May 7, 2012

Hero kecil saya...sudah 8 tahun

Alhamdulillah, kalau 8 thn dulu ketika dan saat ini, saya sedang bertarung dia bilik bedah. Masuk OT pukul 10am dan kul 2 lebih baru kuar. Sgt lama. Sangat menyeksakan dan sgt menyakitkan prosesnya. Tpi kesakitan itu berbaloi kerana Allah mengurniakan kami seorang bayi lelaki yg cukup sifat dan sihat walafiat. Mana tak sihat 3.68kg beratnya. Montel sungguh.

Masa scan berkali2 dr kata baby girl. Aku x menaruh harapan dah. Sbb dah ada 2 girls so aku cuma berserah supaya dapat baby yg sihat dan cukup sifat.  Sungguhpun begitu doa tak putus2 semoga Allah mengabulkan doa aku untuk dapat seorang anak lelaki buat penyeri walaupun aku tau 4x scan dr kata ia adalah perempun.

Allah maha kaya dan tahu apa yg tersirat dalam hatiku. Pada masa pembedahan, ketika Dr tunjukkan aku bayi yg baru dikeluarkan dari perut aku tu..aku terperanjat, sedih gembira sampai menangis. Sbb nya bila aku ternampak birdnya tu.  Rasa nak melompat u olls.  Sebaik saja dia keluar Dr bersiap2 mengerjakan perut aku. Sbb aku kena buat proses mengikat sekali. Maklumlah dah 3+1 (satu miscarriage) operate saja, so dr nasihatkan untuk mengikat terus. Bukan keputusan aku tapi keputusan SP demi kepentingan dan keselamatan aku. Mana tau keikhlasan nya itu Allah balas dgn mengurniakan kami sorang bby lelaki yg sehat dan comel.

Mungkin lahir dalam bulan yg sama. Sebenarnya, ketika dr suruh kami pilih tarikh nak operate. Dia beri kami tarikh between 1hb May 2004 - 12 May 2004.  Aku suka hati nak opt for 1hb May sama besday aku. Malangnya Dr kata, sorry. Hari buruh dr tak keje kecuali kecemasan..wakakaka, lawak dr tu ye. Dah la aku admitted 2 minggu seblum beranak..tau tak betapa bosan dok sepital dr ooi. Abes berpuluh novel abis baca tau.  Atas persetujuan aku dgn SP kami pilih 7hb May bersamaan dgn Hari Jumaat, moga2 beri keberkatan insya Allah.

Masa kecik, tak susah nak jaga. Janji kenyang tido lah dia. Masa kecik mmg baby comel dan montel jadi rebutan. Berebut org nak dukung nak cium dan cubit pipi dia. Amal pun tak terkecuali. Mmg montel sgt dia masa tu..putih melepak pulak tu. Kalau bawak balik kg, berebut2 anak buah dan mak mak sedara nya nak mendukung.




Amal punya banyak sifat dan sikap serta peribadi aku. Except bab nakal dan suka mengusik. Sbb aku x begitu pun masa kecik.  Well plan orgnya. Suka bersiap sedia. Contohnya, jadual buku sekolah.  Sekolah hari Isnin, sabtu malam dia dah siapkan sumanya. Begitu juga pakaian sekolah. Mlm seblum sekolah esok tu dia dah siap2 kan singlet, spender dan stoking bersama2 baju sekolah yg nak dipakai. Pendek kata, mmg dia salu jer well planned.

Walaupun nakal dan kadangkala rasa nak cubit jer, tpi aku tau dia mmg sayangkan aku lebih dari segala2nya. Sbbnya apa pun dia nak beritau, cerita or nak apa2 pasti dia akan datang pada aku dan beritau aku dulu dari pada ayahnya. Mgkin dia tau ayahnya rapat dan manja dgn delin, dia mmg conquer aku habis2 san. Tak bagi chance dan peluang langsung kat org lain.

He is a fast learner, sekali jer ckp dia dah tau apa nak buat. Sbb tu kalau nak pesan apa2 mmg sekali ckp jer dia akan ingat. Kalau baby sitter nak apa2 pun harus pesan kat dia. Gerenti sampai.  Sikap manja dia tu mmg sgt mengada2 kenkadang. Tapi being the bongsu aku rasa benda tu normal. Salunya ayahnya marah sbb ktanya aku terlmpau manjakan dia sgt...well, he is my only son kan.

Hari ni, genap udah umur Muhammad Ekhmal Hakeemy 8tahun.   Tiada apa yg mama dan ayah harap dan doakan selain dari jadi anak yg soleh dan berjasa pada ibu bapa....mama dan ayah sgt sayangkan kamu....



2 comments:

Irfa said...

HAPPY BLATED BDAY TO AMAL
MOGA JADI ANAK SOLEH ;)

Anna said...

thank u Irfa..mudah2an...