February 25, 2010

Sincerity in everything we do!

Setelah sekian lama dalam alam pekerjaan ni, aku totally setuju sgt2 dgn falsafah bahawa : lakukan setiap sesuatu itu dgn ikhlas dan redha, Insya Allah.
Org kata disebalik kesusahan, ada kesenangan. Disebalik kedukaan ada kegembiraan. Disebalik kebahagiaan pasti ada derita. Itulah kehidupan. Itulah realiti.
Aku dah bergelumang dgn dunia perkerjaan ni bertahun lamanya. Dalam bertukar angin, bertukar company bertukar bos, semua aku dah rasa. Melayu, cina, India, Arab..Iran, named it. Berkeja dgn org melayu ni kadangkala menyakitkan hati, kadangkala menyulam rasa. Org melayu kita ni kebanyakkan suka ambil kesempatan, suka dibodek, suka di ampu dan kurang perhatian akan sesetengah perkara. Kronisme tok sah citer, itu mmg sejak azali aku rasa sebati dalam jiwa bkan sahaja bangsa melayu bahkan bangsa2 lain jugak. As aku pun sometimes tak bole menidakkan perasaan aku pasal ni. Of course, dalam byk perkara pun kita pasti cuba melebihkan kaum kita..thats what we called nature.
Semenjak aku dah mula melibatkan diri dalam dunia minyak dan gas ni, aku rasa sgt selesa berkerja dgn bangsa asing. Bagi aku dorang ni more open dan tak mudah dibodek. Itu paling penting. Pendek kata, kalau kita perform keje kita tip top, cubaan2 menganiaya, memfitnah, cucuk mencucuk mmg tak jadi. Kecuali lah dot dot dot ......
For me senang jer, aku cuba sedaya upaya untuk bekerja dgn jujur, ikhlas yg penting apa jua urusan yg bos suruh buat make sure its done. Its tip top. Jgn banyak soal or jgn byk komplen akan tetapi buat je lah keja yg diamanahkan sekadar segera...pantas dan tepat.
Mmg dalam dunia ni, akan ada species2 dengki khianat dan tak bole tgk org senang dan lebih sket dari dia. Ada jer cara and jalan dia nak menganiaya. Takdapat gini, gitu, tak dapat gitu ada lah cara lain. Aku dah masak sgt dah. Sekian lama aku tepis, tepi, tengah, kanan dan kiri...ada masa tertepis jugak ada masa...tak.
Tapi aku sgt puashati sbb aku buat hal aku sendiri. Aku buat keje aku sendiri. I only take instruction from my bos. Jgnlah ada sapa2 perasan nak marah2 nak tengking2 aku tak pasal2...apa hal bilik bos juga cerita.
Gitulah adanya, harini sejak pagi lagi hati aku berbunga gembira. Pertama sbb report aku dah siap sejak semlm and by lunch time td aku dah submit kat bos. Melihat muka bos yg tersenyum happy tu aku tau dia gembira sbb semua reportnya on time. And bila financing team tanya balik soklan2 maut pasal report tu, dgn bangganya aku menjwp soklan2 itu dgn cepat dan tepat...he he...satu kepuasan tak terhingga aku rasa....
Dan menjelang petang ni, satu lgi tugasan bos aku amanahkan telah aku jalankan dgn jayanya....dan zup satu email puji2 an darinya atas kepantasan aku menyelesaikan masalah tu telah dilayangkan kepada boss2 besar di tanah amerika sana.....
Alhamdulillah, segala tugas aku dipermudahkan. Segala keje aku berjalan lancar...Segala dugaan, cabaran itu sebenarnya menjadikan kita lebih tabah, lebih berhati2 dan lebih berdaya usaha..aku takkan biarkan parasit2 tu semua mengganggu gugat tugas aku di sini. Niat ku ikhlas berkerja untuk mencari rezeki for anak2 , utk keluarga.. Insya Allah.
Selamat bercuti panjang, selamat berehat....semoga mendapat tenaga dan semangat baru minggu dpan...Ingat...lepas ni takde lagi weekend panjang kecuali ujung bulan Mei nanti........Adios....

No comments: