August 15, 2011

Teh Tareeek

Semenjak dua menjak pose ni, aktiviti MUSTI iaitu minum teh tarek mmg totally takde. Klau tak tu mesti pagi breakfast sekali wajib pekena. Kalau tak pekena, cam hidup tak bersinar gitu. Sama cam baca paper.  Missed satu hari mcm tak tentu harah di buatnya.  Tapi ye lah kan dah bulan poser, mana ada masa nak lepak kedai mamak bagai kan. Lepas buka dah kenyang langsung tak teringat pun dek teh tareek nih.

So, Jumaat lepas maghrib kami pi NSK jap. Nak dapatkan stok bahan2 mentah. Malas dah nak pi sabtu, dah ler ramai org, berebut2 satu hal nak bayar satu hal, panas lagi satu hal. So kami decided nak pi Jumaat.

Fair enuff dan cerdik pnye idea, sbb NSK  mmg clear giler ibarat di langgar garuda.  Tk tau ler org masih berbuka ke hape kan, tapi yg pasti mmg clear gile2 gitu.  Stok ikan, ayam, sotong dan sayur2 pun banyaaaaak! compared to last saturday yg pi tu..ish, licin tak pe, kalau ada pun yg lunyai2 jer.  Sbb org x ramai, dapat membeli belah dgn tenang dan tenteram pulak tu.  Stok pun byk. Kaunter pun byk kosong, maka lancar lah. Kejap jer dah siap. Mana tak kul 8.15pm kami sampai 8.40pm dah siap pun.  Kebetulan pulak hujan dah turun gitu.

On the way balik aku ttba teringat kat teh tarik.  Perut mmg maha kenyang kan, tapi tekak mmg meronta2 nak teh tarik. Ada jer buat kat umah for buka pose tpi mana kan sama kat kedai.  Takde stokin mamak penapis teh tu tu pasal tak sedap gaknya. So aku suh SP melencong singgah kat kedai mamak Emerald kat tepi jalan tuh. Betul2 mengadap construction AEON JUSCO Rawang yg tgh on construction.


Taaaaadaaaaaa. Ni la teh tarik mamak. Yg kat tepi tu Limau suam SP pnye.  Masa tu kami bawak Amal jer, dia tak mo apa2. Bengang mamak tu gaknya sbb nak minum jer takmo makan. Bila dia tnya apa mau makan...aku kta, tak mo makan..dah kenyang..nak minum sajar...

   
Wah lepas dapat hirupan yg pertama, rasa mcm hape jer..ceh. Ngalahkan org mengidam gitu. NI la citarasa teh tarik sebenar, kurang manis, just nice jer rasa lelemak dia..Dasar ketagih teh tarik mamak tau..

SO for that, tertunai dah hajat nak teh tarek.  Setakat ari ni lom lagi rasa teringin nak minum lagi. Harap2 takmo lagi dah or else berenti terus dari ketagihan terlampau kat teh tarik mamak ni ciss...

2 comments:

SemuaTentangKita said...

hehe..akak dah kena mandrem ngan mamak ni... *kiddin*

Anna said...

Mrs Haris, bukan kira kat kedai mamak jer taw..dapat teh tarik kat memana janji kat kedai harusss...tu sbb i kata stokin dorang guna tu kot..hahaa