March 26, 2012

Reassignment

Sesungguhnya aku kehilangan kata-kata bila ttiba jer bos bgtau jemaat tu yg aku kena assign to buat benda lain.  Means products lain dari apa yg aku buat selama ni.  Aku kira masa dorang kepoh kata nak buat rombakan si meenachi tu akan buat benda tu dan aku kekal buat apa yg aku buat sekarang ni.

Bukan senang untuk aku ttiba bertukar. Sbb selama ni aku berusaha dgn gigeh SENDIRI, belajar sendiri, cari sendiri dan pertingkatkan sendiri skill dalam product knowledge. 5 years of all to mastering suma. All i could say, sbb kegigihan aku lah aku berada di tahap sekarang, justeru kalau org tukar suruh buat benda lain of kos rasa ralat dan agak sedih sedikit kan.

Tapi aku amik dari segi positif, untuk menerima cabaran ini.  Seperti yg bos kata melihat kepada pencapaian kerja aku sekarang dia tau aku adalah org yg paling sesuai nak uruskan ini. Sementelah lagi ini adalah secured contract yg baru syarikat dapat which worth USD3-4M.  Barang2 pnye pulak giler banyak.  Takde sapa it seems yg bole handle adminitration side. On invoicing, payment, buat quote dan peri penting nak communicate dgn customer yg semestinya baru.  Penghargaan boss pada aku pnye kerja tu mmg aku hargai sgt2 tapi bila tgk job description yg dia bagi ternyata, gile kentang pnye banyak. Benda yg ada pun still kena monitor, ditambah benda baru dan benda2 lain..Betul2 giler tau. 

Aku tak tanya pun pasal salary revise ke jadah.  Tapi masa meeting jumaat lepas tu, si meenachi tu ada sekali. Si jenab pun ada sekali.  Masa tu aku rasa semacam. Geram , sakit hati...lebih lagi bila si jenab tu kata keje aku skg ni x byk mana?? sungguh shilaka taw. Tapi takpe.  Aku malas nak soal bnyak2.  Bak kta org, bos dah suruh buat itu kerja apa daya aku nak menolak.

Si menachi dgn bangga giler kata dia bole buat keje aku . Fast learner katanya. Banyak la ko pnye fast learner. It took me more than 2 tahun nak mastering suma. Tu pun suma aku tambah dgn usaha dan gigih aku tau. Bukan suma follow by book.  Byk benda yg aku buat totally out of box.  Aku gunakan idea, buah fikiran aku yg kritis untuk memudahkan kerja aku.

Aku x kesah benarnya, keja apa pun. Sbb prinsip aku takde benda yg bole selesai. Dan paling penting buat keje biar smpai abes. Cuma yg aku risaukan manager berbangsa Oz yg kerek tu. Nak keje sama dia. Pastu nak berurusan sama Kiasau spore yg semestinya ada sikit anti sama melayu kan..Betul2 cabaran.

Mennachi bagi tau aku, dia beria mintak naek gaji seblom dorang offer dia masuk kat dept aku tu. Malangnya dorang assign jer teros, seblum dia kata apa2 dorang kata takde pay revise!!.  Ofkos lah, aku paling bengang sbb dia buat 40%-50 % kje aku skg, selebihnya aku juga yg buat. Di tambah dgn tugas baru.. bisa mati gini deh. Tapi...apa nk buat. Kita kuli batak jer, suka tak suka terima aje.

Dan meenachi ada kata, si jenab bgtau dia suma org pun dah lama takdapt pay rise. So mmg takde! Haiyaa..ni yg buat hati sakit dan teros melayari Jobstreet ni...

Walau apa pun, April fool nanti secara rasmi aku kena buat keja baru tu..Saspen sgt tu tak lah, cuma aku kena mentally, dan segala2 prepared untuk mengambil cabaran baru ini. Sapa tau, rezki tak disangka datang selepas ini kan ..

At least, aku tau boss baru recognise cara keje aku tu. Recognised dan mengakui bahawa selama ni aku dah melaksanakan suma tugasan lebih dari yg sepatutnya. For that, I should be proud kan. Pi lantak la pa jenab nak kata....

4 comments:

Irfa said...

anna
nanti bagi alamat ye utk pos hadiah kecil bagi pemenang mini contest suka suki aku tu yer ;)

Irfa said...

citer psl keje ni..bulan April pun aku kena buat keje baru gak.aku yg menurut perintah,buat je lah

Anna said...

Thank u Irfa..baru lepas pi baca your blog..terkezut taw..haha, anyway thanks ye..

sahromnasrudin said...

alhamdulillah..

rasa terharu bila bos hargai kje yg kita buat kan..satu motivasi dalaman sebenarnya