May 26, 2011

Hantu Kak Minah

Kat building off kami ni ada 4 block. East, West, South dan North.  Off kami kat block South. Yg depan sekali. Mana kala off kat West kat belakang which ada higher floor lebih 6 floor dari our off block yg cuma ada 11.  West block tu kalau di buat ukuran pengiraan mmg sama level jer dgn perkuburan Jalan Ampang.  Dari off block aku pun leh nampak jelas kuburan tu cuma agak jauh lah sikit kan.

Last week masa aku coti ari Jemaat, Akak Nor (Supervisor for cleaners) ada kol ajak bf. Tapinya aku coti lah kan. Rupanya dia nak berkesah. Kesah HANTU KAK LIMAH yg cleaner dia jumpa kat West block masa hari Khamis tu.  Kat west tu mmg katanya ada penunggunya. Kat tandas tingkat 7.  Mmg org2 kat sana sedia maklum cuma dorang buat2 taktau je. Since benda tu dok kat lam jamban, gamaknya org pi jamban cepat2 berurusan then blah.

Masa Hari rabu tu, off kat tgkt 7 tu orgnised blood donation. Jadik katanya lepas pendermaan darah tu mende tu mcm agak terganggu lalu mengganggu org laen. Best part sbb aku kamceng dgn Kak Nor, mende2 yg sepatutnya menjadi rashia antara pihak pengurusan bangunan dan maintenance dapat lah aku ketahui.

Kak Minah- the indon cleaner tengah mencuci tandas kat tingkat 13 block tu. Ttba dia kata ada sorang perempuan berbadan gempal rambut panjang dok lalu depan dia, dia pun tak teringat yg floor tu takde tenant. Dia dgn selamba kata kat perempuan tu .  Lalulah...lepas tu dia terus lupa dan pengsan sambil meracau2 katanya.  Sbb Kak Minah yg nampak hantu tu..jadi org dok citer Kak Minah jumpa hantu...dah 10 org sampai menyampai jadiklah HANTU KAK MINAH...ala2 Hantu kak Limah gitus..

Honestly, aku x mau cakap gah dan takbur kata tak takut  lah bla bla bla cam org laen tu. For me, benda2 gini mmg wujud dan ada. Makhluk halus di alam lain sometimes aku pun rasa cuak dan takut hokey nak pi jmban. Nak2 lagi time2 uzur yg mana memungkinkan nak baca ayat kursi ke hape. Klau time leh baca, steady dan agak yakin la sikit kan. Salu la ni aku pi jmban aku cepat2 jer. Ada tak de aku berimaginasi benda2 lain yg tidak menyeramkan.  So that for now, aku dah stop tgk2 citer2 hantu. Kalau aku tgk Anjasmoro pun tang2 hantu2 dia muncul tu wa cepat2 tutup mata hoke..

Minah ck tam receptionist yg tak mau terima kenyataan yg dia dok meja reception tu smlm dgn gahnya ckp dgn aku. Alah, derang ni tipu lah. Bla bla bla..aku tak takut langsung lah hape. Gitu katanya pada aku. Dalam hati aku dok doa2..biarlah dia jumpa makhluk tu. Sbb dia berlagak dan sombong sgt kan. Bila dia dah jumpa nanti baru dia tau langit tu tinggi ke rendah ya.

Pagi tadi masa aku minum kat kafe dgn Kak Nor, dia bisik kat aku yg smlm pak guard tunjuk gambar makhluk tu dari hp dia. Katanya mmg tinggi, besar, rambut panjang dan berbaju hijau lusuh.  Mmg kak Nor kata dia nampak sendiri. Jadik dia pun x berani nak ckp apa2. Lagipun building management soh dia rashiakan and not to be kecoh2.

Semalam pun dia kata, masa cleaner dia cuci tandas tingkat yg sama..masa cleaner scrub tandas tu dgr suara sayup2 kata..tolong..adoi sakit....sakit. Si cleaner agak cuak jengok kat2 kat sebelah takde sapa pulak. Ni cleaner jenis berani skit lah kot.  Bila dia sambung scrub..again suara merayu2 sakit..sakit... so apalagi dia menjerit Allahu Akbar..berkali2..Baca2 apa2 patut. Masa tu dia kata kaki dia cam jammed. Cam ada benda pegang dan tak move pun. Lepas dia jerit2 ayat2 tu..baru lah kaki dia rasa ringan. Dia pun apalagi. Kemas2 barang and ca alip but.

Tmpat tu mmg takde tenant. Tapi toilet kat situ mmg salu kotor. Mcm ada stain kuning2 kat dinding. Sbb tu management suh gak cuci wlaaupun takde org menghuni off tu.  Wallahu Alam kan.

Yg pasti security Manager si Apek sombong tu pun dah tak berani nak buat apa2. Maklum dia tu kan selalu ckp besar dan sombong gitu, lepas beberapa org cleaner sakit dan kena histeria dia menikus. Takut ler tuh.

Sungguhpun block off kami ni sebelah jer..itu tidak menghalang aku untuk rasa takut dan cuak ok. Cuma aku mintak2 menda tu tak mengganggu aku. Aku pun guna pantry room berhampiran toilet tu tuk solat kan. Harap takde apa2 gangguan.  Cuma yg aku sgt moskel..semua kejadian berlaku di tandas perempuan. Nape la benda tu tak dok jer kat Tandas Lelaki kan senang..Ye lah org lelaki kan berani dan tak heran. So kalu nak kacau ke hape gerenti dorang tak takut..kan??? entahlah..Hanya Allah mengetahui nape makhluk ni ttba muncul plak selepas sekian lama takde kes.....maybe ada org bikin onar dan buat kacau kot?. Maklumlah masa acara derma darah hari tu ramai org luar yg menderma dan menggunakan tandas kat situ..mana tau dorang terusik terkacau or terambik barang2 makhluk tu kan?.

Yg aku dgr, dorang dah panggil ustad nak halau benda tu pergi. Dah 2 kali katanya. Dan akan dibuat lagi sabtu ni. Menurut ustad  benda tu bukan penunggu, tapi pendatang yg entah camne tersesat kat situ...gitulah katanya....Wallahua Alam.



3 comments:

SemuaTentangKita said...

hohohoh..menahan kencing la gamaknya saya klu duduk situ..

SyuQ said...

cerita hantu benar rupanya...

kalau saya memang kecut perut la. simpang malaikat 4 puluh 4 la. minta dijauhkanlah hendaknya. setakat ni x der pengalaman terserempak directly...

Anna said...

Mrs Haris : mana bole tahan2 ..nanti dapat batu karang taw..bahya...pi jer selamba..tp cepat2 gitus...hahaha

Syuk : apa ni?? lelaki pun takut..tak rock langsung tau...