February 9, 2012

Cuti

Later afternoon semalam kami dapat panggilan dari Sekolah Khas yg delin buat assesement dan permohonan nak masuk ke kelas khas tu kan. As diberitahu dalam masa seminggu, tunggu surat dari PPD. Rupanya surat dah keluar tapi kami tak terima. Dan sekolah tu terima dulu. So Pn Rozita kol bgtau suh daftar kan Delin ari ni lah.

Terpaksa la coti ambulan.  Boss terkejut smlm. Mana tak baru je dia antar email pasal dapat bonus bape sen ujung bulan ni kan. Mesti dia ingat protes tak puashati kan.  Alah, syukurlah dapat pun. No komplen. Better than tak dapat langsung kan.  Sama je cam tahun lepas. Adalah sikit. Rezeki anak2.  Yg pasti bole la nak beli beg baru seeh...huhu. Bila kata nak daftar delin ke sek khas baru lah dia kata..oh Ok ok..mujurlah smlm sblom balik secured order yg dinanti2 dah tiba..selamat aku sikit walaupun on and off kena check email dan uruskan sedikit kerjaan dari umah...see berguna gak bawak balik laptop off kan. Selain buat maen game dek bdak2, fesbuk dek mak dan bapak bdak..leh gak buat keje. Nak harap laptop lagi satu tu, kejap lagi nak jadik arwah dah tu dgn wording kat keybod ntah melayang ke mana?...beli baru??  alah, biarlah tak pentung...sayang duit bonus u..huhu

Berbalik pada citer delin pindah sekolah khas. Pagi tadi uruskan pendaftaran yuran dan bagai. Macam2 yg Pn Rozita terangkan. Delin masuk kelas khas no 2.  Kelas suma ada 9.  Jadik kategori 1-9 digunakan. Kelas 1 tu yg budak2 dah bole ikut sylebuss kelas perdana biasa. Kelas delin yg kedua pulak cam bdak2 yg darjah 4-6 yg masih lambat nak captured.  All i can say, she was so happy.  Kelasnya ada 8 org jer.  So tumpuan dan perhatian cikgu lebih lagi lah dari kelas biasa.  Mana tak pagi tadi, dia bangun lansung x yah dikejut taw..bahkan dia bangun sendiri dan tnya..ari ni pegi sekolah lain ker??.  Excited sungguh dia nak ke sekolah baru tu.  Cepat jer mandi dan bersiap. Kalau biasa tu?? adooi,..berjanggut mcm nak pegi perang kejut suh dia mandi dan siap2 taw...

Lepas setel uruskan delin tu, kami pi ke sekolah asal dia. Ye lah nak maklumkan tukar sekolah ke apa kan.  Rupanya tak payah pulang buku2 teks suma u olls, bole je bawak ke sek khas tu. Cuma bagi surat kat sekolah asal tu dan bgtau dah berpindah.

Selesai urusan kat pejabat sekolah asal tu, kami nak carik Pn Ranjit Kaur, guru kelas delin.  Byk sgt delin cerita pasal cikgu ranjit ni. Dari cerita delin sgt baik orgnya. Dia pun ada cerita dgn cikgu ranjit yg dia nak tukar sekolah. Cikgu ranjit kata kat dia, suruh mak datang sekolah jumpa cikgu.  Kata Delin cikgu ranjit lah salu betulkan rambut dia.  Sapukan bdak muka dia kalau ada capuk. Pendek kata, aku pun teruja nk jumpe Pn Ranjit yg delin salu ceritakan tu. Katanya cikgu ranjit tak pernah marah dia. Dia baik.

Masa pi bilik guru, takde pulak cikgu tu. Agaknya mmg rezeki kami lah kan, bila aku pusing je aku nampak seorang wanita berjalan dgn lemah lembut, agak berumur, berketurunan Sikh. Gerak hati menyatakan dialah Pn Ranjit. So aku dgn SP pun dtg dekat dia dan aku tnya. Ni puan Ranjit ke?..Ye, sayaa..dia jwap dgn lembut. Bila aku kata kami parents delin...wah, senyum dia. Oh, ya.

Lama gak kami sembang. Puan Ranjit kata, semlm dia tanya delin. Bila nak tukar sekolah. Amboi pandai delin jwp. Belum lagi cikgu, tunggu surat katanya.  Well, betul lah tu kan. Pn Ranjit kata, mmg dia salu perhatikan delin. Mmg dgn dunianya sendiri.  Kawan2 pun salu asingkan diri dari dia. Delin lebih pada buat hal dia sendiri dan bercakap2 sendiri kat tingkap seolah2 ada kawan katanya.  Salu je dia panggil delin dan elakkan delin dari berkhayal sendiri.

Jadi bila kami cerita kat Pn Ranjit yg dia dah daftar kat sekolah khas kat seblah dia kata. Good for her.  Sekurang2nya dia dapat belajar mengikut tahap kemampuan dia. Maklumlah darjah 4 dah way long untuk bdak kategori slow learner cam delin tu kan. Ntah nape, kalau ckp pasal delin dgn sapa pun, aku ttba je jadi sebak tau. Terutama kalau org tu paham apa yg aku rasakan. Dulu dgn cikgu Sarimah pun gitu.  Bila org yg mengerti keadaan Delin tu, aku rasa gembira campur sedih sbb masih ramai lagi org lain yg paham instead of org kata dan hina macam2 kan pada dia.

