March 16, 2012

Rambut Sama Hitam, Hati lain Lain


Nak berniaga, nak jadik usahawan nak jadi bisnessman/woman ni bukan senang u olls. Banyak sangat cabaran dan rintangan nya.  Kalau kita berjaya menempuh dgn sabar, ikhlas dan redha Insya Allah. Tapi kalau yg tak kuat tu, sampai ada yg jadik mereng tau.  Ha, begitu sekali penangannya.  Cuba tanya org2 berniaga yg berjaya tu..tak kira meniaga kecik ke besar. Cabaran yg paling besar tentulah sifat dengki org lain.  Ada org sanggup buat apa saja sbb dengki dan nak menjatuhkan org lain.  Sbb itu dalam berniaga ni niat ke betul, hati kena ikhlas.  Yg penting Iman kena di atas.

Kakak aku yg no2 juga berniaga. Ala berniaga kecil-kecilan jer. Jual nasik lemak, berniaga bazar ramadhan kalau bulan puasa tu.  Saja2 nak menambah pendapatan keluarga. Maklum laki jer bekerja tu pun keje biasa2 jer kat kilang. Anak2 pulak makin membesar perlu wang segala kan. 

Mula2 akak aku berniaga kat bazar ramadhan masa bulan puasa. Buat kuih sket2. Buat lauk pauk sket2.  Sambutan amat menggalakkan. Sbb masa bulan puasa dia boleh dapat untung bersih 3-4ribu jugak la hasil berjualan tu.  Jadik bila lepas raya, terasa pulak dia nak berniaga nasik lemak.

For permulaan dia buat beberapa jenis lauk jer. Berjualan pun time petang tu. Start kul 5 -tgh malam.  Kadang abis awal, tutup awal la dia. Ala niaga kat depan umah jer. Letak meja letak payung satu.  Macam2 dugaan tau masa tu. Dengan hujan ribut sampai terbalik meja suma, abis lauk2 diterbangkan angin. Masa tu baru jer stat bukak kedai. Tapi takde rezeki kan, so redha jer lah.

Mgkin sbb akak aku berniaga dgn ikhlas dan juga niat bersedekah kan, Alhamdulillah semakin ramai pelanggan dia dari hari ke sehari.  Kat kawasan tmpat tinggal dia tu bnyk sgt kilang2. Ramai sgt org, jadi setiap kali bukak jer mmg ramai jer org membeli nasik lemak dia.  Lauk2 pun bertambah lagi dari beberapa jenis jadi berbelas jenis.  Jualan utamanya just nasik lemak jer.

Kalau selama ni akak menumpang letak meja kat seblah kedai runcit depan umah dia tu, kali ni Pak aji kedai runcit tu yg jugak tokey umah sewa dia offer akak niaga kat ruang kecik sebelah dia. Dia dah simen cantik2 sesuai nak jadikan sebuah kedai makan yg kecil la.  Akak pun planning nak membesarkan niaga dia tu dgn apply loan kat TEKUN.  Sbb nak beli kusi meja bagai, nak beli peralatan jugak.  Aku tolong dia buatkan proposal nak submit ke tekun hari tu.  Tapi somehow takde rezeki agaknya, tak dapat.  Allah ada rashia tersendiri napa akak tak dapat loan tu rupanya.

Since loan tak dapat, modal pun takat yg ada, akak masih teruskan berniaga kat situ. Tapi mmg takde kusi meja bagai lah. Semua nya tapau basis jer lah. Cuma kali ini akak berniaga dari pagi - malam. Instead of petang ke malam seblum2 tu kan.

Things runs very smoothly for about sebulan dua kot.  Jualan pun Alhamdulillah abes, laku jer. Jarang ada baki nasik lemak dia. Akak pun jual tak berapa mahal sgt.  Sbb dia pun kata sambil berniaga berniat nak sedekah jugak. Jadik kalau lauk kerang ke paru ker..instead of org lain charge Rm2.50-3.00, dia charge dalam 2ringgit jer. Kalau ayam tu kecik dia charge sama..kalau besar sikit tu di charga lebih -20-30sen jer. Pendek kata, mmg berpatutan pada dia, janji balik modal dan ada untung sikit2 dia kata ok lah..dia pun sejak berniaga ni nampak senang la sikit.  Since modal2 semua suami dia yg keluar, untung rugi jugak suami dia jaga..very particular abang ipar ku tu which is so good kalau nak berniaga. Sbb segala modal harus dpat balik at least untung sehari 20-30% pun dah cukup katanya.

Suatu pagi, ketika akak tgh meniaga, datang lah satu mak cik ni. Agak berumur dia kata. Tapi dia tak kenal dan tak pasti kat mana makcik tu duduk.  Dia pun tak kenal.  Rupanya u olls, makcik tu datang on purpose to memaki, membebel dan memarah akak aku sbb sudah mengganggu gugat perniagaan nasik lemak dia katanya.

Lama jugak akak kata makcik tu membebel macam2.  Marahkan akak sbb dulu berniaga petang jer, now berniaga pagi sekali. Seolah2 nak rebut customers dia.  Pastu dia bebel lagi kata, sejak akak bukak pagi ni ramai pelanggan dia dah tak beli kat dia lagi..(mesti ko pnye nasiklemak and sambal tak sedap kan?) pendapatan dia terjejas katanya sbb akak bukak kedai pagi.  Dah berniaga petang dulu tu, petang jer lah..pesal nak bukak pagi. Gitu.  Pastu dia bebel lagi, kata akak jual murah.  Kalau jual paru or kerang tu katanya jgnlah jual dua hengget..jual la dua hengget setengah ker..kalau ayam tu katanya jual la 3 hengget.. Ko ni tak nak senang ke?? tak nak kaya ker??..gitu dia bebel lagi..Akak aku diam jer. Sepatah pun dia tak jawap..uk idak ek pun idak..Akak aku tu jenis penakut bkan cam aku brutal. Kalau aku mau dah bergaduh gaknya..hish hish..sabor sabor.

Lepas sudah membebel memarah org lama gaknya makcik tu penat lah kan. So dia blah gitu jer. Tapi cam kira ugutan dan amaran lah tu. Sbb akak aku dah menganggu gugat bisness dia katanya.

Kakak aku dok termenung kejap..memikir, menimbang dan segala2 me lagi. Lalu dia amik keputusan utk tidak bercerita sama sekali dgn sang suami. Dia takut kalau citer nanti, sampai ke lubang cacing laki dia dok ronda ke kawasan tu carik dimanakah makcik itu berniaga. Knowing laki dia ala2 darah datuk bahaman kan, yg berperang ON jer..dia amik keputusan tuk diamkan diri dan decided to cerita kat kitaorang jer.  Jadik dia telah memikirkan satu alasan logik pada sang suami. Untuk berniaga petang jer mcm dulu. Alasan dia tak larat.  Solved the problem.  So now, dia berniaga petang -malam jer.  Benarlah, janji Allah tu kan. Kalau kita ikhlas insya Allah. Jualan pun sama jer mcm dia berniaga dari pagi. Maksudnya dia berniaga petang sahaja pun sama jer suma pun abess. Dan dia dapat rehat juga pagi kan.

Aku taktau apa jadik kat makcik tu. Ntah camne perniagaan nasik lemak dia sejak akak tak berniaga pagi ni. Aku berdoa jer jualan dia semakin merosot walaupun cuma dia jer yg berniaga.  Biar dia tau, rezeki tu Allah yg nak beri bukan pasal siapa2.  Kalau 10 org pun berniaga benda yg sama kalau mende tu mmg rezeki kita apa kita nk takut dan risau.

I m proud of my sister.  Mengalah dgn cara terhormat sbb tak mau create masalah.  Bukan bermakna kalah or tunduk tapi percaya pada rezeki Allah. Dan sentiasa berniat nak bersedekah apa2 pun yg terlebih.  Nak bersedekah wang ringgit tak mampu katanya, jadi dia bersedekah dgn cara jual tpi tak charge memahal semata2 nak cepat untung, nak cepat kaya.  Walaupun kakak aku tak berpelajaran tinggi tapi sungguh tinggi akal budi.  Syukurlah, sbb kami semua nak ikut sifat arwah mak yg selalu bersedekah tak kira apa..Tenaga, makanan, wang ringgit...sedekah secara tak lansung seadanya.

Dalam pada kes kena marah dek mak cik tu kan, ada juga kes org nak menipu dia. Macam2 dugaan. Tapi Allah mmg sentiasa nak melindungi org2 yg ikhlas kan.  Satu maghrib, masa akak balik umah tuk solat kejap, gerai di jaga dek anak sulung dia rina yg tgh tunggu result SPM tu.   Datang satu org lelaki, umur dalam 30an kot, siap bawak buku kecil ..ala2 buku hutang along tu.  Lelaki tu terus jer tanya si Rina mana mak dia?. Rina yg jujur ni jawap la..mak balik kejap solat maghrib.  Lelaki tu start tanya soklan memacam kat rina, berapa modal, satu hari berapa dapat, berapa untung rugi suma.  Aku tak pasti rina jwp semua secara jujur ke tak kan, tapi lelaki tu then claimed akak aku (mak rina ) berhutang dgn dia. Siap tunjuk nota kat buku tu dgn rina sambil membebel ntah hape.  Rina ni cuma diam jer.  Masa tu dia pun tak terfikir yg org tu sebenarnya nak menipu lah kan. 

Allah maha kaya, masa lelaki tu bising2 kat Rina Pak Aji-owner umah sewa akak dan kedai runcit sebelah tu baru jer nak buka kedai balik., it seems dia baru jer sudah solat dari surau.  Pak Aji pun cam pelik dan tnya lah kat lelaki tu apehal kecoh2 maghrib2 ni??..bila tgk Pak aji dtg dan tinggikan sore gitu u olls, lelaki tu cepat2 start moto dan blah..masa tu pak aji tanya rina, barulah tau..oh rupanya lelaki tu cuba nak menipu.  Nak kata akak aku utang dia  sekian2 ratus dan suruh rina bagi hasil jualan dia sebagai bayaran. Mujur pada masa yg tepat Pak Aji muncul. Kalau tidak, mmg takde rezeki lah jwapnya.

Berniaga ni u ols, terutama berniaga makanan mmg banyak sangat cabaran dan dugaannya. Bukan berniaga makanan saja pun, berniaga lain pun sama.  Teringat ahkak geli bercerita kat fesbuk dia pasal perniagaan tudunng fareeda dia tu..Ha, cabaran2 cam gitulah. Yg ada tak mo bayar, yg ada utang..macam2 lagi lah.  Aku pun pernah juga berniaga kecil2 gitu dulu.  Tapi after a while, aku jadik fed up. Mcm kes2 utang tak bayar, amik barang tak bayar. Lebih parah..amik barang terus hilang.  Lalu sbb itu, aku tak berapa gemar sgt nak berniaga...tak kira direct selling ke hape. I would prefer membeli dari menjual sbb aku malas nak fikir masalah2 begini lah kan....

Natijahnya, sungguh maknusia ni rambut kebanyankkan sama hitam..well yg blonde tu jgn amik kira la kan..hati tetap lain2 u olls. Kalau hati nya bersih, suci...mesti ada org lain berhati dengki dan keji...tu lah sbbnya, tiap apa jugak yg kita buat tu, ingat Allah sentiasa.  Tepuk dada tnya iman.  Buatlah apa pun dgn niat yg jujur dan ikhlas, insya Allah.  Allah akan sentiasa bersama2 org yg jujur..Mudah2an rezeki akak aku sentiasa diberkati olehnya..











2 comments:

Irfa said...

seronoknya baca ;)
aku suka jugak niaga sikit-sikit.tapi niaga atas angin je
maksud aku,kalau kawan ada barang nak tolong jual cam tudung ke hapa aku tolong bawak opis.aku ambik la komisen sikit dalam rm3@4 dr rega asal..yelah upah bawak ke hulu kehilir.dapat lah sikit kalau rm3 selai jual 20helai dah rm60.w,pun x banyak sapa nak bagi ko free2 je rm60.takde kan?

aku buat suka-suka je

tp kakak ko tu baiknya..org baik Allah akan tolong tu psl mamat yg nak menipu tu Allah hantar pak aji tu tolong

Anna said...

Irfa,
aku pun salu gak buat gitu...cuma aku salu berniaga TOTO haha, betul toto kat sg besar murah giler..still leh up harga Rm5 upah bawak dan belikan...

Akak aku tu tak berpelajaran tinggi..sek pun x berapa pandai. Sampai SRP jer..tapi yg aku tau, hati dia. Dia tak pernah dengki kat adik beradik apatah lagi kat orang..Knowing laki dia jenis berlawanan dgn dia..tu pasal dia diam. Malas nak cerita...rezeki tu ada jer kat mana2 ...insya Allah