan petang berbuka tu. Biasalah, aku kalau pi pasar salu jer gelap mata dan teruja. Mana taknya tgk ikan2 segar2 baru2 naik dari laut, maklum pasar kat sg besar tu sebelah laut jer. Tgk udang2 yg besar2..aduh. Last2 aku beli dua ekor ikan siakap besar, sekilo udang besar..Akak pulak beli ikan cencaru dgn terubuk. Kami gak beli ayam sekor. Biasalah bdk2 kalau tak makan ayam sehari tak cukup syarat lah. Terpandang kat ikan sepat siam yg dijual kat pasar tu. Terdetik gak nak beli tpi hati melarang..so tak jadi!. Rupanya ada sebab u olls.

Lepas balik tu aku bersantai kat bawah rumah mak tu. Wah angin sepoi2 bahasa..bukan bahasa, kuat sgt. Rasa nyaman dan syahdu. Sambil baca paper, melepak2 dgr carta sinar..bahagia sungguh.



Depan umah mak tu pulak ada pokok rembutan yg merah2 menggoda buahnya. Nak nak lagi bulan puasa ni. Merengek2 bdk2 yg sorang ni nak berbuka.. Puas jugak aku menahan, memujuk. Tu mujur tak terjun sekali dalam lumpur walaupun dah hampir dah..Sp kutip dapat la sebesen besar kat bawah ni...aduh..dugaaan puasa..

Sedang kami syok2 bersantai sambil menghiburkan diri dgn lagu2 dari radio kecik nan ado ni...best layan lagu2 sambil angin menyejukkan badan dgn kuat sekali. Cuaca pulak sgt membahang u olls...jadi dok jer dendiam kat bawah rumah tu.
Dalam syiok2 aku dgn akak lepak2 tu kecoh lah bdak2 ni kata 'Ayah dapat byk ikan'..teruja juga aku nak pi jenguk apa kerja dorang panas2 buta ni..Rupanya ini keje dorang u olls. I ni malas la nak berpanas buta kan, so amik payung ala2 putri lilin gitu..
 


Dengan baju elok, suar jeans elok betuah pnye bdak delin. Dia terjun sekali rupanya.  Mentanglah dia tak puasa kan, segera jer terjun.  Amal yg teruja hampir2 cecah kaki dh kat lumpur, tapi aku berjaya tahan. Turun karang pecahlah puasa dia kan. Sayang jer. Dahla sahur makan nasik banyak aku suap..rugi je nanti..
Korang nampak bayang2 tu..tu lah aku berpayung uolls kat situ.  Memula SP tu tak bertopi hape..dgn panas gitu, aku balik amik topi dan hulur kat dia..adaka dgn puasa2 nak bejemur segala kan? tak logik langsung.  Tu kaki yg berdiri belakang delin tu, org sekampung yg bawak lori. Dia lalu tpi sanggup berenti u olls nak tgk apa kerja dorang gagau ikan ni. Dengan dia2 sekali teruja...


Tengok tu..seronok giler delin kutip ikan sepat, ikan haruan, keli dan puyu. Bergerak mengikut salur air yg SP dah keringkan..beria2 tau SP buat aliran tu suma semata2 nak kutip ikan..aduh...


Memula tak banyak, tapi makin banyak makin banyak..dekat sebaldi penuh..Aku dgn akak pnye le gigih menyiang dekat sejam kot baru siap.  Hari Ahad dorang sambung lagi aktiviti . Kali ni lagi byk uolls.. pergh..SP pulak amik ikan tu time kul 3 lebih gitu.  Dah dekat kul 5 kami ni sebok nak masak tuk buka bagai kan..So untuk cepat, akak siapkan bahan tu masak..aku masak suma sepantas dan cergas yg boleh. Sbb SP dah mulakan menyiang ikan sensorang sambil kami siap masak.  Kul 6 kot, aku dah siap masak segala. So aku dng akk hulurkan bantuan.  Ngam2 dah azan u olls baru siap menyiang, membasuh dgn kami mandi sekali..hanyirnya tuhan je lah yg tau, mujur suma pun dah siap, tinggal nak menghidang jer.  Anak dara aku dgn anak bujang akak diberi tugasan nak menghidang sambil siapkan apa yg patut....

besar2 kan...ni yg dipilih oleh SP sbb akak nak siang ikan sepat jer..AKu kena siang yg susah..ikan keli dan ikan puyu..haruan pun susah uolls. Mujor lah arwah mak bekalkan kami dgn skill menyiang ikan yg mebeles..ye lah, calang2 org mana pandai u olls ...tapi  kami?? hmm expert ah, walaupun masa mak ada, mak jer yg salu siang..bila dia dah takde ni....sob sob..Alfatihah buat mak..



Tu jelah aktiviti aku hujung minggu lepas..moga korang enjoy tgk gambar2 aku ni. Masa aku letak kat fb wah teruja semua meka2 nak join carik ikan lagi.  Sesungguhnya dua hari kat sana aku tak fikir langsung pasal keje, pasal sakit hati aku pada sapa2. All i know kami habiskan masa dgn gembira, gelak ketawa dan santai tanpa perlu sakit kepala berfikir benda2 yg menyakitkan hati.

