May 3, 2011

Long Weeknd + my Birthday.



Walau hakikat aku ni tak suker ke laut, tapi layaaan je lah. Lagpun itu kononnya hadiah org tercenta sempena besday yg ke 29 + 10. Karang majuk plak. Being a good wife...kenalah berkorban seblum kita pulak dikorbankan gitew. Benda yg kita tak suka dan gemar adakalanya harus diterima as hakikat kan. No harm org kata.



Tulah,kisahnya dalam hati aku ni ada cita2 nak balik kg kat sg besar tu. Tapi since so call besday suprised p PD aku postponed jer lah. Nak memeriahkan suasana kami ajak 2 anak sedara SP to join. Alah, anak dara tu bole buat kawan kakak kan. Perjalanan pagi sabtu agak smooth and steady.  Lihat jer gambar2 dorang nih ha..pelbagai aksi.


Cuma bila kat hiway PD tu terkejut dek aksi2 mat rempit yg bukan maen melakukan aksi daring maut. Buktinya lihat jer lah gambar2 nih suma.



Siap baring2 sambil melepas tangan biar jer moto tu bergerak sendiri..buat aksi2 superman kat atas moto..Ni kat hiway PD masa tu terkejut dek aksi2 mat rempit yg bukan maen melakukan aksi daring maut. 












 

Kereta kami packed giler dek org dan barang. Seat belakang terpaksa direbahkan untuk memastikan barang2 suma leh masuk. So berhimpit2 lah 4 org kat belakang. Delin terpaksa berpangku. Amal terpaksa berhimpit2 kat seat depan dgn aku. Bila dah sampai Corus Paradise, aktiviti memunggah barang2 yg mak aii banyak betul. Mcm nak pindah umah. Mujur ada kakitangan tak bergaji leh tolong angkat. Bila dah ramai2, sungguh jimat dan praktikal kalau dapat masak dari makan kat luar. Lagipun aprtment dilengkapi alat2 tuk memasak..walaupun aku terpaksa beli kuali. Mana ntah pi nya kuali kat apartment tuh. Aprtmn tu bank yg punya (SP pnye majikan) jadik usahlah harapkan wonder 5 stars pnye rate. Cuma ala2 3* gitu jer. Lengkap la dgn dapur, micro, fridge dan tv suma. Cuma siaran agak tak clear kat sana. Mujur ada bwk VCD player dari umah. Dah ler astor takdek..missed AF gitu kan.



The last time, barang2 suma lengkap. Tapi kali ni pi cawan, piring tinggal beberapa ketul jer. Mcm aku kata, the most important things. The KUALI dah gone. Masalah tu nak memasak kuali takde. Barang2 dapur dan segala rempah ratus complete tau aku bawk dari umah. Cuma beras dan bberapa barang jer kena beli kat sana. Lucky me masa singgah kat petronas batu 4 tu tergerak ati nak beli pinggan plastik 5-6 bijik. Naseb. Sbb pinggan kat aprtment cuma ada 4 bijik jer. Lpas solat Zuhur aku, SP dan amal kuar kejap. Nak carik2 lagi barang apa yg perlu. Sambil tu SP kata nak beli kek ...besday kek utk aku ler...



Biasalah bila dah nampak laut..dan nampak pool, meronta2 ler bdak 2 org tu nak terjun nak bekubang. So lepas lunch siap2 asar kami gerak ke tepi pantai. Ingt nak pi POOL tp penuh giler dgn geng2 gagak hitam yg alahai..ngeri u olls. Dah ler suar pendek, perut boncit. Imagine suar tu cam tersangkut jer gitu..ish..so kami decided ke laut dulu.



Mandi dan berkubang2 ler kat laut tu. Bdak2 gembira main pasir. Timbus2 badan. Lepas satu jam cam dah rasa sejuk gitu..masing2 pun gerak kat pool. Masa tu geng gagak dan agak kurang. Terjun jer ler kan. Dah agak2 matahari nak tenggelam tu baru ler kami naek. Aku dgn amal terus balik aparment tapi dorang masih meneruskan aktiviti ke laut..

Few doors from our aparment ada sekumpulan gagak hitams. Dah ler bising amats..mmg dorang ni tak tau nak bersivik tau. Dorang amik 2 doors aprment. Nsb baek per nite jer. Kalau tak pekak telinga dgn kekecohan dorang. The best part is dorang dok sidai kain baju bra, spender..panties. Dah ler spender koyak2..tak malu  betol dorang ni.. betul2 cam mari dari estet tau..
ce tgk gambar ni suma..sakit mata. Tolonglah. Balkoni kan ada..jemur jer kat sana. Ni kat walkways org lalu lalang takde malu kemaluan betul.




