December 8, 2011

Aku, SP, VSS dan Rezeki


Seperti sedia maklum bank tempat SP keje tu udah mengoffer VSS kepada suma pekerja2 nya bebrapa minggu yg lepas. Kesahnya, department maintainance dia akan di redundant kan completely. Jadik will be no more lah kat sana tu kan. Aku sebagai isteri yg sentiasa setia berdiri disebelah dia hari tu ada mengeluarkan pendapatan aku. Aku kata terpulang lah pada dia. Dan aku ada kata gak, kalau nak amik  pun ok pastu kita usahalah carik keje lain nanti.


Syarikat consultant yg akan ambil alih tugas2 selanggara kat bangunan tu. Dasar kafir pnye bank kan, tak mau tanggung benefit staff byk2 rela hired consultant kans. Masa tu pun kompeni tu tak janji apa2 nak offer keje ke ape. Mebe sbb tu gak SP tak mau amik gaknya VSS. Ye la, mesti dia sayang dan sian kat aku, buatnya dia tak keje nanti sementara nak dapat keje baru gaknya sian bini aku kena keje sensorang. Agaknya lah kan. SP jenis tak sharing sgt deep feeling dia, maklum org Libra ni mmg kuat sgt menyimpan resia di lipatan hati dorang. Tak tunjuk sgt perasaan dan apa yg dia rasa suka simpan..gitulah dia pun.

Since aku mmg sentiasa berfikirkan positif kan aku terima je dengan hati terbuka. Aku redha jer lah. Maklumlah. Tak kuasa nak memikir memacam.  Tak macm kawan2 dia yg amik VSS tu, amik je tapi keja baru hapah satu pun tak carik. Best part memasing bini tak keje, sgt berani amik risiko tu.  Buatnya tak dapat keje ke hape kan apa anak bini nak makan. So dari gaya gitu SP citer kat aku , aku imajin lah dia cocern pasal aku, pasal anak2 pasal komitmen umah, keta, anak2 sekolah.  Jauh sudut hati aku kata, tak pelah. Biar dia. Dia tau apa dia nak keputusan apa dia nak buat. Sebagai isteri mithali aku kena akur dan ikut jer mana yg baik pada dia. Baik lah pada aku.

Benarnya keje utk SP tu mmg bersepah kat KL ni. Bukan nak ckap sombong lah kan dgn pengalaman yg dia ada tu tak susah pun nak carik keje lain. Cumanya kena lah berkorban, sbb kebanyakanya soping mall, hotels yg offer keje2 tu. Jadik biasalah tempat cam gitu mana ada wkend. Mana ada cuti pepanjang harus juga waktu keje yg tak menentu kalau kena shift.  Pulak tu hari cuti harus hari keje. Ye lah weekend la hotels sebok. Wekend la soping complex busy ye dak.  Jadik atas faktor itulah SP mmg berfikir dalam2 nak menjerumuskan diri kat line tu katanya.



Like I said to SP, kadang kita kena bekorban. Aku tak kisah kalu pun terpaksa gitu kan. Afterall lepas mak bapak dah tak de ni aku rasa mcm tak kesah nak piker balik kg raya ke hape. Cuma maybe SP dok fikir mak dial ah kan..So aku paham kalau dia tak nak. Mesti dia dok fikir buatnya taim raya sok dia kena keje, abih la nangis mak dia kami tak balik raya kat kampung kan.  Tak pelah. Bagus lah gitu pun.  Dia sayangkan aku dan keluarga tapi pada masa sama dia juga sayangkan mak dia. Aku kena terima tu kan. Aku pun ada sorang je anak lelaki gitu.  Korang pasan tak ada iklan HP ke kat tibi, Yg bapaknya letak kat screen saver HP dia gambar dia dgn mak dia..pastu bila bini dia nampak bini dia majuk dan sentap n tanya napa takde gambar dia??, pastu lakinya jwp..saya nak anak lelaki kita buat perkara yg sama. Fair enuff, anak lelaki depa dok letak gambar dia dgn bini (mak bdak tu)...kanss...aku ase sweet sgt iklan tu. Bini dia pastu ketawa dgn gembira  bila tgk anak lelakinya letak gambar dia as screen saver..see? paham tak maksud aku.  Iklan kejap yek



Masa sebok2 kwn2 dia dah antar boring tu dia diam jer. Tak antar pun. Aku ni takde kuasa nak paksa dia. Keputusan dia aku kena hormat kan. Company consultant tu pun takde pun bunga2 nak offer keje ke hape. Sudahnya aku spent masa buat resume dia in 2 versi, eng dan malay dan aku register kat ntah mana2 internet, aku applykan jer la memana tempat lain yg mostly offer waktu keje office hours gitu.  Setakat ni tak de satu pun



Minggu ni, lepas bank dah finalise VSS tu suma, ramai kawan 2 dia gembira dapat berpuluh2 ribu on paper jer...sbb actual $$$ lum lagik. 15hb sok baru dapat. Tu pun ada jugak yg gigit jari bila lepas tolak segalamala bapak loan tinggal 2-3 ratus je. Sedangkan SP happily je tunggu gaji bulan dec + 2 bulan contractual bonus dia tu. Lucunya, depa2 yg dah dapat surat menyatakan dapat sekian ribu riban tu kena declare ke LHDN. Biasalah incometax kan. As a good tax payer SP mmg tiap tahun tak pernah lupa declare cukai pendapatan dia dan tahun lepas paling parah sbb dia kena seribu lebih disebabkan pendapatan aku yg dideclare bersama..hukhuk, terpaksa membayornya.





Minggu ni aku dgr separuh dari kwn2 dia suma berumah tangga kat LHDN. Hasilnya suma pun tersangkut kat sana,. Sbb keje bepuluh tahun tak pernah declare income tax tau. Masak lah nak korek 20 thn pnye EA dan nak buat 20 tahun punya deklarasi!. Yg jadi masalahnya depa suma tu takkan dapat satu sen duit pun dari Bank selagi urusan deklarasi tak kuar. Imajin, gaji bulan ni means dorang takkan dapat selagi tak selesai urusan LHDN dan surat kebenaran LHDN pada bank tuk release payment tu suma.  Belum lagi kena tolak bape kena bayar kan kat LHDN kansss...silap hb dari 60-70k tinggal bape je lepas potongan kanss.



Nah, kan. Ada hikmahya SP tak amik VSS tu pun. Lau tak mati aku nak bayar dulu suma bulan ni. Mana nak soping baju sekolah lagik..yg komitment bulan2 lagik kans.

Sekejap tadi, SP baru je kol aku. Kata consultant kompeni tu nak offer dia keje dengan dorang. Means kalau konpem dorang nak amik dia kena berenti dari bank tanpa apa2 VSS lah. Tanpa ada duit lebih extra ke hape (takde harapan mak nak menumpang ribu-ribu sket beli beg coach bagai..kekeke). Tapi apa yg dia kan dapat ialah 3bulan gaji . Iaitu gaji bulan Dec campur dua bulan fix bonus tu..So bole still mak tumpang2 skit walaupun tak byk..ala dapat galaxy tab pun cukup ler kan..hihi.



Cuma saja la aku nak menyakat dia bila dia kol, tu lah u tak amik VSS tu lau tak kita kaya dah..hahaha, ye yg pasti aku bersyukur sbb tak perlu dia sebok2 pi LHDN ke ape. Tak perlu nak tunggu lama dapat gaji bulan ni. Yg penting, insya Allah kalau ada rezki dia akan terus keje dgn kompeni consultant tu dgn offer gaji lebih sket dari skg. Dan paling penting..office hours gitu. Tak yah mening2 pala cam org lain, duit gaji dec lum dapat, nak urus LHDN nak urus carik keje baru bagai. Tak ke haru biru..See, Everything happens for reason!...sbb tu aku suka sgt tagline aku ni...sungguh!!



 
Langsung pun dia maupun aku tak terkilan tak dapat VSS tu. Mungkin ada rezeki lebih besar lepas ni kan. Duit sebanyak mana pun kita dapat tak pernah ckup (ayat pujuk hati sendiri..kakaka). Yg pasti, sekurangnya dia tak macam org lain. Yg masih bertunggu tangga kat LHDN menyelesaikan segala isu baru dapat duit haiyoo...ingt cepat ka tunggu LHDN issue surat kebenaran kata sekian2 bole dibyar b la bla bla..silap hb tawun 2012 blom tentu setel...



Cukup 15hb ni dia dapat gaji dan bonus. Aku baik dia mmg pasrah. Kalau dah bukan rezeki kita takkan kita dapat. Dan kalu benda tu mmg rezeki kita, ceruk mana pun kita pasti dapat kan. Kena salu bersyukur dan muhasabah. Allah tu tau apa yg tersirat dan tersurat.  Ada segala mala hikmah tersembunyi atas apa benda jugak yg berlaku pada kita..



Mana tau kali rezeki berpihak kat aku pulak kan…Mudah2an. Kok nak dapat 5 bulan bonus ke kanssss (berangan lah...).




















1 comment:

Irfa said...

alhamdulillah kalau gitu anna,org yang redha Allah akan permudahkan jalannya.aku pun tgh risau dengan keadaan kompeni sekarang.doa yg baik2 je la.

duit ribu riban boleh abis sekelip mata.kalau boleh aku nak ada keje yang gaji tetap