Sebelum kami beredar, Cikgu ranjit serahkan buku laporan belajar, fail pribadi delin pada kami.  Sambil ucapkan terima kasih, aku sempat bergurau dgn Cikgu Ranjit, yg delin sayang dan suka sgt dgn dia.  Dia salu je cerita macam2 kat aku pasal dia.  Ketawa gembira Cikgu Ranjit dengar. Dia pun kata, I m glad that dia pegi sekolah khas. Good for her for her future.  Semoga dia berjaya kat sana.  All the best to her katanya.  Aku bersalaman dgn Cikgu ranjit dgn ucapan terima kasih kami teros beredar dari situ.

Tghari bila balik sekolah, wah mcm2 cerita delin bawak. Ternyata dia gembira sgt sekolah kat sana dan tak sabar2 nak sekolah lagi. Nak pergi kantin pun dibantu cikgu katanya. Tapi since dia dah 3 taun kat sekolah biasa so takde masalah langsung tuk dia uruskan diri.

Aku tgk ada 2 kelas tu mmg bdak2 nya mmg tak bole urus diri dan kena bantu.  Tu kelas tahap ke 8 dan ke 9.  Mmg kelas2 ni ada yg down syndrome dan autisme.  Manakala kelas cacat pendengaran terletak agak jauh kat belakang kantin.  Kelas delin suma bdak2 nya cam dia gak. Pandai urus diri sendiri dan tidak berada ditahap teruk. Menurut puan Rozita kelas delin tu guna silibus darjah 2.

Dah selesai suma perkara, lega rasanya.  Biarla delin meneruskan persekolahan kat situ. Byk sungguh aktiviti2 yg sek tu adakan setiap kali.  Pn Rozita siap bgtau bulan April nanti mereka nak buat lawatan ke Singapore -universal studio katanya.  Wah, bestnya kan. Dia pun bgtau buat pasport nanti for delin percuma je sbb ada kad OKU. Khabarnya merekan nak melawat sek vokasional kat jB sbb nak dedahkan bdak2 ni dgn kemahiran vokasional bila dorang dah besar nanti. Bagus kan?.Cumanya aku ni tatau lagi la nnti hati aku ni benarkan ke tak kan..maklumlah. Tahun lepas mereka buat lawatan ke Sabah.  Agaknya byk peruntukkan untuk mereka kan, sbb tu aktiviti2 menarik.jejauh pulak tu. Tu belum campur aktiviti sekolah, melawat kat mana2 tempat kat KL ni..pendek kata penuh lah kalender dorang dgn memacam aktiviti.

Aku terpaksa buatkan buku akaun BSN yg lain utk Delin. Sbb yg hari tu x bole pakai.  Rupanya buku akaun tu akan disimpan oleh sekolah dan setiap kali nak gunakan duit untuk apa2 aktiviti sekolah spt rombongan sambil belajar tu kan, duit elaun kebajikan masyarakat tu lah yg akan dorang gunakan. Cikgu kat sekolah khas tu akan monitor suma duit yg ada dlam tu dan pastikan ianya digunakan untuk murid tu pnye sahaja..Bagusnya..at least mmg pasti wang elaun tu mmg untuk kegunaan mereka jer. So takde lah org lain yg leh amik kesempatan kan.  Bagus proses dan prosedur dorang untk memantau, demi kepentingan kanak2 OKU yg mendapat bantuan bermacam2 dari jab kebajikan masyarakat kan.

I m totally glad and relieved now tat we have done our best for Delin kan.  Pada kawan2 yg ada anak istiwewa mcm delin, jgn putus asa.  Kita kena sama2 bersemangat untuk mendapatkan yg terbaik untuk mereka. Mereka juga punya hak untuk meneruskan kehidupan demi masa depan mereka. For that, kita ibu bapa yg patut sanggup bergolok bergadai segala mala untk mereka.


For now, all i can say Alhamdulillah. Sbb sumanya berjalan lancar. Syukur pada Allah yg buka hati kami, yg buka minda kami utk mencari jalan yg sememangnya dah terbentang di depan mata. Cuma tunggu kita sendiri jer menggerakkannya.  Tu sbb org kata kena sentiasa berusaha for the best kan.

Sementelah mama dgn ayah x keje kan, biasalah bdak2 ni nak bermanja2. Terutamanya si hero jantan tu.  Nak diambik nak diantar. Being a parents kan yg mmg bukan salu dapat antar dan amik, pe salahnya sesekali buat gitu, biarpun terpaksa meredah panas bedengkang dengkung u olls, sampai nak tercabut mata ai ni ha.

Apapun sungguh badan rasa tak sihat dan tak larat. Dengan selsema, sakit kepala dan demam demi anak2 entah kemana hilang semua kesakitan tu. Entah mana kekuatan aku dapat nak meredah panas yg maha dengkung untuk settlekan urusan bank, antar dan amik anak kuar balik sekolah lah tuisyen lah kan.

Alhamdulillah, kerana segala2 ujian yg Allah beri ni semakin memberik kekuatan dan ikatan kasih sayang kami sekeluarga mau kan yg terbaik untuk semua.

Semoga Anak2 besok bila dewasa dapat menghargai segala jasa dan pengorbanan yg kami buat selama ini untuk mereka. AMIN..Segala yg kami buat untuk mereka adalah seikhlas hati demi kasih sayang kami pada mereka amanah Allah....

1 comment:

NenetPenne (NP) said...

i dapat duit bonus simpan nak pi melancong.. hiksss...

apapun good luck tu delin...