February 8, 2011

Coti Raya Cina...

Cerita balik kg aku coti raya cina tu tak ada apa yg menarik. Selain routine biasa, pi pasar, masak, makan and tido.  TV?..bole kira dgn jari bape kali tgk tv.  Mana taknya, tv di conquer dek bdak2 maen game. Yg kat part dapur lak 2-3 org berlonggok depan laptop. Sama ada maen games atau berfesbuk.  Yg kat depan maen game keta, bola dan ntah hape2.  Guess apa lah aku nak buat?. Fesbuk? tak kosser nak merebut dgn bdak2 akan lap top.

Cuma Inlaws aku ada mintak tolong createkan form in excel format. Sian aku tgk terkial2 nak buat.  Ada disuruhnya Kakak buat. Mana ler bdak tu tau guna excel suma. Yg dia tau fesbuk, chatting ada lah.  So lepas makan, since dia mintak tolong kan..aku buatkan ler.  Kita biasa guna excel mmg takde masalah. Nak create form untuk sekolah dia lah.  Cikgu sekolah la ni mcm2 keje pulak kena buat. Ngalahkan kerani. Nak nak lagi yg mmg tak reti guna excel, word. Pasti terkulat2 nak menyiapkan satu form kan?.

Jadik aku tolong la buatkan. Byk colum dgn header. So aku buat satu aku copy and pastekan. Maklum lah dia kena buat dari darjah 4 dan 5, tiap minggu pulak tu.  Kecekapan excell aku sbb aku dok hari2 guna. Lagipun dulu company ada antar training pun for basic.  Since ari2 dok guna lelama dan sebati.  Jadiknya tak sampai setengah  jam bole create 6-10 form diujung jari jer.

Dari gaya2 aku tgk inlaws aku ni x biasa guna, tu sbb lupa camne nak delete row. Nak wat tulisan berdiri, menurun dan sebagainya.  So dgn master form yg aku dah create kan tu mudah lah sikit keja dia nanti..alah, tolong sedara namanya kan.
 
Aktiviti kat kg sgt memboringkan. Kecuali SP ler kan, balik jer abis keliling umah dia bongkar dan bersih segala mala semak belukar.  Aku?..ala malas la. aku tolong2 kutip2 cili, kacang panjang dan ulam kacang botol jer. Sambil tu jalan2 kat lam kebun meronda durian yg baru jer berbuah kecik.  Pokok ciku yg lebat buah tp banyak dikerjakan si monyet.  Lain2 takde. Nyamuk kat sana besar2 nya Ya Allah. Sekali gigit sure bintat besar tu.  Jadiknya malas aku nak meredah menyerah darah aku yg sedap tu kat nyamuk2 kebun tu lah.
 

Khamis, Jumaat mmg aktiviti sama jer. Pagi pi pasar beli lauk. Singgah ngeteh breakfast kat memana.  Hari Jumaat tu SP ajak MIL dgn anak2 buah sekali pi ikut.  So meriah lah grouping.  Khamis malam jumaat tu pulak bdak2 merengek nak makan sesuatu.  Sbb malas nak kuar jejauh..kami tapau jer burger jual kat ujung kg.  Bdak2 tengah membesar mmg kejenya makan jer.  Malam berikutnya, aku buatkan cokodok bawang pulak..mmg tak ada balance lah pendek kata.

Kat lam fridge pun takde nugget ke, kentang ke atau yg sewaktu dgnnya.  Jadik bila lapar mula lah bdak2 menggelupur nak makan. Takkan nak layan nasik jer manjangkan?.  Ada 2-3 kali gak aku tgk kakak jadik kepala masak maggie.  Pastu makan 5 org share2.  Yg kecik2 x join sbb lepas maghrib semua pengsan tidor.  Bdak2 pulak seronok sbb leh bebas maen bola, panjat pokok. Siap menumbangkan pokok kelapa lagi nak dapatkan umbut. Dapatla makan sayur umbut kelapa dgn jagung..sedap.

Hari Sabtu kami pi kenduri umah sedara. Pi pun dah agak lewat mmg ngam2 tgh lapar sgt org kata.  Sampai kat sana dapat pulak lauk panas2 dgn acar buah..hmm mmg best ler.  Pendek kata, berbondong2 berkat kami bawak balik.

Hari Ahad, pepagi buta lepas solat kami siap2 nak balik. Mmg dah siap warning MIL kami nak gerak awal. Ye lah salu plan nak gerak awal tak menjadi je. Mana taknya, bangun tido aku kena masak bagai dulu..dalam kul 9 baru ler gerak. This time tak, mmg SP dah siap2 warning mak dia kami akan balik awal2 pagi dan singgah memana breakfast on de way tu.  She acknowledged tu. So lepas siap2 mandi, minum air sikit kami gerak balik ke KL.  Mujur lah tak balik malam nya tu..sbb kat Pagoh tu mmg banjir teruk. Nasib la pagi ahad tu  bole lalu dah jalan tu. Kawan2 yg tinggal kat Segamat dan Lenga, Muar kata mmg banjir teruk sangat. Ala2 tahun 2006 dulu tuh. Yg ada kat Lenga tuh abis umah tinggal bumbung jer..



Ni lah keadaan jalan Pagoh-Batu Pahat masa kami balik tu. Tu jalan masuk ke kampung. Mmg totally tenggelam. Aku bole agak dalam sbb pokok sawit yg tinggi tu separuh tenggelam tu..Apapun, kami selamat tiba kat umah dalam kul 11.30am.




No comments: