July 1, 2011

Report Kad

Zaman kita sekolah dulu2 tu takde pun nak amik report kad parents kena datang kat sekolah. Pastu parents dok dgn kita depan cikgu, cikgu bla bla bla ckp pasal kita. Dulu time report kad jer pas kat anak murid. Anak murid bawak balik bagi bapak sain.  Time aku sekolah report kad aku canteeek jer. So aku tak heran or risau nak bagi arwah pak sain.  Kawan2 yg lain tu dalam takut2 tu pandai gak meniru tanda tangan parents. Aku? nehi..never u. Mmg aku dgn bangga akan bagi kat arwah pak. Maklum keputusan sentiasa tip top.  Arwah pak tak pernah byk soal pun. Sain jer.  Cukup hujung tawun kutip hadiah. Penuh adiah piala2 kecik kat almari. Baik no kat kelas maupun subjek terbaek...sapu bersih. Sbb tu arwah pak mmg cool jer kalau aku bg report kad. 

Zaman moden la ni, report kad anak2 suma kita kena kutip kat sekolah.  Kalau yg bekerja tu mmg susah sikit terutama cam aku dgn SP ni yg mmg payah nak amik cuti adhoc.  Cuti kena apply seminggu awal.  Kalau EL pun akan mendatangkan banyak soal dan jawap. Nasib2 dapat balik awal sikit..kadang tak bernasib baik langsung tak dapat.  Aku pnye tmpat keje kadang2 ok lah sikit ada fleksibel. SP pnye tempat ..hmm susah sikit nak ckp.

So semlam adalah hari mengambil report kad utk dua bdak kat sekolah rendah tu.  Nasib agak baik sbb semlam dapat pelepasan balik kul 3 lebih.  Dapat la kami pi sekolah bdak dua tu.  Sek Kakak mmg salu x dapat pegi sbb salu bgtau last minit.  Jadiknya, report kad kakak salu dia bawak jer.

Sampai kat sekolah kul 4 lebih sikit cam tu. Terus kami pi kelas Amal.  Ada 2-3 orang parents tgh que tunggu turn.  Bila sampai giliran kitorang, cikgu tunjuk kertas peperiksaan bulan march dulu.  No 5/35. Ok lah not bad markah dia pun.  Bila cikgu tunjuk ujian terkini sblum cuti tu, lagi terkejut.  No 3 pulak.  Padahal tak penah nampak belajar pun kat umah. Keje sekolah manjang je aku tolong buat.  TV TV tu jer dia tau.  Cikgu pun kata lah markah lain suma tip top kecuali English.  Amal cuma dapat C jer.  So markah utk subject pengiraan dah cantik pun 4a..cuma sbb english C dapatlah 4A1C..cis.  Gamaknya kena cakap omputih kat umah kot??.

Cikgu jugak puji si Amal ni sgt2. Sbb katanya dia sgt rajin kat kelas. Suka tolong cikgu angkat buku. Sbb tu jugaklah dia dilantik jadik ketua kelas.  Kadang cikgu kata benda tak suruh pun dia terus jer buat sendiri. Menyapu sampah, padam papan hitam kemas meja. Tu cikgu kata dia pelajar yg sangat rajin dan bersopan.  Wah mmg lah kami terkejut gitu kan. Mana tak?. kat umah bossy dan macal satu macam. Pulak tu mmg suka membuli kakak2nya.  Kalau di suruh tu byk sangat soal dan songeh. Yg paling aku marah selalu suka lewa2 buang2 masa. Nak bersiap ke sekolah alah mak minah nak berjalan lenggang kangkung gitu, betul2 contradice perangai kat umah dan sekolah.  Cikgu juga kata, ramai cikgu pun puji2 amal ni sbb ringan tulang dan rajin. Gamaknya cakap cikgu lagi power dan berkesan dari cakap mama ya..lepas sign report kad tu kami beransur. Kena pi kelas Delin pulak.  Keliru dgn kelas dia, Amal yg bawak kami pi sana.

Sampai kat kelas delin, dia takde.  Dia kena turun bawah ke kelas pemulihan katanya. Aku tunggu giliran kami sbb masa tu ada parents sdgn consult dgn cikgu.  Entah camne ttba delin muncul. Rupanya si Amal pi jemput dia kat kelas pemulihan kat bawah tu.

Masa consult dgn cikgu kelas delin tu, cikgu tunjuk aku markah delin. Macam yg disangka suma merah SUMA D.  Cuma ada peningkatan dalam markah. Kalau dulu markah 10 dan belas2, kali ni ada lah 30 keatas gitu markah dia. Kedudukan dalam kelas pun sama. Dulu2 dapat no last skg ni dapat no 20/29. Oklah bagi aku. Untuk bdak cam dia kan. Ada progress sikit.  Cikgu pun sedia maklum akan delin. Cuma cikgu kata dulu dia selalu merayap atau merayau dalam kawasan sekolah masa belajar, la ni tak lagi. Dia tak merayau dah. Dia dok jer dalam kelas. Cikgu jugak ada kata, kelas tu mmg ramai budak hiperaktif. Salu kacau delin. Dia pun kadang2 kesian tapi nak buat camne kan.

Cikgu kelas delin ni seorang guru  yg sgt memahami. Dia nasihatkan kami untuk banyak2 bersabar.  Berusaha dan sentiasa berdoa.  Katanya, ini bahagian kami..dugaan kami juga.  Ada hikmah.  Aku pun setuju sgt dgn apa cikgu tu kata, jgn berhenti berusaha dan berikhtiar.  Dia mesti ada keistimewaan lain yg kita belum tau.  Aku pun ada maklumkan kat cikgu yg tahun depan mmg kami ada rancangan nak antar dia pi sekolah khusus untuk bdak2 cam dia tu. Cuma kami nak abiskan tahun ni dulu.  Cikgu setuju sgt2 dia kata kat kelas biasa dia tak bole tumpukan perhatian sbb ramai. Cikgu pun kadang2 tak menang tangan nak handle bdak2 terutama yg bermasalah cam delin. 

Masa on the way nak  balik tu kami lalu kelas pemulihan delin tu.  Sempat cikgu pemulihan tu komplen itu inilah pasal delin.  Naek letih jugak dengar tapi layan jer lah. Mcm komplen biasa delin x mo buat keje, tak bawak pensil, menyorok bawah meja bla bla bla..tak lama kami kat situ, aku mintak diri nak balik.

Dua bdak tu masuk kelas dorang balik manakala kami terus balik umah pas tu.

Sesungguhnya, bagi ibubapa ada anak cam delin tu, mmg kena banyak bersabar, berikhtiar dan berdoa.  Setakat ni dia dah bole membaca. Walau tak lancar sgt, at least peningkatan dia sgt ketara.  Aku sungguh tak risau pasal Amal sbb dia pandai jaga diri dia sendiri. Lagipun pencapaian dia kat sekolah tak merisaukan sgt. Cuma aku risau akan Delin. Aku nak sgt dia lancar membaca mcm bdak darjah 3 yg selevel dgn dia tu.  Harap2nya by tahun depan bila dah masuk kelas khas dia akan bertambah lancar membaca.

Sekarang ni pun kami masih meneruskan bawak dia jumpe dr kat hspital.  Sekarang ni dia dah di refer ke pakar petuturan (speech therapist) sbb masalah pelat dia dan kurang tumpuan tuh. Baru dua sessi kami pegi.  Ada byk teknik yg pakar ajar tiap kali jumpa dan latihan2 yg aku sendiri kena buat dgn dia kat umah.

Aku harap dgn ada bantuan begini, Delin dapat menjalani hidup dia mcam kanak2 normal yg lain.  Biarpun IQ agak low sikit, aku tetap mahu dia berjaya dalam hidup dia dunia akhirat..Insya Allah.

3 comments:

Kasih Firdaus said...

semua tu anugerahkan, org kata Allah bg satu benda tarik satu benda...sm macam anak2 sy...sngai ibu kita doa yg terbaik jer..

Anna said...

Betul tu Aida..Allah tahu apa yg tersirat dan tersurat..kita sebgai hamba kena terima dgn redha tanpa lupa berusaha dan berikhtiar...insya Allah

Anna said...

Betul tu Aida..Allah tahu apa yg tersirat dan tersurat..kita sebgai hamba kena terima dgn redha tanpa lupa berusaha dan berikhtiar...insya Allah