July 23, 2012

Ramadhan Datang Lagi..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT, kita dipertemukan lagi dgn Ramadhan buat kesekian kalinya. Syukurlah, Allah memanjangkan umur kita semua untuk merasa lagi nikmat dan berkat Ramadhan Al Mubarak.

Berpeluang menunaikan Solat terawikh pada hari Jumaat malam tu jugak.. Masya Allah ramainya org kat masjid, sampai penuh tepi2 jalan utama dgn kereta.  Masuk kedalam masjid apatah lagi..penuh sesak..ramainya org. Bersemangat memasing nak menunaikan terawikh yg cuma datang setahun sekali jer kan.

Telah diumumkan oleh imam tentang program solat terawikh utk tahun ini. Antaranya, menunaikan solat terawikh sebyk lapan rakaat. Lepas empat raakat ada takzirah..kemudian sambung lagi sebyk empat rakaat.

Sbb esoknya cuti, kami tunggu sampai selesai.  Imam2nya muda2 dan bacaan mereka dalam solat sgt mendayu2. Rasa menusuk ke dalam kalbu membuat aku sebak. Rasa insaf sgt. Sejak solat isyak mereka memulakan dgn surah al Baqarah dan disambung hingga ke solat terawikh.  Malam pertama selesai pukul 10.30pm.

Since hari pertama puasa bermula pada hari cuti, iaitu Hari Sabtu mmg besar sgt dugaannya terutama kepada seorang ibu mcam aku ni.  Cabaran nak mengejut suma untuk sahur adalah perkara paling pertama.  Memujuk2 anak2 yg masih kecik untuk berpuasa rupanya lagi berat.

Delin beria2 nak berpuasa katanya, berkali2 bertanya bila nk puasa.  Sahur pun bangun jugak, makan jugak.  Begitu jugak Amal.  Aku risaukan Amal benarnya sebb sering dia mengacah aku untuk tak nak puasa time hari sabtu dan minggu.

Pagi2 since mlm tak berapa nak cukup tido, lepas subuh lelapkan diri sekejap.  Sadar2 jer kul 9 lebih bila amal dok kejut aku , ma dah siang..sampai terang benderang. Tp mengejutkan sbb amal kata ayah takdek. Ayah keluar, pelik aku pepagi pi mana hari sabtu  begini.  Rupanya ada kerja memasang tiles kat umah kawan dia.

Delin, pepagi lai dah mengunyah kismis. Bila tnya puasa tak?? Puasa ..kuatnya jwp tp mulut mengunyah bukan main.  Aku kena terima hakikat yg dia tak paham lagi konsep puasa. Kena menahan diri dari makan dan minum dari terbit fajar hingga tenggelam fajar..mgkin dia ingat puasa tu bila tak makan , itu intrepetasi dia..mungkin.  Akalnya tak sejajar untuk memahami konsep sebenar mcm Amal, jadi aku biarkan aja. Tp tidak pulak dia makan didepan adiknya. Sorok2 minum di belakang. Delin, delin..sabar je lah.

Si Amal pulak, maybe sbb hari pertama lembik sungguh. Merengek nak makan dan berbuka dari tengahari lagi. Cabaran besar untuk aku terus memujuk.  Walaupun hampir kul 7 dia merengek nak berbuka sampai mengalir air mata..Tapi Alhamdulillah, sampai juga.  Aku lelap kejap lepas zuhur tu, mana tau kul 3 amal dah kejut, suruh stat masak!!!...kul 4 kejut lagi..sbb kesian, takpelah aku start jugak memasak kul 4 tu...kejap2 ke dapo..kejap2 ke dapo. Mengintai apa menu mama ......Cumanya mgkin sbb perut dah masuk angin..lepas buka  abes muntah segala.  Babysitter aku baik hati dok antar mee bandung pulak.  Bukan main lagi amal suka makan. Somehow aku rasa mee tu termasin sket.(maklum puasa kan)...tp aku tgk bdk2 ok jer bedal..sampai licin

Hari pertama berbuka mmg excited lah memasing nk makan macam2. Tu pun mujur tak gi bazar, lau tak mau abes diborong u olls. Aku masa hidangan2 kegemaran memasing. Jadi memasing makan dgn penuh semangat dan beria2.  Yg pasti kalau ada ayam masak merah mmg cerah mata anak2 makan.  Berkali2 amal memuji betapa sedapnya ayam masak  merah yg aku buat.

Hari kedua, agak lega sikit. Amal nampak bertenaga dan berkeyakinan.  Mana taknya, sahur aku suap dia nasik sepinggan. Just nak memastikan dia makan dan minum secukupnya. Kalau tak lapar nanti.  Seharian dia ok jer cuma tak sabar nak suruh memasak untk berbuka. Again, permintaannya ayam masak merah lagi..kali ni aku tukar sikit. Ayam masak sambal jer. Bosan pulak ayam masak merah hehari kank.  Aku juga amik peluang nak kopek bawang, blender cili segala..senang nanti hari keje balik dah terkocoh2 kan.

Bdak2 teringin nak makan kueh kata mereka..aku befikir2 apa lah nak buat, ttba dapat idea buat agar2 koko dgn kuih sago. .Agar2 mmg biasa dah buat tp kueh sago tu pertama kali u olls buat. Mana tak salu beli jer kan.

Mencari2 aku resepi dan cara nak buat..untung ada internet tu..hehe, then aku pi kedai runcit kat umah dan beli apa patut. Kul 3 aku dah stat bersilat di dapor.  Lepas siap masak sago tu aku kukus balik sekejap..mmg menakjubkan hasilnya. Selama ni aku buat tak pernah kukus balik tu pasal tak jadi..padanlah.

Lauk pauk mcam biasa jer.  Hidangan ringkas ala2 makan tengahari time ujung minggu tu. Tak sangka laku betul kuih2 aku..licin semua. SP yg tak pernah nak makan kueh tu pun berebut dgn anak2 memakannya.

Hari kerja, aku tak larat nak tunggu terawikh sampai abes. Jadi kami buat 4 rakaat jer. Bila stat tazkirah kami balik dan aku sambung lagi dirumah..tu pun dh dekat kul 10.  Smpai dirumah siap2 apa patut then aku tido. Oh, aku mmg jarang masak time sahur. Aku cuma panas memanas jer. Nasik pun sama. Kalu takde lauk or nasik jer baru aku masak.  Jimat masa dan tenaga, lgpun kadang beria2 masak pun bkan dorang makan sgt..makan ala kadar jer.

Ramadhan kali ni beri aku keinsafan sesgt. Mgkin teringat sbb first time puasa mak dah takde. Mgkin juga umur kertu yg beri keinsafan.  Seblum2 ni klau nak solat isyak tu lepas azan jer aku duk dendiam, malas nak buat solat sunat dua rakaat tu..tpi kali ni taktau kenapa..memula rasa malas sgt, tapi aku paksa diri..now Alhamdulillah..dah jadi biasa.  Imam baca ayat2 panjang2 sgt pun dulu aku tak suka..tp skg aku rasa sayu sgt...apalagi bila imam membaca ayat2 yg aku tau dan paham maksudnya..Ya Allah, selama ni aku tak suka..aku rasa jahil sgt...Moga2 ni berterusan...dan Ramadhan kali ni aku bersemangat sungguh nak buat solat2 sunat yg tak selama ni aku liat dan malas sungguh..yg selama ni tak pernah langsung aku buat..Solat Dhuha..Now, bila dah 2 hari buat masa cuti tu, aku usaha gak nak buat kat office...Mudah2an Allah permudahkan urusan aku ...baca2 pasal perihal hari kiamat kat web, kat FB buat aku insaf dan takut sgt2...Ya Allah, berilah kekuatan hati padaku, pada keluarga semoga kami semua selamat di dunia dan akhirat....Insya Allah...

Byk benda2 lain  juga beri keinsafan mendalam dalam hati aku ni..Seboleh2 aku tak mau terbuat dosa2 kecil spt riak dan takbur..aku ingin sentiasa  berasa jumud dan rendah hati, serta menunaikan puasa dgn penuh kesabaran, keazaman dan penuh keinsafan dan ketakwaan..mudah2an..Insya Allah...semua ini berkekalan walaupun di bulan2 yg lain nanti...


4 comments:

CikPuanHaLia said...

Selamat berpuasa kak.. :)
Lama tak singgah sini..

Irfa said...

:( sayu lak baca.spt biasa blog ko ni aku tak tahu nak komen tang mana sbb en3 sgtlah panjang :).

day 1 sahur dan berbuka di kg
day 2 sahur di kg,bbuka di umah mil
rumah sendiri baru sahur malam tadi.YaRabbi susahnya nak kejut bngun sahur.hampir2 aku nak ngamuk

:( aku belum solat tarawih.malunya

Anna said...

Selamat Berpuasa Lia...

Irfa, bestnya dapat berbuka kat kampung kan..aku jumaat ni baru plan nak balik sg besar..kakak aku teruja dah dgr kami nak blik, mcm2 dah plan apa nak msak...tentunya puasa paling syahdu kami tahun ni sbb pertama kalinya mak ada.... aku mulanya mcm malas sgt nak ke terawikh ..tp aku paksa diri jgak, SP pulak tahun ni rajin berbanding tahun lepas..so kami sesama dorong mendorong pi..anak2 belum lagi..payah pulak kalau delin ikut..salunya kami pi berdua jer..

aNIe said...

Selamat Berpuasa Anna... puasa tahun ni akak dah berazam...nak berterawih dan nak ke majlis ilmu sebanyak yang terdaya...tapi sekarang ni...tgh cuti pulak...ntah bilalah boleh mula...hehehe