Sesungguhnya dua hari pun tak cukup SP kata nak jelajah segala mala lubuk kat sawah padi tu.  Sementelah padi belum dimesin lagi. Bila dah mesin esok lagi lah byk lopak2 lain kat belakang tu yg kena carik juga ikannya.  SP tak sabar menanti lagi dua minggu untuk menyambung operasi mencarik ikan dia. Walaupun kali ni tujuan balik adalah nak beraya!!.  Mcm tak ingat langsung pun pasal raya ketiga dah nak balik ke kampung dia pulak?.  Anak2 sgt gembira dan enjoy. Biarpun sakit tekak aku bila pantang lepa delin asik nk turun ke lumpur mencarik ikan. Tak kira panas atau tidak.  Imajin baju yg berlumpur yg aku dah campakkan buat kain buruk ..tak sanggup.
 
Aku sungguh lupa pulak nak ambik gambar ternakan arnab kami. Makin banyak. Masa aku balik ari tu pun beranak lagi 7 ekor..yg sedia ada dah besar2 suma. Gamaknya kena buat korban rendang raya ni..sbb tempat dah tak cukup.  Arnab2 ni pulak pantang dicmpurkan dgn jantan dan betina manjang nak buat anak jer taw..tak larat dah..Dah berpuluh ekor...kandang pun dah penuh sesak u olls.
 
Yg jelas, belakang aku masih lagi sakit sampai skg.  Dua hari nak buang bau hanyir kat tangan aku ni..sampai nak termuntah2 aku.  Hasil yg dibawak balik toksah citer..gamaknya sebulan puasa ni makan pun belum tentu abessss...Seronok sungguh berada di kampung...akak pun sgt teruja dan berselera sgt makan. Aku yg sahur x lalu makan nasi ni bila ada kat sana bukan main lagi.....umah mak..where my heart is...semua memori, pengalaman di rumah mak will never be forgotten..biarpun sedih kerana tahun ni pertama kali beraya tanpa mak n bapak....Mak n bapak akan tetap di hati kami sampai bila2...ALfatihah.....

4 comments:

NenetPenne (NP) said...

rumah tepi sawah
i punya rumah tepi jalan raya...

i tak boleh makan ikan2 sawah ni sebab my mum tak makan... so kalau ada pun, i tengok je...

nor said...

Bestnya ikan sepat goreng kunyit buat sambal. Masak buat tomyumvpekat ..punya kuah.

Masak lemak bubuh daun kemangi.best giler..
Bagus makan ikan ikan ni sbb ikan liar. Bukan ada cemar ..
Minyak ikan keli haruan smua elok untuk otak. Bagus...sedap lagi. Kalau ada kolam rendam 2 hari kasi bau lumpur hilang. Lendir lendir hanyir kurang.
Lagibsatu guna abu arang salutkan hada ikan masa menyiang ikan.luar dlm. Thats the best. Senng bersih dn hilang lendir. Nnti kalau masak dodol etc simpan abu nya. Tutup atau letak dlm plastic so kuving tak berak.

Kalau musim belimbing blend masukkan gaul dgn ikan.
Selain limau nipis dan asamjawa.
Basuh tgn badan guns limau nipis dan blimbing.

Ana belut dlm kolam tu dah sedap .masak. siang basuh buh cuka kicap pekat kunyit grill sedap jadi unagi.
Tahu tak belut besar lengan budak dah 80 hinggit kat pasar uk. Elok utk cuaca panssbdan cuaca yg tak tentu suhu ini. Jrpun mkn bila cuaca berubah sejuk panas ..minyak nya of course elok utk otak dan badan. Tu prubatan cina dan traditional beri budak mkn belut esp budak lambat berjalan.

Belut bakar cicah..
Belut salai masak lemak atau asam buh daun.
Belut fresh masak lemak.atau kari...cam ayam

nor said...

Bestnya ikan sepat goreng kunyit buat sambal. Masak buat tomyumvpekat ..punya kuah.

Masak lemak bubuh daun kemangi.best giler..
Bagus makan ikan ikan ni sbb ikan liar. Bukan ada cemar ..
Minyak ikan keli haruan smua elok untuk otak. Bagus...sedap lagi. Kalau ada kolam rendam 2 hari kasi bau lumpur hilang. Lendir lendir hanyir kurang.
Lagibsatu guna abu arang salutkan hada ikan masa menyiang ikan.luar dlm. Thats the best. Senng bersih dn hilang lendir. Nnti kalau masak dodol etc simpan abu nya. Tutup atau letak dlm plastic so kuving tak berak.

Kalau musim belimbing blend masukkan gaul dgn ikan.
Selain limau nipis dan asamjawa.
Basuh tgn badan guns limau nipis dan blimbing.

Ana belut dlm kolam tu dah sedap .masak. siang basuh buh cuka kicap pekat kunyit grill sedap jadi unagi.
Tahu tak belut besar lengan budak dah 80 hinggit kat pasar uk. Elok utk cuaca panssbdan cuaca yg tak tentu suhu ini. Jrpun mkn bila cuaca berubah sejuk panas ..minyak nya of course elok utk otak dan badan. Tu prubatan cina dan traditional beri budak mkn belut esp budak lambat berjalan.

Belut bakar cicah..
Belut salai masak lemak atau asam buh daun.
Belut fresh masak lemak.atau kari...cam ayam

Anna said...

Net, org bendang pun ada yg tak reti makan u...my brother in law lahir kat sana..tp ikan sawah langsung tak makan..tu pasal kena bakar ikan lain utk dia..iaitu ikan laut. My hbby dulu x reti langsung makan..tp sjak kwin dgn daku ni ha..kena sogok hehari...dah jadik ketagih plak

Nor,
sungguhpun i dok bendang belut byk..tp i x makan belut..mostly sbb geli ia cam ular..dulu kecik2 kena tipu ikan tu pasal belasah..dah tua2 ni sori mori...takuttt