 

Mlm cam biasa ler, BBQ ler apa lagi. Ada ikan, udang and ayam. Aku gak buat steamboat sekali utk dimakan bersama2 nasik dan ikan bakar. Cecah jgn lupa. Special made from home nih..Cuma tuang kicap, perahlimau dan potong2 bawang. Mmg marbeles..




2nd day bersamaan 1hb May adalah hari lahir aku yg ke 29 + 10 thn. Alahai dah byk rupanya umur aku kan?. Nape aku rasa mcm baru 30an jer perasan muda hehehe. Mcm biasa org pertama wish adalah teman seumur hidupku -Insya Allah. Mmg dia tak pernah lupa. Itu jer yg aku harapkan. Takde hadiah pun tak pe..(kalau ada lagi baek..tpi sbb bini sgt hightaste..dia tak berani nak beli apa2..). Pernah sekali tu aku bberapa tahun lpas aku ckp kat dia teringin nak microwave oven (conventional tttba jer bila besday aku diadiahkan benda tu..tpi bukan conventional tu lah kan. Yg baser2 tu..Mula2 dapat aku mmg terima jer dgn senyum..dalam hati..tu ler kan)..suka..tp bila dah buka.maklumlah aku ni kan jujur  laser gitu..aku mcm kecewa sbb bukan jenis yg aku nak. Jenis bole bakar ayam dan kek tu...so dalam tak sedar aku mcm ada komplen2 tak puas hati gitu..



 

Kali kedua, dia bagi aku adiah kain sepasang. Seriusly masa tu muda2 lagi aku pnye laser ni x leh kontrol2. Maklum gaknya masa tu darah tgh hot lagi kan. Sungguh outspoken gitu..aku tak suka corak tu. Aku direct jer ckp corak cam org2 tua.. Aku rasa dia terasa lah kot. Tapi dia tak pernah ckap atau luahkan..cuma aku ada six sense gitu..aku rasa dia tersinggung..nape ler masa tu aku ni laser sgt..tak macam skg..sgt wiser.. Masa tu aku tak pikir pun yg aku tak sepatutnya ckp gitu kan..tapi apa nak buat??..Tapi kain tu aku dah buat baju pun . Dah bertahun2 masih elok lagi. Masih bole pakai..once a while aku pi keje pakai tu. Dan skg ni aku rasa cam cantek pulak corak dia..ciss.dasar kan? setan ada dalam hati masa tu..


Tu lah dia, pengalaman sgt mengajar aku untk jadik lebih matured. Lebih menghargai. Cumanya, lepas tu dah takde dah adiah besday lagi..padan muka aku kan?? ada takde, SP akan belanja makan, or kami pi jenjalan ke mana2. Mgkin dia pikir tiap kali aku beli asik kena komplen jer. lelama fed up kot?. Tu sbb harijadi aku lepas tu, biasanya aku treat diri aku sendiri. Aku pun takmau dah menyusahkan dia nak beli apa2. Kalau ada benda yg aku nak tu aku beli jer guna duit aku sendiri. Senang citer.



Jadik, kalau org tnya apa perasaan being in the last 3 series age, serius aku kata aku sangat bersyukur dan rasa sgt matang more wiser..cool dan lebih tenang dan sabar menghadapi apa2 jua isu umah tangga...pasal anak2 tu mmg tak le ckp la kan..mmg pun sentiasa terlebih sabar jer skg ni. Sbb itu aku kata, aku rela jer berkorban walaupun benda2 tu maybe aku tak suka. Contohnya pi laut kan. Since SP dan anak2 sgt suka laut, aku ikut kan ajer. Afterall, baik utk merehat2 minda (biarpun terpksa tepek UV cream protection seblum ke laut). Yg penting org disekliling aku bahagia...aku tumpang bahagia.





So most of our aktiviti ialah, ke laut..ke kolam. Bila air surut kami bole jalan berbatu2 jauh. Kutip ketam. Kutip kerang. Sgt seronok rupanya mengejar ketam kat laut. SP pulak mmg expert tangkap ketam ni. Ni la hasil tangkapan dorang . Goreng celup tepung. Sedap tau. Kulit ketam tu muda dan baru sbb sgt soft Lembek plak tu. Jadi bila di goreng rangup cecah sos mmg terbaek.




 

Ni lah antara makanan yg aku masak sepanjang kat sana. Balik mandi suma lapar. Jadik apa jer yg dimasak akan abis di makan. Lagpun dgn angin sepoi2 bahasa tepi laut sungguh berselera tau nak makan.




 

Pepagi Ahad aku kejut SP dan amal sbb nak carik paper. Suma geng anak dara kat next room masih tido lagi. Maklum dgn tidor berselimut tebal sambil pasang aircond, buat kita tido lupa diri gitu. Malangnya dek ramai sgt org kat Corus sbb cuti panjang..keta x leh kuar. Kena blocked by keta lain. Dan dalam kul 7 lebih, aku tak rasa ada org nak bangun lagi kan. So kami decided nak jalan kaki. Kata SP Petronas dekat jer...so kami menyusur kuar hotel jalan dan jalan..lepas tu nampak sign Petronas 3KM !!!!. Gile kentang nak berjalan.  Sampai sakit2 kaki aku sampai la ni taw..belum campur jalan ke pantai berbatu2..gaknya kalau amik pita ukur..sure sama jarak dgn Rawang-KLCC kalau jalan kaki...sakit tau betis2 aku nih.



Kami decided accross the road tahan bas or teksi dan pi ke Batu 4 kat area2 petronas tu. Dapat teksi. So dgn 5rm kami sampai kat desstinasi. Wah kat tepi pantai depan Petronas tu packed giler. Ramai sungguh org tido kat tent tepi laut tu. Mana taknya, makcik2 jual nasik lemak kat tepi tu tak menang tangan bungkus makanan dan layan org mengeteh kat situ. Kami ni berjanggut gak nak tunggu order cam tu. Sampai aku tunggu kat dpan dapur just to get our 2 teh tarik. Ramai giler org tau. Suma kedai2 packed tak hengat. Petronas pun packed. Sbb org tumpang tandas and mandi kat situ.



Aku decided to tapau kueh2 jer. Sbb bahan2 nak buat nasik lemak mmg suma dah ready kat aparment. Cuma konon nak kuar beli paper jer lah kan which end up kami ngeteh dulu sbb lama sgt nak tunggu. Masa nak balik jenuh gak tunggu teksi. Tapi takde, sudahnya naek bas jer. Dgn RM1.50 sampai ke Corus Paradise balik. Believed me apartment and hotels kat situ penuh giler. Packed tak hengat. Terutama kat bahagian aparment area kami tu. Sungguh ramai org bercuti2 kat PD tau. The main reason mesti sbb dekat dgn KL kan. Sesampai kat Apartmen rupanya anak2 dara dah bangun pun. Aku pun bersilat kat dpur buat nasik lemak spt yg dijanjikan tu. Sesudah siap, pe lagi teruskan aktiviti ke kolam. Dorang teruskan aktiiviti lagi ke tepi laut carik ketam. Dah tengahari ok. Mak tak koser nak itam2kan bdan.. so aku dgn delin balik ke aparment sbb delin dah lapar dan sejuk.  Byk gambar2 kat FB. Klau nak paste kat sini mmg tak koser mak dek kelembapannya..


Lepas makan tido..petang mandi laut lagi. Ish.. mmg gemuk ler. Mkan tido..makan tido.



Mlam nya kami celebrate besday. Sambil bakar2 apa yg patut. Pahtu aku buat spaghetti seafood utk dorang2 tu. Sambil makan layan mentor dulu..pah tu dorang layan CD citer hantu sampai pagi!!.



Pagi Isnin tu, aku siap2 masak. Pastu siap2 kemas barang dapur sbbnya for the last time memasing nak berendam kat pool buat kesekian kalinya. Nak ke laut mcm tak sesuai sbb air surut. Tapi dalam 30 minit delin nak mengadu kesejukan. Delin dgn Amal mmg lepas berendam hari Sabtu tu dah kena selsema. Maklumler berkubang tak hengat. Suprisingly, Amal dah pandai berenang pun!!. Satu peningkatan..dah sekian lama dia nak pandai berenang akhirnya. Sampai terjun kat kolam dewasa gitu.



Lepas siap2 kami check out kul 12 tghari and off balik KL. Singgah sebentar makan dan terus antar anak2 dara tu balik Keramat dulu seblum kami off ke Rawang. Sungguh penat dan cuaca pulak panas gile. Smlm jer 3 round mesin basuh mencuci kain. Biasalah kalau berpergian gitu perkara paling malas nak layan ialah kain tau.



SP tolong sidai kain yg berlambak2 tu... aku plak lipat kaen yg menimbun2 tuh. Kakak tolong gosok baju sekolah adik2...Walaupun penat..its a great weeknd dan sgt menggembirakan hati anak2...dan aku juga................











No comments: