May 26, 2011

Ikhlas tapi Jauh

15 tahun dahulu......... ketika kami mula2 baru kwin. Tak mampu nak beli kereta. Yg mampu masa tu moto Yamaha Cup cai.  Maklum baru memulakan kehidupan. Duit pun baru abis kenduri kendara kan. Dok pulak menyewa umah setinggan yg sewanya masa tu RM280 jer sebulan.  Nak2 lagi  masa tu tahun pertama aku terpaksa ikut somi tercenta beraya kat kg dia.  Tahun pertama berpuasa sebagai suami isteri dan buat kali pertama mabuk2 sbb pregnant anak sulong.

Masa tu abg SP janji nak pinjamkan keta kebal dia (nissan sunny) dia kat kami wat balik kg. Maklum masa tu dia senang, mewah ada 4-5 bijik keta gitu.  Masa tu bisnes dia mmg boom giler. Maklumlah kontraktor kan.  Aku benarnya masa tu x amik port pun urusan SP dgn abg dia. Lau dia nak bagi pinjam keta syukurlah kan.  However (ceh, terspeaking plak), bila tiba masa yg dijanjikan tu abg dia senyap jer. Aku taktau ler lupa ke, or x mau kasik pinjam ke apa lah kan. Tapi dasar aku dgn SP yg sama tak mau mengharap dan menyusahkan org (kami kan sama2 anak no 5 in family..which very reliable and independent gitu) kami decided to balik Johor dgn naek bas dari Pudu raya.

Dgn kapcai buruk tu kami naek dari Gombak ke Pudu raya. Masa tu SP masih berkhidmat dgn Cycle and Carri off kat jalan raja laut tu.   Dgn satu beg besar cam tu, SP antar aku pi pudu. Aku dgn mabuk, muntah tak henti2..maklum pembawaan budak org kata, nak lagi masa tu mmg tahap teruk sgt . Melepek.   Sampai kat Pudu, kami beli 2 tiket bas Transnasional utk balik Batu Pahat.  Lepas tu SP pi naek capcai balik ke off dia sbb nak park moto kat situ. Ye lah cuti panjang kan takkan nak park moto kat puduraya pulak.

Mujur lah tiket yg ada tu kul 3 lebih gitu. Kami pulak gerak pagi.  So aku ni dok tunggu manalah somi tercenta aku tak sampai2 pudu lagi. Plannya dia antar moto, park kat sana then dia naek bas pi pudu. Aku tunggu dia kat Pudu lah.  Lama betul aku tunggu. Maklum 15thn dulu mana ler ada hengpon gitu nak kol2. Kalau nak kol guna public phone jer. Masa tu pulak zaman2 kemelesetan ekonomi kan. Tahun 1997.  Dekat satu jam lebih baru lah aku nampak kelibat SP tercungap2 sampai.  Rupanya, jalan jam teruk. Langsung x jalan kenderaan. Jadi SP jalan kaki menapak dari Jalan Raja Laut - Pudu raya...Ya Allah, nak nangis tau aku masa tu. Sedih sgt. Kesian kat dia dgn puas jalan pulak tgh2 panas. Mana tak by time dia tiba kat pudu dalam kul 1 lebih cam tu.. dalam hati aku masa tu Allah jer lah yg tahu. Langsung aku tak teringat betapa abang dia berjanji nak pinjam keta tapi end up kami cam tu. Susah !!.  The best part, bila kami sampai kat Kg dan beraya, abang dia bole bagi alasan yg masa tu dia sebok x sempat nak bgtau suh amik keta tu kat umah dia. Past is Past kan?.  But believed tu suma beri aku pengalaman paling berharga dalam hidup which..not to mengharap pada org laen tak kira apa pun berlaku...susah senang sendiri tangggung. Susah senang...kami suami isteri tanggung...dari berdikit2 kami berjaya gak beli kenderaan sendiri biarpun 2nd hand..senang utk kami..senang nak bawak baby pi klinik ke or pi baby sitter kalau ujan.  Jujurnya kami tak pernah nak mengungkit atau berkira, tapi kenderaan kami itu besar. Sebuah van delica.  Dgn van itulah kami bantu adik beradik aku , adik beradik SP yg susah dan tak berkenderaan. Bayangkan tiap kali raya sama ada turn ke Johor or ke kampung aku, harus ada adik beradik yg beranak pinak tumpang nak balik sama.  Gitulah adanya selama bberapa tahun..sampai lah akhirnya van itu kemalangan dan kami amik keputusan utk tukar kepada kereta proton saga iswara..2ndhand jugak. Itu jer lah yg termampu kan.

Selepas 15 tahun, Alhamdulillah..kehidupan kami dah bertambah baik rezeki pun dah bertambah sgt2 sejak2 15 tahun tu. Kami dah ada 3 orang anak pun, dah dapat beli sebuah rumah teres kecil untuk kami anak beranak berteduh. Dapat merasa beli sebuah kereta baru buat kesenangan kami dan anak2. Biarpun terpaksa peruntukkan hampir 1 ribu setiap bulan untuk bayar ansuran. Alhamdulillah kami hidup secara sederhana, makan gaji....

Sekian lama itu, bisness abg SP temui kerugian yg amat sgt.  Pelbagai cabaran dan ujian dorang suami isteri tempuhi. Dari pada bisnes, kewangan hatta ke masalah dalaman umah tangga. Pendek kata, mmg hidup dorang susah..terhimpit sgt2. Dgn 5 org anak yg makin membesar cam tu, aku sendiri tak tau camne dorang survive. Aku pun x mau tau. Sbb masa dorang senang tu aku rasa dorang tak beringat utk membeli sedikit harta atau hartanah utk masa dpan. Masa dorang tgh senang dan mewah dorang boroskan suma duit2 tu. Sampai beli 5 buah keta under company dan beri setiap satu staff pakai sampai keta rosak dan kena lanyak. Pendek kata byk money management yg aku lihat tak betul dalam syarikat mereka.  Dalam pada susah tu dorang mintak pinjaman Mara utk pulihkan balik bisness dorang merayu pada aku utk jadi penjamin..which aku pun tk tau kenapa masa tu aku setuju!!. Sudahnya sampai la ni utang itu tak berbayar..dan nama aku telah hitam dalam MARA!.  Aku tak mau ingat benda tu. Biarlah, afterall bukan aku yg meminjam kan?. Pernah sekali gak aku suarakan melalui SMS kekecewaan aku pada biras aku pasal loan tu. Sudahnya nama aku yg busuk sedangkan aku satu sen pun takdapat dari 65k yg dipinjam itu..adilkah pada aku??. Tapi aku redha. Aku diam selagi aku mampu. Buat masa ni aku masih mampu berdiam sbb aku tau dorang mmg tgh susah dan terhimpit skg.

Masa awal bulan March hari tu, abg SP tu telefon nak pinjam kereta baru kami tu. Nak pi menghantar anak sulung dia ke sek sains di Bagan datok. Anak dia tu mmg dapat keputusan cemerlang dari UPSR lagi sampai lah ke PMR.  Ada juga dia kata dapat tawaran ke MRSM tapi dia finally memilih sek sains which katanya low cost dari MRSM.  Mcm lah aku tak tau, yg nama biras aku tu dah kena black list by Mara, so secara automatik nama anak dia pun dinafikan utk masuk MRSM..tapi tak perlu nak hipokrit. Cakap jer hal sebenar kan senang??.

Dalam ikhlas tapi jauh aku lepaskan juga SP beri pinjam kereta kami pada dia.  Alhamdulillah, tak de perkara2 tak diingini berlaku masa tu  hatta saman pun. Aku risau kerana kereta itu atas nama aku..kalau lah ada saman ke atau apa2 berlaku tidakkah aku akan bermasalah kan??.  Dia ambil kereta aku dikala aku telah isi fuel penuh...dan dia tinggalkan kancil dia yg  hidup segan mati tak mau takpe..tapi kering kontang fuel nya..masa kami nak kuar beli barang ..kami isikan sepuloh hengget keta kancil tu!.. Bila dipulangkan kereta kami tu mmg dalam keadaan baek sekali..TAPI fuel nya KERING KONTANG!!..

Dan semlm, benda yg sama berulang lagi. Abg SP telefon kerana nak minjam kereta esok. Untuk jemput anak nya balik dari Sek Sains tu.  Aku tak terkata. Beri salah tak beri pun salah. Dan semestinya SP gak begitu apatah lagi itu adalah abg kandung dia..darah daging dia.  Dalam rela tak rela aku harus jugak melepaskannya walau sekejap.

Kereta2 kami mmg sgt dijaga oleh SP dgn begitu baik dan sayang sekali.Tak kira keta baru ke second hand ke, SP akan belek , bela, jaga lebih dari dia belek dan jaga aku ..BINI dia ni. Pendek kata dia akan jaga, belai dan takkan biar keta tu calar sikit pun. Akan dipastikan enjin nya sentiasa baek. Sentiasa bersih dan kilat2. Walaupun kereta tu mmg duduk dirumah jer kalau time keje.

Harus, dalam rela tak rela aku harus beri jugak kan. Sbb aku kesian. Aku simpati. Wlaupun dulu2 dia tergamak buat kami susah sebegitu. Aku tak.  Dalam selfish aku , masih ada sekelumit simpati gak aku pada dia. Jadik dalam berat hati aku relakan lah jugak.

Malam tadi, seblum keluar makan kami singgah di Petronas. SP nak mengisi fuel. Dgn aku dia berkata..Alah, isi RM30 jer lah. esok2 kalau dia nak bawak pandai2 lah dia isi sendiri..aku terkedu dan terdiam...Senyum dan tak perlu kata apa2..Kerana aku dan SP tau sama tau..

Jadi aku berharap semoga kereta aku tu dibawa dgn elok dan baek2 sahaja...Selain dari umah, tu jerlah harta material yg kami ada ok. Atas penat jerih carik rezeki utk bayar installment bulan2...aku rasa tak salah aku berperasaan sedemikian kan?... Itulah org kata..Hukum Karma. Cuma aku bersyukur sbb hati kami tak mengungkit peristiwa 15 tahun yg lalu......kerana kami berdua cuma menjadi seikhlas yg mungkin. Membantu pada yg memerlukan.........AMIN

6 comments:

NenetPenne (NP) said...

kita selalu lemah bila perkataan darah daging diguna pakai disini tapi orang yang mengaku darah daging tu adakah dia membantu kita masa kita susah???

i bukan nak mengapi2kan u tapi i lemas dgn orang mcm tu.. taulah dia susah tapi susah2 pun jangan lah menyusahkan orang lain sebab masa kita susah, kita tak pun mengharapkan orang lain untuk membantu kita...

apapun i doakan yang terbaik untuk u dan family..

Anna said...

Nek,
serius lah..sya pun rasa camne u ckp tuh..tpi ibaratnya sya ni tersepit dan serba salah...dan sya pun x mau melukakan hati partner sya tuh..sbb dia pun x pernah lukakan hati saya dgn karenah mak saya yg kadang2 mmg tak tercapai dek akalku tu...I cuma mintak yg baik2 jer..Moga2 takde apa2 yg tak elok berlaku....

Thank you for your doa..Insya Allah..biarpun dulu pernah terasa hati dgn dia, saya cuba untuk tidak memikirkannya........

sahromnasrudin said...

perghhh..mmg byk kenangan masa susah dulu kan..kalau nak dibukukan, boleh buat novel gamaknya huhuhhh

Anna said...

Sahrom,
sesungguhnya kenangan masa susah tu sentiasa menjadi pengalaman paling berharga dalam kami meniti kehidupan..Dari situlah akan mmbuat kami sentiasa rasa bersyukur betapa limpahan dan rezeki Allah itu tiada tolok bandingnya..Yg pasti satu kepuasan dalam hidup kerana kesenangan itu adalah atas berkat Allah swt atas usaha, ikhtiar dan doa yg dipohon dari Allah SWT...

dyea irdina said...

anna punya story ..starting la..sama je cam dyea..huhuhuh..kawin tak de keta naik moto kapcai je..duk umah flet..pas tu dyea keguguran anak sulung n suami rasa bersalah sgt sbb dia tak de keta..tp dah kuasa tuhan bkan sbb naik moto tu leh gugur kan...tp dah tak dir..mcm2 citer pahit manis dan skrng dah stabil dan ada segalanya..alhamdullilah...tp bab SP tu mcm ne pun darah daging kita so saborjelaaaaaaa

Anonymous said...

salam...

entry yg terbaek.

moral of story - life is macam tayar.kadang atas kadang bawah dan kadang kadang...pancit.