October 6, 2009

Being your Self !!


Pengalaman mendewasakan kita nak mengenal hati orang ni. Betul la kata pujanggan, rambut sama hitam (belakang kira kalu dia blondekan ke hape), tapi hati manusia ni lelain..betul sgt2 lah tu.

Masa aku keje kat company lama dulu, mmg tak dinafikan hubungan sesama rakan pejabat rapat. Tak kira yg bujang or dah kawin. Infact, benda ni suma terbawa2 sampailah masing2 dah tak berkhidmat untuk company tu lagi. Aku masih rapat dgn ramai staff kat sana. Rapat in sense that, we can share anything personal. We can share gossiping and ketupating most of the time and I do enjoy that moment every now and then.

For those kenkwn yg seangkatan yg dah berkhidmat kat tmpat keje lain pun masih keep calling. Keep lunching or jumpe anytime we want. Lebih2 lagi kalau time2 raya gini. Aku bkan setakat rapat dgn kwan2 wanita, but lelaki juga. Aku jadi rapat dgn pasangan2 mereka dan mereka yg lelakis tu suma rapat dgn SP aku.

Tapi kat company skg ni, aku tak enjoy that moments lagi. Selepas sid dgn adi blaah, mmg aku dah takde clans serapat dorang lagi dah. Sid dah sah2 sibok dgn keje baru dia..sekali sekala kami bercalling2 bergossiping..ada kala kami takat bertegur2 kat FB jer. Mcm yg lain, aku dgn spouse sid pun rapat..begitu jugak adi. Sejak dia di nyahkan dari sini. Kami masih lagi berhubungan. Masih lagi jumpe sekali sekala. Dulu2 aku suka bwk makanan kat off makan dgn dorang. Dorang pun gitu juga. Suka sgt kalau aku buat sambal tumis ikan bilis. Once a while bila ada peluang aku buatkan gak untuk Sid...anak2 dgn spouse dia suka sgt. As for me..I appreciate sincerity in Friendship. And that is ME.

Baru-baru ni masa aku bercuti raya..aku cuti panjang. Things a bit kelam kabut at off. Where dorang keep calling. Sampai naik bosan aku nak melayannya. Bayangkan dalam sesibuk beraya umah org HP asyik kring kring....as company bayar aku pnye bil Do i have choice kan??....SP menjeling2 manja everytime aku excuse nak jwp..(mesti org dok ingat..waah sbuknya pempuan ni..bizness women ke)..tp aku x peduli lah..nasibler kan.

So masa aku cuti, adalah aku letak auto reply kat email aku yg kalau ada apa2 nak tnye or urgent..antar jer email kat sipolan2...mana pulak aku terpikir...panjang ler pulak ceritanya. Sudahnya dorang x dapat jwpn email aku dok antar email kat sipolan nih yg aku panggil si gagak pempuan nih...jadik GP ni ler yg dok kol aku berkali2 sampai aku naik bosan. Ada satu hari tu aku sedang bersantai2 giler (kat umah mak aku..bebas ler..kalau kat MIL mampus nak wat camtu) dok kol2 berkali2 tnye byk benda lah..jadik aku naik bosan aku suh anak ku si kakak jwp. "mama saya tgh tidor..bole tak tepon semula"...aku pakat gelak dgn kakak aku..sbb nya masa tu kami dok bergolek2 lepas kekenyangan makan tgh..harus lah kan.

Lepas aku masuk kje..aku buatlah mana2 yg pending..mana2 yg urgent tu. Ye lah, dalam masa 2 hari aku settlekan email2 yang beratus2 tu kira pencapaian baik gak kan??. Kisahnya, minah GP keep asking many question. Mcmana nak wat tu wat tni..aku ni memula tak rasa apa2 lah..aku layankan ajer. Since dia nak sgt belajar tugas2 aku ni kan..aku bgler dia buat filing (well, kena ler mula dari bawh kan??) then aku ajar sket2 pasal proses on inventory. Things carry on, until satu hari org2 whse aku kat Labuan antar email kepada aku berkenaan stocks dan cc kat minah GP tuh...
then aku ckp kat dia, x yah ler ko cc minah tu lagi..sbb aku dah balik keje nih...tergezutnya aku dgr jwpan dia...tp kak, minah GP tu suruh saya cc kat dia suma2 sbb dia kata dia back up akak.........ceeeewaaaaaaah, byk cantik dia pnye statement. Gila kosser tau..so aku plan2 advise mamat tuh..takyah la ko cc dia..aku dah balik. Lgpun dia bkan paham pun ko email2 gitu...cccccccisssss.


Aku meneruskan aktiviti aku mcm biasa..tapi aku notice minah GP ni baik betul dgn aku. Belikan aku kueh for breakfast (mmg selalu masuk tong) sbb somehow aku salu jer lupa nak makan...then aku ckp kat dia, ko x yah beli aku apa2 lg lah. Sbb pepagi aku mengeteh dulu sblum masuk off..then dia stop. Then masa aku sbok2 pasal besday kakak, dia dok sbok kata nak kasik hadiah bla bla bla...aku kata x yah..tak perlu....somehow takde pun dia bg apa2!...then one day (yg ini aku paling x bole tahan), aku tapau makanan and makan sama dia...dia stat cerita bla bla bla...pastu dgn selamba kadak dok menghembus hingus kat depan aku yg tgh syok2 menikmati nasik campur nih..loya jer tekak aku tuhan jer lah yg tahu....apa barang ler minah ni...tak reti bahasa ke org tgh makan...and it happen few times kalau dia dtg mengacau aku tgh menikmati hidangan...dalam pada tu gak konon2 dia ada ler brooch cantik dan mahal yg dia x pernah guna then nak kasik aku..ooittt (dalam hati aku pe hal minah ni)...aku x mintak dan kata apa2...pun eeeh..tapi akhirnya berlalu cam tu jer..maknanya."CAKAP X SERUPA BIKIN LAH TU" kan?

Since aku dah meng STOPkan diri aku beramah mesra dan berbaik2 dgn org kat pejabat ni, aku practice makan sendiri jer. Jadi aku malas nak amik port apa2 pasal dorang kat sini..pendek kata tak berminat nak tau..until satu hari minah GP ni cerita n ckp kat aku pasal aku kena warning konon dituduh bergospen pasal JLO kan. Mmg mcm aku sangka melayu mdah lupa 2 ekor tu lah pnye tak sayang mulut. Tapi since benda tu dah berlalu lantak pi lah...

Satu hari Minah GP ckp kat aku, dia kata ada kekosongan kat dept aku. Kononnya nak jadi aku pnye asst (aku pun taktau)..since Jenab ckp kat dia lah kot, and dia nak apply tu. Sbb tu dia eager nak belajar..oooooooo now aku tau kenapa ler ttba minah ni jadi extra baik dgn aku. Walhal dah dkt 6 bulan dia kat sini x pernah pulak mcm tu. Yg aku tak tahan..dia kutuk si melayu sekor yg dah lupa...(yg cantik2 tapi bodoh2 sket tu ler) rupanya kemungkinan bila dia dapat kat tmpat aku..dia nak suh minat tu sit for receptionist tu. Laaaaaaaaaaah kisahnya. Siap claim kata bos aku suka keje dia (ceh ceh, statement. Kalau setakat tolong bos aku scan fax jer ) tolonglah. Sakit telinga aku dgr. Dia ingat keje aku ni takat ckap jer. Aku pun take so long to be what i am now..takde masa aku nak ajar ko lebih2. Dulu2 aku belajar sendiri tak ada masa aku nak menurunkan suma ilmu aku.......

Jadik back to square one. Aku dah stop diri aku makan ke apa ke dgn dia...jadik aku x leh ler bawk apa2 kek, biskut ke ke off lagi...aku x nak dah ada apa2 dgn org orang kat sini..cukuplah apa yg aku dah kena. Now aku terpkir. Melayu 2 org tu pun sgt gigih nak berbaik2 dgn aku nak ajak lunch lah bekfast lah..tapi, since aku dah tau tujuan dorang..kim Salaaaaaaaaam. OOO dulu buat org x ingat..skg ni asked for mercy pulak.

Dorang benarnya taktau berapa company bayar gj aku..tapi aku sgaja buat2 cerita kat minah Gp yg dorang byar aku tinggi giler..around -5 to 6 k jadik suma pun berlumba2 nak join ..ish ish ish...apaaraaaaaaaaaaaa..Kalau ye pun aku dibayar byk gitu..(x ler sampai byk tu weeeh, kalau betul bagus amin) mesti nak kena buktikan ko berbaloi dgn value tu kan??

Ini takat, yakede yack jer, dtg lambat balik cepat..attitude x semengah..jgn ko mimpi. Segala apa yg kita capai tu org kata kena usaha dgn rajin. Bkan takat cakap jer ye dak..

Since aku balik to lone ranger skg ni..aku malas nk bother er pasal org lain. Lantak pi ler depa. Cumanya aku mmg xtra xtra berhati2 kali ni. tak mau pisang berbuah dua kali. Keje aku go on mcm biasa...



September 28, 2009

Selamat Hari Raya ..back to work

Life back to Normal...
after spending good rest...


Hari ni dah sepuluh hari dalam bulan syawal. Hari pertama berkerja, mak ai beratus email menanti. Adalah hicurb disana sini, tapi aku malas nak terlampau memikirkannya. Lantak pi la. Afterall, seingat aku hanya raya ni lah aku amik cuti panjang and panjang mean nak berehat..

Kami travel balik ke Johor pada hari Jumaat 18th Sept. Bertolak lepas abis cerita NurkAsih tu..issh, camne ler aku sekeluarga bole termelekat pulak dgn citer tu..so dalam kul 10.30pm lebih, dengan ujan di sepanjang jalan. Dek kerana berbuka jumaat tu kami dok makan nasik kandar jer. Jumaat tu pulak aku halfday tapi SP tak. Maka terpaksa melanguk kat off dia.

Tgh malam jumaat tu kami singgah kat R&R Ayer Keroh, sambil makan2 dan merehat2kan mengantuk. Tahun ni aku puas hati sbb berjaya buat 5 jenis biskut, dan berberapa ketul kek untuk bawak balik kg. Aku sungguh2 mengantuk dan aku suruh kakak untuk layan bersembang dgn ayahnya sementara aku lelap kejap. By the time lepas makan, mata aku jadik segar and kakak amik turn tuk tidor pulak. Perjalanan tghmalam mmg smooth, rilek and easy jer. Sib baik SP bkan jenis cepat mengantuk tapi aku still bekal Alicafe untuk kecemasan kot2 dia ngantuk.

Pukul 3 pagi kami sampai dah kat Parit Sulong. Dari cerita SP, abang dia dah ada kat umah...aku mmg tak bape suka kalau keluarga abng no 2 dia tu bkan apa, ckp byk tapi satu keje pun tak buat..dok mengankang mengarah jer..satu tahun tu aku dgn SP tukar jadual purposely supya tak beraya sama...alih2 tah cam ne dorang ttba tukar jadual pulak..tension betul aku. Mengenangkan tu, aku suggest kat SP supaya singgah sahur dulu baru balik. Karang tak pasal2 aku jugak kena masak for sahur...tolonglah..

By the time reach umah SP mmg ngam2 kul 4. Mcm aku jangka dan dan jer MIL suh aku siapkan sahur..dgn pantasnya aku kata kami dah bersahur, la ni nak tidor terus..penat. Ha ha ...padan muka . Aku dgr MIL suh biras aku yg "rajin" tu memasak..

Being routine, mmg aku lah yg kena buat suma. Dari pergi ke pasar sampailah ke masak memasak. Kakak2 SP mcm biasa suma mengelat. Pagi raya baru nak sampai. Dgn barang2 tak yah nak beli dan kuar duit pulak tu datang makan jer. Mmg aku tension mengenangkannya tapi aku buang perasaan tu jejauh. Aku masak suma hidangan untk bebuka dan raya esoknya dgn lapang hati. Sambil potong daging, aku buat sup tulang...sambil menguli pengedil aku masak rendang..sambil goreng ayam. Biras aku??..hmm salu missing in action. Biras tuan rumah pulak cam biasa....alang takde baby pun tak pernah peduli..inikan pulak ada baby...SP menganyam ketupat dgn mak dan abng dia.

Pagi memasak, tghari memasak, petang memasak..malam lagi masak mmg aku penat giler. Lepas isyak jer mmg aku terus tido. Takde masa nak layan TV ke apa..Raya pertama pergi ziarah umah2 pak2 dan mak sedara SP. Yg aku sakit hati dorang ni suma dari berbuka lepas makan suma berambus gitu jer. Takde nak tolong kemas...tinggalkan. Mentang2 lah aku tak puasa.

Hari Raya kedua mcm tu jugak. Pepagi aku dah bangun masak nasik....aku blum abis masak lagi..few group dah siap melantak kat meja makan..mmg sakit hati tapi aku diam kan jer. By 10 pgi kami dah stat kuar konvoi beraya...hmm lupa aku nak cerita perihal abang sulong SP yg kawin org sekampung..menjenguk muka anak beranak cucu cicit pada pagi raya ..tu pun dtg makan jer!...bkan nak harap hulur $$$ ke, tenaga pun tak.

Lepas balik beraya raya ke 2 tu, aku siap2 nak mengemas, sbb mlmnya aku nak balik ke Rawang. Aku nak singgah rumah dulu, basuh kain apa patut. Sdg aku lepas mandi nak solat dan mengemas, aku dgr suara MIL aku kecoh2 sbut2 nama aku...ada ka dia kata aku tido!. Siap cari aku kat bilik n sound.."masak la na, bla bla bla"...aku diam jer tak ckp apa2. Malas aku nak layan...lpas aku solat aku dgr dia dgn kak2 SP masak, tapi aku bantai kemas kain baju...then tido. Takde masa nak layan weh.

Yg aku sakit lagi hati, bila SP kata mlm tu nak blik dia menjegilkan mata...siap kata "bukan cuti seminggu ker??" hello, aku cuti seminggu pun bkan aku takde mak, takde keluarga...nak suh aku lelama kat situ supaya bole jadi tukang masak jer ker????

Mlm tu kami bertolak kul 10 lebih dan sampai Rawang dalam kul 2 pgi. Sempat lah membasuh kain dan sidai. Kemas umah sket2..Pagi2 dalam kul 9 kami dah bertolak balik ke Sg besar. Sempat singgah dirumah kawan di ijok. I tell u. Leganya aku dah berada di rumah mak aku..aku ada byk masa, rehat, masak, tido..suma teratur takde org nak bising2 suh bla bla bla..

Sempat gak beraya di rumah sedara mara. Selebihnya kami kat rumah jer lepak. Off pulak asyik kol2..apa nak buat terpaksa melayang...berada lebih 3 hari dirumah mak pun aku dah rasa boring. Mak asyik pot pet pot pet......ada je benda yg dia nak bebelkan mende2 kecik diperbesar2 kan.. Aku rasa mcmana akak rasa..padanlah dia malas nak bercakp2 dgn mak.

Hari sabtu, SP ajak aku balik Rawang..sukanya aku. Tak mau mak terasa, aku bohong sunat kata ada org nak dtg beraya kat rumah, so kena balik awal....dalam kul 5 ptg kami dah sampai rumah sendiri. Malam tu kami mengemas....aku melipat kain ..susun apa yg patut...dalam kul 12 baru tido..rumah siap berkemas...baju siap berlipat...

Letak kepala diatas bantal dan katil sendiri, mmg aku tak bole gambarkan betapa nikmat dan syukurnya berada di rumah sendiri.! dah beberapa malam berhimpit2 dalam bilik kocik, tido atas toto nipis..akhirnya .........

Hari ahad pagi pun kami isi masa dgn bersarapan kat luar..mengemas dapur. Puas hati, kemas dan rapi.Di samping tu aku siap isi kuih muih ke dalam bekas dan letak gelas kat meja luar manalah tau ada org datang pulak kan....

Ptgnya dari pukul 5 aku bantai beraya di rumah kwn aku, kwn2 SP...ending dkat pukul 10 mlm..sbb dah cukup rehat, takle rasa penat sgt...cuma mgkin poket aku will be kosong.....spending on minyak jer dah dkat 3 ratus..blum lagi belanja lain..duit raya pun byk gak....bdak2 pnye duit raya pun byk tahun ni..Alhamdulillah...

Tahun ni aku takde plan nak buat open ke hapa...sapa nak dtg umah, dtg jer..takat nak masak emergency tu bahan2 suma ada..jadik kalau ada yg nk dtg tu...tepon jer lah 2-3 jam awal..kalau tak makan kuih raya jer ler...






September 16, 2009

Raya dah nak dekat sgt2..


Sedar tak sedar dah hampir sgt kita ni nak berhari raya. Lama tak lama, pejam celik dah nak sampai kat ujung ramadan. Sedih sekali aku tak dapat memenuhi hajat nak berpuasa penuh tahun ni. Nak buat mcmna.. uzur azali. Tapi aku bersyukur sgt2 tahun ni Ramadan aku lalui dgn tenang. Dugaan bermacam2 kami tempuh dgn tenang. Yelah mana taknya, dgn amal dok kat hospital. Aku bersahur dan berbuka ala kadar jer kat hospital. Mana lagi anak dan bapaknya yg termissed sahur tak pernah2 dek kerana aku kat hospital. Tapi dugaan tu suma ujian dan ujian tu pasti ada ganjarannya Insya Allah.

Tahun ni pulak Ramadan penuh dgn peperiksaan. Kakak menempuh UPSR seminggu lepas puasa, abis UPSR periksa PSRA pulak. Insya Allah khamis ni abis lah.

Mcm tahun2 lepas jugak aku banyak solat terawikh kat rumah. Malas nak ke masjid dek kerana tazkirah tu dan selalunya aku ada byk masa lebih kalau solat kat rumah. Bole la berehat atau ngemas mana2 patut. Rezeki ramadan pulak tahun ni mmg murah. Buah mangga depan rumah tu mcm beria2 berbuah. Byk sungguh. Lepas abis kena curi berbuah lagi, itupun dah byk aku sedekahkan kat jiran2 dan kawan2...Alhamdulillah.




Baju raya bdak2 lama dah aku settlekan. Order dan beli sket2. Jadi menjelang raya cuma carik baju kurung dan baju melayu jer. Jimat masa dan tenaga. Bebuka puasa pulak, mana yg dan jer. Kalau awal2 tu sempat gak balik masak, tapi menjelang akhir ni sbb buka awal tak dan wat apa...dan jawabnya bazar ramadan. Tapi dek kerana hari2 naik bosan pulak nengok lauk yg sama jer. Ada takde sup tulang penawar duka. undangan berbuka kat hotel2 mmg aku tak amik sejak bibik takde ni. Ya lah, kalau aku pegi kesian kakak nak berbuka apa dia nak makan..bagi aku makan ala kadar tapi kat rumah sekeluarga lebih afdal dan lebih membahagiakan.................

Tahun ni pulak aku tatau kenapa berkobar2 semangat nak wat kuih raya. Mgkin sbb anak2 mendesak nak buat kuih raya, ataupun mmg ada oven baru dan nak mengtestnya...tapi mmg sbenarnya buat kueh sendiri lebih seronok dan lebih jimat. Walaupun penat, tapi puas hati. Sedap tak lain cerita...

Minggu2 terakhir ni jadual penuh jer. Dari hari isnin sampai khamis, aku dah plan nak buat apa. Nak mengemas dapur, nak mengemas bilik, melipat kain..cuci bilik air..kemas hall. Dan last sekali membakar dan mengukus kek pada malam jumaat nanti. Pakaian anak2 suma dah di pack ke dalam bag. Cuma pakaian aku laki bini jer belum. Since anak2 dah merengek nak kasut raya, insya Allah malam nanti bawk lah kejap carik apa yg patut...bunga api dan mercun pun apa kurangnya. Beli lah sket2. After all masa ni la dorang nak berseronok kan. Kita sebagai ibu bapa ni ikut jer. Bila dorang dah remaja nanti for sure dorang tak nak benda2 ni lagi.

Yang paling seronok mestilah anak2. Hari2 menerai baju raya..menghitung hari nak balik kg. lagu balik kg tu berkumandang dari pagi sampai lah seblum tido. Bahkan masa mandi pagi pun si amal sempat menyanyi lagu balik kg...seronoknya melihat gelagat diaroang.

Bagi aku dgn SP, tahun ni biasa jer. Aku beli 2 pasang baju raya ala2 biasa jer. SP pulak mmg tak nak beli baju melayu, recycle yg 2 tahun lalu...cuma katanya nak beli shelai dua suar jeans dan tshirt jer. Skg ni cuma tinggal nak make sure rumah kemas dan clear jer seblum bercuti panjang.
Tahun ni kami akan balik terus ke Sg Besar dari Johor. Takde singgah2 rumah lagi. Pendekkan masa dan perjalanan jadinya kena pastikan rumah are in order supaya balik nanti kepala tak serabut.

Oklah, selamat hari raya aidilfitri kepada suma....semoga selamat sampai ke kg masing2 dan hati2 di jalanraya..


September 8, 2009

Dugaan Ramadhan.........

After spending 3h2m kat sepital Selayang akhirnya hari sabtu tu Amal discharged. Pnyalah panas tghari sabtu tu. Since dah bape hari takde kat umah, aku decided to singgah pasar borong selayang cari benda2 dan barang2 masak. Punyalah panas..mcm nak terpecah kepala...and during berbuka aku rasa mcm kembong dgn air jer..

So glad to be home. Lepas beberapa hari berbuka dan bersahur kat hospital akhirnya dapat aku balik umah..Amal pun dah ok. Nasib takde yg serius. Masa aku kat hospital subuh Jumaat tu kakak kata dorang tak bersahur. Sedih aku dgr. Pukul 7 baru terjaga mmglah takdan nak makan apa2. Alhamdulillah walaupun sekolah, dia tahan berpuasa. Dan petang tu kami berbuka sama2 kat hospital. Hospital selayang pnye peadetrik wad ditutup sbb H1n1 jadik dorang campak kami kat wad lelaki. Nasib baik kelas 2, dan takde org lain kat bilik tu. Kalau tak haru. Mana tak wad lelaki, yg sakit terkangkang sana terkangkang sini, belum lagi yg memekik2. Tak sabar itulah namanya makhluk bergelar lelaki.

Mmg boring giler dok kat sepital lebih boring lagi kalau amal boring. Asyik nak ajak berjalan jer. Pulaknya tempat dituju kedai kat sepital tu..mmg segala mala mahal..RM50 just for 3 hari dok sana. Memacam dia nak beli..Kena x ray, kena ultra sound, kena drip suma dorang buat tapi aku kagum gak ngan bdak nakal tu..tak nangis skit pun..MMG hebat.

Pengalaman berpuasa dan bersahur di hospital mmg dugaan bulan Ramadan org kata. Tapi tiap sesuatu tu ada hikmah dia..aku berharap mcm tu lah.

Sementelah kat hospital, call menderu2..masa tu lah sumanya urgent sampai aku dah fed up nak layan..klau ler aku yg sakit, tercungap2 nak mati gamaknya camne lah?..entahlah dorang kat off ni, masa aku ada suma tak peduli betapa susah aku nak handle suma2 benda tu..bila aku takde tau korang cam ne?...padanlah dgn muka.

Aku letih sgt hari ni. Aku rasa aku masih tak cukup rehat lagi.....i wish bole golek2 kat katil dan ZZZ...baby sitter pulak time2 cam ni nak cuti, Sabar jer lah....betul2 dugaan nih..dgn beratus email nak kena respond. Nasib bos takde.





August 24, 2009

Ramadhan datang Lagi.......

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...Dengan rahmatMu
oh Tuhanku...Ku tempuh jua
Bila dgr lagu Man Bai dgn Raihan tu rasa sayu jer........


Alhamdulillah, hari ni dah hari ke 3 Ramadan. Syukur Alhamdulillah dapat juga menempuh ramadan kali. First day ramadan aku mendapat SMS dari kawan ku Salmi. Memberitahu bahawa suami kepada Has (salah sorang classmate masa form 5) meninggal dunia kerana kemalangan. Kisahnya arwah suami Has tu balik keje masa dekat jalan bengkang bengkok kat Batang Berjuntai tu di langgar. Sedihnya aku dgr. Dugaan paling hebat dia awal ramadan ini untuk Has. Cerita Salmi, masa dia datang menziarah tu Has masih kat Hospital. Anak2 nya yg 3 org tu menangis jer. Aku tak bole bayangkan. Kalau dah ajal sekejap jer. Nasib kita ni tatau lagi mcmna.

First Terawikh aku x dapat pegi sbb masih lagi uzur, Alhamdulillah dapat berpuasa Ramadan tahun ni. Harap2 dapat lah puasa penuh Insya Allah. Malam kedua aku pi berterawikh kat Masjid dkat umah aku. Mcm tahun2 lepas awal2 ni mmg penuh sgt2. Sampai takde tempat untuk jemaah perempuan. Nasib aku pg awal sket, dapat lah port kat ujung2 tu. Azam tahun ni moga dapat penuh pi terawikh Insya Allah.

Tapi yg tak syoknya, lepas 4 rakaat ada tazkirah. Makan masa 45minit baru sambung lagi 4 rakaat then tazkirah lagi. Kata SP masa mlam mula2 pun mcm tu, endup habis dkat pukul 10 lebih. Aku tak paham, kenapa mesti buat tazkirah ketika terawikh. Dan benda2 yg nak ditazkirah tu benda2 yg org suma sedia maklum pasal kelebihan puasa, terawikh qimaullail dsb..bkan tak bole cuma personally aku rasa tak kena. Pulak tu masa solat isyak, imam baca surah yg pjg2. Hinggakan aku sendiri dah hilang khusyuk. Akhirnya lepas 4 rakaat jer aku balik and sambung lgi 4 rakaat kat umah. Masa aku nak kuar dari masjid tu aku dgr lah org yg bagi tazkirah tu kata, org yg solat terawikh 4 rakaat then x dgr tazkirah tak mendapat berkat dan rahmat dari Allah. Siapa dia nak menyatakan tu?..Berkat dan rahmat tu hak Allah. Biarlah Allah yg menentukan. As for me, aku tak nak sambung. Lagipun aku bawak bdak2 yg bukan bole stand still lelama. Lgpun aku sambung lagi 4 rakaat kat rumah. Biarlah Allah yg menentukan samada pahala, berkat atau dosa sesorang itu..
Malam tadi terawikh sungguh seronok, selain solat isyak imam baca ayat2 pendek dan mudah ketika berterawikh pun begitu. Ayat yg mudah2..dan sekejap jer dah abis 8 rakaat. Aku tak mampu nak tunggu sampai 20 rakaat. Mcm biasalah bdak dua org tu cepat mengantuk dan tak bole lelama. Itupun nasib ada bawak buku untuk keep them busy. Tapi tu lah bdak2 mmg tak bole nye dok diam..ada jer. Lagpun hari keje payahlah sket, nak bangun awal kena tido awal..hasilnya balik terawikh jer buummm terus terlena....

Alhamdulillah, puasa ni jugak aku diberikan kekuatan untuk bangun qiamullail...solat sunat. Harap2 berterusan sampai akhir ramadan. Mcm tahun2 lepas, tahun ni pun aku masak, lebih jimat lagipun lauk tu bole disimpan untuk sahur. Kecuali saat2 kecemasan. Memandang skg ni cuti sekolah aku tak susah hati. Kakak ada di rumah and aku dah train dia masak nasik. Menjelang pkul 4 ptg aku kol lah dia suh kuarkan apa2 yg patut..
Kalau first day dah makan ikan kukus, hari kedua daging black pepper dgn paceri terung...smlm agak sempoi. Sambal tumis cili apa, kerabu mangga dgn telur dadar jer..simple mudah dan tak byk keja nak buat..hari ni Insya Allah, ayam masak merah dgn sayur peria udang. Sambal masih byk lagi dan maybe ikan masin..senang jer..bila lapar suma bole makan..kan???
Sahur pulak aku ni mmg tak bape selera nak makan. Org kata makan sesuap dua buat syarat. Sbb itu aku make sure bila berbuka aku makan kenyang..so bila sahur tak makan, or minum milo jer pun dah cukup..

Dah 2 hari puasa kat umah, bantai tido....harini berkerja pulak. Takde apa2 beza cuma agak boring sbb bila puasa mesti rasa sejuk sgt2 aircond ni. dah pakai 3 layer pun masih rasa sejuk.

Semoga dapat mengekalkan konsistensi aku beribadat dalam bulan ramadan kali ni...anak2 pun dah sibuk nak beli kasut raya..selagi tak beli tak berenti lah dorang dok ulang2... Weeknd ni ada cuti so panjang sket, Insya Allah nak balik berbuka kat kg aku. Maybe masa tu lah dok silau2 baju kurung untuk diriku sendiri! ....dan baju melayu untuk kedua hero2 aku tu...


August 20, 2009

Apa Daaaa.....

Lately, aku ditahap bosan gaban pasal tempat keje aku nih. Bukan apa, tau la tgh cut cost tapi takkan lah sampai begitu sekali, sampai nak menulis cari pen pun takde. Dont tell me kat situ pun nak cutcost? bape sen sgt ker reganya. Seingat aku dari mula keje dulu aku perasan dah yg makcik tukang order tuh kedekut. Ada pen best2 order simpan dalam laci dia. Paling tak kalau mat2 saleh kasik yg mahal2 tang kami kulikang mintak ni, bercinta. Dulu2 aku notice adalah gak dia beli pen, pensil, pemadam and pembaris. Lately, mula2 pen takde, then solufentape...now suma pun takde. Kat almari stationery simpan stok tu yg ada cuma fasterner, stapler refill, sebatang pensil 2B dan dua bijik pemadam..aaah please lah.

Since aku ni dah fed up everytime mintak byk sgt cengeih dan cengkadanya, akhirnya aku decided nak beli pen dan alat tulis sendiri. Beli jer kat mydin..berapa RM jer dah byk aku dapat...dan everytime dia datang kat meja aku,sengaja aku tayang pen2 berbundle2 or berkotak yg aku beli...and bos aku pun mcm notis. Suma pen2 tu aku dok label dgn nama aku. Yer lah harta aku kan!...ciis cheaps..

Satu hari receptionist aku mintak pen dgn dia. Tau apa dia kata: nanti bila2 mat saleh tu travel kat mana2 aku suh dorang amik pen2 free kat hotel tu...eeek leeeeh apa barang lah minah tu. Skg ni aku rasa terlampau sgt lah dia tu. Kadang aku bengang dan berang dgn dia, aku malas nak layan. Malas nak peduli...nak2 lagi muka cam sial jer hari2.

Lagi satu aku cukup tak suka kalau dia berckp dgn JLO. Klau bercakap tu mau makan berjam2. Dari berdiri sampai duduk kadang sampai 1 jam sanggup. Tak lain mengumpat, mengata org...komplen bla bla bla....sbbnya depan cakap C#0*. Kalau tak de niat mengata org apsal tak cakp omptuih je ye dak.

Dan everytime dorang berborak berjam2 gitu, mesti ada kes..mcm kes aku kena warning haritu cam tulah. Receptionst kata lepas bergebang berjam jam for sure ada yg kena. Honestly aku mmg bengang dgn JLO tapi aku lagi bengang dgn minah sekor tuh. Apa benda org lain ckp suma tak caya, suma tak mo dgr tapi kalau JLO ckp suma caya..suma iye. Tu sbb satuhari aku x tahan aku sound jer direct si minah tu..kalau ko nak tau citer ko tnye kat aku, tapi aku ckp ko tak percaya WTF ko tnye aku gitu.

Bukan sorang dua yg komplen pasal perangai JLO tu, bahkan customer komplain pun. Tapi everytime konon2 dia tnye aku nak mengesahkan, bila aku dah cerita tak percaya...so what the hack kan.

Satu contoh, few months back JLO ada buat trip ke whse. Dah la pakai baju jarang menambakkan baju dalam, pendek pulak tu. Jadi bila dok alih2 check2 barang tertonggeng2 nampaklah lurah B*nt*t dia tu. Semua pekerja lelaki kat tmpat tu feel disturbed. Itu pun aku cerita kat dia, tapi apa dia buat?...takde apa pun. Takde pun ckp kat bos..tapi kalau pasal aku JLO komplen cepatnya sampai ke boss. Mcm kes Adi hari tu pun cam tu gak. Dia tau sapa yg salah, tapi dia tutup sebelah mata jer. Walhal byk kali aku perasan dia cucuk aku suh mengadu kat boss pasal JLO sejak zaman bos janggut aku tu lagi tapi nasib baik lah aku ni ada akal lagi...mujurlah aku x ikut or dgr apa dia ckp....celaka k*f*r mmg hobi dorang nak melaga2 kan sesama sendiri. Aku masih berpegang pada prinsip berani kerana benar....dan kalau org nak jadi anjing menyalak bukit biarlah kita jadi batu dibawah dok dendiam....jgn dok ikut nak jadik anjing gak.....mengalah bukan bererti kalah org kata bahkan berdiam diri dan mengalah itulah adalah satu kemenangan.

Lama2 aku fikir, bosan nak melayan karenah depa dua tu, aku buat bodoh jer. Wat tatau...sampai masa ada peluang lain berambus jer.....aku sgt cintakan kerja aku nih..sangat mmberi kepuasan tapi pada masa yg sama aku feel so sick dgn environment dan org2 disini.................
Ya Allah bagilah aku ketenangan dan kesabaran.......AMIN

August 18, 2009

Of Letting her Go..


Minggu lepas kakak pas borang untuk diisi. Borang permohonan ke sekolah berasrama penuh. Dalam borang tu ada lah senarai senarai sekolah berasrama penuh yg bole di pohon berpandukan kepada keputusan UPSR percubaan. Memula aku tak ler rasa apa2..sbb mgkin formality sekolah nak pas borang tu. Tapi semlam aku rasa one kind pulak sbbnya kawan baik kakak si Nurul tu dtang. It seems dorang dah berpakat dgn sorang kawan lagi si Alia untuk choose sekolah asrama mana dorang nak..and one of the top choice was Sek Berasrama Penuh Sabak Bernam. Si Alia ada ramai relative kat sana...si Nurul pun...dan kakak of course lah sbb kg aku...tempat kelahiran dan rumah mak kat sana....

So aku masih samar2, terpikir nak let her go dgn umur yg muda cam tu. Rasa berat hati pulak. Ye lah nanti masa nak bersama mesti terhad, mesti payah nak plan kemana2..sbb kalau nak kemana2 or makan apa2 asyik terkenangkan kat dia pulak..n will missed kalau sorang tak de kat umah..Walaupun kalau ada pun asyik bergaduh, memekak..dan aku akan dan ayah dia akan dok membebel remind pasal solat, remind pasal basuh kasut or remind suh tolong buat susu adik....

Honestly, aku tak bape confident untuk dia dapat 5A, berdasarkan keputusan percubaan dan ujian..paling2 pun aku rasa 2A or 3A but aku tak nak bgatu dia..taknak confident level dia tergugat gitu...everytime dia tnye nak bagi apa kalau dapat 5 A..jwpn aku senang jer.......bawak mai balik slip UPSR with 5 A then we discuss apa nak...selagi takde ...No 5A, no slip, no talking..


Aaah, time flies so fast..sekejap jer dia dah masuk 13th years..dah jadi teenager pun..rasa mcm baru jer tgk dia merangkak....tgk dia belajar jalan..now she has grown up..and I m become more older..ehek ehek..




And this morning masa on the bike...pikiran aku asyik melayang pasal tu.......................towards nak sampai masa singgah kat Petronas aku sound kat SP....I dont think I m ready to let her go....Been thinking to send her to normal sek men nearby our area....and once PMR result then only decided where she want to go..SP knowing his calm and cool..only mengangguk........................

Sebenarnya.......aku tak ready lagi nak melepaskan dia ..too young...tahun lepas cuti penggal ke 3 masa dia duduk di kg dgn atok for 6 weeks (tu pun 2-3 x balik Rawang) aku rasa mcm tak best..mcm aku kata, nak makan kat mana2 restoran asyik teringat kat dia...makan apa2 kat umah pun kalau lauk kesukaan dia ada, teringat kat dia.....lagi2 dua bdak kenit tu.......asyik nak kol jer......................................................

August 5, 2009

Selesema B*b* @ H1N1






Malam semalam, lepas maghrib aku bawak amal ke Hospital Selayang. Batuk dia semakin teruk, bertalu2 tak berhenti2. Sejak Jumaat lepas dia demam panas, tapi since demam dah takde, batuk pulak. Kesian kat dia, aku pun decided dgn SP nak bwak dia pi hospital terus.


Syukurlah kakak dah besar dan bole diharap, aku suruh dia bawak delin pi mengaji and bawak kunci rumah manalah tau balik lwat pulak. Masa kami sampai kat kecemasan Hospital tu..mak aii pnye le ramai org yg rata2 pakai mask suma. Kat emergency tu mana kes kemalangan ambulan antar org sakit dan macam2 lagi. Jadik dorang dah buat satu kaunter khas dgn bilik rawatan khas untuk H1N1. Masa pendaftaran tu lagi dorang dah kasik mask suh pakai. Masa tu lebih kurang kul 8.45pm amal dapat no 255..usssh byk no tu. Tgk jelah gambar kat atas tu...ramai giler.






Ni pulak bilik pemeriksaan, punya lah ramai orang berkerumun yg rata2 bdk2 kecik demam panas tak kurang jugak org2 dewasa. Siapa2 yg demam tu immdiately dorang amik darah, kalau tak demam dorang terus suh amik ubat kat sebelah bilik dr tu. Ramai betul aku tgk yg dapat MC. berbuku2 MC hospital diguna smlm.
Penat berdiri aku duduk, penat duduk aku jalan..gitulah sementara nunggu giliran. Pulak tu kena pakai mask, aku rasa rimas betul susah nak bernafas dan rasa sungguh tak selesa.
Lebih kurang pukul 11, baru la clear cket dan masa tu barulah dapat giliran nama amal dia panggil. Dah tertidor, berbaring bagai si amal sbb ngantuk. At same time kami kol umah jugak nak tau bdak2 kat umah tu..It seems dorang dah bentang tilam dpan tv dan delin pun dah tido. Lepas periksa by Dr, amal disuh amik ubat. Dan kalau dalam masa 3 hari masih demam lagi, kena dtang hospital lagi..itu yg dr suruh. Amal dapat ubat batuk demam dgn antibiotik.
Suma selesai around 11.15pm. By the time sampai umah dah dkat pukul 12. Punyalah mengantuk penat..mana kain baju tak dan nak melipat, nak kemas dapur. seminggu dua sejak tak sihat ni rumah mcm kapal karam and aku mmg totally tak tahan tgk..tapi tak daya apa nak buat..taksabar nak tunggu sabtu. Tapi since batuk aku semakin menjadi2 ni taktau lah cam ne..
dgn keadaan yg berasap gini, aku takut jer batuk aku bertukar menjadi semput pulak..............aku rasa semakin serius dah H1n1 ni and better sapa2 nak gi mana2 tu tangguhkan dulu. Keadaan tak berapa bagus la ni. Patut dok dirumah je.
Sekolah anak2 aku semalam pun dah bekalkan mask. Harap2 delin tak jdik teruk batuk dia tuh, kalau tidak gamaknya kena dok kat wad lagi lah naya..boss aku pulak masih bercuti. Aku harap2 dia balik lambat lagi..he he he..

July 31, 2009

Wise Man say.....

Wise man say..only fools rush in....
Let me tell u a story...a funny and some may say disgusting story...remembered in my previous blogs i did mentioned there's a species that always to find ppl fault..always tried to show to others that "SHE's" the best....this time..the best thing happen to her.
Recently, our receptionist whispering to me that she had bad experience..so called shit experience....
In our office floor, we have 2 toilets for ladies. One is for executive (which no one except Jenab used it) and the others is the normal toilet which every ladies in this off goes for thier big n small business including me. There were 3 single door in the toilet. The first door is toilet bowl + pipe, the 2nd door was the toilet bowl w/o pipe -which for sure I wont use this!!.. and the last one the squat toilet with water /piping.
As usual my normal use will be the 1st one....else if occupied then i will choose the 3rd one..So happen, one day our receptionist (who confirmed will use the last one...u see, I knew each of them on which toilet they will choose. As for the receptionist and the other girl, they are not used to the toilet bowl (kampung type, ha ha ha...choose the traditional type) will go to option 3. So after she had her business (do no big or small..dont ask..) she noticed that someone entered the 2nd toilet before. After washing her hands, she was trying to get the tissue paper from the 2nd room toilet and saw something that she shouldnt see at all.........a shit!, which was not been flushed by the GOOD soul. The way she told me, it was so huge, and could not understand how the hell ppl who throw that out not using water to clean it?...cant imagine sorry!..and she was confirmed who the culprit was and the culprit dont even wash her both hand..yuck!.....we had a laugh when she told me the story and i was simply teased her to flush that ....finally i was been flushed by the cleaner..the good soul cleaner. We discussed about that and cant imagine ppl doing that and been wondering how did she handle her own toilet at home!..gosh...
Few days after the incident, the 'GOOD' Soul her self told me one day, when she intended to go out for meeting and asked me to call her on her mobile, she pop out the story...her hp was been flushed to the toilet a day before...and its completely rosak.......poluted by her own shit ..ha ha ha..I was not showing my suprised but pretendly show my sympathy..aaah hate to be hypocrite...but what to do?...
And when I told the cleaner and the receptionist..we had a good laugh...this is what we called...Punishment from GOD. Doing bad thing to other or aniaya orang lain akan di balas....
what do you all think??

When the time come......u wont escape not even a second!

Bila dah lama tak tulis aku pun dah lupa..padahal masa peristiwa tu berlaku, berkobar2 semangat aku nak post kat blog sebagai citer nak share. Alih alih kalau tersimpan lelama lupa..Ada dua insiden yg aku nak share happening lately.

Petang ahad lepas kira2 kul 5 petang, we intend to go for groceries shopping. Knowing that nothing left in the fridge and further more SP dah gaji, apa lagi time to kerjakan..Lagpun around 7pm ada racing F1 yg SP dok sebok nak nengok. Believed me sbb asyik layan F1 aku dgn anak2 dah tau dah the drivers2 pnye nama..dari Phillipe Massa sampai ke Button dan ntah sapa2 lagi lah...

So around 5.15pm dah tercongok lah kitorang kat NSK. Pnye le ramai umat bershopping, sbb gomen dah gaji punyalah pack NSK tu. Aku pnye listing pun taklah byk sgt cuma barang2 kering jer (kat NSK kalu nak beli barang basah such as ikan, udang and else kena pegi time2 middle of the week - Tue, Wed and Thursday jer sbb time2 tu baru2 dah murah sket compared to wknd yg harga mahal dan ikan tak bape elok)..Ttba phone aku bernyanyi pulak lagu Because u love me to...aku tgk nombor eeeh..no tepon cikgu amal ..bila aku angkat jer dia dok kata..ada kat mane? aku kata kat NSK..then dia kata bapak mertua Hassan (neighbour selang 4 umah dari umah aku) meninggal. Kata takde org lelaki nak tolong so mintak SP tolong datang..then aku kata ok..

Before that, aku nak flashback dulu pasal si Hassan ni. Hassan ni mmg peramah orgnya. Masa kami mula2 pindah pun dia datang dan ada 2-3 kali dia buat openhouse aku dgn SP datang..and ada 2 x kitaorang buat openhouse dgn birthday kakak dia pun datang. So kenal dia and wife so as anak2 dia (3 org suma perempuan). Hassan mmg aktif persatuan penduduk. Suma org kenal dia, suma org suka dgn dia sbb kerendahan hati dia..he is very humble. Hassan dulu keje dgn pemaju yg buat taman perumahan kitorang tu. So bila dia kena VSs, i think dia dapat rumah teres setingkat macam kitorang tu dgn and then dia buat sket renovation..nampak luas dan cantik umah dia. Lepas berenti keje Hassan ni buat keje jual2 ikan kat pasar borong selayang. Sbb aku rasa dia honest dan humble kejap jer dia maju..dapat beli mula2 satu lori 1 tan..and then tak lama lepas tu lori 3 tan..and keta pun dah tukar..aku tak ingat keta asal dia but later on dah tukar ke toyota Altis. Masa kalau ada terjumpa kat umah ke dia akan citer sket2 pasal bisnis dia. Pasal dia dapat supply ikan directly ke restoran or terus kat super market mcm carrefour and else. Cuma katanya payment agak lambat sket lah....Pepagi pukul 4 jer dah dgr dia stat lori keluar ke pasar borong, itu belum lagi tapak2 pasar malam yg dia dapat..byk jugak kat area rawang tu..Ada beberapa kali kami beli ikan kat dia..and dia bagi special discount..and ada sekali terjumpe kat pasar borong selayang..dia pun bagi harga murah untuk ikan2 dia yg kami beli..

Setahun kebelakangan tu, lama juga kami tak nampak Hassan. Selalu ada nampak kelibat or kalau hari Jumaat aku tak keje nampak gak dia pi masjid semayang jumaat..tapi jarang bawak keta altis tu..biasa aku nampak dia pi dgn lori kecik 1 tan dia tu........and out of sudden ttba je dah tak nampak dia langsung..ttba suma org mcm senyap je tatau mana la pi si Hassan. Sampai lah Hari raya tahun lepas pun tak nampak dia...selalu sblum raya dia akan datang salam..wish selamat hari raya to SP or terjumpa kat BCH masjid berterawikh...(aku salu nampak dia dgn anak perempuan dia je pi terawikh..tak pernah nmpk bini dia ikut pun)...so cerita tu senyap kat situ jer..hinggalah satu hari aku melawat jiran selang 2 rumah dari rumah hassan sbb wifenya bersalin barulah tau..yg Hassan dihalau keluar dari umah oleh bini dia.....tu pun dah lepas setahun baru aku dan SP tau......


Berbalik pada citer bapak mertua dia tadi, lepas aku bgtau SP cikgu raja called bgtau pak mertua Hassan meninggal SP terkejut..eeh..baru jer kul 4 tadi nampak dia memunggah2 ikan dari lori...ttba jer ...well kalau dah ajal tak kira kan....itu yg ku kata kat SP.

Lepas tu kami pun rush.. nak bayar satu hal sbb ramai org. Tapi byk lagi list barang yg belum sempat nak bli. Since dah kecemasan kan..so rush we all balik, masa lalu kat dpn umah Hassan nampak ramai dah org lelaki kat depan umah dia..lepas park keta, aku suh kakak kuarkan barang2 then aku cepat tukar baju kurung...bawak duit sket pi umah Hassan. Masa tu ada 4-5 org pmpuan kat hall and aku nampak sorang lelaki mengadap mayat tgh baca yassin. Aku salam kat org2 yg ada and stat baca yasin. Si tuan ruman aka bini hassan (masa ni aku taktau lagi yg dia dah jadi x wife) kuar masuk2 umah..suh anak2 berkemas..gamaknya nak bawak mayat balik kg..kat kedah. Sbb ayah dia datang for few days then ajal pulak menjemput.Yg aku terkilan sgt kok ye pun salam lah org yg dtang..ckp lah terima kasih ke hapa..ni tak...buat taktau buat muka sombong poyo pulak..aku buat dek terus baca yasin sampai abis then aku kuar...aku lepak kat depan umah nieghbour selang 2 umah tu...masa tu jiran2 lain pun ada sama termasuk cikgu raja...baru lah tau cerita..yg mereka dah bercerai..and it seem si x wife tu dah nak kwin lagik 1hb August ...ada sorang lelaki dok selalu datang ( masa tu ada gak mamat tu) tu BF dia..and kisahnya minah tu tak bagi panggil org datang masa mula2 bapak dia meninggal tu.. Cikgu raja being a Kak Nam masa tu dok cek mayat tu...then ada ustad datang pun kata kena bersihkan mayat tu...minah tu kata takyah buat apa..nak bawak mayat balik kg...memglah tapi Ustad and cikgu raja kata kena kuarkan cincin2 dari tgn mayat tu..kena bersih kan dia..kena tutup mayat tu..(adaka dia tutup mayat dgn alas cadar ke apa, bangang betul) dgn kain batik berhelai yg panjang tu then letak mayat kat atas tilam...baru le dia buat..pnye bengap minah bodoh sombong..tu.

Neighbour2 yg dok lepak dgn aku pun kata dia tak salam pun org2 yg dtg ziarah, baca yasin adaka org salam dia paling muka kat tempat lain..apa menda manusia gitu??? dalam sibuk2 gitu nampak ler kelibat BF kehulu hilir..tak lama ME pun datang nak mengesahkan kematian and tak lama tu van jenazah pun datang...dalam pukul 7, off suma...si miinah ni pun teresak2 nampak nangis...naik keta altis dgn BF dia..ceh ceh ceh ..dan dari citer2 neighbour rupanya nak kawin 1hb August ni..hmmmmm..

2-3 hari lepas tu ada gossip2 terdengar yg Hassan ttba muncul kat taman tu..katanya nak menuntu harta sepencarian...bagus..aku skong sgt2..biar pempuan tak sedar diri tu kenal dunia..suma kesenangan dia tu hasik penat lelah hassan..senang2 BF dia nak amikk. Yg kelakar aku dgr anak2 hassan pun dok terlompat2 kalau BF baru mak dia dtg..ayah ayah...ish ish...(anak hassan umur 14, 9 dgn 7th). Kat lam bas sekolah pun kakak kata anak dia yg no 2 tu dok citer kta ada ayah baru..bagi hadiah bla bla bla...apa la dosa si hassan tu sampai gitu sekali minah tu brainwash agaknya. Padanlah menyombong sgt dgn jiran2 gamaknya takut org tau perangai bruk dia tu.. masa aku pi sekolah masa delin masuk sekolah tu aku nampak dia..dia takut kot aku tanye mana Hassan..tolonglah org x pernah nak busybody pasal umah tangga dia..kalau dia pnye perangai gitu tak payah tanya lambat laun org tau gak...tak sedar diri pnye pmpuan! mentang lah lawa lagi..mentang solid lagi..

So, aku harap2 Hassan dapat tuntut balik suma hak dia. Biar perempuan tu terbeliak mata..ingat Hassan bodoh??ada ka dia dok cerita kat org2 Hasan masuk pusat Serenti..sampai hati dia..tergamaknya dia burukkan Hassan walhal org tu tak mcm tu. Dan aku harap bila dah camtu..Hasan jual jer umah tu..biar perempuan tu dok tempat lain dgn suami baru dia..perangai sombong cam tu org kat taman tu pun dah tak sudi nak melayan dah........




July 22, 2009

What comes around goes around

Baru ni sungguh aku terkejut bila dipanggil mengadap ke lam bilik bos. Yer lah bilik tu aku dok kuar masuk jer..ttapi bila ttba boss panggil dan suh tutup pintu..aku suspens..berdegup2 jantung aku…

Ye benar sekali telahan aku itu..rupanya aku nak diberi amaran..amaran bertulis belum bagi so ini kira amaran lisan seblum amaran bertulis dikeluarkan… ????? terkejut gak aku pe hal ni…

Alkisahnya ada lah makhluk mengadu dgn dia yg aku ni kaki gossip kat off ni..kaki mengata dan mengadu domba (well idakler dia kata gitu..boss wa mat salleh takkan ler dia kata gitu..tapi begitulah kira2nnya apa yg dia kata)..aku ??? tak paham dan masih blur..yer lah masa tu kan petang . Aku pulak puasa. Tenaga dalaman mmg tinggal sket jer bila kata gitu aku tak bole nak tangkap or adjust mende org tua ni kata nih…

Rupanya itu..siap bos kata ..ko perasan tak org taknak kuar makan tgh dgn ko dah, org taknak ckap dgn ko dah..well aku perasan tapi aku pikir mgkin dorang ada hal memasing..dan lately ni pun aku pose, aku bawak bekal pekejadahnya aku kuar?...rupanya itu. Konon org takut dgn aku. Takut aku ckp apa2 yg tak sepatutnya..takut aku ni singa kot???????? Fu**…

Bila dia dah kata gitu, aku malas nak ck papa tapi aku totally blurr lagi..takkan le bdak2 yg salu kuar makan dgn aku tu report kat dia….tapi takpe lah. Aku pun malas jadi defensive kan so aku kata “iyelah…mgkin aku terlepas ckp ker. Tapi aku ngaku kalu aku tension atau frust tu aku ada gak meluahkan perasan. Tapi kalau luahan perasan aku tu org salah anggap itu bukan aku pnye pasal..(sapa ler celaka mulut sial dok bawak fitnah nih?...tapi aku kata kat dia Thank u lah..sbb bgtau aku..mgkin aku tak perasan. Oklah lepas ni aku takkan ckp apa2 lah kat off ni…bos pun kata…dia tak nak tak harmoni jerk at off nie (as if ramai org sgt kat sini..ada 7 ekor jer pmpuan kat sini..4 muslim, 3 kapir)..aku dok figure out kapir or muslim mana pnye mulut nih….tapi aku malas nk kata apa…so aku kuar bilik…

Lepas tu aku rasa sedih sgt, down dan malu teramat dgn bos aku. Betapa maruah aku selama ni tercalar. Aku tak pernah ada masalah dgn bos, tapi benda ni sungguh melukakan hati aku..aku tak leh concentrate keje dah..so aku diam jer sambung apa2 yg aku buat masa tu pun dh kul 3 lebih…sedih, aku nak nangis tapi air mata tak kuar………..

Lepas tu pukul 5.30ptg masa aku nak balik aku kena panggil ngadap kat bilik mgr..aka HR mgr…aku ingat nak bagi claim jer tapi nak ckp benda yg sama….then aku pun ckp benda yg sama..tapi kali ni dia bagi in detail, wlau tak sbut nama siapa tapi aku bole agak..hebat betul minah tu..suma org percaya kata dia..ada kaa dia kata aku kata JLO kena sacked dari old company kan ke betul fitnah tu..tak pernah aku sbut pun…

Takpe lah..what ever it is aku kata kat manager tu lepas ni aku pi ckp kat dinding..susah sgt ..cakap sikt dah jadi issue..pebenda la.



Berminggu2 aku berhibernasi. Berdiam diri, tak campur dgn sapa. Dalam masa tu jugak aku berfikir, berfikir. Barulah aku sedar, baru aku perasan. Selama ni ketika makan tgh mmg aku salu menyuarakan rasa tak puashati, rasa bengang aku terhadap sapa2 dalam company ni, dan aku tau aku hanya ckp dgn si Mek tu jer..jadinya kalau ada cerita-ceriti timbul selepas itu sapa lagi yg menjadi punca cerita itu??...Lu pikirlah sendiri.

Sesungguhnya aku tak sangka…selama ini dia mengadu, mengumpat, menyumpah bos dia tuh tak pernah aku sampaikan kepada sesiapa kecuali kalau aku rasa benda tu harus disampaikan. Tapi tgklah apa yg aku dapat, selama ini keikhlasan aku, kejujuran aku dipijak2 dan dicampak ke longkang. Maruah diri aku rasa dihumbankan kelembah jamban!.

Masa mula2 si mek dtg, tak de org yg sudi menegur dia, takde org nak berkawan dgn dia..tapi aku…aku menegur dia dgn ikhlas, beri dia apa2 yg aku masak tanpa mengharap balasan..semuanya tu aku buat dgn ikhlas. Tetapi tak sangka aku dia sebenarnya berhati jahat.

Masa mek ada problem or bengang dgn boss dia, aku lah tempat dia mengadu. Walaupun aku rasa kadang aduan nya itu mmg tak masuk akal. Ada sekali tu bos dia bg instruction…tapi mek ni salah paham sbb dia ni bengap sket English. End up aku kata kat dia bos dia nak cam nib la blab la..sbb customer nak. Lepas tu dia terus bengang. Terus marah..apaaadaaa…dah la bodoh sombong pulak tu.

Yg kelakarnya satu hari, pepgi buta kol extension aku kata nak mintak transfer..transfer kat mana aku kata?..kat department aku katanya..bodoh dia ingat suka2 nak transfer. Dahle dept aku ni mana ada jawatan kosong untuk dia..ha hah a..that was the joke.

Lepas incident2 ni suma aku jadik serik. Serik nak bercakap or bersuara apa2..takde gunanya takde maknanya.

Dan aku perasan..aku ni sdg diperhatikan. Segala gerak geri aku mcm di monitor..tapi aku tak takut..aku tak heran sbb aku tak buat apa2 yg salah pun. Aku berpegang pada prinsip berani kerana benar..

Bila dah jadi camne, aku mengenang balik…tak pernah selama ni aku dengki apa2 dgn sesiapa..tak pernah aku report org dtg lambat, balik lunch lambat, kuar lunch cepat. Kuar off suka2 hati. Tak pernah aku sibuk..jadi aku tak paham kenapa dengki dorang dgn aku…adakah aku ni terlampau bagus buat keje kot, atau pun bos aku terlampau suka keje aku…ataupun…entah. Tak tercapai dek akalku…

Sebagai therapy diri aku sendiri, aku stat antar resume dah ke beberapa tempat. Tak menaruh harapan tinggi tapi aku berdoa moga aku dapat keje dgn client pulak…jadi biar dorang rasa kena gasak aku pulak..kan best?...

Allah maha kaya dan Adil..aku dah alaminya beberapa kali..Allah tau apa yg tersurat dan tersirat..jadi aku berdoa aje lah….semoga Allah makbulkan doa aku tu……………..dorang2 suma tu lupa……..DOA ORANG YG TERANIAYA MAKBUL..dan aku harap depa2 suma tu dapat balasan setimpal satu hari nanti…amin..

June 17, 2009

Its truely a thought

Lepas balik dari bercuti kat sepital BP baru ni, one of considered good friend called and happily advised that she's no longer ibu tunggal. Dalm terkedu, aku dok harap2 bkan lah dia pi menikoh dgn mamat tuh...unfortunately, it was..It was him.
From the beginning, mmg aku dah agak there are something going on between them based on their body language. I did tnye dia bkan sekali bahkan berkali2 but dia menafikan. I guess kalau kita dok asyik menafikan tak de, means its ada lah...mcm artis2 tu. no komen no komen sdahya mmg sah komen!.
Knowing that the guy was her first lover, aku mmg harap2 berdoa2 takle berlaku apa yg tak patut berlaku. Well, the guy's wife tu mmg yg aku tau physco. Which mean kalau x dapat kol laki dia sampai ke lubang cacing di cariknya. Walaupun tugas sang suami tu mmerlukan diri terlibat ke operasi ke hape, still dia kena jwp gak talipon dari bininya itu. Dgn 5 anak yg makin membesar remaja, surirumah penuh masa for sure aku rsa dia rasa insecure nak2 lagi sang suami lak selalu jer kena keja luar etc.
Berdasarkan kepada pengakuan another good friend, kisahnya dia takmo bagitau aku bunga2 cinta dorang ni sbb pertama konon2 takut takjadi, keduanya aku ni mmg menentang benda2 gini. Aku bkan tak tau hukum dan aku tak pernah against poligami tapi bagi aku ada syarat2 tertentu yg mesti dipatuhi kalau nak berpoligami. Salah satu nye mampu dari suma segi material dan mental. Kalau takat makan pakai bini dok tolong sponsor, suar dalam pun masih bini yg beli apa kejadahnya nak berpoligami. Aku pun ada kwn2 yg menjdi mangsa dimadukan tapi mcm yg aku kata syarat2 utama pun tak bole dipenuhi ada hati nak menambah cawangan. Hakikatnya skg ni bape ramai yg berpoligami sedangkan soru sendiri masih missed..dasar jantan taksedar diri lah tu.
Jadik berbalik kepada cerita teman ku tadi, aku benarnya rasa terkilan sbb kalau lah dia ada bercerita2 bunga2 kepada aku akan hasrat dorang tu pasti aku meluahkan padangan aku, hujah2 aku berdasarkan kepada cerita dan pengalaman org lain dan pastinya aku akan nyatakan baik buruknya menjdi isteri kedua kan. Tapi since aku takde pun tau bunga2 tu, suma dah jadi.. As if lah kalau dia ckp dgn aku bfore dorang menikah tu nanti tak menjadi. Buah pandangan dan fikiran kawan2 pun kena amik kira kan sbb biasalah manusia ni kalau dah cinta sumanya menjadi buta. Yg aku tak berapa berkenan ialah cara dorang bernikah tu. Dah lama selama ni dorang berdating secara tipu dan rashia. Pulak ni berkahwin pulak cara curi2. Kalau betul2 ikhlas tak denya lah si lelaki tu sanggup menduakan isterinya wlaupun setiap detik dan saat dimonitor kan.
Aku sebenarnya kasihkan temanku tu tadi, aku takmo lah terjadi apa2 kat dia. Sejak suaminya meninggal aku tau dia sunyi, aku tau. Aku paham tu. Tapi tak bermakna kita bole buat ssuatu untuk kebahagiaan kita tanpa memikirkan hati dan perasaan org lain. Itu yg aku tak suka. Knowing lelaki kan, kalu masa nak himpit pmpuan pasti ada je benda buruk pasal bini dia yg akan dia kata. Based on pengalaman aku gak, mcm2 yg buruk pasal bini diceritakan. Nak mengayat biasalah tu.
Sbb walaupun buruk mana pun perangai isteri dia itu bkan alasan sapa2 untuk menambah luka dan sakit hati. Aku dah penah rasa, walaupun bkan sampai thap bermadu lagi, tapi sakitnya tu tuhan je yg tau. Dan aku ada kwan yg dimadukan selama 4 tahun tanpa pengetahuan dia..sudahnya terbongkar. Yg aku tak paham, kenapa ada org sanggup melukakan hati kaum sejenis sendiri semata2 untuk kepuasan dan kepentingan diri sendri. Mcm kawan aku yg dimadukan tu, sampai sudah tak pernah mendapat hak sebenarnya. Laki dia sendiri pun tak berani nak pegi kerumah bini muda, bahkan takde satu hari pun dia tak balik rumah..hmmm aku wonder masa bila dorang ada masa buat anak sampai 2 yek?..gamaknya masa keje kot curi2 jumpe. Isssh tak koser la nak curi2 jumpa. Takde maknanya perkahwinan tu kalau nak jumpe suami sendri pun kena sorok2 kena tipu2. Terutama masa raya, aku tak bole bayangkan. Time2 pagi raya org dok cium tangan suami dia terkontang kanting nangis sendrian. Ini bukan kebahagiaan namanya, itu derita tu.
Apapun alasannya aku rasa kalau kita nak hidup kita diberkati Allah, hidup kita tak dipenuhi dgn stress baiklah jgn sorok2. Kalau betul2 ikhlas pi sesama jumpe bini tua, mintak izin. Dalam kes2 gini, suma lelaki2 ni jenis takut bini. Tu lah sebbnya.
Tapi ini aku pnye thought jer. Sbb bagi aku kebahagiaan yg kita carik tu akan bertambah berkat kalau kita buat dgn ikhlas. Tak payah tipu2..tak berkat U.
Kadang2 aku pun tak paham..aku mintak2 lah jgn lah terjadi mintak dijauhkan kalau aku berada di situasi camtu, harapnya hati aku tetap untuk menumpukan ke akhirat, tumpukan ke anak2..isi masa lapang yg bnyk tu dgn benda berfaedah. Bukan mengenang2 meratap nasib..dan paling penting Jgn libatkan diri langsung kepada perkara2 yg tak diingini berlak..it takes two to tango org kata.
Jadiknya sbgai teman yg sama2 menangis saat dia bagitau aku kematian arwah suaminya, saat betapa dia melahirkan rasa rindu dan cinta pada arwah suaminya..aku rasa terkilan. Saat duka berkongsi dgn teman, tapi saat gembira, saat bercinta lupa segala..benarlah CINTA itu mmg akan membutakan mata menulikan telinga..mgkin inilah hakikatnya kan.
Sebuah perkahwinan tu adalah perkongsian..emosi, mental dan ofcourse lah fizikal kan, tapi perkahwinan bkan setakat tuntutan seks sahaja, segala2nya. Kalaulah ada seorang wanita mengaku yg dia berkahwin dgn seorang lelaki tanpa mengharap, wang ringgit itu tipu semata2..or mgkin seblum dapat org kata lautan api sggup direnangi...bila sudah dpat??? begitulah hakikat insani. Mgkin seblan dua kita rasa tak kisah, tapi lama kelamaan??. Kita ni manusia biasa yg ada hati dan perasaan.. Lama kelamaan perasaan tu pasti menggugat jugak kekerasan hati kita. Dan ketika itu kita baru nak menyesal mmg takde gunanya.
Seblum kita terjebak lebih baik lah kita menjauhkan diri kita...sbb tidak ada yg ke 3 dari seorang lelaki dan perempun melainkan syaitan....
Aku dah bernekad. Untuk tidak mahu masuk campur atau bertanya lagi tentang hal ini kepadanya dan aku nekad untuk tidak mahu tau langsung sekiranya ditakdirkan dia mmpyai masalah nanti di kemudian hari. Apalagi penghargaan yg tinggal pada seorang sahabat jika kita sendiri tak menghormati maksud persahabatan itu kan...
Pikirkanlah sendiri....

June 1, 2009

Muhasabah Diri

Kadangkala aku tak paham untuk sesetengah org nih. Mudah sgt rasa sensitif, mudah sgt berpransangka. Kadang2 benda yg kecik pun nak dibesarkan. Cerita2 yg sedap didengar pasal diri kita dijadikan alasan untuk menjauhkan diri.

Bagi aku senang jer, kalau org nak menjauhkan diri just because aku menyampaikan apa yg patut diketahui, dgn harapan supaya org tu berubah atau berusaha memperbaiki diri sendiri. Jnglah salu sangkat diri kita ni bagus sgt. Itu tugas org lain nak menilai samada kita bagus atau sebaliknya.

Kerapkali jugak aku rasa sesetengah org ni tak paham akan kepentingan body language. Kalau ko tegur org tu buat bo layan jer, toksah melebih2. Mgkin org tu tak suka nak melayan kita atau pun org tu nak mengelak untuk bersembang dgn kita.

Masalah utama aku kat off ni mcm tu lah. Yg satu perasan dia bagus sgt, bila kita bgtau manager dia complen slow buat keje, merajuk, takmo ckp. Niat aku bagitau dgn satu niat jer. Supaya org tu berhati2 dan buat le keja cepat sket. Jgn asyik nak terhegeh2. Mentang2 lah ko ada rupa paras ko ingat kerja ko pun bagus. Aku sendiri tak pernah rasa aku bagus. Byk kali jugak aku buat silap byk kali jugak boss tegur aku. Byk kali juga aku kena perbetulkan. Tapi itukan lumrah dalam hidup sbb aku terima segalanya dgn hati dan minda terbuka. Yg mana2 salah dan silap tu berusahalah aku memperbetulkan. Bukannya menyerang org itu, ataupun bercerita kat orang lain yg kita tak pernah buat silap.

Ada 4 insiden kat pejabat aku ni yg betul2 membuatkan aku ni kdg2 malas nak bersosial. Insiden pertama, bila kawan makan tghari aku ttba bagitau aku JLO jumpe dia pagi2 dan bercerita yg aku ckp dgn dia boss kawan aku tu garang giler. Bila kawan lunch aku tu ckp begitu aku jadi tersentak, ye lah aku takmo lah dia anggap yg selama ni aku cerita suma kat si JLO. Out of blue ttba JLO ajak dia makan breakfast yg menyebabkan dia terkejut beruk!. Sib baik tak turn jadik beruk kan. Yg paling tak bestnya dia quote kat kwn lunch aku tu aku cerita kat dia pasal boss kawan tu garang..puas lah aku cuba ingat2 kembali masa bila ada aku ckp gitu. Tak dapat aku nak recalled. Kalau ada pun mgkin secara bergurau aku salu kata bos kwn lunch aku tu sombong dan asyik nak marah org...cerita tu berkubur kat situ jer sbb kwn lunch aku kata dia percaya aku tak pernah kuarkan statement tu..dan mgkin JLO sengaja memancing kawan lunch aku tu untuk ajak bersarapan sama..Wallahuaalam. Tpi yg aku pasti sejak insiden tu kawan lunch aku tu kurang dah mesra alamnya dgn aku. Kurangdah nak kuar makan tghari dgn aku. Walaupun aku ni jenis tak kisah, tapi jauh disudut hati aku ni terlintas jugak, mgkinkah dia dah tak percaya dgn aku????.

