February 14, 2012

Presepsi dan Pandangan Mata Orang

Aku sangat2 notis perkara ni setiap kali ada majlis makan beramai2 dgn rakan2 sepejabat, bos ke atau sapa jer kat Hotel berbintang-bintang ni.  Skeptikal dan klise sangat aku rasa setiap kali benda2 ni berulang2 berlaku.

Semalam, kedatangan Presiden of the company kat office. Selain dari ada presentation meeting dan macam2 lagi Q and A session of course la ada majlis makan2 yg dibiayai oleh Presiden semestinya.  Presiden of the company.  Multi national US base company kan. Mmg besaaaaaaaar sgt lah pangkatnya dan besssaaaaaaar lagi lah incomenya. Harus lah kan.

Lepas abis sesi pok pek pok pek smlm of kos kami suma dijemput makan tengahari bersama2 En Mike presiden besar tu lah kan. Good looking guy, egyptian and of kos lah ganteng sekali dowh. Selain tu ada beberapa mat salleh, mat tak saleh, melayu, cina dan india.  Antara reramai gitu, akulah sorang wanita muslim terakhir kan dikalangan2 mereka2 itu, bertudung pulak tu.

Benarnya, aku malas nak amik peduli pada pandangan org tiap kali aku melangkah masuk ke mana2 hotel tuk makan bersama2 gerombolan yg kebanyakkannya mat salleh kan. Not a big deal lah bagi aku. What is so great berada dgn mat2 saleh?, aku biasa je. Tak pernah pun nak rasa riak, bangga apatah lagi belagak cam sesetengah org tu..(kawan2 baik gak species gini). Mentang dah keje dgn mat salleh, speaking and loghat pun nak ikut slanga mat salleh. Ape barang?.  Pastu kalau nak komen kat fesbuk org, hamboi berabuk dgn ayat2 mat salleh. Matilah kawan2 fesbuk aku mengutuk..Sapa tu kak?? kekwat semacam jer. Nama LIJAH, gambar kat negeri mat saleh pnye profile. Speking londong tak hengat..tapi nama LIJAH apa keesssss??..Gitula kiranya mulut2 takde insurans geng2 meroyan fesbuk kan.

So, yg penting aku suka tarikan RM nya je. Yg lelain ada aku kesaah?? apa hal nak ckp ikut slang dan gaya dorang. Berlagak kat kawan2 semesia ala2 kekwats ..hmm, its just not me, i tak reti hipokrit ah,  baik jadi diri sendiri. Dng mat salleh ckp mat saleh, dgn org melayu, dgn lokal bantailah cakap melayu kans. Kat fesbuk apatah lagi, nak meroyan bahasa mat salleh mana kena loh..paling tak meroyan bahasa kekwats lagi bagus kanss.

Tiap kali aku melangkah masuk kat tempat makan hotel2 besar gitu, pastilah byk mata2 nakal yg akan melontarkan pandangan pada aku. Kadang tu tgk aku atas bawah, cam aku pakai baju tebalik lah pulak taw.  Setiap kali masuk kat kawasan2 cafe hotel2 berbintang2 tu gak, mesti ramai melayu2 yg gaknya berfikiran sempit dan kolot.  Melihat seolah2 nak terkuar bijik mata.

Terutama kalau ada geng2 minah2 melayu ala2 perasan divas gitu. Tgk aku yg sempoi ni, lagi2 bertudung, pasti pandangan kekwat dilemparkan pada aku. Kesian kan.  Tang layanan pulak kan, kalau pi hotel begitu kadang2 aku malu kena layan dek adek2 waiter dan waiters mcm divas la vivas. Siap nak letakkan napkin, padahal bole je kita buat sendiri tu. Sbb apa?? Sbb ada double standard. Sbb kita datang dgn mat2 sallleh beramai2 gitu, dgn gaya2 keparat mereka yg kdg berkot (ye, u olls smlm presiden company berkot u). Pastilah mereka nak berikan layanan teristimewa katanya kan.

Sbbnya aku tgk kat meja lain takde pun dilayan sebegitu. Ada je meja sebelah tu sekumpulan local cina makan tapi suma pun buat sendiri. Hatta nak suh kutip pinggan kotor pun dorang kena panggil waiter dan waitres boleh?. Sedangkan meja kami ni 4-5 orang standby berdiri dan bersedia berkhidmat katanya.

Kadang2 aku fikir, waiter dan waiters terpaksa menelan layan mcm raja akan customer2 mat salleh mereka. Mest manager dorang bagi arahan skeptikal kan. Layan mat salleh bagus2..?? ye dak. Sebbnya, bberapa kali aku pergi makan kat hotel dgn kawan2 melayu mcm nak taknak jer dorang layan taw. Nak amik order pun kena panggil ler dua tiga kali  baru la datang. Lagi2 nak kutip pinggan kotor hissh, penuh kat meja lum tentu di kutip. Mintak sudu garpu pun maybe berjanggut baru dapat.

Jadik, pada firasat aku, mentaliti kita terutamanya org melayu ni kan, pandang tinggi sgt pada mat2 salleh ni semua sbb apa?. Sampai kan aku yg melayu ni terbabit sama dihormati sedemikian rupa. Berdasarkan pada pengalaman dan pengamatan aku, mat salleh sgt hormat kan org. Tak kira apa bangsa, apa level, apa keje. Tiap kali nak apa dgn penuh sopan (mat salleh educated lah kan, mat salleh non edu, taktau lah pulak).  Mintak baik2. Sabar, takde pun marah2. Tiap kali ucapan Thank You tu tak pernah lekang dari mulut dorang.

Kat Off aku ni contohnya, kalau ada aci cleaner tu datang kutip sampah pun, dorang hormat sungguh.  Takde  pun pandangan skeptikal dan sinis maupun hina. Tak macam mentaliti org kita. Org kutip sampah pun somtimes org pandang hina. Padahal keje dorang tu mulia. Kalau tak sapa nak kutip sampah uolls?

Cleaner2 pun sama.  Kalau kat office aku ni tak kira sapa, drebar kat cleaner kat tak pernah sekali aku dgr mat2 saleh ni jerit, maki atau marah2.  Walaupun kadang salah cleaner tu sendiri, masih lagi dia kata tak ape..tak ape.

Justeru, banyak perkara2 baik aku belajar semenjak dua menjak bercampur gaul dan bekerja dgn org putih dan bangsa2 asing dari negara2 Eropah ni. Ternyata mereka sgt menghormati org. Sbb tu mereka juga diberi penghormatan yg sama. What we give is what we get kan?.

So, aku masih merasa klise dgn pandangan2 mata2 liar  yg terjadi tiap kali bermakanan bersama2 bangsa2 omputih ni.  Hakikat sebenar nya pada aku...yg penting masyukk, gaji bagus, benefit bagus..cukuplah. Pengalaman bekerja dgn suma bangsa tak kira melayu, cina, India maupun bangsa2 lain. If diberi pilihan atau option, pada aku berkerja dgn mat salleh lah paling senang dan mudah walaupun kadang2 terpaksa gak makan hati..biasala kan tu.  Yg pasti kipas2 or bodek2 tak jalan dgn mereka. Sapa buat keje bagus, tu lah dorang suka. Sapa tak berapa bagus tu akan kena tegur dan suruh perbetulkan sampai jadik bagus.

Keje dgn bangsa2 tempatan ni terutama yg berhati busuk dan dengki sgt mengjengkelkan. Terutama kalau yg makan bodek, racist..hissh bikin sakit jiwa dibuatnya.  Jujurnya, kerja dgn mereka lebih mudah dari keje dgn bangsa tempatan..

3 comments:

NenetPenne (NP) said...

kat malaysia,usahkan cleaner, pakguard pun dipandang mcm hina..
bagi sayalah kan, patutnya gaji pakguard tu patut lebih tinggi terutama yang jaga bank tu...depa tu mempertarungkan nyawa... bagi depa training... ni tak, budak2 drop out je jadi pak guard...

satu lagi, i kalau pi makan kat fast food, i angkat sendiri sampah masukkan dalam tong... pastu ada yg pandang2.. mcm laa i ni angkat apa entah..

ada satu kali tu i makan tutti frutti ... ada satu meja tu konon penuh dgn minah2 hijabster yang moden laa...konon laa kan... lepas makan, tinggal je bekas tutti frutti tu kat atas meja walhal sebelah dia dah tersedia tong sampah..

kalau setakat pakaian je moden tapi fikiran takat lama dok mengharapkan cleaner yang buat memang tak moden laa...

eh relevant ke komen i dgn citer u nih? ha ha ha...

moralnya mentaliti org kita sebilangannya masih lagi di takuk lama.... kesiann

Anna said...

Net, sungguh relevant..i pun salu buat gitu kat fast food. Tolong kemas dan buang mana yg patut..kdg2 hsbd salu marah..aikk, nak tolong kemas kew? katanya. Yg ada cawan sendiri minum pun suh cleaner yg cuci..pemalas sgt la tu..yup, mmg mentaliti masih ditakuk lama..tu sbb kena start generasi baru utk ubah mentaliti tu..I have started..dgn anak2 moga2 bila dewasa mereka bkan jadi generasi yg yes man jer....tak reti nak keje lebih sket..takat buang sampah dalam bakul sampah, masuk baju kotor dalam basket laundry or flush toilet lepas guna.....

Irfa said...

kalau gi pizza..saya suka kemas meja tu dan asingkan tulang temulang sbb rasa kesian kat adik2 yg nak cuci meja tu..kan ke geli nak pegang tulang lebihan org makan.so letak dalam 1 pinggan so senang dia nak terus buang dalam tong sampah.

ehhe..penah kena sound ngan adik..baik gi belakang je tolonfg basuh pinggan :(