November 1, 2011

Hujan, kerja dan bohsan..


 
Sekarang ni musim hujan. Hampir hehari tiap petang hujan. Lebat pulak tu. Jenis tak ada ampun. Tak tau bape byk hari dah kekainan kat sidaian tak kering. Lebih parah lagi aku dgr babysitter kata hujan kalau petang mmg lebat sesgt. Padanlah basah segala kasut pun. Semalam balik pun sama. Memandangkan budak2 sekolah punya baju ada 2 pasang sorang, haruslah pulak hehari kotor amat dek sambal lah, coklat lah. Kena gak membasuh. Bila dah basuh pepagi kena pulak menggosok. Suma tu memakan masa. Masa yg kadang2 buat aku semput napas.



Ye lah mana tak memikir pasal kain yg asik tak kering. Mana pulak memasing bising carik stokins cari spender dan bra bagai. Tertekan mak ni ha. Ada masa mak mmg takde mood nak masak langsung. So dorang makan je la apa yg ada. Kalau mak ada mood bawak lah makan kat luar. Kalau tak mcm hari tu mak buat sup ayam jer, celur mee dan bihun wat sambal kicap. Makanlah for dinner. Tak pun goreng nasik balance pagi tu. Tgk lah mana dan. Buatnya nak makan hehari kat kedai mau botak pala. Sekali makan dah tentu 20-30 hengget. Baek masak ringkas2 jer. Leh jimat kan.



Tak sabar nak tunggu cuti sekolah benarnya. Sbb taim cuti sekolah kakak ada kat umah. Kurang sikit beban nak kemas umah, nak basuh kain dan nak lipat kain. Hatta mengemas segalam mala cawan pinggan kat dapur tu. Dalam bebel2 pun kakak sedia nak buat dan tolong ringankan beban kan. Kalau taim2 hari sekolah tak dapat nak nolong. Nak nak lagi minggu ni kakak masih bz nak pereksa. Mana nak study . Aku pulak tak gamak nak suruh dia memacam kan.



Bab kerja pulak. Haduss aku rasa sejak dua menjak ni mmg aku sgt2 bz. Sangat2 tertekan jugak. Mana tak bos aku yg dah nak pencen ni. Umo dia dah 64tahun!! hokay. Jadi aku rasa saat2 pencen dia sgt2 hampir dah. Dia pulak asik berangin. Asik nak marah tak tentu pasal. Mcm lepaskan suma kat aku jer. Jualan menurun. Biasalah. Org jual karipap pun ada pasang surut. Ada masa laku , ada masa tak. Ce tgk org jual kat pasar malam tu. Taim2 coce elak kan abes jualannya. Cube taim hujan rbut tu. Pe lagi org jual air kans. Haruss tak laku u olls.



Ini kan pulak tools mcm kami jual. Ada masa ada..ada masa takde. Apelagi kalau servis salesman mcm taik. Pemalas satu, buat keje nan ado jer. Nak kejar satu PO makan masa 6 bulan lebih. Ce jwp lembap ke bengong tu??. Team sales sendri kena buat brainstorming. Tpi dah bossnya tunggu masa na memencen jer kans. Buat keje nan ado jer. Selebihnya maen golf, tgk racing GP. Entertain sana sini. Bila jualan drop, carik black sheep nak jadi mangsa. Apa barang??.



Mmg aku malas sgt nak keje dgn org2 cam ni. Dah ler team kecik tapi suma pun buat hal memasing. Tu belum amik kira mulut cam hape. Tak padan dgn lelaki mulut cabul mengalahkan kak Nam Batu 12. Becok mulut sana sini mengadu domba. Haissh, ikut hati mmg aku ase nak lempang jer set2 macam gini. Tapi. sabar je lah. Sungguh aku tak paham. Sales team byk masa menyembang sana sini. Gossip sana sini, bila jualan merudum gitew jatuh giler2 baru suma2 nak gelabah. Mmg patut korang kena sain surat aku janji kan. Seblan kena buat jualan sekian2 ribu, kalu tak out you go.. Aku walaupun support sales tapi aku kat admin side. Jadik takde kena mengena dgn korang. Seefisen mana pun aku buat keje aku, kalau korang tak buat keje korang dgn baik haruss suma busuk2 pegi kat aku. Payment lembap aku kena salahkan. Padehal salesman malas nak follow up. Barang tak invoice pun aku gak gagap2 jawap. Padahal salesman tak followup sampai 6 bulan. Bebuih aku dok bebel. Dok peringat tiap hari, mana po...mana Po?.. bila bos besar segala besar dah mengamuk baru kecot telo..apa hal?.



Owg tua nak pencen gak pepandai janji bulan bintang kat agen. Nak provide commision value listing from 2008-2010!. Gilos betul. Agen tu ada acc dept depa sendiri, suh je dorang pikir dan carik sendiri. Ko nak tunjuk baik menyanggupi nak buat. Natijahnya, ko suruh aku gak korek, godek dan segala2 gedek2. Mmg suma tu aku ada lah simpan soft copy. Tapi nak ekstrak satu persatu tu amik sgt byk masa aku tau. Keje2 aku yg lain dah terbengkalai, bila aku tanya lagi sekali nak kepastian, bole pulak owg tua nak marah ninggi2 suara. Sapa tak hangat hati . Ase jer nak simbah air longkang kat dia.



Kalau nak extract figures tu mesti dari sales invoiced kan. Aku buat satu persatu u olls. Satu tahun ada 12 bulan. Satu bulan jualan dkat 200-400k USD masa tu. Korang rasa ada tak aku rasa nak tersungkur sometimes?. dah lah gitu, tgh buat2 menda tu datang owg tua suh buat benda lain. Tanpa usul peksa nak marah owg tak tentu pasal. Padahal owg tua sendiri tak reti nak baca email. Tak guna kalau antar email, cc nama ko kalau ko sendiri tak baca kan. Tiap kali tanya aku pasal gitu gini, tiap kali aku kena carik dan fwdkan dia email tu bleh??..padahal terangan nama dia CC kat situ. Korang rasa ada nak sepak tak??.



Jadik, kalau aku tertekan pun bkan sbb keje, tapi sebb org disekeliling yg mmg sentiasa bagi tekanan. Mmg sentiasa ase nak terajang je. Tak cukup dgn owg tua yg lelain pun sama mcm tu gak. US tak ship barang pun datang marah2 kat aku. Padahal aku dah antar email CC kat KO., suruh ship barang tu ASAP. Tp org tu sendiri tak reti nak balas email dan advise status. Salah aku ke? Ke aku harus amik flight pi US whse dan check?? tak ke sengal gitu. dah la buat keje ikut sedap hati jer. Tak de planning. Takde proper action. Last2 minit kejar aku. tak dapat barang nak meraban. Ko lost sales..ko punya salah lah sbb lembap buat keje. Bukan salah org laen. Barang bukan kat belakong yg ko bole pi nek keta kutip. Barang kat US. timing pun tak sama. Jng ko pulak expect aku nak kol US. Tak kuasa aku!!. Aku dah buat keje aku lebih dari sepatutnya. This is about time korang suma kena pro active. Cargas sikit kalau nak dapt sales lebih. Bukan jadik pemalas hokay!!.



Kalau tanya aku jika ikut hati..mmg lah. Sekarang jugak aku pack barang2 aku and balik umah. Tak pun pi merayau kat soping kompleks mana lepas tension. Tapi aku tak ikut hati. Aku tak ikut emosi. Walau seribu macam benda, aku tetap jugak buat keje aku. Lebih dari yg sepatutnya pulak tu. Sampai aku sgt tertekan dan mengganggu urusan rumah tangga boleh?.. Mujur la aku makan ubat stressed dgn teratur jadi idaklah sakit sgt kepala aku yg sedia ting tong ni kan. Kalau tak silap hb aku collapse kat opis ni.



Lagi 2-3 bulan owg tua nak berambus, lagi cepat lagi bagus. Lantaklah boss baru kejam macam Hitler pun, at least dia tak memarah memvavi buta mcm owg tua yg ado neh...sabar je lah labu...

3 comments:

HappyIrfa said...

panjang citer nya :-)
mmg la..hujan2 ni kain lambat kering.dahla mesin basuh buat hal.huhu

Anna said...

Irfa,
bila taim musim ujan jer mula tepikir nak beli dryer..tapi tiap kali duit dah ada nak beli dryer jer..musim panas bedengkang..so tak memerlu dryer..mesin basuh kami tu sejak kawin for 15years..ni yg ke 3...yg 2nd one tu last for 10 thn...yg ni taktaw lah pulak..harap2 last that long...pernah sekali w/o mesin basuh..wah 2 hari jer dah gelisah. Manatak kaen baju menimbun2..dan dan tu gak gi kedai beli mesin..parah nak menyental kalau takde mesin kan.

HappyIrfa said...

aku hantar dobi je kalau banyak sangat kain.kalau basuh pun penat je dapat sbb masa aku balik keje kain2 bertaburan jatuh..kotor balik.aku hantar dobi siap lipat..hehe,gile pemalas kan