April 29, 2011

Hakikat Sebuah Cinta di alam Realiti

Waaah....aku sgt sgt dgn entry AHKAK GELI tau.  Serius. Apa jugak yg ck geli dok kata dalam entry dia tu mmg benar2 belaka..tiada yg tak benar melainkan yg benar..(mcm sumpah lahanat pulak kan?).

Aku dulu pun cam tu gak. Zaman2 bercinta zaman2 belum kwin salu terbayang yg indah2 jer belaka. Tak pernah pun terpikir yg banyak lagi mende2 berbangkit selepas tu. Tu sbb masa jaman bercinta tgk cinte hindustan lakonan Shah Rukh Khan mula ler berangan cenggitu.  Berlari2 an. Pah tu bercinta cintun.  Mmg indah sungguh gambaran dari khayalan di alam percintaan. Sungguh.

Pastu masuk alam umah tangga.  Mmg lah, baru2 suma indah2 belaka.  Maklum baru kawin. Bak kata org karan pun masih byk lagi volt power kan.  Paling koman lah aku bole bagi tempoh 3 bulan jer. Maklum kemanisan berbulan madu org kata. Lepas 3 bulan kalu?..tgk sendiri.. Kan kan?.  Pulak tu bila dah stat mabuk2 yg tahap kronik cam aku plak. Yg tiap pagi kena jadik penunggu tandas sbb nak muntah. Kejap wek..kejap wek.  Tak lalu nak bangun..nak angkat muka pun. Pendek kata bau somi pun aku benci. Sbb rasa nak muntah jer.

Lepas tu plak anak lahir...haa..masa tu baru ler terbentang luas segala realiti sebuah percintaan. Mana nak bangun tgh2 malam anak nak menyusu.   For me, aku bersyukur sgt sbb dapat kawin dgn org jawa yg mmg rajin ok.  Aku ni bersalin ceaser so tak le gerak2 sgt. Jadik bila anak nangis memalam..guess who bangun wat susu kan.    Intrepetasi romantik dah berbeza pun. Kalu dulu nak pegang2 tangan jer..la ni kena pegang anak pulak.  Sapa la yg nak tolong bawak pi klinik buat check up anak tu. Yg nak menunggu berjam2 kat klinik k'jaan nak dapatkan jab tu.  Kalau lah somi kita tu sedia bersama2 mnunggu sampai sudah tu..tu dah dikira romantik gak pe.

Tolong basuh baju..sidai kain pun dikira romantik. Walaupun masa sidai kain tu somi kita tu buat time memalam2. Siap tutup lampu pulak takut org nampak takut jiran2 nampak. Nanti silap hb kena boo. Kena kutuk kan?. Tapi dia rela gak tolong kita sidai kain..(ni mmg pengalaman sendiri ok! :)  yg penting niat hati dia nak tolong kita tu sbb apa? sbb dia sayangkan kita..sbb dia kesian kat kita.  Masa dulu susah2 makan jer apa yg ada. Tak pernah merungut pun. Makan jer apa yg kita masak. Kitapun sama. Susah senang kta nak bersama2 kan. Jadik bila dah kawin sumanya jadik realiti.    Sampai masa tu x mampu nak beli meja makan. Makan atas lantai. Tpi sebb perut besar sbb pregnant kita kne la amik pinggan letak atas tin biskut.  Sbb tak leh nak menunduk2 kan.  Dan suami kita tolong amikkan tin semekut tu..Kan romantik tu?. walaupun ada sekali tu dia tolong basuh baju..langsung lupa nak sidai kat lam spin pnye tmpat tu..maklum mesin semi auto..sampai berkarat baju2 tuh..

Bila anak2 mula membesar pulak, tambah sorang lagi.  Dia gak tolong basuh pinggan kat dapur. Tolong basuh berak anak. Tukar pampers. Mandikan anak.  Jgn x caya ada kwn aku tu dari mula kawin sampai 10thn ni x penah laki dia tolong cuci berak anak tau.  Dia sanggup biar jer taik anak tu kat pampers, tak mau dia nak tolong cuci and tukar. Padehal masa bercinta bkan main lagi. Lautan api sanggup di renangi..ni baru taek anak jer..pe barang???

Bila anak2 dah bertambah pulak mcm2 karenah dorang. Bersepah umah toksah citer.  Dia gak tolong kemas. Dia gak tolong jaga dan tgk2 anak kalau kita sbok kat dapur masak tu. Aku sgt beruntung sbb dapat suami yg ringan tangan dan tulang. Teringat lagi masa anak2 kecik, dia lah yg buai dorang. Yg dodoi dorang masa aku sebok bersilat kedengkang kat dapor.  Dia gak tolong jaga anak kalau aku tak sihat dan sakit.   Ce citer tak romantik ke tuh?.

Aku teringat plak citer Latip x rakan sekerja aku kat tmpat lama dulu. Latip ni mmg sorang yg humble sempoi.  Sungguhpun ada tittle Ir kat dia tapi dia tak sombong. Spt aku menghormati dia gitulah gak dia hormati aku. Wlaupun kami beraku engkau jer.  Kami dok citer pasal merempit. Dia pun masih merempit cam dulu. Cuma dia kata terkilan sgt, nape bini dia takmo dah ikut dia merempit.  Dolu katanya masa zaman bercinta2 dari Melaka - KL elok jer merempit, siap peluk2 bagai. 2 jam naek moto pun dia ok jer. On jer. Skg ni katanya sejak dah kwin. Sejak dah beranak penak ni..seminggu sekali naek moto pi keje pun dia dah merungut sakit pinggang!.  So, ce korang citer.  Sapa yg romantik dan tak skg?.  Bukan semua lelaki tu tak romantik pun mcm jaman2 bercinta dulu. Bukan semua perempuan tu gak asyik nak romantik jer lepas kwin ok!.  Tak suma org beruntung macam org lain. Sbb tu kita kena hargai pasangan kita seadanya.  Terima dia seadanya spt mana dia terima kita. Baru ler ada kemanisan di alam umah tangga tu.

Kita org pempuan gak, jgn lah terlalu byk sgt meminta (kata Dr Fadzillah ).  Sentiasa bersyukur dgn apa yg kita dah ada. Dgn pasangan kita.  Kalau kita sentiasa ada rasa bersyukur, somi kita tak romantik sgt pun takpe. Janji dia berhati baik, menunaikan segala tanggungjawab dia dgn sempurna syukur Alhamdulilah.

Jadik bila dah berumahtangga tu, toksah ler tergedik2. Merengek2 cam bdak nak susu tuh. Org lelaki ni dia tak suka mende2 leceh. mender yg rimas.  Dorang tak suka leceh2. Sbb dorang tu straight to the ampang point.  Ce tnya dorang apa nak masak ari ni?  mesti korang dapat jwpn yg kurang memberangskan kan?. Sbb kepala jemala dorang tu tak leh nak pikir...nak makan itu ini bla bla bla.  Sebgai isteri kita kena sentiasa peka apa dorang suka makan...apa yg tak suka.  Trust me, kalau korang dah tau and ada sense tu suma, apa jer korang masak...tak cukup periuk dorang makan tau.

Hakikat sebuah cinta tu bila dah jadik realiti sgt universal. Sgt tak terucap dek kata2. Sbb bila dah hidup berumah tangga segala yg  indah cam zaman bercinta tu mmg tak akan wujud or ada lagi. Beruntungla kalau ada. Tapi kalau aku, dok asik pegang tangan bagai...rimas ok!.  Asyik nak gesel2 sana sini...lemas tau. Pe lagi bila anak2 dah makin besar. Pantang nampak adegan2 yg tak diingini. Silap haribulan abis satu taman dorang citer..

Jadik agak2 lah. Mmg lelaki melayu dah tak romantik lepas kawin. 80% mmg betul tu. Sbb byk lagi mende lain org lelaki nak pikir. Mcm ck geli kata..kita tak tau apemende dorang dok pikir, imagine atau layan. Sbb org lelaki ni mmg susah nak meluahkan apa yg ada dalam hati derang tu. Susah nak berterus terang.  Cuma kita kena salu peka..bak kata KE kan.."bertindak atas maklumat"..haa tu maha penting ok. Bukan cemburu, tapi sayang.  Bohonglah kata kalau tak rasa sikit cemburu pun kat somi. Pelik lah tu. Kalau dah rasa cam tu bek korang check entah2 dah kena mantera anjasmoro ke..bomoh.

So bila dah kawin toksah ler jadik bebudak cam zaman bercinta ok.  Gaduh sikit jer mula bungkus kaen baju..sambil buat dialog antar saya balik umah mak bapak saya..macam aku dulu..hehe  . Bila dah berumah tangga ada gaduh2 ada tak puas hati, bincang baik2.. Bincang secara matang org kata. Bukan men jerit2 tepi jalan. Sambil pukul memukul. Ape barang??.  Kalau tak leh luah dgn kata2...antor jer SMS..tak pun antar email ke hape..antar surat ke..ni pun aku dulu base buat eh..

Luahkan apa jer tak puas hati dgn cara terhormat. Dengan cara berhikmah. Bukan time2 bengang or ada masalah dgn laki tu pi ngadu kat laki lain. Mmg lah carik nahas namanya tu.  Bincang baek2. Carik masa sesuai utk cakap elok2. Luahkan apa jer tak puas hati dan bebuku dalam hati.  Dan jangan ler asik nak spotcheck laki tu. Kita beri dia sedikit kebebasan tapi at the same time kita pantau2 gak.  Org lelaki ni kalau asik didesak..diprovoke ada org lain..ada affair...lelama dia bosan sok mmg dia buat gak. So yg salu buat provokasi kat suami2 gitu..rentikanlah ye. Org lelaki ni mmg taksuka didesak2 gitu. Depa rasa rimas..Jadik jujur antara satu sama lain tu sgt penting.  Satu jer aku belajar..Lau taknak Suami/Isteri ada affair dgn org lain..diri sendiri mesti jugak jgn buat affair dgn org lain.

Org lelaki terutama suami2 kdg2 mmg takmo tunjuk dorang kasih dan sayang dgn isteri tu dgn kata2.  Tapi dorang base tunjuk dgn perbuatan.  Mmg takde lah nak harap minyak2 wangi memahal for adiah besday. takde ler candlelight dinner time2 annivessary. Tapi tu bkan bermakna dorang tak sayang.  Org lelaki mmg gitu..dorang are so bad with numbers. Kadang dorang tak ingat pun!.  Bila kita dah lama kawin mmg kita sedikit sebanyak akan menerima tu suma.  Sbb bukan suma lelaki tu romantik sampai kehujung nyawa . Walupun mmg ada. tapi mmg bole kira dgn jari.

Kita sebagai isteri2 mithali gak kena selalu bersangka baik dgn suami kita. Contohnya, bila time2 dia cuti kita keje tu..dia nak gak antar kita pi keje. Padehal bole jer kita drive sendiri kan?. kalau dari mata kasar scenario tu mmg nyata..yg dia sayang keta dari sayang bini.Tkut bini terlanggar apa2 masa nak paking kan. Maklum bini cam aku ni paling takut nak masuk paking yg narrow tuh.. Mesti dia dok pikir krang kemek2 pulak keta yg baru setahun beli tuh.  TAPI...kita kena bersangka baik.  Kita pikir positif. Dia sayangkan kita. Dia nak antar and amik gak kita balik keje. Sbb dia takut kot2 kita drive sendiri terlanggar tembok ke..terlanggar keta org ke..Haa. tu tandanya apa?..itu tandanya dia sayang kat kita kan kan?.  Mcm insurans, KWSP dan apa2 lagi yg ada penama tu suma dia letak nama kita dan anak2....haa..tu baru betul2 romantik tu ok!!.maknanya dalam hati dia mmg kita dgn anak2 lah menjadi keutamaan. Jadik tak perlu nak mintak lebih2 dari kemampuan dia.  Kalau dia benar sayang kan kita, tak payah suruh dia akan buat tu suma dgn rela hati pun.  Insuran rumah, keta...mmg dia letak suma nama dia kenapa??? sbb besok2 kalau dia takde, kita tak payah susah2 tanggung beban nak bayar suma tu kan....so cuba citer tak cukup ke lagi tahap keromantikaan dorang dgn segala perbuatan dorang tuh??

Walau apa pun, aku tetap bersyukur sesgt. Sbb dalam suka duka, cubaan, cabaran, rintangan..susah senang pahit manis..diam tak diam dah tahun ke 15 kami bersama.  Dan mmg aku tau dia mmg tak romantik pun dari dulu mula bercinta sampai la ni..mmg dia tak pernah tunjuk pun.  Cuma ada le sekali tu besday aku kot, dia suprised antar bunga kat opis..tak pernah2 buat !.  Sudahnya aku marah dia...sbb membazir. Ye lah bunga takat sejambak tu dkat beratus.  Walhal duit tu bole jer bagi kat aku : akak kan buat beli hendbag..hahaha  . Bukan apa, aku tak suka dia beli bunga. Sbb bunga tu tak tahan lama. Lambat laun layu gak..masuk tong gak.  So aku cakap bebaik.. Mesti puji2 la dulu kan...at the end tu baru aku ckp kat dia..lenkali aku x harap dia bagi bunga gitu pun...sekadar wish jer pun dah cukup. Agak2 kalau nak bagi adiah tu..bagi jer aku duit tu..senang citer..cish, dasar mata duitan .

Gitulah hakikat sebuah cinta dalam kehidupan realiti. Life is not a fairy tale org kata.  Tak seindah yg kita angan2 kan cam dalam pilem. Cam citer hindustan.  Kehidupan tu satu perjalanan yg sgt panjang. Penuh ranjau penuh duri. Ada masa suka, sedih, manis, pahit, masam dan macam2 lagi.  Cuma, Jgn lupa sentiasa mintak dgn Allah supaya kita dipanjangkan jodoh..diberi keberkatan dunia akhirat insya Allah...

Jadik..renung2kanlah ya..Sesama kita berkongsi pendapat dan pengalaman ...belajar dari pengalaman org lain. Amik iktibar..mana yg baik tu jadikan ler pedoman..mana yg tak tu jadikan panduan.....

2 comments:

Irfa said...

anna..
suka lah baca w,pun agak panjang.kagum sbb awak sgt rajin mengarang.

sama2 lah kita doa..smuga para suami bersyukur dapat isteri tak demand macam kita :-)

Anna said...

Irfa..dulu cita2 nak jadik pengarang..tpi tak jadik..hehehe..