Insiden ke 2 pulak, kwn aku yg seorang lagi ni. Yg baru jugak masuk kat sini. Memula tu aku rasa dia ok jer dgn aku. Walaupun sedikit sebanyak dia dapat keje kat sini sbb aku, tapi aku tak pernah mengungkit tu suma. Aku dah bgtau kat dia antar je resume selebihnya bkan kuasa aku. Aku ingat lagi masa mula2 dia kta nak apply tu nak suh aku jek supaya dia dpat gaji 2k. Masa aku dapat Sms dia masa tu, aku malas nak layan dah. Aku tak berapa layan sgt sms dia. Tapi mgkin rezeki dia, dia dapat gak masuk kat sini. Personally aku rasa minah ni lembap giler buat keje, dan IQ pun agak lembap gak. Well, aku pun ada kelulusan tak setinggi mana pun tapi in terms of kerja aku rasa suma orang patut jadi pro active. Pengetahuan am tu sgt penting, pengetahuan tentang keje pun sgt penting. Jnglah pulak org tnye sapa ko pnye holding co ko pun tak tau mmg la melampau. Then ko taktau membezakan apa company ko workwith. Ttba mengaku department org lain sdgkan org lain sgt tahu ko bukan under same portfolio dng depa. Kan kelakar tu??. Lagi satu kalau soklan bodoh bdak jah 5 pun kita takleh nak tau, kena tnya org aku rasa ada dua sbb jer, pertama ko mmg2 bengap dan bodoh, kedua ko buat2 tnye sbb nak bermanja2 or mengada...abis kalau tanya aku soklan negara Indon pakai currency apa? (contohlah kan)..ko ada rasa tak nak balik pinggan or periuk kat orng tu??...well itu lah yg aku rasa.

Suatu ketika, masa dia baru2 masuk tu keje dia tak bnyk so dia offer nak tolong. Aku pun mintakla tolong dia untuk buat filing. Kelakar gile bila aku noticed slot filing tu di letakkannya di bawah . Maksudnya dokumen2 filing tu letak atas label nya di bawah..tak ke bengang giler tu??...entahlah. Susah nak aku katakan.

Insiden ke 3 pulak, pasal bos kwn lunch aku tuh. Bos dia matsalleh sesat yg sombong tak kena tempat, rsa diri cam bagus sgt treat org pun mcm sial walhal buat keje ntah mcm hape2. Aku knal ramai mat saleh kat pejabat ni tapi dorang suma bagus2. Tak sombong dan yg penting sgt menghormati org lain. Bayangkan bos aku sendiri, tiap2 kali nak balik petang akan say "bye bye..have a good wknd (kalau ari jumaat) or see u tomorrow..dan salu ucapkan thank u pals for helping me out today (kalau time2 ujung blan closing sales tu) dia akan ckp mcm tu. Hati kita nak keje pun sejuk kan. Greetings tu tak lekang dari mulut dorang. Tapi mat saleh bos kwn lunch aku tu, dah le rupa takde, kwin pulak dgn pempuan cina yg QC giler, kalau satu lif pun kita tegur buat dek je, kalau kita ni cantik or sexy dah cukup tanah nak menegur. Kalau gemuk cam aku ni, tak lawa mana pun..haram nak pandang muka pun, menyampah betul aku dgn mat sombong gitu. Pasal keje pun sama. Nak print pun tak reti nak scan apatah lagi. Kalau nak print apa2 dan dan kwn lunch aku tu jadik mangsa. Sbb aku jadik tempat meluah perasan kawan lunch aku tu, aku tau sgt camne bangang sgt lah mamat yg kononnya ada technical tu. ceeeh. bab bini pulak satu hal. Satu hari tak tau berapa ratus kali kol, nampak perempuan cantk kat opis ni lalu dpan bilik laki dia pun kecoh. mcm org nak sgt amik laki dia tu..ishhh tolonglah.

Insiden ke 4 pulak perihal adik si JLO yg suka sgt mereport tuh. Kadang2 aku naik bosan dgn dia. Dalam meeting pun nak bersuara pasal keje aku. As if aku ni tak reti nak bercakap. Byk sgt komplen suma nak ikut kehendak dia, mcmlah dia ingat dorang kat Spore tu nak jaga Mesia jer. Suka2 nak tukar org punye sistem konon kesian kat aku buat double work...ceeeeh... sejak perisitwa mggu lepas tu aku naik bosan nak bercakp dgn dia. Dan aku kalu bole nak mengelak bercakap pun dgn dia kecuali hal keje. Takut2 karang aku tercakap benda2 tak sepatutnya sampai pulak kat bos dia susah la.

Dan org jenis tak paham bahasa pulak minah ni. Klau 2-3 x org nak mo ko join lunch, takkan ler tak paham2. Aku salu bagi byk alasan kalau dia ajak makan..takkan dia tak paham yg sebenarnya ..(cam lagu Yuna :D) aku takmo dia makan dgn aku. Tapi ada satu ketika tu aku bertiga dah duk kat satu kedai makan tuh...out of blue ttba dia muncul menjoin group..ish ish tak paham bahasa betul tak?..la ni kat off ni dia pun cam taknak ckp jer aku. Buat2 tak nampak..aku tak kisah. Lagi aku suka..dan dia patut MUHASABAH diri dia tu nape aku marah sgt dgn dia. Nape aku takmo ckp apa2 dgn dia......sbbnya dia mmg completely..SENGAL.

Lately pun aku tak join mana2 group for makan pun. Yg sorang dok sbok lunch dgn laki hari2 (aku pun ada laki idokle hari2 nak mengadap ouuui...bohsan lah). Yg sorang manjang nak kuar dgn kawan lain..so aku tak kisah, baik la aku tapau nasik kat bawah pkok and lepak sambil baca buku yg baru aku beli or baca metro...sejuk, tenang dan tenteram kan.

As today, aku join group bdak laki pulak. Dua engineer aku yg tak banyak karenah. Makan kat mamak sambil cerita2 perihal pengetahuan am. Lagi enjoyable. Dan engineer aku yg sekor ni bangsa asing ada gelpren melayu jati johor. Mmg bagus sgtlah. Engineer aku tu dok cerita yg GF dia pnye adik nak kwiin this weeknd so dia terpaksa carik baju melayu sampin dan songkok. Semakin seronok kami mengusik yg lepas ni akan jadi Khairul lah pulak instead of Khay.

Itulah dia drama swasta minggu ini. Cuti sekolah dah stat, dan aku sgt gembira . Tak yah rushing2 pepagi...dan minggu ni short week sbb Jumaat company pun tutup for agung pnye besday............
Smlm pun aku balik kg mak aku attend sampai 4 kenduri skeali. Sampai nak termuntah aku dibuatnya, tapi meneman kan akak ku itu terpaksa ku redah jua...

May 28, 2009

Hidup kena ada pendirian dan pegangan

......seminggu dua ni, mmg hati aku hangat dan rasa terbakar je dgn salah sorang species kat pejabat aku nih. Puncanya bkan apa2 pun, tapi aku sgt terkilan dgn sikap dan perangai dia yg aku rasa mengalahkan kanak2 tadika.
Mgkin sbb dia rasa diri dia hebat (hebat kee?), manja dgn bos or what ever idaklah aku pasti. Tapi yg pastinya setiap butir bicara dan sembang yg keluar dari mulut aku ni akan disampaikannya ke bos dia. Well, aku tak kisah kalu dia nak bermanja2 sakan dgn bos dia, tapi tindakan dia tu nanti akan menyusahkan aku dan org lain di pejabat nih...
Kisahnya, seminggu lepas, bos aku suruh dia prepare reports...lebih kepada engineering report lah. Dan dia memerlukan gambar barang dari Malaysia timur sbelum dapat buat. Kebetulan pulak dia mmg berada di Malaysia timur ketika itu. Kalau dah tau kerja yg dibagi kat kita tu urgent, pandailah2 ko nak idup kan. Since aku ni mmg org tgh dan perantara aku tolong followup untuk dapat kan gambar. Tapi since benda tu aku tak pasti berapa urgent aku buat dek jer lah. Anyway bkan keje aku nak menyibuk kan dan knowing species tu sendiri kenal org perantara tu, malah pernah bersua muka pun. Pandai2 lah nak idup.
Bos aku adalah org yg paling senang nak handle. Caranya, apa saja keje yg dia bagi or dia nak, kalau kita buat as per dia suruh dia mmg kautim. Sbb itu dia dan aku ada chemistry yg bagus untk settlekan suma2 keje. Dan aku tau yg mana satu patut didulukan. Since report tu bos aku dah mintak kat species ni seminggu lebih, dan bos aku pulak berhadapan dgn customer yg dok nag nag nak report tu aku bole bayangkan betapa tension nya dia. Lepas seminggu species yg sangka diri dia hebat tu still tak bole nak produce the report by reason gambar tak de..sampailah ke satu tarikh yg dia kena pi ke malaysia barat pulak untuk outstation still keje tu tak siap. Middle of 2nd week tu bos aku mengamuk gile di pagi2 yg hening. Suma org dibambunya...idakla termasuk aku, tapi aku dok kat depan dia pun terkena tempias. Kawan aku yg bernasib malang dua org ni terpaksa lah berlari-larian menyiapkan keje si species yg tak siap tu. Bila kawan aku tu kol si species tu, bole pulak dia jawap gini "..tgklah, nanti i ada masa i buat report tu..." so kawan aku yg lurus jendul ni pun dok revert the same mess to boss la kot..agaknya. Sbb tu bos aku mengamuk tahap gaban..
Lepas dah kecoh2 tu, si species ni kol aku konon2 nak check it out lah whats happening...kebetulan pulak masa tu boss besar regional ada kat lam bilik bos aku..bos aku meluahkan perasaan tak puashati dia kat si species ni, dah le pi O/S, keje tak siap pulak. Aku ni konon2 nak bgtau kat species ni lah supaya dia berhati2 dilain kali. Aku cerita la sket pasal tu. Aku pun ckp apsal la ko tak antar 2 report yg dah siap tu?? (Total ada 3 reports)..dia admit salah dia. Then bila aku citer pasal perbualan bos besar aku dgn bos aku, dia ttba mengamuk. Konon2 apasal bos aku ckap "minah ni pi outstation keje yg aku mintak since last week tak buat2..." sedang aku bercakap (berbual thru MSN Chatting) pasal tu, species tu terus kata " i nak ckp kat boss i nape dorang ckp gitu"..the moment aku kata janganlah....dia jwp ..takpe..i dah kol dah..pus sepantas kilat tak sampai beberapa saat aku ckp. Menyesal tak sudah aku. Sbb bila dia ckp kat bos dia, bos dia akan dtg jumpe bos aku confront..mcm selalu selalu tuh..dan knowing my boss dia mmg tak suka org buat cam tu..ko tak puas hati sendiri ckp sendiri mau jumpe..tak main ngadu2 ginih...
Jadiknya lepas insiden tuh aku dah serik totally serik. Malaslah aku nak cakap or bercampur ddgn species tu kalau tak de berkaitan. Kalau pasal keje pun aku still try to avoid terbabas ckp apa apa....susah. Jnis tak paham bahasa gak asyik nak datang carik dan lepak kat tmpat aku. Dan asyik nak join our group for lunch. Tak paham bahase pnye org...
Itulah dunia...for me senang jer..apa yg patut ckp ckp..if not diam jer lah. Walaupun camne baik bos kita dgn kita...dorang tu mat saleh..kita ni local dan kuli..apa2 dorang ckp sesama dorang tetap tidak akan memenangkan kita betul tak?..they speak the same language..so does US..bodoh pnye org,..MORON

May 27, 2009

Some updates..

Dah lama bebenar tak mengupdate blog nih. Malas pun ia, busy pun ia gak. Aku rasa more easier kalau dapat masuk facebook jer. Takyah tulis pepanjang. Just letak gambar then comment. Dan dapat gak tau whats happening around us.
Kejap je aku rasa dah masuk bulan June. Diam tak diam dah setengah tahun berlalu. Bkan apa tak sabar nak nunggu ujung tahun. Cuti sekolah, exam bdak2 dah abis, bole le melego2 ke mana2. La ni nak berjalan pun susah. Masa dan $$ menjadi halangan. Ekonomi tgh tak bape ok ni kena hati2 lah sikit nak belanja ke apa kan. Takut2 nanti melecet terus.
Malam semalam aku tido tak lena. Bahana apa ntah ekhmal terkencing kat atas katil, pulak tu merengek sampai pagi. Sudahnya tido ku terganggu. Mata pulak kalau dah terjaga payah giler nak tido balik. Hari ni pulak kena submit report revenue so agak tensi lah pepagi ni dgn kepala yg ting tong, dgn karenah2 mangkuk2 yg membosankan kat sini nih,
Aku pulak since tak leh tido, aku gosok baju, berus baju sekolah kat bilik air. Pepagi lagi dah siap so dapat sampai ofis awal plak hari ni.
Cerita pasal mangkuk2 yg betul2 tahap gaban nih, kekadang aku rasa nape lah ada org yg bengap giler. Dok citer apa benda yg didgr kat boss dia. Mcmlah bos dia tu bagus sgt. Yg aku tak tahan benda2 nak gurau pun disampaikn kat bos dia tu. Sib baik bos aku pulak bkan jenis melatah..so let it be. Cuma since dia dah camtu, lepas ni jgn haraplah aku nak cerita apa2 pun kat dia malam sket le jwpnya.
Bila2 lagi ada masa dan keinginan aku update lagi. Buat masa ni tahap kemalasan maksima tak terbendung2 dgn keje2 yg byk dgn kes2 barang hilang totally buat aku ilang mood...tak sabar nak cuti dah.............bole lepaks sket

April 2, 2009

When the cat not around..this rat having party!!

What a nice tittle kan?. The rat is me lah..furthermore, i was born in tahun tikus..a smart animal wlaupun kocik yo. Dua hari ni bos aku takde. Pi ostation ke east Msia. Dan aku??..hmm mmg gumbira mmg happy dey. Keje jlan tetap jalan cumanya tahap percentage turun la sket kan. Dari 100% mgkin less to 70% ke. Alah salu dia ada pun aku still berpeluang mngular di alam cyber..mngular kat facebook. Aku tak bape suka mengular kat YM tu bkan apa, kadg2 ada geng2 yg totally free tu kalau nak menyembang payah nak stop lah. Sedangkan aku ada masa ada keje ada masa free (walaupun gitu, still aku tak nak le menepek kat YM je kan?)
First of this week start dgn very malasnya. Weekend aku balik kg mak jap, so bila monday balance2 malas tu masih ada lagi. Yang iyenya aku rasa peri*d dah nak mari kot. Dan dalam pada tu ttba aku tersensitif pulak, sampaikn menjadikan konfrantasi antara aku dgn SP. Dah masuk 2 hari ni aku dan dia tak beramah tamah, berguran senda..sbbnya angin mengenangkan kata2 dia yg sungguh menghiris hati aku nih..malas nak pikir. Let it be let it be..kalau dia nak mintak maaf (mmg patutpun) suka dia kalau tak, then aku akan diam gini..
Kat opis pulak dah 2 minggu ni ada training. Means makan tghari no problem. Cumanya kalau dah 3 hari berturut pizza mau kembang tekak aku nih. Ada gak selang2 dgn caterer, tapi kadang2 menu nya kurang menepati selera aku idaok le aku ckp byk, nak makan makan..tak nak just dendiam. Bkan ada mcm setengah org tu, dah dijemput makan ada hati dgn sombong kata :makanan tu tak cukup untuk aku..ish tamak betul, tak padan badan kerempeng gitu:
Mcm aku kata teman ku si poyo tu dah lama dah disuh berenti. La ni ada satu bdak baru masuk. Bdak ni muda trang tang tang lagi...baru 28th. Tapi muka comel. Baby face. Kalu kata umur 23 pun org caya. Alkisahnya dia ni kawan si Sid tu...tapi kan aku malaslah nak citer apa2 kat si Az ni pasal JLO. JLO plak bkan main lagi memainkan peranan seolah2 mgr besar bagi arahan kat kuli batak. Since aku malas nak + aku just dok dendiam buat keje aku. Ada lah aku brief Az sket2 pasal JLO tu tapi aku tak eloborate lebih2..biar dia sendiri tau. Aku pun dah kabor kat SId bila dia balik dari laut nanti, jumpe AZ dan citer lah apa yang patut kat dia.
Mat salleh tmpat aku ni biasalah, kalau ada orang baru mmg bkan main lagi. Kata la bagus itu dan ini..tapi tunggulah sket hari lagi adalah yg tak kena tu. Adik si JLO pulak bkan main lagi beramah tamah dgn AZ. Mentang2lah bujang lagi..mcm nak cucuk jarum gayanye. Since JLO naik darjat hari tu, aku perasan dia smakin lagaknya..kejap2 panggil aku dari bilik dia..being konon buat2 tak dgr, aku buat dek jer..last2 dia akan dtang kat meja aku..LOL sajer je aku wat gitu. Adik JLO pulak skg pun kerek semacam. Sebijik dah cam kakak dia tu. Most of the time aku ignore jer dia tu, malas pulak aku nak melayan dia. Bagi arahan pun mcm akak dia tu lah..makan sama, gelak2 sama..aku pun tak ingin nak join dorang pi makan walaupun bebrapa kali depa ajak aku aku anggap tu ajak2 ayam jer..aku pun tak rasa nak kuar makan dan beramah mesra dgn adik JLO takut aku terckp apa2 mampu* sampai kat Kak dia.
Aku dah byk kali bgtau dia hati2 dgn JLO tapi dia taknak dgr. Aku berdoa sgt2 satu hari nanti dia kena dgn JLO..baru dia tau..barulah masa tu ingat pesanan aku ingat pesanan SID kat dia.
Sejak2 pindah off baru ni, kami share dgn company lain. So ada 2 org kwan baru aku. Duanya perempuan. Salu lunch break kami lepak sesama 3 orang. Kadang lepak makan sambil sembang2...totally tak campur dgn geng2 JLO tu..tak kosser.
Minggu ni pulak aku sengaja take my own sweet time pi breakfast dulu, kul 8.30 baru le terhegeh2 aku naik. Sengaja jer sbbnya aku rasa tak salah aku masuk on time. Dulu masa off lama org tak ramai so by 8 am aku dah kena ada..la ni org dah ramai..I dont care...
Semalam 1st April maknanya cukup 2 tahun dah aku kat company nih. Takle extra vaganza sgt tapi tak le teruk sgt. So and so org kata. Ekonomi tak bape bagus ni tak sesuai tak tukar keje. So aku just dok dendiam jer kat sini..and trying to impress boss with my daily work supaya dia tak mudah termakan akan hasutan org yg mendengki di sekeliling ini.
Kelakar pulak aku bila teringat JLO mengadu kat aku pasal bos buat tak layan je dgn dia..padan muka. Kisahnya JLO tgh buat proposal, boss aku lak tgh busy dgn tender Vietnam last week aku pun terlibat sama menolong dia, Si JLO tergedik2 kejap2 pi bilik bos, tnye harga itu ini. Tanya ni ok ke tak (JLO tgh buat proposal utk Co1) gamaknya boss aku dah bengang..sbb dia tu kalau busy mmg cepat stress (maklumlah dah tu..59yrs)..Last2 bos aku sound dgn sore agak tinggi.."U just do what ever u think its good. I m so busy and you have to do at your own"..masa dia ngadu kat aku tu..dalam hati tuhan jer yg tau..padan muka ko..serve u right. Aku pun sajer tambah perisa..aku kata aah, dia mmg busy kalau dia busy dia mmg cam tu aku tau sgt..." BENGANG gilos si JLO dgn ayat aku..sama mcm adik dia gak. Kalau dia dok ngadu pasal Senior dia si L tu, aku akan tambah lagi perisa supaya dia tambah sakit hati.."jahat ke aku?"" nnaaaaah,
tu sajer jer nak ajar dorang. Biar dorang sedar yg dorang perasan bagus.
And satu peristiwa lucu lagi (JLO salu ngadu kat aku bla bla bla..aku dgr jer tapi for sure aku akan tambah perisa) bila poyo dah blah, suma keje poyo secara tak langsung dia kena buat, so dia ngadu kat boss dia busy bla bla bla...tapi bos aku buat bodo jer..buat cam takde benda..heeeheehh..last2 dia ngadu kat bos adik dia sibotak...aku tatau apa exactly dia ngadu tapi lepas tu botak dok sampaikan kat boss aku..(bodoh..dah tentu dorang sama2 mat salleh)..pun dalam hati aku gelak berguling2...padan muka..
Kdang2 aku taktau nape org suka sgt ngadu domba gini. Tak pikir panjang . Pasal MUKA BUKU pun gitu. Bdak2 company aku dok hoping muka buku sana sini dan add lah si JLO. Sbb sama level maa.Si JLO pi bangang add bosses kat muka buku dia. So si botak pun ada kat situ. Sudah suma bdak2 engineer takut dah nak hoping pasal bos dorang bole tau..tak ke bangang tuh???? Well cerita ni bkan aku yg reka, adik si JLO yg bagitau. Sbbnya bdak2 kat Indon komen kata takut nak pi muka buku dah sbb si bengong JLO ni dok add bosses suma kat mesia, kat oversea...so dorang bole nampak apa benda dorang buat. Believed me adik si JLO pun kata kat aku dia x mo add boss dia si botak tu kat muka buku dia..heehheee, aku? aku block terus JLO dari muka buku aku, walaupun sid add adik JLo ke muka buku dia, aku tak. NO WAY.
Work smart bukan dumb macm JLO tu, nak tunjuk konon2 ramai kontek kat Muka Buku, menjerat diri sendiri dan kwan2 yg sewaktu dgnnya....
Well, tikus ni penat dah menaip tapi tikus ni happy giler mggu ni, sbb dah dapat beg idaman LV yg ku mimpi2 kan tuh......berbaloi aku bayar ratusan ringgit (bkan 100% orig..kalau ori tak mampu weh USD3850.oo tu rega dia) but i m totally satisfied..tidor malam dgn lenanya sambil tunggu2 mana la ada kenduri kawin aku bole gayakan beg baru aku nih/ :} jgn jeles naaaa...

March 27, 2009

Sibuk sibuk sibuk

Gaknya kalau org baca pun org naik nyampah. Mcm lah sbok sgt. Org lain pun sbok gak. Tapi hakikatnya mmg mcm tu lah. Aku mmg sbok, takkira lah apa org nak kata kan. Keje aku , aku carik makan kat sini so aku have to bear with it.
Mcm minggu2 sudah hari minggu aku sgt sibuk dgn kelas tambahan delin. Skg ni pulak jadual dia dah bertukar sabtu pagi ahad pulak petang. Jadi sabtu tu setengah hari mmg akan kena menguruskan hal dia. Ahad pulak pagi kena uruskan umah setengah hari petang pulak nak kena uruskan delin pnya kelas. Susah sket tak pe lah janji dia pandai. Dan kelas dia pulak skg ni dah bersambung lagi untuk term3. Baru ni aku dapat kertas ujian dia. Bahasa malaysia, dia dapat 20 Markah out of 100. Terkejut jugak aku sbb aku pikir sure dia dapat 0 markah. Rupanya ada jugak dia betul. Memang betul aku kata, dia confused antara b dgn d. Sbb yg patut jwb b dia jawab d begitulah sebaliknya.
Kerja pulak makin bertambah akhir2 ni. Aku baru dapat regional manager baru dan dia tak biasa dgn area asia tenggara ni so siapalah agaknya nak kena tolong dia??..ahkak jugak. Kalau dulu aku ada Vietnam, phillipines, Malaysia, Thai dgn brunei kat batu kepala aku ni, la ni tambah lagi dan lagi..sbb Regional pnye area semakin luas, termasuk australasia, indonesia, japan dan ntah mana2 lagi rantau asia pasifik. Jadi kalau aku note kat facebook tu aku busy korang phamlah betapa kebisian aku tu mmg tahap gaban.
Bos aku yg sedia ada ni pun byk kerja aku nak kena tolong buat, la ni ada lagi. Its good lah for aku punya exposure kan tapi kalau tahap minima bisa tercabut urat kepala nih ha.
Aku rasa bulan ni aku telah belanja byk. Byk benda aku beli. Kerusi untuk bdak2 yg gambar tgan tu dah 3 biji, blum lagi henbag LV yg aku dah TERORDER tu...layan. Walaupun begitu, aku menambah untuk kumpulan kutu. Siap main 3 group tu. Kalau tak pun mana pi ntah duit tu.
Well, hari ni jumaat, hari paling best sbb nak cuti. Pagi2 lagi aku dah siapkan revenue report tuk bos aku, so petang2 sket bole la gospen ka, ngumpat ka. Mlm ni aku nak balik kg mak aku. Esok pulak dah panjang list aku dgn akak aku nak pi facial lah, gunting rambut lah nak pi avon lah..uii mau sampai petang gamaknya kami merendek ....

March 18, 2009

Delin.....

I sent an email to old friend yesterday. Dia pakar ortopedik kat Kuantan. I knew him 20 years ago masa tu aku baru umur 15thn. Dia pulak 19thn. Dia datang kat sekolah aku under UKM pnye project. And masa tu dia ada bgtau dia akan buat Surgeon kat ireland...that was 20 years ago...
Satu hari masa aku dok melayar internet, aku tak ingat aku carik apa aku ter accross his name, biasalah aku ni kan agak advance sket pasal carik menda2 nih...mana belajar jgn tnye..tu suma anugerah tuhan...so aku browse bukak, baca and it seems aku rasa macam aku kenal dia tuh...mcm org yang aku pernah kenal dulu.
Aku pun sajerlah melayangkan email aku kat dia bertnya bla bla....true enough its HIM. Dia can still ingat tarikh, tahun tu dgn tepat bahkan dkat sekolah mana...sedikit sebyk kitrang bertukar2 cerita...and how its ended dgn facebook. Byk aktiviti dia aku tau melalui facebook, byk gambar dia pun kat situ dgn wife dia. Aku rasa dah lama gak dorang kawin tapi takde anak, dia masih buat master in Ortopedik seblum sambung PHD kat soon.
So, aku saja hantar email kat dia perihal anak aku si delin tu. Aku cerita dari a-z kenapa aku rasa delin ni tak mcm bdak2 lain yang normal. Aku pun ada mintak dia suggest pakar mana yg aku patut gi, kot2 dia ada kenalan2 kan. Maklumlah dia org terkenal, pakar lagi tu for sure ada cable..but unfortunately dia kata takde. But email dia sungguh insipiring. Dia bagi nasihat kat aku on where to go. Ye lah aku dah gi klinik gomen tapi feedback nya sungguh kureng. Dia bahkan kata delin ok, cuma slow bla bla bla. Masa aku pergi tu aku harap dia refer lah aku kat memane hospital or pakar kanak2 kan..tapi hampeh.
Jadi kawan aku yg pakar ni kata aku patut jumpe pakar kanak2..get delin to be check. Tgk apa sebenarnya masalah dia. Mcm aku kata based on symptom dia ni dyslexia. Tapi aku sendiri tak pasti. Dia nasihatkan aku jgn pegi ke private hospital tu suma cekik darah, dan klinik kejaan mcm biasa lah mana nak layan benda2 gini. Dia suh aku pi dapatkan referral letter dari mana2 klinik dan mintak dorang refer straight ke HUKM. Dia kata kat sana ada ramai pakar kanak2 yg bole handle the case. Bayar tetap kena bayar tapi tak le semahal SJM* and others tu.
Menurut dia lagi, kalau betul delin tu ada masalah, mmg dia tak bole bersekolah di sek biasa dia kena pi sek khas untuk bdak2 mcm dia. Dia bagi nasihat kat aku dgn SP supaya byk2 bersabar, bayk bertawakal sbb bdak2 mcm ni mmg susah nak handle. Mmg slow nak catch up apa pun.
Lepas balik keje smlm, masa lepak2 tgk tv aku bgtau pada SP. Aku kata kat dia aku tak kisah lah kalau delin masuk sekolah tu yg penting itu akan dapat membantu dia. Aku tak mau dia rasa rendah diri, tak mau dia rasa ketinggalan.
Kelas cahayaku yg dia amik tu aku tambah lagi 10 jam. Walaupun dia dah tau dan kenal abjad, tapi dia still ada masalah nak mengeja. Lebih dari 2 suku kata ( mama, lala, susu) je dia dah lost. Menulis pun baru terangkak2 ..tak smua huruf dia bole tulis pun.
Di segi percakapan pulak, delin still ada masalah. Byk benda yg dia ckp org tak paham bahkan aku pun kadang2 ambik masa untuk paham apa dia nak. Certain huruf tu dia tak bole pronouce dgn betul. Mcm L dgn F..sampai la ni tak dapat.
SP akan cuba slowtalk dgn dr panel dia kalau2 dorang bole kuarkan surat reference. Aku fikir kalau dapat ke Sg Buloh hospital pun ok sbb dorang pun ada pakar kanak2 kat sana. Cousin aku pun ada sorang anak dia mmg ada masalah mcm ni. Cumanya anak dia lagi teruk sket dari delin sbb anak dia lelaki dan sgt2 hyper. Bayangkan dah beberapa kali dia dok godek suis eletrik sampai hampir kena kejutan. At least delin tak seteruk tu, paling2 tak pun hilang kat pasaraya jer.
See what next lah, kalau dr tu suh kami pi ke hospital then kami akan pi. Aku tak berhasrat nak menangguhkan lagi kena buat cepat2. Aku tak nak sbb terlewat buat tindakan nanti memusnahkan masa depan dia.
Mmg delin ni sgt sensitif, suka dipuji. Tiap benda yg dia buat kalau kita puji akan bersungguh2 dia buat. Cuma yg tak tahan, kalau dia tnye soklan dia akan tnye sepuloh kali, dan jenuh gak nak menjawap. Jenis tak leh dok diam ada jer benda yg dia nak buat. Jenis ikut jer sapa pun. Pastu kalau bole bangla kat stesen minyak tu pun nak di tegur dan di buat kawan.
Apa2 pun, aku tunggu jer surat dari panel dr SP tu, kalau nak kena pi hospital we will go...

March 17, 2009

Penyakit dah Datang




Tak tau lah nape, sejak semalam penyakit M dah datang melanda. Bkan takde keje suma malas nak buat apa2. Mgkin bersempena mood cuti sekolah kot ?? atau sbb bos takde??? mgkin jugak. Tapi yg benarnya mmg mood keje takde. Badan mcm penat lesu2 gitu..






Since minggu ni dah stat cuti sekolah, rutin harian aku ada agak slow sket, tak yah rushing2 takyah nak gosok baju sekolah bagai. Walaupun kakak ada sekolah tambahan tapi aku suruh dia gosok baju sendiri. Mmg dasar lah tu kan..














Hari sabtu lepas, aku pi majlis bertunang anak buah belah suami. Anak kedua kepada abang dia yg sulong yg dok kat Selayang tu. Mulanya malas nak gi gitu, tapi memikirkan masa kami tunang kawin dulu dia laki bini sibok uruskan so ala tak sedap gitu. Aku gagahkan gak pegi. Sbb kami kuar dah lewat (bantailer tido dulu kan sejam dua)..jumpe kat Taman Bidara jer umah bakal pengantin pempuan. Berjanggut gak nunggu. Mcm yg dijangka berbuah2 kereta yg sumanya sedara mara belah biras jer yg ada. Belah abang ipar cuma kami je lah anak beranak.






Aku mmg tak bape gemar dgn sedara mara belah biras aku tu. Mana taknya kalau kenduri umah abg ipar aku tu berbondong2 anak cucu cicit suma datang. Pulak tu jenis yg berlonggok jer kat lam umah abg ipar aku tu sampai takle nak masuk. Dah la umah dia sempit..nak tumpang solat pun tak de ruang.Yg aku tak paham yg dlam pantang pun dok berbungkus bangkas kat umah sempit tu. Ngalahkan umah setinggan. Dah 28 thn menyewa tapi takde rancangan pun beli umah. Beli keta 3-4 biji tapi umah menyewa..tak kuasa aku.












Berbalik pada majlis tunang tu, bukan main gembira lagi abg ipar aku tgk kami dtg. Agaknya dalam hati dia..ada gak sedara mara belah aku dtg...lepas abis berdiskas bagai..turunlah bakal si pengantin bersma barangan hantaran nya. Umah dia bagi aku besar dan cantik. Umah taman yg dah diubahsuai nampak luas..hantarannya pulak RM11,250.00. Majlis kwin bulan 12 nanti...lepas selesai diskas kami dijemput makan..ala2 kadar jer. Lepas tu majlis tukar hantaran pun bermula dan kami terus balik ke umah abang ipar aku. True enough...berlonggok ler sedara mara biras aku tu dari depan sampai ke belakang..last2nya aku dgn hsband lepak kat luar..taklama pas tu kami angkat kaki..malas nak menyempit2 tu ....tak kuasa.

Hari ahad pulak delin ada kelas petang. Jadi pagi tu pegi pasar then lepak sampai tgh. Pkul 4 kelas delin start, melanguk lah kami lagi kat bwh pokok sawit tasik puteri tu. Cuma kali ni bezanya kami menjala..so dapat byk..berbaloi gak beli jala tuh..manataknya mancing tak dpat2 sekali jala..ha ko byk tu...................

Aku rsa segala aktiviti tu suma menyumbang pada tahap kemalasan aku minggu ni kot.....
cumanya aku takleh nak cuti jer.....adui.











March 2, 2009

Weekend activities...tiring yet happening

Busy betol aku ni last week. Manataknya amal sakit, batuk2 smpai kena pi sepital selayang tuh. Betapa busy nye aku nak kena pi hospital pi office. Dlam alam kerjaya aku ni ada 2 hari yg sgt penting setiap bulan iaitu 23hb dan 27 hb. Pendek kata untuk 2 hari ni ibarat kalau aku sakit nak ma*i pun kena dtg opis dulu baru pi Ma*i. 2 hari ni aku kena prepare the revenue and sales report to aku pnye boss sbb dia kena report kat boss dia, boss dia kena report kat boss besar and bla bla bla..smpailah ke Houston tuh. Jadiknya kalau aku tak prepare itu report and input, mampu* mati bos aku kena maki dgn bos dia dan seterus2 nya...
Terkebetulan pulak amal jatuh sakit pada tarikh2 in between terpaksa lah aku nak tak nak dtg kat opis hangkut dia, stay for 2 jam then antar report baru bole balik. Pulak tu cuti aku ditolak 2 hari gitew...aku tak suka tapi nak buat cam ne. Kita ni mentimun, carik makan kan, anak dan keluarga penting gak, tapi duti income aku earn tu amat penting gak kan?..ada duit baru hati senang baru bole shoping beg prada ke beg Chloe ke.....
Dua hari lah aku bercuti mggu lepas, ari Selasa dgn rabu. Dok umah jaga anak sakit boring gak terutama bile citer kat astro cam Si**. Ada takde layan jer SEPAKIU tuh..Minggu lepas gak aku pi kenduri doa selamat(which aku rasa cam kenduri kawin) anak abang laki aku..sbb dah jalan..ngalahkan kenduri kawin maha hebat dgn jemputan dan bunga telor bagai. One thing aku tak suka kalu kenduri kat situ sedara mara bini (biras) dia je yg konker. Last2 aku dtg makan then blah.
Pagi sabtu tuh, antar kakak pi sekolah tambahan. Delin aku cutikan kelas dia sbb ptg tu nak balik sg besar jap. Pagi tu aku cam lipas kudung, pi beli barang dapur kat NSK, berus baju sek, cuci kasut sek, kemas umah, basuh kain, kemas dapur & mop..pendek kata menjelang kul 12 tgh batteri aku flat gile. Tinggal nyawa2 ikan. Lepas kakak balik jer terus pi kenduri...n lepas kenyang tu blah.. balik sg besar.
Mak sebenarnya tatau aku balik, sajer aku tak bagitau. Tapi bila aku sampai dia tak terkejut pun. Katanya instict dia kata aku balik..cis bagus betul mak aku tu..mcm instict aku gak. Sampai pun dah kul 5, lepas solat terus mak ajak aku cam biasa pi mengeteh kat pekan. Aku pun plan nak pi carik beskal bdak dua org tu kat sana..Satu keta penuh aku, anak2 dan mak aku..akak aku plak try moto skuter baru dia bawak anak dia...ish..aku dah try ronda naik moto tu best giler u..
Dapt la beskal melayang duit aku kat 300. Apataknya amal pnye taste beskal bagus..harga pun dkat 2 ratus gitu whereas delin cincai pilih basikal biasa berharga seratus rm then lepas tu pi billion shopping barang2 dapur mak dan terus ngeteh kat Restoran Pak Din. Owner restoran tu sebenarnya kawan sekolah aku masa tkgtn 5 dulu. Cuma lain kelas jer. Sempat gak dia menegur aku..cerita2..aku kata aku jeles kat dia sbb dah managed restoran dgn pelanggan ramai giler...tapi dia pulak jeles dgn aku sbb keje opis..dan jeles tgk aku katanya lagi nampak muda...eeiii..jgn jeles u. Yer lah keje dia kan teruk. Aku tgk pun dia dah gemok sgt2 skg. Mcm umur dia dah 40an gitu. Tapi yg best ekonomi meleset ke hape ke org tetap makan kan??
Hari Ahad plak pepagi lagi kami dah kuar, aku dan keluarga, mak dan akak sekali. Seperti biasa agenda ke pasar sg besar carik bahan untuk masak tgh. Decided plak menu hari tu, ikan cencaru bakar, paceri nenas, ulam2 man. Lepas tu ngeteh lagi..tapi kat kedai lain plak. Delin sejak jumaat nampak tak sihat, batuk selesema demam, masa bekfast tu dia bole letak kepala kat meja and tidor..so lepas bekfast aku decided nak bawak dia pi klinik. Masa tu dah kul 10.00pg. Aku pi ke klinik Sal**H kat situ. Pnye lama tunggu, dah tu plak bila tiba turn kitorang aku dan laki aku kena torture pot pet pot pet by dr tu..ish. bohsan tau. Dia kata anak aku tu mgkin astha dan dia stat membebel apa punca asthma bla bla bla, melalut pasal makanan junk dan ntah hape2 lagi. Dia dok promote suh aku amik sonotron tuk delin..korang carikla sendiri maksud dia. Ala2 terapi aljabar letrik gitu which aku rasa tak perlu. Then aku kata anak aku ni makan susah sket, so dia stat membebel kata aku tak pandai bagi anak makan...kena paksa bdak2 makan walau terpaksa kena rotan..bla bla bla. Masa ni aku dah boring giler dah..sungguh. Last but not least dia tnye aku nak ubat apa untuk anak aku nih..nak ubat selsema ke cairkan kahak..aku kata selsema dia kuat so bagi ubat selsema..tau apa dia jwb, kalau selsema bla bla bla kahak tak kuar,...aku pandang kat laki aku dgn muka boring...until aku jwp..dr, terpulang kat u nak bagi ubat apa kami amik jer ...dah tnye aku nak ubat apa baik aku tak yah jumpe dia kan...kerek giler dr tu. Aku tau ler dia alim tapi tak bermakna kalau apa2 nak hentam kami as parent tak pandai jga anak, kasik junk food smapi selsema dan asthma..bengang betul dia pikir bole ke aku kawal anak aku tu 24jam kat umah ye lah aku bole kontrol kalau kat sek tu tau ke aku apa dia makan..gitu harus lah aku bontot anak aku tuh 24 jam..bengap.
I tell u, this will be the last time aku pi klinik nih, lenkali jgn haraplah..for RM15 service bole jalan lah..nak torture nak bagitau how good he was educating anak2 dia..ceh.
By time sampai umah dah jam 11. Kelam kabut memasak. Mak walau tak bape sihat nak gak pi pasar, nak gak siang ikan. Dia mintak aku buatkan siakap sweetsour. So tgh tu menu kitorang byk giler. Paceri nenas, ikan bakar terubuk dan cencaru cicah sambal kicap, cendawan tumis, ulam dan paling best sambal kuini...last sebijik kuini dari pokok umah mak. Tak hengat aku dan yg lain2 tu makan. delin pun bkan main selera lagi makan........Jgn tak caya lepas selesai makan tgh dan mengemas aku lepak jap dgn kakak aku sblum solat zohor, sbb plannya aku nak pi sg besar lagi dgn kak aku naik moto..nak menyoping baju dan suar aku plak. Tak dan beli apa2 pun kuar. Abis2 duit aku melayang beli mainan si amal. Dalm kul 2, lepas zohor, lepas tidorkan delin -amal ok, dia suka tinggal sbb nak melanyak beskal baru tuh kan..
Bestnya ronda2 naik skuter. Skuter baru lak tu. Aku ni mmg takde lesen moto tapi jgn cuba meragui aku agak terer gak bawak moto kat sg besar tuh. Tiap kali ada can balik kg mmg tulah aktiviti aku dgn kak aku shopping naik moto supaya takde org/bdak2 nak ikut. Kacau daun jer..aku melabur dkat ratus jugak..dapat baju suar, suar jeans..best giler. lepas shoping sampai umah dah kul 4.30..tak hengat tu..kutip baju kat ampai lipat dan kemas2 nak balik. Masa aku balik aku tak nampak amal, aku nampak delin dok diam kat kerusi rupanya bdak tuh main layang2 kat bendang nun sampai itam legam mcam anak tuutt...dgn leceknya..adus..aku ingat anak sapa lah rupanya anak aku..hehhhe...
Masa bertolak balik dah ujan lebat gile and sampai rwang dah kul 10..penat giler..