February 20, 2012

Spoilt Mood Hari Isnin

Biasalah, tiap kali hari Ahad kan, aku cuba ubah mind set untuk mencintai hari Isnin. Iaitu esoknya. Sbb Hari Isnin hari permulaan bagi seminggu nak berkeja dan sebagainya. Untuk bersekolah jugak. Jadi Hari Ahad aku pastikan suma2nya setel. Dari hal gosok menggosok baju keje stok tuk seminggu, baju2 sekolah, lipatan2 kain yg tak pernah nya abes juga benda2 lain tu. Maklum minggu yg panjang katanya.

Mujor la jugek baju2 sekolah kakak yg tolong gosokkan. Dulu kalau aku gosok baju keje aku je kan, la ni ada tugas tambahan. Gosok baju kemeja SP tuk stok seminggu jugek. Tu lah dia, nak wat guano, redhakan jer ler.

So, pagi Isnin dgn semangat penuh membara, suka dan gumbira aku datang melangkah kaki masuk keje. Salu hari Senin jugak aku akan naik opis awal, sort email2 dulu apa yg patut. Tgk listing dulu la apa nak buat dan sebgainya. Aku sungguh elak2 hari senin to be a menyampah person, moody dan semua yg negatif2 tu kan.  TETAPI, selalu nya je JLO akan menspoiltkan mood aku yg berbunga2 tu.

Mcm pagi ni, datang keje penuh semangat membara, tau2 jer JLO kecoooo.  Mmg la pasal keje, tapi taktau nape dia tu kan kalau benda2 kecik suka nak besar2kan. Kalau benda2 mudah nak susah2kan ..nape tah habit dia cam tu.

Klau benda tu simple dia suka meng complicated kan.  Nak cakap apa2 tu tak  bole la straight to the point, mesti nak citer grandmother story bagai..sungguh long winded taw.  Dia mmg begitu ke hapa ntah, dalam meeting pun sama begitulah peelnya. Mujo aku ni jenis sabar tau. Kalau org lain dah lama gaduh gaknya.

Benarnya aku malas nak lyan sgt. For me berurusan dgn dia pasal keje je tapi cukup mengelak nak stat ckp apa2 ..alamat la..berjanggut dia pot pet pot pet ..kadangkala terpaksa nipu nak  pi jamban sbb malas nk dgr mulut dia yg bising tu..haissh.

So now, suma benda dah setel, tapi masih aku x de mood nak pandang wajah JLO apatah lagi nak bersemuka. Sungguh dan cukup mengjengkelkan lah dgn peel dia ni..sabar je la.

Dah la tukang jaga pintu dan angkat phone seminggu ni takdak..harus aku kena buat suma perkara2 yg aku tak suka tu pun..tapi aku takde pilihan. Maklum multi tasking katanya.  Yg tukang jaga phone dan sewaktu tu berjimba2 kat India u olls for a week..wah bonus lom dpat dah celebrate dulu ye.

Semoga seminggu ni aku diberi kesabaran tahap paling tinggi sbb nak layan2 suma benda2 tak penting yg bakal menggugat kekuatan hati dan diri ni...jgn meroyan sudeeeh.

2 comments:

NenetPenne (NP) said...

JLO? cute pulak nickname tu

Anna said...

Net, minah tu cin+dian..so kulit cam melayu ala tann gitu..ala2 JLO..pulak tu suka pakai baju buka2..terutama tang dada dia tu..takde besar mana pun..ala2 nasik lemak 50sen jer..tpi xtau napa dia sukaaaa sgt buat gitu..smpai ada sekali customer kata dia nak jual tek boleeh??...dah tu melekat la nama JLO tu sbb tu nicknam kami beri dek keseksian..haha