July 15, 2011

Dugaan lagi

Malam tadi masa tgh dinner, tepon umah bunyik. Aku tgh sbok ngemas2 meja. So aku suh kakak angkat, tanya sapa.  Entah camne ntah bdak tu cakap pastu letak phone. Aku tanya sapa?  dia kata makcik (kakak aku kat kg). Then aku kata pesal letak?.  Dia kata Mak cik tanya tgh buat apa, dia jawap makan. Then makcik kata, tak apa lah nanti jap lagi kol balik.  Kakak aku ni jarang nak tepon umah kalau tak ada kecemasan. Salunya dia akan sms jer.

Tak sedap ati, aku pi  carik hp aku kat lam bag. Wah ada 3 miskol akak. Sahih ni betul2 kecemasan ni. Aku terus grabbed phone umah and kol dia tnya pehal.  Rupanya pasal mak.  Katanya mak tak leh bangun. Tak berdaya nak bangun.  Aku tanya la napa, ada jatuh ke apa ke, mak tak makan ke apa ke. Kata mak tak jatuh. Cuma dia x lalu makan dan seharian tak makan or minum katanya, wah ni kes besar dah ni. Aku tnya akak camne pertuturan dia. Akak kata susah nak paham.  Butir2 dah tak betul.  Dalam pala aku takde mende lain. Sah stroke ni..tanya lagi mak ada kata sakit pala ke pening ke..kata takde.  Kata akak masa dia balik dari keje tadi dia tgk mak dah longlai kat depan pintu bilik bawah tu.  Baru terjelepek gaknya. Padahal pagi tu mak ok, elok jer katanya jalan2.  Akak bertindak pantas terus panggil Mak Cik La tukang urut.  Ye la, teringat masa kes arwah pak dulu. Arwah pak jatuh kat bilik air. Tapi kami tatau nak panggil org to urut dulu. Terus diantar ke klinik. Masa tu darah pak dah tinggi sgt - 200. Bila dah pi klnk darah mencanak gitu terus dorang tolak hspital. Terus terlantar sampai ke akhir hayatnya.

Jadik learn by lesson org kata, akak cepat2 bertindak.  Pastu pulak kebetulan suami akak takde kat umah. Ada majlis tahlil dan kenduri kat mana ntah. Akak panik la sbb dia tu size kecik jer mana nak larat angkat mak ke apa. Anak dia walaupun lelaki baru umur 12thn apa le kederat yg ada kan. 

Taklama lepas letak phone tu, akak sms. Makcik La dah dtang dan urut mak. Mmg betul, kata Mak Cik La mmg dah nak kena stroke tu tapi tak serius, baru2 nak. Urat leher tegang so dia tangkap kat lidah tu sbb tu mak tak leh cakap dgn betul, urat2 kaki mak suma dah tegang katanya. Sampai nak terkencing gak la mak tu. Makcik La kata tgk dulu keadaan cam ne esok pagi, baru decide antar hspital.  Dah sudah siap urut tu akak kol aku lagi. Camne nih nk kena beli pampers ni. Tak pun camne nak alihkan mak ni.  Aku kata kat akak, pi umah abg long jer panggil dia. Bagitau dia.  Umah abang long tak jauh dari umah mak, tapi anak akak tu penakut nak tinggal.  Aku suh akak pi sorang jer..tinggalkan anak dia tuk teman mak.  Lepas hang up phone aku tunggu dalam 20 min, pastu aku kol akak balik.

Tercungap2 dia. Maklum berlari gaknya pi umah abang long. Abang long marah gak. Pesal tak bagitau dari pagi tadi katanya.  Well, mcm akak kata  baru jer ni dia jatuh.  Bergegas lah abang long laki bini anak beranak datang umah. Since bini dia besar 3x ganda akak kan, boleh jer dia bangunkan mak. Abang long suh akak pack baju2 mak. Nak antar ke sepital. Tapi mak taknak. Mak nak pi klinik bayar katanya, sambil kuarkan duit2 dia..Lepas abang long pegi bawak mak aku dgn akak risau. Kot2 mak kena dok hspital camne akak kata? sure abang long tinggalkan sensorang. Mau ke bini dia menunggu?? mcm2 soklan kuar dari fikiran kami.  Aku ckp kat akak..kalau mak masuk hsptal, sok pepagi ko pi, aku pun pepagi balik kg sok. Itu plan kami.  Masa tu dah kul 10 lebih. Aku risau sungguh. Cam nak pecah pala aku ni sakit kalau risau.  Ok. Aku kata kat akak. Tunggu abang long balik dulu.  Ape ape hal SMS/Kol. 

Aku solat isyak, pastu baring nak cuba tido. Kepala dah berdenyut2 dah. Kalau stressed cam tu lah. Aku cuba bawak tido.  Tido2 ayam gitu2 lah kot..dalam kul 11 lebih kot phone bunyi SMS..akak sms : Mak dah balik!!.  Aku jwp ringkas jer..Alhamdulillah. Masa tu aku dah lalok dan hanyut pun..aku taktau pukul bape aku terlelap.Tp dalam mamai SP yg tgh tgk tv masuk bilik tanya.. apa citer, aku jwp slow jer, mak balik umah dah. Dr kata tak serius. Esok kita citer ye, pala kita sakit sgt ni..

Pagi ni bila aku kol akak, mak mmg completely dah leh bangun dan gerak dah. Abang long dah belikan pampers. Akak amik EL hari tu.  Akak yg sorang lagi tu kejap lagi balik katanya. Dia tak keje cuma masalah sbb anak2 dia sekolah. Kami mula x mau bagitau dia, tapi tak adil pulak kan. So tghari ni dia balik dulu dgn anak kecik dia.

Aku pulak terpaksa tunggu abis keje. SP tu skg ni tak bole senang2 nak balik awal or cuti. Maklumlah new managment kan. Takut gak kalau ada apa2 masalah nanti melibatkan mata pencarian pulak. As for now aku masih bersms dgn akak. Mak walaupun tak leh gerak, dah bole makan dan selera nampaknya. Harap2 dah makan nanti ada la tenaga dia nak bangun.  Kami gak masih nak teruskan plan untuk urut dia.  Tiap 2 jam akak urut minyak panas and petang nanti panggil mak cik La datang mengurut lagi.  Untuk bagi darahnya berjalan lancar.  Mmg pengalaman2 org2 terdekat yg kena stroke tak teruk, insya Allah bole pulih nanti walaupun mgkin amik masa..

Moga mak cepat sembuh dan sihat..tak kira macamana, bagaimana dan siapa pun..dia tetap mak kami. Mak yg melahirkan kami enam beradik ke muka bumi ni. Selagi kami ada hayat insya Allah kami akan jaga sebaik mngkin.  Kami adik beradik masing2 akan bergilir2 mengambil tugasan untuk menjaga mak tika dan saat ini. Walaupun mgkin cuma hari Sabtu Ahad jer aku bole balik jaga mak, hari2 akak keje pulak kena assign org tuk sentiasa pastikan mak ok.  Tu suma samada abang long dan adik dorang dua kena gilir2 tgk2 kan masa ketiadaan akak...

Mujur lah adik dan abang long berbadan besar, bole jugak tolong2 angkat mak.  Mak pun dah mula pakai pampers ni, jadi suma kena bergilir2 lah menguruskannya.  Kerusi roda arwah pak pun masih elok lagi. Kalau nak mandikan mak senang sikit nak gerakkan dia.

Ya Allah, berilah kami kekuatan menempuhi dugaan ini. Moga kami adik beradik melupakan segala sengketa dan bersatu demi menguruskan mak selagi hayatnya ada..Dan ini suma berlaku berhikmah.  Allah nak beri sebab pada kami untuk bersatu dan berbaik2 setelah sekian lama..Insya Allah.  Things happen for reason!!. Hanya Allah jer yg tau apa yg tersurat dan tersirat.

3 comments:

HappyIrfa said...

Dear Anna..

alhamdulillah..saya yag tumpang baca pun rasa lega..syukur mak dah baik semula..mujur ada anak2 duk dekat.saya ni 4 org duk jauh..tggl adik yg skolah je duk kg.doa je smoga mak ayah sihat..harapkan sedara mara je tolong tengok2 kan

Anna said...

thanks Irfa..mujur kakak mmg tinggal dgn mak..adik n abang plak mmg dekat2 situ jer..Mak jer lah yg kami ada...selagi dia ada ni, cuba sedaya mungkin jaga dia....

mega senja said...

Salam Anna, sabar banyak2. i had these xperience before...bukan nak takutkan Anna, my mom mula2 x nak mau makan...ingatkan saja dia x lalu, rupanya dia dah tak boleh tutup mulut and lidah pun jadi pendek coz of stroke. Kami x sedar, cemane boleh tahu...bila her saliva meleleh dan jam tu juga ammited..terus masuk wayar ikut hidung dan etc..Anna berdoa dan bagi dia semangat..urut badannya dan kalau boleh biar sentiasa ada orang bersamanya..tabahkan hati ya!