April 5, 2012

Sibuk, disibuk dan menyebok.

April 2nd, konon nya secara rasmi aku kena di arahkan buat product lain.  Tarikh tu gak genap udah 5 tahun aku di sini. Dan masih lagi di sini.  Bukan masalah buat benda lain. Tapi tak puas hati kerana org yg beria2 membuat pembahagian kerja tu mmg hampeh dan tak boleh diharap. Pandai2 jer.

System belum up, si meenachi yg patut buat keje aku tu x leh meninggalkan lagi kaunter reception. Sbbnya menachi yg baru belum sampai. By end of Apr kalau tak silap aku dia masuk keje melapor diri.  Meenachi yg ada menggelabah mcm tak cukup tanah dah nak pindah ke sebelah cubicle aku (mati la mak, kapal bakal karam kecoooo lepas ni) sedangkan kat cubicle tu phone line takda..peri penting meja pun takdak. Apa cerita???.  tapi sbb keeksited sangat dia nak pindah masuk dalam kan. Yg paling aku x tahan siap pukul canang naik pangkat. Haoiyooo. Kalau seblum ini jwatan ialah admin asst, ttba jadi sales admin asst, pe kejadahnya naek pangkat u olls?.  Ke naik pangkat sbb dari depan masuk dalam?? entahlah.  Dalam batu jemala aku ni tak terlintas pasal naek pangkat pun.  Sedangkan patut aku pnye post skg ialah Sales Manager administrator ke hape. What eber!!.  Pangkat tu x penting lah. Kalau pangkat beso mana pun $$$ tak increase buat hape?? buang karan ada.  So biarkan org yg perasan ditimpa perasaan, tak kuasa aku.

Aku dah siap dibrief oleh sales manager pasal products dia. Gile kentang banyak. Tapi to get familier mesti nak amik masa.  Mamat tu (an Oz man) kata aku ada masa lebih kurang 6-8 weeks seblom dia cuti 3 minggu in May.  Dan barang2 dia totally new to me. Kena study lebih lagi.  So skg ni, aku masih menggalas tugasan semasa dan masih bertatih2 keja baru. Man man.

Not a problem. Cuma mat Oz ni keje dia bersepah giler. Email pulak tak bertajuk on specific tittle.  Kalau seblum ni keje aku apa benda refer ada specific tajuk so that next time senang nak refer. Ni tak tajuk 'kereta' ..tapi merujuk entah berapa jenis dan macam dan lain2 org pnye.  Adus, mess giler mamat tu buat kerjaan dia.  Dah ler takde sistem langsung. Dia sendiri tak bole ingat email yg dia antar org apatah lagi??.  Ni jenis lepas tangan..dah pass dah. Fengsan aku gini.

System  yg nak kena guna tu need a training. Boss offer gak aku nak tak pi spore buat tu. Tapi aku malas la. Dgn kerjaan byk begini, passport takdak bagai, tak kuasa aku. Suruh aja Kiasu tu yg datang menyembah ajar aku kansss..haha.

So, aku masih cuba memahami products2 baru ni, walaupun satu company, products dorang ni gile2 macam2. Tak tercapai dek akalku.

Boss besar pulak, sbb dah kebiasaan nak suh apa2 aku jer lah, so going on la benda tu cam tu. Bdak2 sales pun sama. Memasing refused nak berurusan dgn meenachi yg dorang kata blur blur tu.

For the time being, aku masih buat kerja yg aku biasa buat.  Pandai2 lah meenachi nak buat cam ne keje dia sok. Yg pasti, suma kena usaha sendiri, takkan suma org nak sumbat kat mulut kan, kena lah rajin, kenala resouceful. Kalau tak sampai biler?

Tu beza antara aku dgn dia. Aku x simply berani ckp besar mengaku diri hebat, sedangkan ko x tau cabaran lagi cam ne. Keja apa pun nampak mmg sagt senang lah, cuba buat tgk?..

Buat seketika, aku teruskan apa yg aku teruskan, but i know cabaran besar menanti aku dihadapan. Tapi aku tak gentar kerana aku tau, aku boleh.  Mesti bole.  Seeffisien dgn kerja sekarang insya Allah lagi efisien dari itu. Yg pasti for next 6 weeks, aku nak jadik lebih sistematik dari mamat oz tu. Aku nak lebih cekap dari dia. So that next time, dia takde sapsap sui jer customer carik aku.....wahaaaa...


1 comment:

Irfa said...

aku pun patut ada keje baru tp smpi skrg belum brief..so aku buat bodo je lah :)

dan mgkin pindah opis jugak sbb nak buat renovation

eee penat la