August 17, 2011

Kemalangan

Petang semalam, sebelum SP amik kat off aku dah plan kat lam kepala. Singgah Raja Alang jap beli pucuk ubi masak tempoyak dgn petai, beli air cincau tuk bbudak pastu tu bila dah sampai kat off SP teros nak naek tingkat 2 surau dorang for Solat.  Walaupun tak bape suke nak solat situ time2 puasa ni terpaksa. Sbb takde tempat lain.  Tak suke buka apa, mungkin sbb aku ni bukan komuniti bank derang gaknya. So each time aku solat sana, mata2 memandang macam freak!. Mcm pelik. Macam aku ni pakai baju tebalik ke hapa.  Cuma ada 2-3 org yg dah agak berumur jer salu senyum walaupun tak tegur.  Kemon beb, surau kan. Tak semesti korang jer boleh solat. Org luar pun boleh.  Yg aku tak tahan yg memuda tuh, bila aku  bukak pintu surau jer suma beliak mata tgk..entah2 ada antara tu minah yg kantoi ter affair dgn SP dulu kot?  Kdang sungguh rasa tak selesa tau bila org perati gitu.  Tapi aku ni takde pilihan. Lantak pi ler depa nak tgk dan ngumpat ke or kata apa2 ker. I dont give a dem org kata. Yg penting aku tunaikan solat asar kat situ so that balik tak terkocoh2.

Semalam tu, bila SP sampai jer dia kata kita balik umah tros. Aiik? terkejut gak aku. Katanya suma rakan2 dia dah ca alip bot sbb bos takde dan bos pnye blue eye MC. Memasing amik kesempatan cabut awal 45 min dari biasa.  Aku ni ikut jer lah. Salu kalau kena pi off SP kena lalu kg baru dan chowkit. Jalan2 kat situ time2 kul 4 lebih tu masih ok lagi. Tak jam sgt.  Tp since semlm balik terus kami ikut jalan Tun Razak tu.  Maha dasat jammed. Keta betunda2 rpat2 giler.  Jadi mat2 rempit terpaksa bercilok2 cari ruang utk jalan.

Masa kat depan IJN tu tgh laju2 gak lah moto kat depan.  Entah camne ada skuter bengong membrek ttba maybe elak keta ke hape taktau lah tu...yg belakang pun terus mengejut berenti.  SP yg tak sempat buat apa2 rodok moto kat depan . Banggg kuat giler bunyi. Aku yg tgh dok hayal dalam pala apa nak masak tros terkejut. Kecut perut aku . Rupanya tayar moto depan SP terperosok kat moto mamat depan.  Tayar moto kami terperosok inbetween tayar dan ekzos mamat tu...dah tersangkut pulak tu. SP x leh nak tarik.  Mamat tu pun x leh nak tarek.  Pe lagi ditengah2 jammed gitu, dgn keta pnya bertali arus, masing2 cuba nak tarek. Aku pun tolong. Tapi tak lepas jugak. Lama gak. Dalam 10 min cuba2 tak leh. Aku dah jadik cuak terus berjalan kat tgh2 divider tu dan diri kat situ. Keta byk, berenti ditengah2 lorong laju pulak tu. Mujur keta gerak pelan sbb jammed. Oh, kat belakang ada satu mamat gak dah langgar belakang moto kami. Mujo dia sempat brek. So dia langgar plat jer. Patah plat tu.

Dah byk kali cubaan masih tak berjaya. Dah 3 org tolong tarik termasuk SP dan budak yg langgar belakang kami tu. X lepas gak.  Pastu ada lah satu pak cik good soul ni berenti. Di hadang moto dia kat belakang so keta2 belakang leh lencong lorong lain.. Mereka berempat tarek berkali2 gak lah. Akhirnya baru le lepas.  Tak sempat ucap terima kasih kat pak cik tu. Sbb dia pun kena cepat gerak maklum kat lorong laju kan. Bahaya.

SP dan mamat tu (aku kira bdak2 lagi, muda sgt nampaknya) dan mamat yg langgar belakang tu tarek moto memasing ke tepi kiri. Betul2 mengadap parking IJN tu.  Tayar moto depan SP pancit. Maybe tercucuk kat apa kat moto mamat tu gaknya.  Lepas pull over ke tepi, barulah dorang bersembang camne leh jadik. According tu adik tu, ada skuter jadah mana ttba break kat depan, so dia pun x sempat elak.  Skuter tu pulak tros blah cam tu jer.

Gaknya kesian dia hulur RM10 kat SP suh tukar tayar.  Sori lah bang..sori..katanya.  Well, bukan salah dia kan. Mmg salah skuter tu tapi too bad dia lepas lari cam tu jer. Dasar betul.  SP pun kata tak pe lah, bukan salah awak pun. Kita masing2 pun nak balik cepat.  At least adik tu ada hati kan nak tolong ganti tayar moto kan.  Lepas bersurai kat situ, aku dgn SP berenti ke dalam sikit.  SP mmg ada bawak tools dan tiub spare kan, so dia tukar kat situ jer. Nak heret ke kedai, jauh gak. Kedai terdekat kat pekeliling tu. Nak musing ke jalan gurney pun jauh.  Dalam takde tenaga maklum puasa kan, berpeluh2 gak SP tukar tayar.  Syukurlah, pukul 5 sumanya selesai dan kami teruskan perjalanan dan tiba umah kul 6pm.

Alhamdulillah tak ada apa2 yg serius, sikit jer. Tpi menjadi ingatan supaya lebih berhati2 terutama time balik di bulan puasa ni. Suma org berkejar2 dan rushing kan, jadik faktor keselamatan tu kadang kita tak berapa prihatin. Bila dah jadi camni Allah nak bagi peringatan halus kat kita. TO BE EXTRA CAREFULL.

Sepanjang berbelas tahun bermotosikap pi keje ni masuk ni dah 3x kami kemalangan. Yg pertama dulu, kaki kanan aku berjahit beberapa jahitan bila ttba ada satu moto rempuh dari kiri betul2 kat traffic light bank negara tu. Masa tu aku keje kat Damansara.   Mujur tak serius tapi kesan jahitan kat jali kelengkeng kaki tu berbekas sampai sekarang.

Kali ke 2 pulak masa lepas raya tahun lepas. Bila taim turun bukit kat templer tu ttba tayar moto depan pancit dan SP x dapat mengawal moto tros langgar divider.  Luka2 byk jugak masa tu.  Masa tu gak dapat merasa naek ambulan ke Hspital selayang buat kali pertama dalam hidup. Bberapa hari gak kami MC. Aku x leh jalan dgn luka2 dan bengkak kat kaki. SP pulak luka2 kat lengan, kaki dan lutut. Muka pulak calar balar kiri kanan. Moto gak masa tu rosak agak terus.  Maklum buat aksi superman. Terbang ke divider jalan kan. Pulak tu kaki tangan canteek jer menyeret jalan tar. Pelagi, berbalar2 jugak.  Sakit nya Allah jer tau. Lepas tu kami terpaksa pi berurut sbb terhempas ke jalan kan.  Dekat sebulan gak amik masa nak baik. Jenuh gak aku dok sapu cream kat jari2 aku hehari sampai calar2 dan parut tu hilang.....mmg ngeri teringatkan eksiden tu. Mujur lah takde keta kat belakang kan..kalu tak..........

Dan kali ke 3 smalam tu.  Naek moto mmg menyenangkan kami sbb jalan jammed teruk sgt kalau nak berkereta.  Mana nak pikir minyak lagi. RM70 minyak keta maybe tahan 2-3 hari jer. Maklum lah, jauh. Pulak tu ditambah dgn jam kat dalam KL ni.  Belum kira tol lagi kan kalau ikut hiway.  Jalan lama mmg manjang jam walaupun dekat. Tu la sbb utama kami memilih untuk merempit jer kecuali kalau terpaksa mmg drive ler sekali sekala.

Mmg, aku tau ramai org kata, bahayaa merempit.  Terdedah dgn kemalangan kan. Tapi apa nak buat.  Itu jer lah jalan yg paling mudah untuk kami pi ulang alik keje.  Cepat, jimat dan tak perlu bersesak2 kat jalan raya pepagi.  Bole tiba umah awal jugak. Kalau tak mau tiap2 hari kuar umah 6.30am balik umah kul 9 mlm gitu. Smlm gak kat area selayang dan rawang ujan lebat sesangat. So rancangan nak singgah memana beli apa2 mmg kansel teros.  Balik umah semlm lepas solat asar, sempat lah masak kari ikan bawal, sambal udang, kentang oregano dan sambal belacan dgn ulam2.  Ringkas jer tapi mebe sbb ujan lebat, sumanya lapar so dekat nak abis nasik. X cukup for sahur kenala masak nasik bila sahur.

Ramai gak yg kata, tu lah pasal apa beli umah jauh2 kat Rawang tu.  Beli aja kat area KL.  Itu rezeki kami. Nak beli rumah kat sana. Lgpun itulah takat kami mampu nak beli umah atas tanah kan. Kalau kat area2 KL sure ke dok kat apartment atau flat.  Which kami tak berapa prefer. Sbb dulu2 masa baru kawin dah merasa dok mcm tu. Dan kami rasa kami x sesuai dgn kebisingannya. Lagpun jauh dari KL, bdak2 tak senang nak kuar dan berpeleseran nanti. At least, hari minggu atau cuti kami bole berehat agak tenang dan tenteram jauh dari hiruk pikuk KL. Dah la ari2 meredah jam nak pi keje. Jadik hari cuti atau hari minggu biarlah kami kat area sana jer. Lgpun, nak balik sg besar dekat jer....hehehe.

Harap2 ari ni dan seterusnya kami selamat pergi dan selamat balik.  Moga2 takde lagi kemalangan atau kecelakaan berlaku.  Kami tak daya menahan kalau mmg itu dh tertulis, tapi sebagai hambanya kami sentiasa mohon yg baik2 ajer. Insya Allah.

7 comments:

*Miss Geli^ said...

alhamdulillah, akak ok je kan?

takpe kak, anggap je itu dugaan dibulan puasa...

hati hati bagitau kat abang SP...

semoga akak dan abagn SP senantiasa berada dibawah lindungan Allah swt

SyuQ said...

Alhamdulillah, akak ngn en.suami x der apa2...

btw kak, sy suka bab yg g surau tu, len kali akak masuk jer trus feeling diva. kekwat sket. hahaha.

NenekPenne said...

ada anak gadis ter affair dgn suami u?

eahhh menarik tu...catchy sungguh....

Anna said...

Cik geli, syukurlah kami takde apa2..mekasih. mmg smlm kami dok muhasabah diri jer...kena lebih hati2 lepas ni..

Syuk : kekwat eh?..haha, pelik derang ni. Org nak solat pun jadik hal, tau lah tmpat dorang tpi kat surau tu...agak2 lah..

Net, haha ada u..citer lama tu. I ada buat entry tu dulu, tp mebe i dah delete kot.. nak test2 market kunun last2 terjebak..nnti biler2 i free i storyboard kat new entry eh

Uncle Lee said...

Hello Anna, life can be tough.....no highway is straight, mesti ada corners, pot holes.
Anyway, bahasa saya da out of tune.....unable to comment more.
You have a nice day, and keep a song in your heart.
Lee.

Anna said...

Hi Uncle Lee,
thanks for dropping by and read my blog..glad that you still can understand malay very well. Sometimes things that you need to write in English does not too catchy compared to use bahasa pasar like mine. English are way too straight forward while malay so bengkang bengkok and happening kan....thanks again for singgah...

NenekPenne said...

ok.i'm waiting for the hot story... *keypohchi mode on*