March 9, 2012

Duniawi Semata-mata

Lately, aku perasan mcm2 benda dan perkara berlaku dalam kehidupan aku ni. Mostly melibatkan pekerjaan ni.  Perkara kedua penting selepas keluarga.  Lately ni gak, aku notice kepala aku sering jer sakit berdenyut2. Lebih2 lagi kalau aku marah, menyampah or menyirap dgn perangai2 manusia yg kadang2 mengalahkan jahat setan gondol tu.

Sbb suma ni berlaku lah, aku memuhasab diri balik. Untuk memujuk hati supaya sentiasa bertenang tidak sakit lagi merasa menyampah meluat sampai nak muntah darah u olls.  Tu suma duniawi jer. Pujuk hati aku.

Kan aku cerita baru2 ni kami dapat bonus sikit, entah camne tax tak di deduct dari amount yg kami dapat tu. Padanlah rasa bnyak..(ceh, haha). Alih2 dapat surat suh prepare bank draft pulak to byar the sum of amount. Jujurnya amount aku kena bayar idaklah sampai 4 ratus hengget, but still a lot of money to me. Golongan berpendapatan sederhana org kata. Dengan gaji yg dah masuk tahun ke 3 tak naik, harus lah bekira kan.  Cita2 tu mmg nak buat bodoh tahap dewa jer tak mo bayar. Lantak la situ. Dah la semlm jahanam kutip duit banyak tu u olls.  So sakit hati tu masih meluap2 lagi.  Bdk2 lelaki yg kata beria2 tak mo bayar tu pun dah mula goyah. Maklum makcik jenab dah kecoh keliling2 office nagging org suh prepare bank draft sambil pot pet..nasib tak pot pet depan aku ada yg makan selipar jepun jer nih.

Aku yg mmg menyampah nak menatap muka si Jenab tu mmg berbulus jer.  Sejak peristiwa dia memekak kat depan aku hari Selasa lepas tu mmg perang saraf jiwa aku dah lancarkan.  Tak mau berckp dgn dia kecuali hal keje. Tak mau teserempak muka dan tgk muka dia yg sikit tak tumpah cam kuali  buruk kat tempat pembuangan sampah tu kan.  Tak hingin nak berselisih bahu pun. Kalau hati aku dah sakit org kata, bayang pun tak hingin wa nak jeling tau.

Jadik tghari rabu tu, tergedik2 dan terkedek2 la si pendek jenab (mmg dia pendek pun!) datang dari satu meja ke satu meja dan tnya mana bank draft?. Aku yg mmg menyampah dgn muka dia selamba jawap..takde buat lagi. Duit takde!.  U know apa dia jwp u olls??..how come?. u pnye berapa jer??..abudeeeen???  kalau setakat 30hegget aku campak jer kat muka dia ko tuh...
Taklama lepas dia blah dari tmpat aku kan, minah yg dok reception depan aku tu msg aku.  Being batu api kan dia tu, so layan jer la. Si Pendek tu katanya merungut2 kat bdk tu kenapa aku dgn bberapa lagi org x mo bayar.  Specially aku katanya..bkan byk sgt pun. RM40++ jer katanya !!!. Cilaka ke tak dia tu?.Secara tidak langsung dia mendedahkan gaji   Bdk yg dgr tu terperanjat lah bila dgr pendek bebel2 kat dia kan.  Dia jenis sound off pnye org, dia jwp : Ye ker byk tu?? I thot she said more than that??.. terkasima dia kata si pendek tu dgr. Nampak sgt kan. Nak busuk2 kan nama aku kunun x mo bayar sedangkan 40hengget jer dasar makan vavi tau yg makan mende2 kotor dan busuk, hati dia pun sama cenggitu jugak mmg dasar.

Aku bertambah lah panas hati, tapi u olls i masih ada akal dan budi. Takkan i nak pi serbu dia dan maki hamun dia kan..NO NO..tidak sama sekali. Kalau dia jadi anjing, tidakla aku pun nak jadik anjing juga seperti dia kan,..tolong lah. Sampai balik umah u olls, kepala aku sakit bengang dan ase nak pecah.  Last2 lepas maghrib tu aku ajak SP pi klinik amik ubat darah tinggi aku yg dah tinggal sebijik tuh kan.  Alang2 check darah sekali haa kau tinggi tu 170/110.  Wah, tinggi tu dr kata sambil senyum2. Aku ckp la kat doktor tu, tak tau ler Dr, lately senang jer nak stressed, kalau bengang tu tros tangkap ke kepala. Tu pasal la. Dr lelaki yg tenang tu senyum sambil kata, jgn ikutkan sgt..kena bertenang selalu. Kena calm. Istighfar  bnyk2 katanya..dussssh, kena sebijik tu.  Tapi aku ckp kat dr, benarnya saya tgk period first day ni dr, kemungkinan PMS pun ya..Dr tu angguk, senyum lagi dan kata..owh, biasalah lah tu. Hormon tgh caca marba katanya..Lepas balik klinik kami pi mengeteh jap kat mamak sambil ujan lebah turun sgt2. Aku pun cam totally tak selera nak makan apa2..padahal seharian langsung tak jamah nasik u olls. Bahana panas hati dgn jenab pendek punya pasal kan, mengganggu sungguh emosi. Sbb teringat pagi esoknya ada appoinment kat kelinik buat blood test, langsung aku patah selera u olls.
Semlm pagi aku masuk off lambat skit. Sbbnya aku  pi buat medical check up.  Ala, since bank SP tu cover suma belasah lah apa lagi kan. Afterall kalau biasa mau kena bayar Rm200 lebih. Ni aku pi klinik tu jer serah lengan aku di ambik darah. Tak yah bayar apa2 senang.  Lepas sudah tu aku nak pi bank. Buat bank draft mcm yg si pendek tu nak kan.  Rupanya hujan lebat dari pagi tu tak henti2 lagi. So, sP suggest buat kat bank tmpat keje dia jer la.  Sudah siap tu SP antar aku balik off. Mujor dah kul 10lebih jalan clear sikit.

Masa aku masuk off, lalu dpn blik si pendek tu dia tgh engaged.  Dengan muka cuka 16belas, aku masuk bilik dia dan humban kat muka dia..(oh, how i wish bole buat begitu kans)..aku letak kat atas meja dia. Tanpa sepatah kata, just a sign (dalam hati kata, ambik kau!!!) dan berlalu pergi. Puas hati aku.

Until today,  Sungguh pun aku dah kureng sket meluat dgn dia kan, still bebuku2 hati aku ni ha. Mujur la aku duk jauh kat belakang, idak la payah menatap muka tak cukup syarat dia tu.

How aku bersyukur sbb tak terima pelawaan dia satu masa dulu keje under dia. Hish, kalau tak mau mati beragan aku tau. Mcm betapa tensionnya bdk yg dok depan tu dgn dia kan.

Bila nak balik awal ka, nak kuar awal ka, aku bole jer guna pintu belakang tu. Tak payah nak melalu lalang depan bilik dia tu. hIsh.

Aku noticed semenjak dua menjak ni aku cepat sgt naek angin tau.  Mana taknya, aku rasa dorang ni suma pun takde otak nak fikir dgn logik segala permintaan dorang tu.  Time org kat tengganu cuti, jumaat sabtu time tu lah nak move barang segala. Dgn kastam cuti, office agen pun tutup. Yg bos baru ni pulak suma pun BOLEH..suma pun kalau dia nak suruh buat apa, make it happen.  Tension aku.  Org kalau keje ikut sedap mulut jer gitulah jadiknya. Otak suma letak kat lutut. Dah korang suma kasik muka kat last minit kastermer tu kan, apalagi naek lemak lah dia. Kejar sales tu mmg satu hal la kan, tapi tiap kali menyusahkan semua org lain apa ke jad?? kena makan sumpah dan maki org jer setiap kali cuti nak menggegar org telepon bagai.

Mmg la energetic dan bertenaga kilat nak dapatkan $$$ masyuk kan, tapi janganlah fikir sbb ko rasa bole suma pun bole. Ada byk prosedur, peraturan yg kita kena ikut. Kastam pnye peraturan, airline pnye peraturan. Mana bole suka2 nak break the rules..akai ada kaa?...

Yg lelain tuh, suma jenis kaki kipas kaki gosok??..suma bole jer. Apa aku ckp, terangkan pun x leh nak caya apa hal?. Apa guna ko letak aku buat logistic segala jadah kalau ko sendiri rasa ko bole buat suma tu?. Ha, buat la sendiri kalau bole. Mcm lah kastam tu bapak ko yg pnye, mcmlah kapal terbang tu kau yg pnye. Labu oh labu..Pandaiiiiiii sgt cakaaaaaaaaaaaap!.

Astagafirullah hil azim..(sambil urut2 dada) sabar sabar...apalah nak jadi dgn aku begini?. Tension jer buat keje, takut satu hari aku yg collapse kat sini sbb nak melayan karenah2 mereka yg tak paham bahseeeeee ni..

Oh, masa aku menaip ni aku dgr si jenab terhembus2 hingus keluar..terdengar dia  batuk2..Haaa, amik kau. Balasan tuhan pada ko tu, sbb hati ko busuk..served u right!.

Tak sabar juga aku nak bercuti Senin dan Selasa depan u olls. Tak kemana2 pun. Saje balik kampung jalan2 carik makan. Cuti sekolah kan, lagipun alang2 hari selasa tu delin ada appointment dgn speech therapist kan, so cuti jer lah..Penat aku nk tgk drama dan sandiwara maknusia2 plastik kat office ni, better aku cool down my self..iya dak..

Chioww, selamat berhujung minggu u olls!!













1 comment:

Irfa said...

emm darah naik mgkin sbb stres la kot.bawak bersabar yer
kesihatan kena jaga nanti tak pasal2 pitam