November 9, 2011

Salam Aidil Adha


Malas sgt nak menaip. Ntah nape. Bahu kanan ni sakit berulang2 jer. Its more to belikat kanan. Salu berurut tu okay lah gak seminggu dua pastu back to sakit again. Sgt menyeksakan kalau ase sakit. Sengal2 nya sampai ke ujung kaki. Nak menulis or menaip pun malas sesgt.Gaknya ni yg org kata ergonomics tu kot. Cara duduk tak betul kat pejabat. Ntahler. Kalu sakit sgt taktahan tu aku makan painkiller je. Lau tak aku biarkan jer.



Ok berbalik kita pada citer coti raya haji nan baru berlalu ni. Aku balik kg aku jer. Sbb nak buat tahlil 40 hari tuk arwah mak. Plan awal mmg nak buat siang and kat umah jer tapi memandangkan coti raya haji org sebok menyembelih korban bagai kan. Tak dapat la tarikh yg lapang dan sesuai. Kalau ada tarikh pun masa hari keje iaitu rabu or khamis jer. So memudahkan kami semua, kami decided buat kat surau jer malam senin tu. Maaflah kat kengkawan fesbuk yg tinggal kat sg besar, tak dapat nak ajak korang datang kenduri. Kami masak dan antar ke surau jer. Insya Allah nnti ada rezeki kenduri 100 hari awal Januari nanti aku panggil korang datang. Masa tu bukan cuti sekolah bukan jugak cuti umum. Just coti weekend jer so aku harap tarikh yg kami dah book tu nanti ON jer. Insya Allah.



Hari raya kali ni pertama2 kalinya kami beraya tanpa mak. Terasa sesgt. Kalu biasa tiap kali nak raya, mak akan riuh dan kecoh suh pi pasar beli ayam beli bahan. Mak gak yg akan sbok masak nasik impit. Suh aku buat rendang, suh akak buat kari ayam bagai. Kali ni takde. Senyap langsung. Infact sabtu tu aku dgn akak pi pasar beli ayam pun just for kenduri the next malam tu. Masak la gak nasik impit sikit. Akak buat kari ayam. Tahun ni cuma aku dan akak2 jer yg ada. Adik lelaki aku dgn family dia raya kat meru kot, tak balik pun. Abang ngah?..tu lagi lah, last lepas mak meninggal ari tu jumpa langsung takde kabar berita, takde sms ke tanya kabar ke hape. Aku baik akak sejak mak takde ni pun malas nak sms2 dia. Dulu bole la just update pasal mak la ni..takde dah. Mcm akak kata, sok2 dia susah takde duit baru lah dia ingat kita..Ye lah tu aku pun ase gitu.



Abang long?..hmm tu lagi la hampeh. Langsung tak nampak batang idung pun datang umah mak. Padahal umah dia selang 4 umah jer. Aku rasa maybe dia takut kalau terserempak aku face to face, aku tnya pasal simpanan mak, pasal duit khairat kematian mak kot..agaknya lah. Akak pun kata camitu. Takut kami tanya. Padehalnya kami langsung tak ada niat dan tak hingin pun nak tau..akak kata belum masanya kita nak bising2. Tunggu masa dan ketika..tunggu dah lihat jer, bape lama lagi dia bole gumbira makan reta tu sensorang kans..



Pagi raya kami 3 beradiks, 3 keluarga biasa2 jer. Meriah dan bising adalah anak2. Pagi2 tu kami just masak nasik lemak, buat sambal. Buat nasik goreng. Kueh raya? langsung takde. Aku ada beli pau, karipap frozen dari BFF aku kak salmi tu. So pagi tu kami kukus dan goreng tu jer lah. Niat nak ke kubur terbantut. Sbb hujan lebat dari malam membawa ke pagi dan sampai ke petang. Lgpun kakak2 uzur. Nantilah bebila ada masa. Kubur tu taim2 ujan mmg lecek satu, pacat tu yg aku tak tahan tu. So biarlah dulu. Afterall, tak pergi kubur pun kami sentiasa jer mendoakan mak dan sedekah yasin.



Majlis korban kat surau kampung pun meriah gak. Ada 4 ekor sumanya. Byk kat org antar ke rumah. Akak no 2 pun masa dia balik tu bawak tulang gearbox. Ntah mana dia beli taktau la. Laki dia mmg hantu sup gearbox walaupun mcm2 penyakit, tapi mcm tak kesah jer. Dia kata 'ala, ubat ada'...tu jer lah phrase dia. Padahal dgn darah tinggi, gout, batu karang dan ntah hape2 lagi. Sungguh tak sayang badan dan tak fikir pasal kesihatan langsung. Tu kadang2 aku pelik gak tgk dia. Maybe dia tak terpikir kot2 ttba ada musibah, camne kuarga dia. Dah le akak aku no2 tu tak keje..Haiish.



Makan sup gearbox mmg sedap. Dgn sambal kicap perahan limau dan bawang goreng dan daun sup mmg mabeles. Tapi aku pun harus beringat, aku ada tekanan darah tinggi. Makan pun kena hati2. Jng melantak beria2 sgt kan. SP pun aku ingatkan..Kolesterol, kolesterol..tapi tiap kali aku ingatkan SP..manjang je abang ipar aku tu akan kata..ala ada ubat...menci tau.



Since pagi dah masak nasik bagai kan, lepas kenyang kami lepaks2 jer. Dgn angin sejuk, ujan. Best nak dok sembang2 jer kat bawah umah mak. SP dah memulakan operasi membina banglo baru tuk arnabs2. Aku, akak2 dan anak2 lepak2 jer. Ada yg men beskal, ada yg tgk tb ada yg mancing.. bila dah dkat2 tgahari tu, dah stat penghantaran daging2 korban pun. Abg ipar yg terlibat bawak balik jugak bnyak tu.

Reban lama dah reput..menunggu masa je nak jahanam..taadaaa...banglo baru dah siap. Ada tangga lagik for depa turun naek taw..





 

Lepas Zuhur, adi kawan fesbuk aku yg family dia buat korban kol. Nak antar 2 kaki lembu yg aku pesan. Nak buat sup lagi. Ingatkan adi bawak kaki jer mana tau dia bagi tulang bahu sekali. Banyak pulak tu. Ingat ada dekat 10kgs kot. Abg ipar yg salu mengerjakan kaki lembu pandai camna nak buatnya. Dia bakar dulu sampai kulit2 tertanggal, pastu dia kikis. Funny bila kuku lembu tu akhirnya tanggal sendiri u olls. Issh, aku tak pernah tau pun. Padanlah dorang bakar dulu rupanyanya tujuannya nak bagi suma tanggal. Sekaki aku tinggalkan kat akak..sekaki lagi aku bawak balik ke Rawang. Weekend ni baru nak mengesop le gamaknya.



Selain makan, tgk tb, pi pasar, masak ...tido tu jer la keje dan aktibiti kami sepanjang cuti. Cuaca tak menentu Kejap panas, kejap ujan kain baju byk yg tak kering gitu. Padi pun tgh menghijau. Tak byk org beraktibiti sawah kecuali meracon. Pendek kata mmg tak de suasana raya sungguh lah.



Hari senin pagi, akak no 2 aku pepagi dah balik. Tinggal lah 2 kuarga jer kat umah. Masak ala2 kadar je kami. Reban arnab pun by noon compeletely siap dah. Teruja anak2 tgk arnab2 tu turun naik. Mana tak SP siap buatkan tangga lagi dalam reban tu. Suma org yg dtang tgk reban tu suma berkenan. Nak menempah tapi maaflah, SP buat tu tuk suka2 anak2 jer. Tk sanggup amik tempahan katanya. 2 hari masa dia ambik nak siapkan. Tu pun sbb besi2 suma dia dah siap2 potong dan drill lubang screw. Kalau tak lagi lama masa dia ambik nak siapkan.



Kami gerak balik ke rawang lepas asar gitu. Tapi sbb jalan sgt jammed dari sekinchan sampai ke tanjong,..pulak tu sampai ke Kuala. Pejalanan biasa amik 2jam paling lama..dah makan 4.5 jam..tu pun tak singgah makan di mana2..aduiii..stressed aku dibuatnya. Tros pening pala ku..



Lepas ni, aku agak free sket on weekend. Sbb next kenduri arwah mak will be in January. So tak perlu sgt aku kerap balik kg. Ada takde maybe ujung bulan ni sbb coti awal muharam dan aku dah plan dgn akak nak bawak bdak2 jalan2 balik ari jer..Lepas mak takde ni, akak lah aku anggap jadik mak..SP pun asik mengajak balik sg besar jer. Maklum la ni musim menghijau cam kat gambar ni sgt sesuai nak memancing.  Saujana mata memandang...ase nyaman, sejok jer mata kans..





















4 comments:

Irfa said...

anna..
yaAllah..bestnya kg ko.aku rasa nak ikut ko balik kg.anak2 mesti suka dapat tengok sawah padi.

itulah yg paling merisaukan ibubapa..anak2 akan buat hal masing2 bila ibubapa dah tiada.sgt menyedihkan.

alfatihah buat mak anna

Anna said...

Salam Aidil Adha irfa...
gitulah ..mujo kami adik beradik perempuan ni at least ada lagi rasa nak bersesama....Alfatihah..thanks. Jom lah datang kg ku..mmg seronok terutama bdk2..Gitulah gayannya taim2 ada kat kg..kehulu hilir dgn beskal..padi menghijau tu mmg sayup jer mata memandang...

MommyCT said...

Salam. Cantiknya sawah padi tu!

Anna said...

MommyCT..
time2 cam ni mmg saujana je..tu sbb lau dok kampung mmg ase tenang dan nyaman jer...