July 22, 2009

What comes around goes around

Baru ni sungguh aku terkejut bila dipanggil mengadap ke lam bilik bos. Yer lah bilik tu aku dok kuar masuk jer..ttapi bila ttba boss panggil dan suh tutup pintu..aku suspens..berdegup2 jantung aku…

Ye benar sekali telahan aku itu..rupanya aku nak diberi amaran..amaran bertulis belum bagi so ini kira amaran lisan seblum amaran bertulis dikeluarkan… ????? terkejut gak aku pe hal ni…

Alkisahnya ada lah makhluk mengadu dgn dia yg aku ni kaki gossip kat off ni..kaki mengata dan mengadu domba (well idakler dia kata gitu..boss wa mat salleh takkan ler dia kata gitu..tapi begitulah kira2nnya apa yg dia kata)..aku ??? tak paham dan masih blur..yer lah masa tu kan petang . Aku pulak puasa. Tenaga dalaman mmg tinggal sket jer bila kata gitu aku tak bole nak tangkap or adjust mende org tua ni kata nih…

Rupanya itu..siap bos kata ..ko perasan tak org taknak kuar makan tgh dgn ko dah, org taknak ckap dgn ko dah..well aku perasan tapi aku pikir mgkin dorang ada hal memasing..dan lately ni pun aku pose, aku bawak bekal pekejadahnya aku kuar?...rupanya itu. Konon org takut dgn aku. Takut aku ckp apa2 yg tak sepatutnya..takut aku ni singa kot???????? Fu**…

Bila dia dah kata gitu, aku malas nak ck papa tapi aku totally blurr lagi..takkan le bdak2 yg salu kuar makan dgn aku tu report kat dia….tapi takpe lah. Aku pun malas jadi defensive kan so aku kata “iyelah…mgkin aku terlepas ckp ker. Tapi aku ngaku kalu aku tension atau frust tu aku ada gak meluahkan perasan. Tapi kalau luahan perasan aku tu org salah anggap itu bukan aku pnye pasal..(sapa ler celaka mulut sial dok bawak fitnah nih?...tapi aku kata kat dia Thank u lah..sbb bgtau aku..mgkin aku tak perasan. Oklah lepas ni aku takkan ckp apa2 lah kat off ni…bos pun kata…dia tak nak tak harmoni jerk at off nie (as if ramai org sgt kat sini..ada 7 ekor jer pmpuan kat sini..4 muslim, 3 kapir)..aku dok figure out kapir or muslim mana pnye mulut nih….tapi aku malas nk kata apa…so aku kuar bilik…

Lepas tu aku rasa sedih sgt, down dan malu teramat dgn bos aku. Betapa maruah aku selama ni tercalar. Aku tak pernah ada masalah dgn bos, tapi benda ni sungguh melukakan hati aku..aku tak leh concentrate keje dah..so aku diam jer sambung apa2 yg aku buat masa tu pun dh kul 3 lebih…sedih, aku nak nangis tapi air mata tak kuar………..

Lepas tu pukul 5.30ptg masa aku nak balik aku kena panggil ngadap kat bilik mgr..aka HR mgr…aku ingat nak bagi claim jer tapi nak ckp benda yg sama….then aku pun ckp benda yg sama..tapi kali ni dia bagi in detail, wlau tak sbut nama siapa tapi aku bole agak..hebat betul minah tu..suma org percaya kata dia..ada kaa dia kata aku kata JLO kena sacked dari old company kan ke betul fitnah tu..tak pernah aku sbut pun…

Takpe lah..what ever it is aku kata kat manager tu lepas ni aku pi ckp kat dinding..susah sgt ..cakap sikt dah jadi issue..pebenda la.



Berminggu2 aku berhibernasi. Berdiam diri, tak campur dgn sapa. Dalam masa tu jugak aku berfikir, berfikir. Barulah aku sedar, baru aku perasan. Selama ni ketika makan tgh mmg aku salu menyuarakan rasa tak puashati, rasa bengang aku terhadap sapa2 dalam company ni, dan aku tau aku hanya ckp dgn si Mek tu jer..jadinya kalau ada cerita-ceriti timbul selepas itu sapa lagi yg menjadi punca cerita itu??...Lu pikirlah sendiri.

Sesungguhnya aku tak sangka…selama ini dia mengadu, mengumpat, menyumpah bos dia tuh tak pernah aku sampaikan kepada sesiapa kecuali kalau aku rasa benda tu harus disampaikan. Tapi tgklah apa yg aku dapat, selama ini keikhlasan aku, kejujuran aku dipijak2 dan dicampak ke longkang. Maruah diri aku rasa dihumbankan kelembah jamban!.

Masa mula2 si mek dtg, tak de org yg sudi menegur dia, takde org nak berkawan dgn dia..tapi aku…aku menegur dia dgn ikhlas, beri dia apa2 yg aku masak tanpa mengharap balasan..semuanya tu aku buat dgn ikhlas. Tetapi tak sangka aku dia sebenarnya berhati jahat.

Masa mek ada problem or bengang dgn boss dia, aku lah tempat dia mengadu. Walaupun aku rasa kadang aduan nya itu mmg tak masuk akal. Ada sekali tu bos dia bg instruction…tapi mek ni salah paham sbb dia ni bengap sket English. End up aku kata kat dia bos dia nak cam nib la blab la..sbb customer nak. Lepas tu dia terus bengang. Terus marah..apaaadaaa…dah la bodoh sombong pulak tu.

Yg kelakarnya satu hari, pepgi buta kol extension aku kata nak mintak transfer..transfer kat mana aku kata?..kat department aku katanya..bodoh dia ingat suka2 nak transfer. Dahle dept aku ni mana ada jawatan kosong untuk dia..ha hah a..that was the joke.

Lepas incident2 ni suma aku jadik serik. Serik nak bercakap or bersuara apa2..takde gunanya takde maknanya.

Dan aku perasan..aku ni sdg diperhatikan. Segala gerak geri aku mcm di monitor..tapi aku tak takut..aku tak heran sbb aku tak buat apa2 yg salah pun. Aku berpegang pada prinsip berani kerana benar..

Bila dah jadi camne, aku mengenang balik…tak pernah selama ni aku dengki apa2 dgn sesiapa..tak pernah aku report org dtg lambat, balik lunch lambat, kuar lunch cepat. Kuar off suka2 hati. Tak pernah aku sibuk..jadi aku tak paham kenapa dengki dorang dgn aku…adakah aku ni terlampau bagus buat keje kot, atau pun bos aku terlampau suka keje aku…ataupun…entah. Tak tercapai dek akalku…

Sebagai therapy diri aku sendiri, aku stat antar resume dah ke beberapa tempat. Tak menaruh harapan tinggi tapi aku berdoa moga aku dapat keje dgn client pulak…jadi biar dorang rasa kena gasak aku pulak..kan best?...

Allah maha kaya dan Adil..aku dah alaminya beberapa kali..Allah tau apa yg tersurat dan tersirat..jadi aku berdoa aje lah….semoga Allah makbulkan doa aku tu……………..dorang2 suma tu lupa……..DOA ORANG YG TERANIAYA MAKBUL..dan aku harap depa2 suma tu dapat balasan setimpal satu hari nanti…amin..

No comments: