February 3, 2010

Jiwaku kacau.....

No doubt aku baru je balik dari bercuti2 sakan kat PD. Sampai terbakar kulit muka ku nih dek kerana berendam di lautan dan berkubang di kolam waktu tghari buta..tapi jiwa aku sebenarnya kacau...sgt sgt kacau..Forget about grievences masa kat PD tu lah kan. Kalu ikut hati ku ni mmg tak tercapai dek akal ku nak melupakan nya begitu saja..tapi kekacauan jiwa aku ni melebihi dari segala mala benda yg aku pikir..
Masa aku kat PD tu, akak ku sms, bgtau mak tak sihat. Dah seminggu demam. Kaki pun bengkak. Dah diajaknya org tua tu ke klinik, tapi knowing kedegilan mak tu, bberapa hari gak dia sanggup tahan...ataupun mgkin tunggu aku balik kot??...tapi aku dah maklumkan lebih awal. Yg cuti raya cina nanti baru aku balik. Cuti lama sket..di samping tu nak bawak mak merasa naek keta baru kitorang tuh..
Believed me lepas SMS akak tu, bberapa malam aku bermimpi pasal mak. Takde le mimpi buruk pun but more likely on her masalah kesihatan tuh..sampai bila aku terjaga basah pipi aku dek kerana air mata..yg aku rasa masa mimpi tuh...dah bebrapa hari gak aku bermasalah nak tidor lena, serba tak kena.
Mengikut akak, akhirnya mak nak gak gi klinik, tu pun sbb dia dah tak tertahan sakit kakinya yg mbengkak tuh..mula2 mmg aku dah suspect gout, rupanya worst than that. Akak kata mak dah didiognisis as high blood presure (tekanan darah dia sgt tinggi, kalau dibiarkan 2-3 hari lagi bole menyebabkan stroke), dan lagi satu penyakit - Kencing manis. Satu lagi tabiat mak ialah, suka sgt minum air gas. Mengalahkan bebudak kalau dia minum. Mmg aku dah selalu sgt ingatkan dia pasal gula dalam air gas tu..dia tak percaya. Sbb masa tu dia taktau dia ada kencing manis..hai ...
Aku paham perasaan akak tuh, ye lah mak tu stubborn giler. Mmg selama ni dia tak pernah mengaku ada darah tinggi, tak pernah admit yg dia tu dah berumur hampir 70 taun, lalu berbagai2 penyakit senang jer nak dtg. Knowing mak, aku tau dia tu cakap gah sket, bangga yg selama ni tak pernah ada sakit serius. Aku noticed that dia selalu komplen pening2 kalau aku balik tu, tp dia tak pulak kata nak ajak ke klinik ke hape..sbb aku pun taktau yg dia tu ada darah tinggi. Rupanya selama ni dok komplen2 pening2..itulah sbbnya.
Lepas akak bwk pi dr, dr bagi ubat darah tinggi, ubat gout dan kencing manis. For all closed friend mesti korang tau how my mak was kan?. Aku pun tak nak cerita lebih2 yg buruk pasal mak. Mcmna pun dia tetap mak aku..mak yg melahirkan aku. Seburuk2 mana sifat dan perangai dia tu aku dan akak telan jer lah. Alhamdulillah, akak pun skg makin tenang dah. Wlaupun selama dia dok dgn mak, mcm2 mak cerita buruk2 perihal dia kat jiran2..aku syukur akak tak pernah amik ati..knowing mak is like that...talk too much. Org2 kg pun well noticed pasal tu. Sbb tu bila nak dok cerita2 yg kurang enak pasal kitorng, dorang buat2 tak paham jer...
