December 27, 2011

Aku, Anak2..MIL, Cuti2 dan Bermacam2.. Part 1

Ahh, lega sudah. Urusan antar mak mertua balik kampung sudah terlaksana.  Ofkos lah, seblom dia balik tu bermacam bekalan ku sediakan. Mostly semua benda2 yg dia nak dan admire kan, termasuk lah 5 bungkus tepung kek choc moist kegemaran dia u olls.  Tu pasal kenapa tiap kali MIL datang ke KL akan berlama2 di rumah aku ye.  Pertama mgkin kerana dia selesa kat umah aku. Ye lah SP kan anak kesayangan dia. Anak yg salu jer tepon dia, ingat kat dia.  Justeru, sebagai isteri SP yg mithali..aku jugak kena terima dia seadanya.  Dari sembang2 dgn ipar duai, biras dan semua anak buah mmg MIL salu je kaborkan kat dorang selesa kat umah aku dari dulu lagi.  Ku kira, seperti seikhlas hati aku menerima dia begitulah jugak dia.

Dalam bebrapa hari seblom balik tu abang SP yg aku citer wat tatau jer maknya datang amik MIL dari umah kami.  Benarnya MIL tak nak sgt tido kat sana, ye lah bini org tu bizi je manjang. Kul 10 malam baru nampak batang hidung balik umah walaupun tau MIL datang kan.  Ni aku nak pesan kat suma2 dan pada diri sendiri gak, bahawasanya kita kena jaga hati MIL kita sebaik mungkin spt mana kita jaga hati mak kita. Takkan lah org tu datang once in a blue moon pun kita wat tatau jer.  Korbankan lah sikit masa, tenaga maupun wang ringgit bikin dorang gembira. Tak susah mana pun kan?.

Kisahnya masa kat umah abang SP yg tu mmg MIL terpempam sgt melihat kehidupan dorang tu. Ye lah org tu ada 5 org anak. 4 daripadanya lelaki.  Ofkos lah umah macam kapal karam ribut barat bagai kan.  Takkanlah biras aku tu tade akal nak kemas2 sikit umah tu kalau tau MIL nak datang.  Tanda kita welcome dia. Ni tak, MIL datang dia pulak kena kemas umah, lipat kain bagai.  Kena buang abuk kipas angin yg berkati2 tu.  Takke jadah dapat jolokan menantu paling malas dalam dunia??

Kain baju pakai suma anak2 lelaki yg uruskan.  MIL kata 2-3 bakul besar hehari bdak2 lelaki yg meningkat remaja tu dok basuh kain, sidai kain. Sidai bra, coli dan sepender maknya.  Kan ke tak elok gitu. Bukan tak bole suruh anak2 tolong buat keje umah tu, tapi agak2 lah.  Aku laenla, anak aku perempuan kan.  Lgpun aku beri anak aku upah dan gaji sebagai tanda terima kasih dia tolong buat keje2 umah. Ni tak, dah ler ko kerah bdak2 tu dari pagi sampai ke malam. Mana makan pakai dorang.  The best part, MIL datang umah ko dia pulak kena bertindak sebagai amah terjun pulak?? mana bole jadi kan.

Seboleh2 aku mmg nak MIL sentiasa ingat aku jaga anak dia pnya makan pakai dgn terbaik sekali. Biar aku di mata MIL sgt bagus. Supaya kalau apa2 berlaku aku sentiasa di back up kan?. Lgpun umah tangga bukan setakat kehebatan ko melayan suami di ranjang saje ye you alls, makan pakai dia.  Urusan umah tangga kena setelkan jugak tak kira betapa besar pangkat ko.

Ni, bini sbok2 berdandan, make up. Put in pepium berkodi2 kat badan.  Sedang sebok berdandan bagai, MIL tanya mana lakinya??..sedap je kata, lakinya tgh goreng nasik buat bekfest untuk anak2..Apa barang??? Ofkos lah MIL feel sakit hati sgt kan. Mithaliiii lah sgt isteri begitu kansssssssss.

4 hari MIL kat sana, memacam aku dgr. Suma aku jadikan peringatan dan pengajaran. Untuk tidak jadik sebegitu. Malu kalau MIL start cerita segala mala pada org lain, betapa buruknya tanggungjwb kita sebagai isteri, sebagai ibu. Org yg punya akal fikiran waras takkan biarkan dirinya begitu. Tapi ada org yg berakal sengaja buat begitu. Memberi org lain tanggapan buruk. Sbb itu bila kecoh2 satu masa dulu abang ipar aku dikatakan kawin lain..seluruh keluarga SP, adik beradik, hatta mak SP pun rilek jer tak cakap apa2. Bahkan dorang lagi bersetuju kalau dia ada bini lagi satu. Sbb apa?? haaa, sbb itu lah yg aku nyatakan dia atas tu kan.  Biarlah di mata MIL kita menantu heybad dan terbaek. Biarlah dia tau yg anak dia selamat dan terjaga dgn kita sentiasa. Biarkan yg baik2 jer dia nampak.

So, kita lupakan lah kesah di atas tu ye. Yg pasti, sampai ke sudahlah gamaknya nanti biras aku tu jadik bahan ....kesian. Padanlah muka kan. Sapa suruh tak memikir sebaik mungkin. Kta pandai, kata bijak tapi tindakan langsung tak mencerminkan pun.

Hari Jumaat lepas tu aku keje walaupun SP bercoti. Since aku balik awal kul 3 gitu, dorang datang amik aku kat off then off tu umah anak sedara sp kat keramat.  Kena menunggu dia balik keje kul 5 baru leh gerak balik ke BP sesama.

Sempat jumpa kakak SP yg baru sampai dari Gemas kat situ. Lepak2, makan2 ...aku mandi kejap. Pukul 6 ptg kot kami gerak balik ke BP. Jlan maha jem dek ujan. Tersengguk2 dibuatnya.

Plan kami mmg baeeek, tak mo balik umah MIL dulu. Singgah antar anak buah SP ke kg berdekatan maka kami pun bermalam kat sana...Sajer jer lah kan, malas nak gesa2 balik sedangkan MIL ada dgn kami. Lantak pi lah situ tuan umah tu menunggu kans..


Bersambung..

No comments: