September 4, 2012

Kebenaran itu sememangnya Pahit

Diam tak diam hampir dua bulan dah kes aku..tapi masih senyap.  Ntah nak suruh aku blah ke idak..tu aku tak pasti, tapi aku sangat tertekan disegi mental dan emosi menghitung dan menghabiskan2 waktu2 di pejabat yg sekarang ku rasakan lebih panas dari biasa.

Sekembalinya aku dari cuti raya ari tu, rupanya si Kerry budak HR tu dah tender surat berenti.  Apparently dia pun dah bosan nak keje dgn company katun yg kelakar ni.  Dia dapat offer kat tmpat lain. Which 10 min dari umah nya kat Kelang nun.

Semalam meena MC, so aku sengaja buang masa pi lepak tmpat kerry dan bersembang panjang. Mgkin sbb dia nak berenti dia cerita segala2 nya pada aku. Dari mula sampai abes!.   Mmg benar lah telahan aku bahawa si pendek jenab lah master mind. Sbb kata kerry HR singapore dah siap calculate berapa company patut bayar aku.  Tp semua maklumat tu tak sampai kat omputih tu suma sbb ditahan oleh si jenab. Sbb jenab most probably kunun nak jimat duit company!. Pi mati lah dia.

Kerry nasihatkan aku, kalau dapat keje cepat2 lah blah. Sbb kalau tunggu lama lagi di sini, macam2 dorang bole buat katanya.

Benarnya aku lelah dah antar application keja.  Banyak giler!!.  Tapi baru berapa company jer panggil interview tu pun belum ada rezeki lagi.  Kadang2 aku menangis, makan hati terfikir...apalah agaknya hikmah ujian2 ni suma.  Mengatasi kesbaran mental dan fizikal aku kah??

Dengan gaji aku kat sini agak tinggi mmg aku akui sukar nak dapat keje lain kat luar tu.  Aku sanggup merendak kan lagi expecting salary hampir kurang 1k.  Tapi setakat ni belum ada rezeki lagi gaknya. Mungkin Allah benar2 nak aku abiskan permainan ini? Allahu alam.

Mengurangi gaji diminta antara 1-1.5k bukan pekara mudah. Byk benda aku kena adjust balik semula. Tapi jika itulah hanya jalannya, aku redha. Aku anggap mgkin bkan rezeki aku skg tapi mana tau akan datang??.

Susah nak carik kerja sebenarnya, sbb org taktau lagi kemampuan kita. Resume secantik mana pun belum dpat beri keyakinan pada mereka. Pengalaman berpuluh tahun belum tentu menambat keyakinan mereka. Kalau korang bole lihat berapa byk application yg aku antar pasti korang pun pitam.

Ada antaranya review resume 4-5 kali, kadang 7-9x, tapi masih tak panggil interview pun ..abes camne??.  Baru ni aku register kat agency, harap2 ada lah rezeki kat sana. Kurangkan sikit masa aku nak carik..tunggu jer mereka telefeon kalau ada peluang.

Kerja2 yg byk ialah shift rotation hours. Dgn kemampuan aku berbahasa inggeris dgn fasih mmg bukan masalah. Tapi aku x sanggup nak kerja 10pm-7am..atau 10am-10pm..kalau aku takde anak2..takde keluarga takpe..ni aku masih  banyak tanggung jwab. Kalau pun nak stay back pun aku  tak mau lebih dari kul 9. Sbb tanggung jwb lain tu ada kan.

Ada masa aku rasa give up, nak je berenti dah duduk rumah..tapi kami belum mampu nak buat tu suma.  Masih bayk lagi wang diperlukan untuk menjelaskan komitment setiap bulan. Kami belum mampu!!

Entahlah, kalau korang tanya perasaan aku skg..mmg sgt kacau emosi dan jiwa aku.  Apa lagi claim medical beratus2 yg aku submit kat jenab seolah2 sengaja dilambatkan??

Dan apa yg aku dgr, mulai tahun depan takkan ada lagi  dental dan optical benefits. Dengan alasan cost cutting!.  Dah la dengan kedekutnya naik gaji..benefits suma pulak nak dibuang dah takde beza cam company ah chong jer??.  Lainlah kalau tiap taun bagi fix increment kan?. Ni tak, 4 tahun sekali pun lom tentu..

La ni, company tgh sibuk dgn tender submission untuk petronas.  Kontrak 5 tahun dah nak expired. Jadik kena submit semula for another 5years. Kelam kelibut semua buat tu. The way aku tngok suma cam badut. gelabah. Padahal dulu masa bos aku yg tua tu buat..ok jer..rilek and cool jer..aku la paling banyak tolong dia masa tu.  Skg ni, dorang buat team baru utk kontrak ni dah sepak aku ketepi, padahal..aku antara org yg paling tau pasal kontrak tu, pasal insurans, pasal bank gurantee, tp bila kau dah tak diperlukan..dorang buat bodoh jer..merasakan dorang sgt pandai kan..biarkan.

Kelakarnya, bila pasal revenue and sales history terpksa pulak mintak tolong aku !.  Dan rekod 2009-2012 sekejap jer aku leh campak kat depan mata dorang, kat depan mata bos baru yg belagak tu!!..jangan under estimate aku ya..Walau korang anggap aku tak penting, masih aku bole menolong korang..tapi jauh disudut hati aku - aku doakan mereka x dpat,..disqualified kontrak tu...biar padan muka suma org..biar suma org2 termasuk jenab tu pasni kena berenti keje!!! baru adil kan?..

Allah maha kaya kalau dia nak sesuatu berlaku tu kejap jer...mmg aku bukan lah jahat hati sgt, tpi sbb aku ni dianiaya sebgitu rupa biarlah aku mendoakan kontrak yg menentukan hidup mati dan masa depan company tu tak dapat!!!! biar sama2 berputih mata..biar sama2 kena buang keje!!..

Itu jerlah luahan hati ku buat masa ni..biarkan sesakit mana jiwa ku dianiaya dan disakiti, jangan lupa bahawa Allah maha mengetahui, Allah maha berkuasa dan maha kaya...Kalau dia nak berlaku sesuatu perkara tu bole je bila2 masa...Dan aku  berdoa semoga mereka2 smua di beri pengajaran sewajarnya supaya tidak sewenang2 membubuh pasir kat periuk nasik org..sbb kena ingat hukum karma..what comes around goes around!

3 comments:

Irfa said...

aku datang baca :)

Anna said...

mekasih baca irfa

NenetPenne (NP) said...

kurang ajar jenab tu... eee lagi zalim dari firaun... puuii...

haa kan biar tak dapat tender tu...alang2 kita je nak kena berenti biar semua berenti...

eh u, kalau depa nak buat semua tu, biarkan... tak payah nak offer diri.. bukan tanggungjawab u dah pun tapi tak taulah kalau dia datang kat u mintak tolong dan janji mcm2..

think in advance..