April 12, 2011

Bila bicara soal harta..


Pagi ni salah sorang teman FB nak pi court. Sbb ada bicara soal harta arwah ayahnya. Kisahnya tuntutan dibuat sbb adik beradik yg lain dah tak sesabar nak harta arwah yg tak seberapa. Bila join2 berkomen2 aku pun terbabit sama. Kisah jadik meleret. Kerana aku juga punya kemelut yg sama. Melibatkan harta yg tak seberapa tuh.



Masa arwah bapak masih hidup lagi pun mmg dia lah jadik tempat aka bank untk anak2. Arwah mmg seorang yg penjimat sgt2. Dia beli tanah sawit, tanah kebun sikit2. Bahkan arwah gak jadi sasaran org2 kg kalau terdesak nak meminjam duit. Sebelum meninggal pun arwah ada tercerita besan dia ada meminjam sikit duit dari dia, tapi sampai la ni aku tak pernah nampak besan dia tu bayar pun dan besan tu pun ntah hilang kemana walaupun anak perempuan dia masih jadik isteri kepada abg ngah aku tu. Itu antara dia dgn arwah, kami x mau masuk campur. Kalau betul dia masih belum abis bayar hutang2 dgn arwah tu dia jwp kat akhirat nanti.



Sebelum arwah meninggal, arwah sempat transfer duit2 tabung haji dia ke akaun bersama dgn mak. Akaun bank pertanian tu adalah akaun dimana adik lelaki aku yg bongsu akan masukkan duit hasil sawah, hasil sawit. Dari sikit sampailah jumlahnya 10k. Tapi since tulah duit yg mak ada, once a while dia akan pi kuarkan terutama kalau nak buat kenduri arwah ke bagai. Ntah camne satuhari aku masa aku temankan mak nak kuarkan duit, aku fikir nak menyenangkan mak aku nak applykan ATM kad instead of pi kaunter. Ye lah mak pun x berapa sihat gitu. Jadik aku rasa senang kot dia nak guna duit bole jer suh akak kuarkan later2 bila dia nak guna. Siince akaun tu akaun bersama nama arwah, masa isi form tu officer tu tanya mana pemegang akaun ke 2. Aku dgn jujur kata dah meninggal. Terus jer dia blocked akaun tu. Sbb amaun melebihi 5k katanya kena mintak kebenaran dari Amanah raya...mujurlah masa tu baru selesai kuarkan for mak 3ribu gitu. Lepas tu the story begin.



Abg long marah2 sbb katanya aku memandai2 bgtau bank pasal arwah dah meninggal sbb dah dkat 2 tahun mak bole jer kuarkan duit tu...aku malas nak citer panjang aku diam jer. Malas nak layan. Dia taktau selama ni kalau mak nak kuarkan duit, mak terpaksa ckp dgn dia..antar dia pi bank. Aku sendiri tak percaya bila aku bawak mak pi bank aku pimpin tangan mak (sbb mak bertongkat) biar dia duduk dan aku uruskan suma. Tapi kalau mak pegi dgn dia, mak akan jalan sorang terhegeh2 ke dalam bank buat urusan sendiri..sedangkan abg long dgn bini dia tunggu kat lam keta!!!.. tergamak dia kan?. Cerita ni bukan rekaan. Sbb masa aku teman mak ke bank, sorang pakcik yg sekampung dgn kami jumpa SP kat luar bank. Dia sendiri yg bgtau, abg long salu suh mak jalan sendiri jer bertengket2..sdgkan dia laki bini seedap2 dok lam keta..sungguh kan. Kejam ke tak hati laki bini tu?. Walhal masa tak de duit sanggup cium kaki mak, merayu nak pinjam duit mak..dasar..



Aku bawak mak pi Amanah Raya kat KL nak uruskan tu. Mana tau suma borang2 yg diperlukan memerlukan kami untuk bicara kuasa faraid di mahkamah syariah. So urusan tu tertangguh sampai skg. Aku rasa dah hampir setahun lebih kot. Masa nak uruskan ke amanah raya tu aku terpaksa mintak semua adik beradik punya salinan IC termasuk dari abang2 aku. Abg long dan abg ngah. Bila dah macam tu, harus lah dorang tau kisah yg mak ada duit simpanan dkat 10k kan? harus gitu. Selama ni cuma aku dgn kakak jer yg tau bape byk duit mak. Eh, itu duit mak. Kita suma tak ada hak. Kalau nak pinjam sekali pun.



Tu belum kira kenduri arwah tiap kali jer buat haram yg lelaki2 nak amik tau. Adik lelaki tu tak kisah lah. Sbb dia tu mmg jenis tak ckp banyak. Tp dalam dia dia masih lagi berulang alik dari Klang-kg hampir tiap hari nak tgk mak. Beli mak apa yg patut biarpun mak dok dgn akak. Bukan nak bangga diri, tpi tiap kali nak kenduri arwah aku dgn akak yg akan bersusah payah bukan jer dari segi duit bahkan tenaga. Abg long? haram nak nampak muka. Kdg kenduri pun tak datang. Antar bini jer. Bini pulak jenis menantu derhaka yg manjang nak sakitkan hati mak. Abg ngah toksah citer lah, dia jauh nun di pantai timur mmg tak mengharap dia. Apatah lagi dia pun manjang ada masalah kewangan. Tiap kali takde duit mak jer dituju..tak pun aku. Mcm aku ni cap duit. Anak pandai, result excel. Nak belajar kat Uni pun tiap kali nak masuk new semester meraban carik duit kat adik beradik, kat mak nak minjam merata. Believed me, keta rosak pun nak carik mak nak pinjam duit. Buat renovate umah x cukup wet pun carik mak....Ada ka patut..ceciter.



Lepas urusan amanah raya tu tertangguh, kami patut pi pejabat tanah kat kg tu buat surat kuasa. Tapi aku dgn kakak salu jer berat hati nak proceed. Ada jer halangan. Which aku rasa better. Kalau duit tu bole kuar karang, berebut2 lah dua org ni berbonding2 dgn mak sbb nak tumpang sekaki silap hb by now duit tu dah licin abih. Abg long mmg dari arwah bapak ada pun mmg dah terbukti ketamakan dia. Sampai arwah bapak marah giler dgn dia. Tanah kebun sawit yg ada tu dia dah bolot makan sendiri. Belum lagi tanah kebun yg lagi satu tu. Mmg betul janji Allah. Kalau makan harta bukan hak, terima jer balasan. Aku tgk hidup abg long tak pernah tenteram. Dgn macam2 penyakit laki bini. Sampai dah 2x kena mild stroke pun dia tak insaf2 jugak. Hasil sawit yg dulu arwah bapak amanahkan kat abg ipar utk jaga, dia sanggup rebut dan bergaduh dapatkannya. Kebun sawit lagi satu yg adik aku jaga pun sama. Dia sanggup rampas jugak. Malas nak kecoh, abg ipar dan adik biarkan jer dia buat apa yg dia suka. Akhir2 ni aku dgr ada gak mak kata abg long ada lah bagi seratus dua hasil kebun tu. Baguslah. Kami adik beradik perempun ni mmg tak pernah nak amik port apatah lagi nak rebut2 harta yg ada tu. Tu suma hak mak. Biar lah dia nikmati selama ada umur ni.



Tapi kan, aku sgt pelik dgn mak. Walaupun buruk mana pun perangai abang2 aku,dia masih anggap dorang tu macam dewa. Segala kebaikan, apa yg anak2 perempuan buat ni sikit dia tak heran or pandang. Punyalah jahat hati abang long layan dia, tapi dia masih gak nak pleased dia. Tiap kali ada apa2 mesti sanggup bersusah payah hantar kat umah org tu. Aku ingat masa aku balik coti raya cina, aku bawk byk limau mandarin. Aku bawak utk mak, wah bukan maen dia membungkus nak bagi kat abg long. Apa barang?.. Kek lapis betawi yg mak suka tu..aku sanggup beli sekg RM80 sbb aku tau mak suka..tpi apa mak buat? dia potong2 dan nak bagi suma kat family abang long. Mana aku tak sakit ati?? org beli tuk dia, dia sbok nak distribute pulak. Tu belum lagi mende2 lain. Biasanya suma barang makanan lah. Sanggup dia tak makan nak beri anak sulong dia tu..tapi ada ke anak sulong tu ingat kat dia pun??



Mmg kami dok sekampung, tapi aku tak paham napa abang long baik bini dia tak pernah peduli pun nak beli mak kueh ke, apa2 pun masa bulan puasa?. Nak antar lauk ke apa. Mak pulak tak pernah ungkit betapa buruknya peel anak menantunya tu. Ada masa mak bebel2 gak pasal abg long..berdegar2 cakap itu ini...tp bila abg long datang hulur seratus dua..abis suma kutukan tu ttba berganti puji2 an yg maha amat... Abg long tu kalau ada kenduri kendara, hatta kematian kat kg pun jarang perginya. Kalau org kg pulaukan mmg patut pun kan?..tu pun mak tak nampak gak. Sbok mengata si anu tak pi ziarah si anu meninggal walhal anak dia sendiri buat cam tu dia tak nampak pun?. Apa ilmu abg long pakai sampai gitu sekali penangan kat mak??



Walhal masa arwah bapak hidup, arwah salu kata dorang tu mmg anak menantu yg jadik hantu!!. Bukan aku yg kata. Tapi arwah bapak sendiri. Bayangkan masa bapak terlantar lumpuh, bole kira berapa kali dia datang umah tolong angkat arwah utk mandi. Selebihnya suma adik aku, abg ipar atau suami aku sendiri yg buat. Tergamak dia kan? believed me aku tak pernah pi beraya or ada hati nak beraya kat umah abang long tu walaupun cuma sepalaung jer dari umah mak. Baek aku maupun 2 kakak..kami malas nak amik port. Cuma raya pertama tu adalah dorang datang umah mak. Tu pun sejak akhir2 ni jer..mcm buang tebiat. Salu x pernah pun!!.Salu tak peduli pun. Takat lalu dpan umah jer...Ingat lagi masa mula2 aku balik bawak keta baru tu..wah...sebaik jer aku balik KL, segera dia datang menanya..Apakah aku beli keta baru???Gitu gak masa adik beli keta baru. Ada kat dia bole kata adik guna duit mak?? Excuse me, baek aku maupun adik kami beli keta dgn duit sendiri ok. Tak da pun nak mintak mak tolong top up macam korang tu..nak pindah umah beli barang pun carik mak dan pinjam..Pleaseeeee.



Tapi Allah maha mengetahui..sekarang ni suma dah nampak sikit2 balasan pada mereka. Mngkin dari tu abg long dah sedar kot.Entahlah. Malas aku nak amik tau pun. Yg penting walaupun camne aku dgn kakak tetap jaga mak. Mak pulak dgn kakak, suma yg kakak buat tak kena di mata dia. Semua salah. Semua yg baik kakak buat utk dia, dia tak nampak or rather buat2 tak sedar. Selalu jer mengata kakak, mengata suami kakak. Padahal ubat2 mak, kalau mak sakit, check up tiap bulan tu kakak yg uruskan. Kakak sanggup amik cuti tiap kali appointment mak. Tapi mak mcm tak nampak semua kebaikan tu tau..aku pelik.



Mak masih mendambakan anak lelaki sulong dia yg bole dikira berapa kebaikan yg dia buat utk mak?. Aku tatau kenapa mak x bole nampak tu suma..serius sampai skg aku masih tak bole paham. As for aku, aku ttap luang masa nk jenguk mak kat kg. Beri mak duit wlaaupun jumlahnya tak seberapa. Pastikan tiap kali aku balik aku bawak mak shopping barang2 groceries dia. Biskut, nestum, milo dan apa2 jer keperluan dia. Bawak dia keluar makan kemana2 tempat yg dia suka. Layan apa jer dia nak . Itu jer yg aku mampu buat pun kan. Aku dok jauh dari dia, tapi aku masih cuba sedaya upaya menunaikan tanggung jwab aku sebagai anak sebaik mungkin. Kerana aku tau, satu hari nanti aku jugak akan tua seperti dia. Aku nak anak2 aku suma melayan aku sebaik mungkin sperti mana aku melayan mak.



Bicara soal wang dan harta, kadang2 buat aku sakit dada sesak jiwa. Terutama bila mak yg cuma mengabiskan sisa2 umur dia masih lagi nak fikir pasal duit kalau anak2 lelaki dia nak. Sepatutnya anak2 yg beri dia duit bukan dia beri anak2 duit. Aku cuma berharap satu hari nanti abang2 aku tu sedar sendiri, bahawa harta yg ada tu suma pinjman dunia jer. tak bole bawak mati pun. Dan untk kakak2 ipar aku semua tu, korang harus sedar harta2 yg ditinggalkan oleh arwah bapak adalah untuk kami adik beradik. Tidak ada kena mengena dgn korang dan anak2 korang pun. Korang harus ingat satu hari nanti bila abang2 aku tu dijemput tuhan..korang suma harus pikir sendiri mana nak bergantung tempat...dan sebagai isteri2 korang patut nasihat suami2 korang tu untk tidak membolot harta yg bukan hak mereka. Berdosa tau makan harta yg bukan hak. Nanti tak dterima bumi masa nak masuk kubur.Korang tak takut keer??..kak long kan ustazah..aku rasa kak long lagi maklum..



Aku masih tak memerlukan pun harta tu, kerana aku sendiri ada rumah ada pekerjaan tetap yg insya Allah cukup buat kami sekeluarga. Tapi aku kasihankan kakak2 ku itu. Suami dorang bukan org senang..mereka masih belum mampu miliki rumah pun. Jadik takke korang fikir tanah2 yg ada tu harus diberikan pada dorang dari pada bagi kat korang???



Tolonglah sedar, dunia ni hanya pinjaman. Tak guna punya tittle Ustazah kalau hati belum sebersih Khadijah. Tak guna bertudung litup rapat kalau masih belum dapat berbuat baik dan menjaga hati mertua seperti hati mak sendiri. Tapi kak long sendiri maklum kan, mak kak long sendiri pun salu menangis sbb peel kak long..jadik aku tak heran sgt...sdgkan mak sendiri kak long layan gitu apatah lagi mak mertua. Kak Ngah pulak, udah2 lah kumpul emas sampai ke lengan tu. Suami kak ngah tu salu mengeluh tak berduit tau. Selalu carik aku jer kalau sengkek. Kak Ngah tak tau, keputusan kak ngah nak bela anak2 adik kak ngah yg dah becerai tu sgt membebankan abg ngah. Kenapa adik kak ngah sendiri x nak jaga mereka??..sanggup adik kak ngah berpisah beratus2 batu dgn anak2 dia kan?. Niat kak ngah mmg baik tapi kak ngah kena tau, abg ngah sangat tertekan dgn masalah kewangan bilamana kak ngah amik 3 org sekali dok dgn kak ngah tanpa berbincang dengan dia..Kak ngah sedar2 lah. Abg ngah tu kakitangan kjaan. Gaji kecik jer..tanya2 lah dia kalau dia perlukan bantuan kewangan. Kak ngah kan keje..duit wat bisnes langsir dan kueh raya beribu riban..takkan kak ngah tak bole tolong abg ngah sikit pun? Takkan kak ngah tak perasan kalau abg ngah salu ada masalah kewangan???



Pesanan aku pada korang..satu hari nnti korang jugak akan jadik tua...akan jadik mak mertua. Bila anak2 menantu korang buat korang mcm tu esok2..then baru korang tau..bahawasanya..what comes around goes around. Allah itu maha adil.













4 comments:

Ahkak Geli said...

aku komen pepanjang tadi kak, tetiba ilang..sakit ati!!

Anna said...

lah..awatnya cik geli? terpress delete button ka?..

NAMA SAYA ADI said...

aku masih terlalu muda nak tanggung menda ni

Anna said...

Adi, tak kira tua atau muda..kalau kita dah nak terjebak dalam kemelut begini, apa daya kita..berserah jer lah. Mintak yg baik2 jer...