Aku dan akak paling peduli dan amik berat pasal mak. Nak harap yg lain..adik bongsu ku tu amik berat juga tp mgkin dia x mo tunjuk. Dia cool jer. Pasal duit pun mak tak pernah ada problem. Adik selalu bagi dia duit. Abg ngah pulak jauh nun kat Rompin tu, so mmg susah lah sket dia nak balik kg selalu. Kalau nak harap abg long??, hmmm hampeh. Kalau pasal duit cepatlah dia laki bini dtang, klau pasal lain jgn harap. Sampaikan kdg2 aku dgn akak uruskan kenduri arwah bapak, batang hidung dia pun tak nampak. Bini pun sama..dtg mcm org jauh..tak pikir yg mak masih mak mertua sah dia. Kakak yg sorang lagi tu mmg hampess jugak. Since dia tak keja, i would say dia takut dgn laki dia..apa2 jer laki dia ckp ikut. Kalau 10x balik kg laki dia, baru sekali ler dia balik jenguk mak. Dia ada komplen dgn akak pasal mak,. pot pet pet kalau dia balik sbb tu dia malas. Aku tak kisah tu semua, lantak dorang. As anak aku nak tunaikan tggungjwab aku selagi mak masih idup. Sejak bapak pergi, mak pun mcm betul2 lonely. Mgkin sbb tu dia byk berjalan kerumah jiran2 mengisi masa lapang dia..
Aku tak mau besok2 anak2 aku layan aku begitu, jadi aku sboleh2 jadi anak yg menunaikan tggungjawab walaupun aku ada suami. Aku taktau dah nak meluahkan jiwa ku yg kacau ni. Selagi aku tak balik jumpe mak selagi itu jiwa aku ni tak tenteram.
Pg ni aku contact akak, Alhamdulillah katanya mak dah mula bangung lepas seminggu demam. Selera makan kurang sekt, tapi bengkak kaki dia dah takde. Mgkin kesan ubat tu, dia asyik tido tido tido...aku dgn akak selalu contact each other. Untuk berkongsi cerita. Acap kali tu lah, aku akan sama memotivasikan akak supaya sabar dgn karenah mak. Pekakkan jer telinga apa je yg dia cerita kat jiran2...aku sendiri pun mesti ada benda yg dia tak puas hati. Tapi aku tak pernah amik peduli sgt..aku anggap benda tu bagai angin yg lalu jer..kakak mak pun dtg dari Penang dok beberapa hari dah kat umah, siang malam akak kata dorang bersembang tak abis2 bercerita. Dah lama tak jumpa gaknya. Mak pun nampak ada selera dah nak makan...once aku balik kg nanti, aku nak belikan mak beras untk org kencing manis, nak torture dia jgn dok minum air gas lagi, nak bwk dia pi set appointment for weekly check up kat klinik kerajaan kat sana...dan semestinya aku nak bwk dia pi makan sizzling steak yg dia suka tuh..cumanya kena lah makan ayam instead of daging......
Akak mmg tak berapa rapat dan bercakap dgn mak, wlaupun dok serumah. I m glad akak dgn suami dan anak dia dok dgn mak. Ada org nak tgk2 kan kalau apa2..ada org amik tau kalau2 mak tak terbangun pagi. Dan aku dgn akak dah janji, walau apa pun terjadi kami akan sama2 jada mak, tak kira apa cara pun..dia tetap MAK KITA..Yen, anak akak jadi perantara. Mak mmg sayang sgt dgn Yen, Sbb dia yg bela yen dari mula lahir sampai skg yen dah darjah 4. Yen dgr ckap mak, yg penting, Yen tau camne nak jaga hati mak...
Aku tak sabar nak tunggu raya cina, aku nak balik, nak jumpa mak. Aku rindu nak peluk mak. Aku sedih masa menulis ni sampai air mata aku mengalir...dah lama benar rasanya aku tak jumpa mak...Aku nak bwk mak naek kereta baru kami, jalan2 ke pekan sambil makan2..Dan aku harap Allah panjangkan umur mak, supaya sempat aku bwk dia melihat rumah baru abg ngah....
Ya Allah, aku tak pernah jemu berdoa untuk Mak, supaya mak sentiasa sihat dipanjangkan umur supaya mak berubah meninggalkan segala tabiat2 kurang elok nya itu....
Ya Allah, lindungilah mak, rahmati lah mak....Seburuk2 mana pun aku tetap sayangkan dia seperti mana aku sayangkan arwah bapak...........

No comments: