July 20, 2011

Addeelyn dah pandai baca

Lama dah tak update citer pasal Delin kan.  Ramai juga kawan nak tau terutama kawan2 yg mmg tau dan mengikuti perkembangan dia.  Last week masa aku sembang dgn sorang kawan baik pun dia mentioned, Na- apa citer delin? Lama dah kau tak tulis kat blog?.  Mcm aku janji kat dia kali ni aku nak citer perkembangan delin.

Ya, syukur Alhamdulillah.  Mmg delin dah bole baca. Walau masih taklah seratus peratus lancar tapi aku sgt2 bersyukur pada Allah SWT.  Itu lah org kata usaha itu tangga kejayaan. Usaha tak jemu2 pasti mendatangkan hasil. Setiap malam or masa terluang which juga bergantung pada mood dia, aku akan suruh dia baca sekurang2nya satu muka surat.  Ada kalanya dia tak mo buat. Penat katanya.  Aku layankan jer. Tapi bila tgh2 mood dia baik ada kala dia abiskan 2 mukasurat sekali. 

Buku2 yg dia baca pun masih ada sukukata berbeza warna. Baru minggu ni jer aku terai suh dia baca buku yg tak berwarna suku katanya. So that dia kena eja (dalam hati). Sgt susah nak suh dia eja dalam hati sbb dia akan keluarkan gak.  Begitu jugak surat khabar. Dia akan baca tajuk2 yg besar2 tu.  Overall, mmg kena byk praktis lagi to make it perfect.

Appointment dgn speech therapist jugak masih on going.  Mnggu ni lagi satu appointment.  Progress mmg bagus.  Untuk dua sessi yg lepas menumpukan huruf K.  Sbb kalau K di tengah akan jadi T bunyinya. Which KAKAK turn to be KATAK.  Lepas dua session dan perkataan2 yg kena praktis kat umah, dia sudah dapat sebut dgn betul. Kedudukan lidahnya bila sebut K (lidah depan) terangkat. Sbb tu bunyi jadik lain. Bila therapist letak wooden stik and tekan baru bunyi tu betul.  Few times dia tekan dan suruh sebut betul2. Sampai satu masa dia acah2 letak wooden stick tu kat lidah delin tp maybe pyshco delin rasa ada benda tu. Somehow dia betul pulak sebut.

Ni salah satu sessi terapi. Bila delin disuruh duk depan cermin dan lihat how her lidah move bila sebut sesetangah perkataan tu.  Dia mmg suka datang ke sini, sbb pakar therapist Pn Haizan mmg sgt friendly dgn budak2.  Dia juga buat delin sgt suka datang each session tu.

Walaupun tempat tu kat wad dalam sebuah bilik khas, tapi suasana ceria dan warna2 kat dalam tu mmg menarik minat delin. Like i said, delin ni mmg cepat boring.  Setiap 10  min mesti Pn Haizan bagi dia break dan maen2 dulu.  Klau tak mmg dia akan mengadu penat dan malas nak teruskan.

Ada kalanya, Pn Haizan suh dia melukis.  Dia akan bagi delin arahan dan suruh dia lukis dgn warna specifik yg dia kata.  2 arahan jer delin bole amik dalam satu masa. Masuk arahan ke 3 dia dah lost. Contoh, lukis bola kecil berwarna biru, bola besar berwarna merah.  Ada masa delin akan keliru dan buat the other round. Means tebalik.  Ada masa kalau ada gangguan, mcm org ketuk pintu Pn Haizan ke, dia terus lost. Konsentrasi dia mmg out kalau ada gangguan.

Dekat sekolah pun, less komplen dah aku dgr. Dia tak lagi menyoping kat kedai buku beli pemadam dan ntah hape2.  Kata adiknya Amal yg bertindak sbgai CNN x bergaji, dia tak lagi beli air gas kat mesin. Dia beli makanan kat kantin jer. Adakala nasik lemak, adakala kopok lekor.  Sekurang2nya dia x lagi membeli benda2 tak perlu. Aku tak kesah kalau dia beli makanan. Cuma aku x suka kalau dia beli sticker, pemadam dan ntah hape2 lagi.  Dan, dia tak pernah lagi pi kelas amal mintak duit.  Yg paling aku gembira, dia tak lagi merayau2 kat kawasan sekolah macam dulu. Cuma macam aku kata, dia cepat boring. Kalau dia dah boring nak belajar, dia akan duduk buat hal dia jer. Cikgu dia pun dah x bole nak buat apa kalau mood dia x ada. As long as tak merayau2 lagi dan dok dalam kelas, cukup bagus dah tu.  Apa yg aku pesan gak nampaknya dia ikut. Makesura pakai suar dalam, baju dalam ke sekolah. So far so good Alhamdulillah.

Honestly, kita x perlu malu nak mengaku pnya anak istimewa macam tu. I dont mind at all. Terpulang lah org nak anggap apa pun. Hakikatnya dia mmg istimewa. Maybe akal agak terkebelakang tapi itu tak bermaksud kita nafikan peluang dia nak membesar mcm anak2 yg normal yg lain.

Masa balik kg  mak sakit hari tu, ramai org datang menziarah. Ramai sedara mara datang melawat mak, Delin lah yg sebok dok menghulur tangan bersalam dgn tetamu yg datang. Bahkan masa nak balik pun dia pi kat Atuk Mamanya (anak2 mmg panggil mak Atuk Mama) salam dan peluk dgn penuh kaseh sayang tanpa di suruh.  Sbb itulah Delin mmg salu jadik kesayangan Mak dan arwah Pak. Sbb dia mmg pandai menjaga hati mereka. Teringat masa arwah pak sakit dulu, dia dok jer kat sebelah masa mak suapkan arwah pak bubur.  Rupanya dia nak jugak menyuapkan arwah Pak.  Bahkan kadang2 dia tumpang makan bubur arwah pak jugak. 

Walaupun kadang2 aktif dan lasak tak terkawal, dari segi pandai amik hati mmg Delin lah sorang anak yg sgt menyenangkan hati kami ni.  Harap2 sifat2 kelembutan dia tu kekal sampai bebila..Sesuai lah nama dia addeelyn yg bermaksud kelembutan tu.  Smlm pun dia asik bertanya bila lagi nak balik kg tgk atuk mama.  Kesian katanya atuk mama dah tak bole bangun mcm dulu.

Aku harap sebagaimana aku berbakti pada mak dari masa dia sihat sampailah dia terlantar ni, begitulah jugak doa dan harapan aku pada anak2..Dan mak sgt beruntung pnya 6 org anak. Sekurang2nya kan, ada ramai. Aku esok?..aku cuma ada 3 org anak sahaja..menjadi harapan sgtlah moga ketiga2 mereka akan jadi anak2 yg berbakti pada pada kami bila sampai masanya nanti kan..Insya Allah.

No comments: