April 18, 2012

Tadak Mood


Lama dah tak menaip di sini eh.  Nak kata sebok tu tak lah sgt. Lebih pada menyeboks jer lah benarnya.  Firstly, thank you to Irfa sbb antar adiah contest dia ari tu.  Once sampai umah ari tu , si hero Amal terus jer amik buat simpan stationeries dia. Kakak yg merebut x berjaya mendapat.

Kehidupan ku macam biasa2 jer. Sbok kat pejabat tu alah, kacang jer. Lagi sebok kat umah tangga pnye urusan.  Urusan umah tangga yg tak pernah abis sampai la mata tertutup u olls. Ada jer kerjaan yg harus diselesaikan tak kira masa.

Ckp pasal kerja cukup buat aku sakit hati sesak dada jer. So, malas nak cerita pasal kat tempat kerja yg penuh dgn tipu daya dan pura2. Penuh dgn maknusia2 hipokrit yg sentiasa mementingkan diri sendiri biasa lah tu..satu jer aku belajar, let them take away our opportunity...But dont let them take away your pride and dignity!!.  Thank to Mimi -workmate kat Singapore off yg beri kata2 ini ketika hati ku sakit dan terluka dgn apa yg dah berlaku dalam kehidupan pekerjaan ini. What ever it is life goes on.....

Tak kesah la, dorang nak bgi naik gaji ke idak. Malas dah aku nak memikir.  Tak kesah juga mereka lambak 1001 kerjaan kat aku, Insya Allah aku akan berusaha sudahkannya. Justeru, aku tak mau merasa jengkel maupun sakit hati, kerana ia akan memakan diri ku juga nanti.  Jalan paling baik, berdiam diri, buat kerja semampu boleh. Kurangkan berckp, kurangkan melayan benda2 bengongs yg menyakit kan hati.

Ini suma namanya cabaran kehidupan kan. Begitu hebat aku dicabar begini, aku masih mampu bertahan dan terus bertahan Insya Allah.  Allah merahmati kehidupan ku sekeluarga.  Aku dan SP jarang2 sangat bertelingkah, bergaduh maupun bermasam muka.  Hidup kami anak beranak tenang, gembira dan sentiasa gile2..kebahagiaan itulah yg lebih penting dari segala2 di dunia ini kan. So buat apa aku nak bermuram durja bersesak dada dgn cubaan yg secebis jer Allah beri di alam pekerjaan kan.  Pasti Allah ada muslihat tersirat yg satu hari nanti akan beri kebaikan pada aku. Till that time, Insya Allah aku bersabar.

Perkataan Sorry yg salu sgt aku dgr kat office ni kadangkala tak memberi makna langsung. Sebb terlalu sering diungkapkan oleh mereka2 ni yet mereka tetap mengulangi. Jadi sorry pada ku tak bermakna kalau tak lahir dari hati yg jujur. Sesusahnya nak mengucapkan maaf , sesusah itulah kita nak mengulangi kesilapan.  Meenachi asik dgn sorry sana, sorry sini..sampai sakit telinga aku ni mendengar dan naik bosan.  Lama2 aku bo layan dgn segala sorry yg keluar dari mulut dia tu.  Rasa bernanah telinga dgr benda yg sama berulang2..bohsan seh!.

Aku benarnya ada juga cuba2 kat tempat lain. Tu salah satu usaha dan ikhtiar jugak kan. Mana la tau ada rezeki kat tempat lain. U never know kan.  Last week ada 2-3 kali job hunter dari Singapore kol untuk tanya samaada aku berminat dgn jawatan Rig Cordinator.  Berdasarkan apa yg kami bicarakan di telefon syarikat berpejabat di Singapore masih dalam proses shortlisted the candidate, once ok barulah dorang panggil aku interview kat KL nanti. Aku x menaruh harapan sgtlah, tapi kalau dapat panggilan interview insya Allah aku akan pergi. Sekadar mencuba nasib kan. Tk salah. Lagpun aku bukan desperate sgt nak mencarik keje lain walaupun hati sgt sakit owh.. Apa nak buat, org tak mau bagi kenaikan gaji ke pangkat ke, apa kita bole buat. Takkan nak hentak2 kaki dan bising2 memekak mintak. If meenachi claimed dia naik pangkat ke hape..lantak dia.  For me, takde guna pangkat kalau takde perubahan dalam gaji yg sedia ada. Nampak sgt giler pangkat keling ni kan...huhu

SP pun masih mencari2 kerjaan lain. Bank akan tawarkan VSS lagi bulan June nanti. Dan kami dah setuju untuk dia menerima VSS tu kali ni. Org dah tak suka takkan nak terhegeh2 tunggu kan. Now pun aku tgk dia sgt suffer buat keje2 admin. Ye lah bukan bidang dia. Bidang dia teknikal haruslah tak sepadan dgn kehendak jiwa.  So once dia amik VSS tu nanti haruslah carik kerjaan lain. Like i said keja tuk dia mmg sedia banyak terbentang. Cuma nak dgn tak nak jer.  Since dia tak keen sgt nak keje kat shopping mall or hotels tu yg kalau boleh dia nak cari highrise building of office jer. Senang katanya nak cuti ker or working hours flexible tak macam hotels and shoping mall.

Honestly, sejak arwah mak dah takde ni, aku tak fikir sgt pasal tu. I dont mind kalau dia kena keje odd hours.  Bole jer aku travel sendiri pi keje or taking public transport. Cuti hari biasa tu bole jer kalau terpaksa berkorban kan.  I totally dont mind.  After mak takde aku takde fikir sgt pasal nak balik kg for emergency ke apa. Ada masa balik..tak de masa dok dendiam jer kat umah.  Cuma akak jer lah, sometimes kalau lama tak balik mula dia tnya2. Ye lah mak dah takde, yg lelain tu hampess nak balik kg kan, harap kami jer lah memeriahkan hidup mereka tiga beranak kat umah pusaka mak tu kan.  Aku paham perasaan dia tu cuma like i said tak seserius masa arwah mak sakit terlantar. Risau jer kalau dapat kol. Risau jer kalau mak apa2.   Cuma apa yg bole aku fikir mgkin SP terfikir mak dia kan. Mesti dia risau kalau mak dia sakit ke tak sihat ke. Kalau keje odd hours pasti susah.  Maybe lah.  Dia tak pernah suarakan secara terperinci tapi aku dapat rasa begitu. Paham..aku paham perasaan dia. 

Another plan, aku ingat kalau SP dapat VSS sok nak bodek2 dia skit untuk bayar for my part time study.  Kosnya aroun 10k gitu. Kalau dapat bayar lump sump dan aku bole trus sambung belajar alangkah bagusnya. By next year dah bole abis, or by time aku bole apply keje lain dgn menyatakan sedang sambung belajar.. At least peluang cerah sikit nak up the grade kan. Idak ler aku nak dok sini sampai pencen dgn position kuli sampai ke sudah kan. Of kos aku teringin nak upgrade.  Probably higher position tuk masa depan. Insya Allah, perancangan ke arah itu mmg ada, cuma belum dapat terlaksan dek kekangan ringgits.

Gitulah adanya sikit2 cerita perihal kehidupan seharian yg memang sentiasa jer ada ada saja.  Tu belum campur perihal ada kawan2 yg bergaduh kat fesbuk. Suma pasal hati dengki dan busuk. Yg aku tak tahan yg set2 berlagak suci knon tapi perangai mengalahkan budak2 kat tadika.  Yg ada pulak jadi batu ronson (api) besar menggalakkan lagi pergaduhan tu. Padehal hakikatnya yg batu api tu perangai lagi mengalahkan setan.

Ada beberapa org yg aku kenal thru fesbook kadang perangai mmg buruk giler tau.  Budget suci tapi...Most of them aku kenal dari page kampung kami yg tercinta tu. Sungai besar page.  Yg ada tu kat luar sekandal sana sini tak padan diri tu bini org. Tk padan rupa tu, ye lah kalau rupa lawo, vogue cantik sekandal sana sini org tak heran. Ni dah la rupa tu nan ado (sory to say lah kan), perangai buruk, hati lagi buruk dan busuk u olls, apa lagi nak kata?.

Dah la awak tu bini org, skandal dgn jantan sana sini. Kat fesbuk pandai nak menasihat org memacam. Pandai nak jadi kaki propa meraih simpati sana sini. Dgn harapan org kesian kat dia, padahal ONAR dia sendiri yg bikin. Apa nak jadi dgn makcik2 clan yg begini lah gaknya.

Aku amik pendekatan tunggu dan lihat. Tak kuasa nak masuk campur dan komen. Tapi hakikat kebenaran diri dia tu aku tau dari rakan sekampung jugak. Sbb org berckp. Lambat laun org akan tau juga.  Benarlah org kata dari hati segalanya bermula. Kalau hati jahat dan dengki sampai ke sudah nak mendengki jer kejenya..tak aman hidup org yg kurang kasih sayang begini u ools.

Prinsip aku senang, perkara2 subahat ni jgn cmpur. Ek tidak Eok pun tidak. Biarkan jer. Lama2 sok dia diam la sendiri kan. Ramai dah aku buat cenggitu.  Langsung tak komen apa pun . Langsung tak pi jenguk wall dia pun. Sudahnya meroyan sendiri. Sbb jahat sgt hati tulis memacam, komen org memacam. Sampai memalukan org lain komen2 dorang tu apa hal??..sudahnya suma kwan2 pun pulau kan dia. Baru dia tau. Tapi malangnya mereka ini tak sedar2 jugak.  Org dah tak komen, tak layan wall awak jadi meroyan cam org giler. Sapa suruh kan?.

Hidup kita ni tak lama u olls, tak yah nak hati2 dengki dgn org lain.  Rezkei tu tak payah nak rebut2 dgn cara dengki mendengki. Kalau rezeki kita tak kemana. Kalau bukan rezeki masuk mulut pun missed taw. Hidup dgn hati tenang dan gembira jer. Kawan2 pun tak menjauh. Kawan2 sentiasa menjadi rindu dgn kita kalau kita berhati baik...ubat paling mujarab untuk hati dengki ialah, dgn byk2 baca Al Quran dan bersedekah, semuga hati jadi bersih dah suci Insya Allah..............

Ini jer lah gaknya aku dapat tulis minggu ni. Sok lusa aku akan bizi dgn training confirm tak leh . Nak harap update kat umah? hmmm jangan harap.

So till next time u olls, semoga hidup korang tenang2, gembira dan bahagia selalu ye. Bersihkan lah hati kita ni selalu supaya kehidupan kita berkat dan dirahmati Allah SWT insya Allah.......chioww


































3 comments:

Irfa said...

sama-sama :)
hadiah kecil tanda kita kenal w,pun cuma di alam maya.

aku nak komen tak tahu nak komen tang mana..moga apa yg ko impikan tercapai

Anna said...

Thank you again irfa...

Aku just follow by its flow irfa..apa yg mendatang tu..tempuh jer dgn redha dan sabar..Insya Allah..

sahromnasrudin said...

assalamualaikum

semoga akak dan keluarga senantiasa dirahmati Allah SWT